20 Julai 2012
Ya Allah..
Berhenti seketika untuk menulis blog.. rasanya tak boleh nk buat apa2 sekrg nie..
Pada hari ini rasanya agak pelbagai2 perasaan kat diri sendiri ni..
Dari kul 5 pg tadi blm otak nie dpt berhenti berfikir lagi..
Adakah saya dh menjadi Kakak yang terbaik hari ini?
Adakah saya telah menjadi Guru yang baik hari ini?
Adakah saya telah menjadi Anak yang baik hari ini?
Dan yang paling PENTING adakah saya dah menjadi HAMBANYA yang terbaik untuk hari ini?
Ya Allah bantulah hambaMu Ini..
Dugaan dan ujian datang silih berganti..
Hidayah Allah itu adalah anugerah yang terindah..
Pagi tadi Allah dah beriku hidayah untuk bertutur persis seorang kakak yang amat sayang terhadap adiknya..
Tutur kataku disusun rapi agar tiada hati yang terguris..
Persis bertutur dengan anak kecil yang minta untuk dipujuk..
Secara berhikmah ku memulakan bait-baik percakapanku..
Memohon kepada Allah membuka pintu hati adik kesayangan ku...
"Semua makhluk Allah itu terutama yang bernama manusia itu mempunyai masalah" mula ayatku...
Tgk kucing nie pun ada masalah (diganggu oleh kucing jantan yang menunjuk hero kepada boboi kucing kesayanganku)
Sebagai manusia kita perlu cari jalan penyelesaian yang terbaik.. Kerana manusia itu mempunyai akal fikiran utk berfikir..
Kita sendiri yang dapat merubah hidup kita.. atas izin Allah.. bukan orang lain.
Daripada duduk berdiam diri mengurung diri sendiri dalam dunia gelap sendiri lebih baik berhadapan dengan masalah yang sedang dihadapi.. Jangan lari dari masalah.. selagi kita berlari selagi itu masalah akan mengejar kita.. jadi berhenti untuk berlari dan cuba berdepan dengan masalah itu. InsyaAllah dengan izan Allah SWT disebalik kesulitan dan kepayahan itu tersembunyi kemudahan dan keindahan pelangi selepas hujan..
Suntikan semangat yang rasanya tak pernah diri ini berkongsi dgn adik sendiri.. tetapi hari ini sy merasakan saya adalah "The best sister in the WORLD!" Walaupun kami sering tidak bersependapat.. saya tidak tegar melihat adik yang semakin hari semangat utk menjadi manusia berjaya itu musnah bagaikan runtuhan tanah direleng bukit ketika hari hujan.. terhakis sedikit demi sedikit..
Kakak mu ini bukanlah seorang motivator yang hebat, bukan juga seorang doktor pakar tekanan perasaan tetapi kakak kamu ini seorang anak, kakak dan adik yang tidak mahu keluarganya sedih dan melakukan perkara-perkara diluar jangkaan.. Hamba Allah yang sentiasa memohon pada penciptanya yang satu..
Berat mata saya memandang, mestilah berat lagi bahu dan gelora tekanan yang ditanggung oleh adik sya ini.. Hanya iringan ucapan "Good Luck!" mengiringinya pulang ke tempat kerjanya.. Usaha telah kita lakukan.. hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah.. berserah terhadap apa yang akan ditentukan olehNya.. Saya berdoa berikanlah kesudahan yang terbaik untuk masalahnya ini.
Atas bantuan seorang sahabat yang bergelar Doktor, telah menyelesaikan serba sedikit masalah ini.. terurai satu demi satu.. thnaks Allah sebab hadirkan seorg sahabat sejati hadir ketika ku bermasalah. Ujian Allah itu maha hebat buat diri adikku ini.. Tapi kita cuma hambaNya yang sering akan diuji untuk melihat sama ada kita alpa dgn kesenagan dan kemewahan yang diberiNya.
Alhamdulillah nampak mood adik semakin berubah dari lesu menjadi sedikit ceria dan bersemangat. Sekarang my new best friend adalah my Brother.. kena selalu puji rupanya.. yerlah manusia suka akan pujian..
Apa2 pun ku mohon kepada Mu Allah, berikanlah kekuatan untuk adikku ini menempuh hari2 mendatangnya dengan ceria dan amanah memikul tanggungjawab seorang yang bergelar penjawat awam. semoga dia lebih sabar dan menjadikan peristiwa dan musibah ini sebagai guru diperjalanan yang panjang lagi InsyaAllah.. aminn.
No comments:
Post a Comment