Monday, November 25, 2013

Rezeki Allah berupa Sahabat...

Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
Lama tak dtg mencoret kat sini... bukan apa terlalu sibuk dgn urusan dunia yg tak pernah habis... kata P Ramle selagi blm tutup mata..Kerja..Kerja..Kerja...

Alhamdulillah dgn rahmat dan kasih sayangNya hari nie rezeki bertemu sahabat lama 'Sani' sahabat yg sentiasa ada ketika susah dan hari ini beliau senang hati utk sama2 berkongsi kegembiraannya dengan ku... call semlm pukul 11 malam... ada apa la yg penting sgt ni?? Rupa-rupanya nak bg sesuatu yg berupa kad wangi.. Tahniah BarakaAllah Sanihah!

Rezeki awak la sani dapat makan talam roti yg saya buat semalam...=) mmg saya masak dgn hati, masak dgn iman dan masak dgn kasih sayang walaupun sedikit ramai yg boleh merasa..Alhamdulillah. Sempat juga solat berjemaah maghrib bersama-sama tadi.. rindunya zaman sekolah dulu... SMKA(P) Kangar.. sahabat yg masih konsisten memakai tudung labuh... Tahniah... menjaga syariat itu perlu ada dlm setiap kita... bagaimana caranya ikut pada niat dan yg penting ikhlas dlm membuat sesuatu.

InshaAllah.. 14 Disember ni jika tiada aral sampai sy ke rumah awk ye sani.. rasa tak puas sembang td... apa yang masih diingatan sekarang ni pesan sani: Ada 2 benda yang akan mendekatkan kita pada Allah.. Pertama, ujian dariNya dan kedua hajat kepadaNya... MashaAllah.. SubhanAllah... mmg betul.. ujian itu akan memberi kekuatan kepada kita hambaNya yg sentiasa lemah.. dan Hajat itu mendekatkan kita kepada Nya dan merasa kekuasaanNya.. kerdilnya kita hambaNya ini..

Terima kasih atas jemputan Walimah awk... InshaAllah Allah simpan yang terbaik  utk yg terbaik... Bertuahlah bakal suami Sani... lambat asal dpt yg paling baik! Awk berhak mendapat yg terbaik utk awk.. Sy doakan semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yg penyayang. Bahagialah hingga ke syurga..aaminn...

Terima kasih Allah kerana telah memberi satu anugerah 'sahabat dunia akhirat' ini kepadaku... May Allah bless U!

Thursday, October 3, 2013

2 bulan 3 hari

Assalamualaikum wbt

Hi blog, alhmdlh..pejam celik...pejam celik dh 2 bln 3 hari aku di kerusi itu... ermmm.. semakin mencabar hari2 ku... dh nampak realiti sebenar dan ucapan 'Tahniah' drpd rakan2... ku harap diri ini masih boleh mengawal perasaan dan tingkah laku.
Setakat ini hanya buat apa yg plg terbaik.. kdg  kala tak dpt nk puaskn hati semua org.. diri sendiri mmg bnyk kekurangan.. terima kekurangan dan belajar untuk membetulkn keadaan...
Don't expect me more! Sy manusia biasa yg ada bnyk kelemahan.. apa yg termampu sy teruskn... buat masa ni mmg malas nk pening sikap org yg penting diri sendiri. Terpaksa facing the fact! Belajarlah untuk bahagia wahai org sekelilingku...sebab ku juga ingin bahagia...
Belajar utk tidak mengeluh, tidak menyalahkn org lain agar tiada rasa bebanan dikepala dan hati... i have many choices but i am choosing to be happy!=)

Smileee nasul!!! Free ur mind and go to sleep.. bubye World!

Tuesday, October 1, 2013

Sarawak .... wait for me!

Assalamualaikum wbt,

Alhmdlh syukur, masih diberi kesihatan yg baik dan dpt bernafas di bumi Allah lagi.=)

Alhmdlh dh berjaya menghantar abstract SKAM 26 yg akan diadakan di Kuching Sarawak. Kali ni paper yg akan dibentang  berkonsepkan extraction and application. Mmg berpotensi untuk masuk mana2 innovation...

Moga impian utk bawak mak jalan2 tercapai end of this year... SARAWAK tunggu sayandan mak yer... kamek nk p sana...hehehhe

Jom tidoq... bubye blog!

Friday, September 20, 2013

Sweet cake like a wonderful life

Assalamualaikum wbt,
Ya Allah dh bersawang2 blog nie.. lama sgt2 tak menjenguk..huhu.. esok hari minggu so, apa lg mlm nie layan jap blog yg tersyg nie... plezz jgn marah saya ya... sibuk dunia kdg2 buat tak sempat nk layan perasaan heheh

1 Ogos 2013... tarikh nie utk apa ya???
Tarikh di mana daily life totally changed. Bulan yg mcm2 perkara terjadi.. hari di mana dpt title baru, jawatan baru, bilik yg baru, environment yg baru, kwn2 baru tp satu ja tk baru.. tempat kerja lama... =)
Betul..Allah beri hujan, kilat dan guruh..rasa mmg amat gementar..tapi Allah amat adil dan penyayang.. sebab Allah nk hadiahkn pelangi yg amat indah!

Hari ni 1 bulan 20 hari dengan rutin yg baru.. dtg kerja awal pg.. sibuk dr 8-5ptg.. mmg tk sempat nk berblog atau berfb. Bnyk yg kena korban sebab berada kat kerusi panas tu.. kawan2, masa mkn, lepak2, gossiping,facebooking, dan segala king2 lah... Allah tak menjadikn sesuatu perkara tanpa sebab... redha atas segala ketentuanNya.

Setiap hari berdepan dgn masalah dunia manusia yg problematic. Alhmdlh hingga hari ni masih boleh tersenyum dan ketawa seperti biasa.. dlm hati siapa tahu..Allah ja yg tahu. Tiap pg mengira garisan kat dahi...adakah masih maintain atau dh bertambh.. supplement thanks a lot! Masih maintain..hahaha

Buat tempoh masa 1 tahun nie... rasa nk enjoy time yg bersaki baki selepas keja dgn benda bermanfaat.. selalu blk keja...letih, lepas isyak terus ZzzZzZzz.. sekrg Alhmdh  boleh stay smp pukul 2... hebat tak? Wah wah hebat hebat!!! (Lagu sorak rumah putih)..  :D

Amat bersyukur atas segala kurnia dr Allah SWT. Terima kasih Allah.. 'jadi lah aku tergolong dalam org2 yang mensyukuri nikmatMu yg sedikit apatah lg yg banyak..'

Apa2 pun masih enjoy! Sebut cheesseee... dah =)
Okey lah blog nk kena tido ni... bubye!

Saturday, June 15, 2013

Anugerah bersama Tanggungjawab!

Assalamualaikum wbt..

Hi blog..lama tak dtg menulis.. ha nak tau apa jadi hari nie.. ha! nie nak cerita lah..heheh

Alhmdlh, syukur ke hadrat Ilahi dgn segala rezeki kurniaan yg Maha pengasih, pemurah dan penyayang..
Rezeki, jodoh, ajal maut, pertemuan dan perpisahan semua ditentukan Allah.. atas asas itulah.. rezeki juga hari nie dapat Anugerah Belia wanita harapan 2013 di Karnival Belia Perlis 2013.

Macam tak percaya pun ada.. Baru dpt tau pagi kelmarin.. Apa2 pun jutaan terima kasih buat Mak yang sentiasa menyokong, memberi semangat, pendapat dan yang paling penting "Cik memang sayang X sejuta kat mak!"

Yang bertanggungjawab membawa saya dlm bidang persatuan ini.. Urusetia Kerjaya UKM, Persatuan Belia MAYC Negeri Perlis, MAYC Kaw Padang Besar, Persatuan MAYC Banggol Sena adalah yang paling disayangi dan dihormati kerana diri ini belajar banyak pengalaman kat sini...

Belia HARAPAN.. 2 patah perkataan yang membawa erti yang mendalam, sarat dengan tanggungjawab yang perlu digalas.. Mengajak para belia untuk melakukan aktiviti yang berfaedah untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.. Belia perlu mencungkil potensi diri yang perlu untuk memajukan diri sendiri. Sesuatu bangsa itu tidak akan maju melainkan bangsa itu berusaha untuk mengubah cara hidup dari yang baik kepada yang lebih baik!

Apa yang penting Ikhlaskan diri.. mcm mana nk tau ikhlas.. sebab ikhlas itu tidak boleh diukur.. hanya Allah ja yang dapat menilai keikhlasan hambaNya.. Setiap daripada kita perlu membuat matlamat yang jelas.. matlamat yang boleh dicapai, mampu dan realistik untuk dijalankan. Sentiasa Optimistik dalam mengatur setiap langkah untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.. Siapakah saya dalam masa 5 tahun lagi, 10 tahun lagi 15 tahun lagi.. dan apakah sumbangan yang boleh saya beri kepada masyarakat sekeliling, negara dan yang penting Agama..

Jika rasa perlukan bantuan dari sahabat2, kawan2 dan rakan2.. mohon pertolongan mereka.. kenali sahabat, kawan dan rakan dengan bepersatuan.. Kerjasama, saling bertolak ansur dan sentiasa bersangka baik adalah kunci terpenting dalam menjayakan sesebuah program dan aktiviti yang akan dijalankan dalam sesebuah persatuan.. Jika rasa diri tidak mampu untuk memikul tanggungjawab buat masa tertentu..mungkin kita boleh undur diri atau berehat seketika..namun perlu diingat tenagamu nanti masih diperlukan.. jalan lari.. mungkin kekangan masa membuatkan kita terleka atas tanggunjawab..

Sesungguhnya Allah tidak sengaja meletakkan kita dalam bidang tersebut melainkan ada hikmah yang tersembunyi.. Gunakan kelebihan dan kepakaran yang ada untuk membantu masyarakat kita dengan cara dan jalan kita sendiri.. perlu diingat Islam itu mementingkan syariat. Sesuatu yang dibuat perlulah kerana Allah.. sebab nanti kita akan ditanya usia kita dimana dihabiskan.. wang kita dimana dibelanjakan.. Apa2 pun kena kembali kepada Islam. Perlu diingat tujuan atau matlamat tidak memnghalalkan cara.. Maka sebagai pemimpin belia atau pun pemimpin kepada diri sendiri jgn melakukan perkara yg sememangnya terang2 salah disisi Islam. Ingatan untuk diri sendiri juga..

Selagi diberi kekuatan, tenaga, kesihatan, ilmu serta pengalaman yang telah dilalui, BERKONGSILAH... mungkin dengan usaha yang sedikit ini ada pahalanya di sana. Amin..

Okeylah kawan2.. Diari kesyukuran ku hari ini ditutup dgn kehadiran seorg lagi baby comel milik sahabat baikku Wani dan azad! 15 Jun 2013..pastiku ingat! InsyaAllah.

Assalamualaikum dunia! dh nk tido =)
~ALHAMDULILLAH..SYUKUR ATAS SEGALA RAHMAT KURNIAAN DR ILAHI~

Thursday, May 23, 2013

Holiday lagi!! Pulau Pangkor with Luv =)

Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah.. kalimah yang sesuai utk diucapkan bila mana sesuatu perkara selesai dilalui, dilaksanankan dgn jayanya.. TQ Allah. Setelah seminggu kembali ke kampus tercinta..ahaks!(cintakah??) UiTM dihatiku.. =) =) kesibukan mula melanda.. Sebelum crita sibuk kursus dan sebagainya.. nk share satu cerita yg memang best dan tak dpt nk dilupakan.. seminggu yang lepas...

Skill menulis dh mcm tak best dh.. coz lama tak menulis... ishk! nasul... focus!

7-10 Mei 2012..berada di KG Gajah Perak.. kat sini mmg tepu kepala otak nie.. siang hingga ke mlm mengadap komputer ja.. petang terakhir di kg gajah mmg best.. rasa kembali ke zaman kanak-kanak..zaman sekolah dan mengaji quran rumah tok guru.. apa lagikan.. mestilah naik bicycle ramai2 keliling Pusat Latihan tu.. best jugak, lama dh tak menikmati keadaan cam gitu.. take picturesss..hehe.. posing maut.. semua ada..ahaks! TQ kawan2.. korang semua mmg sporting habis lah! tepuk tgn utk diri sendiri msg2 =)..
Dah lah sikit2 crita ttg kg gajah =)


10 mei jam 2 ptg... bermula perjalanan holiday kami ber-6 ke Pulau Pangkor! Setelah hotel dibooking..budget hotel je.. selesa gak la.. asal dpt tidur dan selamat kan.. (tak disekodeng..heheh) kami pun smp lah dengan jayanya ke hotel.. di Teluk Nipah. Banyak rupanya budget hotel disini.. bermula dgn harga RM20++ per person.


Ptg selesai refreshment, km semua keluarlah menikmati angin laut petang.. Ombak besar ptg tu.. tertanya2 jugak..boleh ke nak main water sport and island hopping esok?! Jalan-jalan terjumpalah lempeng pisang yg sedap dan murah! org perlih panggil Pek pek nga.. pisang tempek atas belanga.. org org putih panggil banana pancake..heheh.. SEDAP! (nama makanan ja semua sedap!) huhu..
Sempat juga membeli topi cantik! hehe.. almaklumlah pelancong luar NEGERI perak..heheh.. bergaya lebih sikit je..hahaha.. RM10 JE.. asal cantik dh memadai..

11 Mei Jam 9 pg..






Kami mulakan hari dengan refill apa yg patut..Breakfast kat tepi pantai.. menu nasi lemak.. kena la refill energy coz nk beraktiviti lasak lepas nie.. Selesai sarapan.. km jalan2 lagi tgk pakej mainan air dan island hopping yg plg murah... Alhamdulliah.. terjumpa pakej yg terbaik dan murah! Pe lagi.. meeting jalanan sekejap..semua setuju.. RM40 per person utk island hopping, snorkeling, dan water sport ( banana boat,  Great Big Marble).. Maka bermulalah xtxt yg ditunggu-tunggu.. cuaca pun alhmdlh menyebelahi kami..
                              
Bermula dgn islan hopping.. monkey bay, mentangor island, turtle+ crocodile bay, coral island..satu lagi tu mcm tak ingat..heheeh. lepas habis naik speed boat tgk pulau2 and bays..hehe.. xtvt yg plg seronok! Snorkeling..(blurp..blurp..blurp) berbekalkan goggles and life jacket.. km pun start lah melihat ikan2 yg berbelang2 biru, kuning dan hitam.. itu ja ikan yg ada..huhu.. floating yg bnyk dr bersnorkeling.. ha! thanks to kak syimi and wani coz ingat jgk utk bwk sun block! siap SPF130 hehe.. tapi sun burn nie blm clear lg lah... almaklumlah.. mana pernah bersantai tgh2 ari kat tgh2 laut kan..heheh.. apa2 pun memang the best lah!

                                      
Kesempatan ini, just want to say very2 sorry to all of U.. korang nak main lg kerr?? maaf lah sy ingat kwn2 dh letih mcm sy gak..huhu.. next time kita p tempat lain pulak yer! muka i waktu tu pun dh ketat sgt2.. mabuk laut rasanya..huhu.. on off..on off.. itu yg tak ingat sakit.. nk berkayak lg sejam.. semangat je lebih..hahha..tgh2 laut.. mabuk lg..hehe.. thanks AS, penyelamatku! hahaha..


Banana boat and great big marble tu mmg tak bleh lupa lah.. tertelan air laut brapa bnyk tak tau.. nk nangis waktu tu sebenarnya..huhu..tapi hilang macho lak nanti..ahaks! Thanks to wani.. sedia menyelamatkn kwn2..heheehe.. kat ini nampak semangat setia kawan, syg kawan, kesian kat kawan.. and ect lah.. Sahabat2 yg hebat dan baik hati! Alhmdlh.. =)

mmg2 dh lapar..ya lah kul 3 dah kot..makan pun blm lg.. ha! jgn tak ingat dua org tu..heheh 'jap yer kawan2 nk g balik hotel amik camera', okey! siap refill maggie cup sorang satu..ahaks! km pun tak nk ketinggalan.. sate ikan sorang secucuk dan 2 ekor sotong bakar.. nani yg paling suka sotong bakar nie.. ulang p beli lagi tu! Tak apa.. asalkan kita semua happy mencari makanan utk mengisi perut masing2...






Mana cukupkan makan tu je.. jln2 lg dapat kit kat conetto ice cream sorang satu!yg ni hajar kata..'okey kwan2 amik sorang satu..saya belanja!' hehehe.. siap lepak kat kedai mkn lg sharing is caring right?! mee goreng +mee kuah share2 sama2.. berjemaah kita makan kan..hehehe... Wah mcm kat situ lg la! hahaha..

Cukuplah main air smp tghari hari nie.. siap2 balik blk..letihhhh kottt.. lepas solat semua..zzzzzzzzZZZzzzzz hehhe.. recharge blk energy apa yg patut! Waktu nie masing2.. tgk kaki anda sekrg.. hehe dh sembuh yer..penangan pindah tempat snorkeling.. konon kat belah sana bnyk ikan lg.. alih2..sakit yg dapat.. semua kot...tak terkecuali.. hadiah dari pulau pangkor! :p

Perut dah mula menyanyi2 lagu keroncong.. hehehe.. jom2.. BBQ konon...hehhe.. last2 Kedai Haji Yusoff jadi pilihan.. ikan bakar, ikan sweet sour, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit, nasi putih + fresh oren! Alhamdulillah.. kenyang sudah.. tak baik makan terus tidokan.. apa kata kita nite window shopping seblm balik hotel??! great idea! jom2.. berwindow shopping la.. tak ketinggalan membeli jugak kenangan t-shirt dr pangkor.. =)

Hari yg paling best dan membuatkan semua tido dgn nyenyak sekali..

12 Mei pagi..

Hari terakhir kami di Pulau Pangkor.. rasanya blm puas berjalan2 dlm pangkor lg.. nak buat island tour lah pulak.. at least bwk jugak ole2 dr pangkor utk org perlih kan.. =) Banyk tempat gak boleh p.. kilang proses product laut, muzium pangkor, replika tembok cina, kota belanda dan balik ke jeti.. kecik je la pulau pangkor nie..tapi bnyk benda yg menarik dan cantik2 belaka =)..

Dalam 30 min smp lah ke jeti lumut.. ambil keta..
ermm... ada something yg berlaku..huhuh.. make sure keta simpan kat tempat selamat, switch off segala lampu dan letak kunci stereng... apa jadi dgn keta kesygn ku?! huhuhu.. At the end of story, mmg Allah sentiasa bersama-sama hambanya yg sabar.. Thank you very much to staffs HONDA Setiawan. Ada sambutan Hari ibu, jadi Honda buka la.. bernasib baik... Allah nk test sikit je tu!

Thanks to sahabat2 yg memang menjadi tulang belakang, setia kawan anda semua memang tinggi dan amat2 dihargai =)... Ini yang dipanggil kawan susah dan senang! Alhmdulillah, dr percutian ini banyak yg dipelajari, yg paling bernilai adalah saya dikelilingi kawan2 yang owesome! Biar jasa jadi kenangan...
Ada pantun utk kawan2 semua..

Diirik hanyalah padi;
Ditampi hanyalah hampa;
Diingat hanyalah budi;
Dikenang hanyalah jasa!

Akhirnya pukul 9:30 mlm sampailah ku ke Guar Nangka..yg telah ditinggalkan selama seminggu =).
Special thanks to hajar kerana menjadi driver yang paling hebat utk Kak Nasul! =)

Credit to semua kawan2 yg telah merancang percutian kita selepas berkursus dengan jayanya.. Harap semua happy dan tunggu utk next holiday trip next semester break! Suka Suki Club dah semakin bertambah Ahlinya =).. panjangnya cerita. bubye!


Terima kasih kerana membaca percutian Suka Suki Club!

Wassalam! =)




Sunday, April 14, 2013

Alhamdulillah... Dikelilingi SAHABAT yg BAIK!

Assalamualaikum WBT.

15 April 2013..

Happy Birthday Kak Siti Zulaiha!!! Supriseee! Happynya kwnku sorang nie =) terharu huhuhu.. tak apa happykan orang.. Kek coklat hasil tangan ku yang cantik! (perasan huhu) telah dipersembahkn kepada Kak CT.. sempena ulang Tahunnya yg ke ----tut.. muda lg akak! nampak mmg muda maintain gitu! Thanks to ummi and waziah atas plan kita yg terancang ini..heheh

Alhmdlh.. dh kenyang sgt2.. dgn kek coklat dan KFC! Rezeki hari ini.. syg .Kak syimi tak ada.. mungkin akak sekrg lg happy dengan family kat Melaka sana.. anyway, anyhow..semoga kita semua dibawah rahmat dan lembayung Allah SWT. Aminn..

Nak kongsi sikit, renungan di hari isnin ini..

Rezeki yg Allah dtgkan kpd kita itu adalah dlm pelbagai bentuk! kelapangan hati, kelapangan masa, kawan-kawan yang baik, kehidupan yang selesa dan Yang terpenting ada lg dihati kita masih mengingati Allah yg Esa.. Sahabat yg baik adalah yg selalu mengingatkn kita tentang Allah.. percakapannya, perbuatannya dan tindakannya semuanya berlandaskan syariat.. kdg2 sebagai manusia kita sering lalai dan lupa.. Sebabkan Allah sygkn kita Dia hadirkan sahabat2 yg baik.. yg sentiasa ingatkn solat diawal waktu, makan ikut time, sentiasa senyum, jgn stress dan selalu jaga kesihatan. kdg2 kita terlupa itu juga adalah rezeki yg kita dpt setiap hari yg diberi oleh Maha Pengasih lg Pemurah..

Alhmdulillah setelah lebih kurang 2 Minggu diopis baru.. bersama kawan2 baru yg dulu jauh setingkat tapi sekrg dh sama tingkat..heheh tingakat ofis la.. Best sgt dgn kwn2 sekrg ini.. Kehidupanku pun semakin ceria sgt! Allah itu adil.. tak selamanya kita kesunyian.. Yg penting selalu menghargai sahabat anda, buatkan dia happy, slg kongsi masalah dan kegembiraan bersama.. pasti hidup anda akan bermakna =). The word for today..is BERSYUKUR!.. Always say ALHAMDULILLAH...

To My luvly friends, Thank you so much.. Always be here for me! selalu bwk minyak wangi.. lepas nie nk bunga la plak..hehehe.. sedap mata memandang.. terima kasih kerana telah menerima diri ini sebagai jiran, sahabat dan rakan berwuduk korang! post ini special to rakan C301, Rakan breakfast and lunch coz make my life cheerful every day! Kwn2 lain juga.. nnt ada masa adalah special post utk korang juga!..

Cukuplah setakat ini dulu.. yg pasti.. mai kita bekerja dgn bersungguh2! Have a nice day and smilee always!
BubYE!
Wassalam! =)

Wednesday, March 13, 2013

Membina 3 M

Assalamualaikum wbt,

3M.. sekrang hidupku sedang membina 3M ini...

Kalo lah diberi kertas soalan kimia untuk dijawab mungkin lebih senang dari mempelajari 3M ini..
Nak diikutkan dah lama M yang pertama nie dipaktis dalam dunia student dulu.. 

1) MEMAHAMI..
Untuk belajar subjek yang tak mempunyai perasaan dan tindak balas nie memang amat mudah.. namun ia berbeza kepada sesuatu subjek yang bernyawa dan diberikan fikiran juga perasaan oleh Allah. Susah Bangat! Nak tak nak kena belajar dan mengaplikasikan juga M yang pertama nie kalo rasa nk hidup bahagia.. =)

2) MEMAAFKAN
M yang kedua ini sering jarang dilakukan jika hati dah betul2 sakit dan kecewa.. tapi ingat Allah akan lg sayang kepada orang yang selalu memaafkan ini.. tenang hidupnya.. Setakat salah faham sikit-sikit tu kira halalkan je lah atau dalam erti kata lain maafkan ja lah.. biar beribu kemaafkan diberi kesannya nanti... hati, wajah nampak muda kan.. awet muda sentiasa! =)

3) Memotivasikan
Ini kepada yang bergelar, guru, ustaz, ustazah, termasuk juga pensyarah suka sangat dengan M yang ketiga nie.. Asal nampak ruang ka boleh bagi motivasi pasti kata2 yang bersemangat akan keluar dari mulut mereka..heheh Bukan apa nak ajak semua yang sedih2, stress2 tu reset minda untuk menjadi ceria, gembira dan lebih bahagia.. Sebenarnya kita boleh check diri masing2 adakah kita bahagia... tanda2 org bahagia ( bila malam, letak ja kepala kat bantal terus tidur sampai pagi) kalo ada sesiapa yg mcm nie.. kira korang bahagia lah.. =) kalo Allah kejutkan dlm kul2-3 pagi tu apa kata bangun sekejap.. kalo tak nk bangun pun berdoa kejap apa yg kita rasa nk mintak kat Allah.. lepas nie boleh praktis.. =)

Sekadar berkongsi sekejap.. Tip utk hidup lebih bahagia!

Wassalam..


Sunday, February 17, 2013

Kehilanganmu Dirasai.. Amanlah di sana

Assalamualaikum wbt

Hampir 2 bulan tidak menjengah di blog ini utk menulis... Bila ada post baru pastinya ada cerita yg nk dikongsikan ataupun dicatitkan buat kenangan kerana semalam adalah sejarah yang telah berlalu, esok adalah impian yang belum tentu warnanya, yang pasti hari ini adalah hadiah dari Allah untuk HambaNya...

Dimulakan dengan peristiwa 13 Februari 2013.. Apa yang terjadi pada tanggal ini adalah terlalu manis utk diingatkan.. So tak perlu nk ingat sokmo2 lah.. Nanti kencing manis pulak... =P.. Cukuplah dimasukkan dalam lipatan kain songket dulu buat simpanan.. bila sampai masa nanti kita bukak sama2 songket ini..

Hari jumaat 15 Februari 2013, kehadiran sesuatu yang amat2 disayangi, yang hanya dipinjamkan seketika utk diri ini, buat teman bermanja dan tertawa telah diambil kembali oleh penciptanya.. JOJO, nama yang tak akan lupus dari ingatan.. bagaikan terhenti jantungku bila melihat seseorang mengangkat JOJO ke tepi jalan.. rasa luluh hati nie (Rasanya kalo putus cinta pun tak mcm nie) nie kiranya putus cinta hati pengarang jantung dh nie, automatik air mata jatuh tak berenti2.. lutut pun tak daya utk berdiri lagi.. NAMUN apakan daya, sudah tersurat pada detik dan masanya ajal itu tak lambat atau cepat walau sesaat...Pasti Dia dtg menjemput.   Gagahkan juga tangan ini menyentuh dan membelainya utk kali yang terakhir.. sebenarnya isyarat2 telah disampaikan kpdku dr Allah.. akanku kehilangan sesuatu.. 12 Februari Malam.. rancangan tanyalah ustaz.. ada satu kisah yg diceritakan oleh ustaz ini.. cerita sahabatnya:

Sahabat ustaz: (ditalian) Abang, ayah mana? sy nak bagi tahu yang sy akan mengambil pepereiksaan akhir.. nak mintak ayah tolong doakan semoga dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan nanti.
Abang sahabat: Ayah ada di masjid. Ayah sentiasa doakan kejayaan adik. jawap peperiksaan elok-elok ya.
Sabahat ustaz: terima kasih abang. Kirim salam dekat ayah ya.
Ditakdirkan sahabat ustaz ini berjaya dengan jayanya dan akan kembali ke tanah air kerana telah tamat pengajian..

Di Airport (Sahabat ustaz dah kembali ke Malaysia) Suasana di airport semua ahli keluarga hadir menyambut kepulangan sahabat ustaz ini kecuali Ayah sahabat ustaz.
Sahabat ustaz: Abang, mana ayah? dia tak ikut?
Abang sahabat: Adik kalo kita pinjam basikal milik orang lain, adakah kita kena pulangkan kembali basikal itu kepada tuannya?
Sahabat ustaz: mestilah bang. Basikal itu bukan kita punya..sebab apa abang tanya soalan mcm tu..
Abang sahabat: Adik..... begitu juga dengan ayah kita.. ayah bukan hakmilik kita.. dia hanya dipinjamkan seketika utk kita merasai kasih sayang dariNya.. Adik, abang dah kembali ke rahmatullah...

Dari cerita ini, apa yang dapat disimpulkan apa yg bukan milik kita itu adalah milik mutlak Allah.. jangan terlalu bersedih. Anggaplah sesuatu yang terjadi itu tersimpan hikmah yang cukup besar untuk kita fikirkan. Allah juga ada menyebut.. bersabarlah dan dirikan solat... tiada ubat lain lagi yang dapat menjadi penawar duka kisah ini melainkan sabar dan solat ingat Allah banyak2...

Teringat akan cerita ustaz itu, Perlahan2 semangatku bagai disuntik semula.. NAMUN aku cuma manusia biasa yang lemah.. sedih itu tetap ada.. sehingga kehari ini pun bila teringat waktu2 dia tidur atas meja, waktu lapar nk makan, waktu dia sakit perut membuatkan aku jadi sebak.. mulalah ketat hidung nie..huhuhu..
Banyak kenangan indah dengan JOJO Walaupun blm smp 2 tahun aku menjaganya.. umurnya baru 1 tahun 4 bulan...
Doaku kpd Allah.. moga Allah temukan semua kucing-kucing kesayanganku di syurga kelak, wahid, bobo,bobo junior, putih, dan jojo.. amanlah di sana.. aminnn..

Apa2 pun ku bersyukur atas segala nikmat dan kasih sayang Allah kepadaku sehingga detik ini.. cuma nk ingatkan sahabat2 semua.. jangan terlalu sayang sesuatu melebihi sayang kita kepada Allah.. kerana semuanya dtg dari Dia.. apa yang penting teruskan kehidupan seperti biasa.. Allah itu tidak zalim .. pasti Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.. belajar untuk menerima kehilangan dan belajar juga untuk menerima hadiah yang baru dari Allah.. InshaAllah..

Sekian.. setakat ini dulu.. dapat dicoretkan buat catitan hidup seorg yang bergelar puteri..
Layanlah gambar-gambar kenangan jojo bersama diari kehidupanku..





17 februari 2013.