Tuesday, January 24, 2012

Bersyukur... Jangan putus asa!

Assalamualaikum wbt,

Hari ini hari pertama bekerja selepas CNY..
Apa ya nk crita kat sini.. keywordnya.. jgn berputus asa, kerana Allah Maha mengetahui segalanya..

Dalam kehidupan kita ..pasti ada liku2 dan jalan yg tidak rata.. kalo rata dan licin takut ada masalah pulak kemudian hari.. Cuma kadang2 kita sebagai insan yg bernama MANUSIA ini selalu tidak puas atas apa yg kita dapat dan telah dimiliki.. dalam erti kata lain "tidak bersyukur"
Astarqfirullah Hal Azim.. takut bile mendengar perkataan "tidak bersyukur"!!!
Ya Allah ampun kan lah segala dosa2 ku yg kecil atau pun besar,, disengajakan kan atau tak disengajakan..
Ya Allah jauhkan lah hati ini dari sikap2 yg mazmumah tapi hadirkan dan hiasilah hati ini dgn sikap2 mahmudah.. aminn

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.. sebab dah bagi rezeki dari arah yg tidak disangka2. Dalam masa 3 hari ja.. sekejap ja kan.. terima pemberian Nya dgn hati yg lapang dan terbuka.. Ada kepuasan bila kita bersyukur atas apa yg telah Allah beri ruang dan peluang utk kita.  Moga lepas ini rezeki2 yg baik dan halal yg lain lagi akan menyusul.. aminn

Semakin hari ada ja yg nk tempah product2 bakeryku.. thanks! Ini petanda dan permulaan baik dlm membina impian yg satu nanti... membuka bakery =)
Semua skill dan resepi2 berasal dr Pencipta Insan bernama Manusia.. Allah SWT.. di salurkan melalui kwn2 dan insan2 terdekat dlm hidup ini.. Berbekalkan kerajinan dan tidak mudah putus asa.. maka lahirlah product2 Puteri Mahsuri =)

Mempromote blog masak2 yg rasanya sikit ja resepi.. tapi bila dh mcm nie terasa bersemangat utk banyakkan resepi dlm blog itu.. "MY SWEET HOME" http://www.chefputerimahsuri.blogspot.com/
Kdg2 rasa malu dan segan ja.. tapi apa salahkan kongsi2 resepi dgn org lain.. Thanks to ida, nani, zura, mama, kak zah dan paling aku sayang MAK! sebab telah memberi sokongan dan kepercayaan ampa semua kat puteri mahsuri... =). Plg special! family ku (mak, kak not adik ed dan adik fauzan) .. walaupun kak su ada masalah tersendiri.. tapi korang dh buat hidup kak su lupa kat masalah tu! Ala masalah dunia ja kan.. Yang penting, jgn hilang kasih syg sudah.. perbanyakkan kasih syg! =)

Masalah tetap ada.. tapi lupakan ja lah.. pasang strategi baru! jom2 balik lunch and zohor kat umah =)

Ari nie kak zah masak sedap!! =)

Wednesday, January 4, 2012

Pengertian yg memberi Makna

Assalamualaikum wbt

Hari ke 4 dlm 2012, ermm... agak biasa2 ja.. disambut dgn selsema dan batuk..hukhukhuk.. ingatkan boleh lega sendiri..last2 kena p pusat kesihatan uitm gak laa... apa2 pun ubat dh dpt banyak cuma makan dan bnyk doa supaya cepat sembuh.. :)

Entry ini adalah khas utk Suhana ( Among My Best freinds)

Tahniah setinggi2 nya bersama doa mengiringimu sentiasa. Moga Allah sentiasa memelihara dan memberi kemudahan kepada bakal ibu, umi, mama, mak dan seangkatan dgnnya.. :)
Allah teleh memilih seorg insan yg kuat, hebat, cekal, berani, penyayang dan amat menyenangkan utk menempatkan seorg lg ahli syurga ke dalam Rahimmu.. Allah amat tepat pilihanNya.. Alhamdulillah. Amat gembira rasanya bila dpt tau berita nie! I'm the happy one! Dlm masa yg sama agak jeles jugak lah..heheh ahaks! Apa2 pun Jaga diri sebaik mungkin dan ingat Allah  adalah pemelihara yg terbaik! Maka berdoalah padanya..aminn..

SUE, pesanan dr seorg sahabat yg jauh dimata tapi sentiasa amat dekat dihati!
Ketika kami sedih, susah..awk lah yg dtg utk menjenguk dan memberi motivasi.. tapi maafkan sy sebab ketika awk dlm keletihan, kelemahan dan kelesuaan sy tak ada utk awk..tapi harap dgn kata2 semangat yg akan dititipkan ini dpt memberi kesejukan, ketenangan, kekuatan dan kedamaian hati kepada awk.

SUE, Ingatlah awk adalah seorg yg hebat dan kuat! sebab Allah dh pilih awk untuk memikul tanggungjawab yg besar ini.. Tak semua org dpt peluang yg terbesar ini iaitu menjadi ibu kepada seorg ahli syurga supaya awk dpt mendidiknya kembali ke syurga!

Percayalah, kehidupan harian awk jgn rasa takut dan gentar sebab bersama awk adalah hadiah Allah dr syurga..maka berbanggalah dan bersyukur kepadaNya.. Sentiasa bercakap benda yg baik2 dan jgn sesekali rasa sedih.. Ingat, bila kita dpt hadiah mesti kita akan rasa suka dan gembira.. titiskan air matamu disebabkan oleh rasa syukurmu padaNya.. dan jgn sesekali titiskan disebabkan rasa dirimu lemah..

Mungkin sy tak pernah merasai apa yg sedang dan akan awk lalui lg..tapi InsyaAllah Sy jugak ingin merasainya.. Kuatkan semangat awk, sentiasa bersangka baik atas semua ujian yg Allah beri pada kita. Tiada apa yg dpt diberi cuma ingatan sesama kita..juga buat diri ini.. kalau awk rasa letih.. cari lah Al-Quran, berckp lah dgn Dia.. Minta lah padanya.. mohon diberi kemudahan yg berpanjangan, kesihatan yg cemerlang, perasaan yg sentiasa syukurpadanya.. Ujian itu tak semuanya pahit.. pandanglah ia dr sudut yg terbaik dan positif!

Doa kami sentiasa mengiringi sahabat2 baik kami..
Apa2 pun bila kita ingat..itu adalah kerana Allah telah menggerakkan  hati kita utk ingat,, dan sy sentiasa mhon agar Allah sentiasa gerakkan hati sy utk mengingati sahabat2 sy walau kat mana korang berada!
Satu lagi, kita merancang, Allah juga merancang dan ingat Perancangan Allah itu adalah yg paling terbaik! :)

Wahai sahabatku yg bernama Suhana Binti Zakaria.. Bergembiralah kamu dan tahniah diucapkan mohon segala rahmat dilimpahkan kepadamu dan keluarga kamu! aminn..

Wassalam..