Showing posts with label AZAMKU. Show all posts
Showing posts with label AZAMKU. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

SAYONARA 2012

Assalamu'alaikum wbt,

Hanya tinggal 1 minggu lagi berakhir 2012..Apa kata anda?
Azam 2012 telah tercapai?
 
Alhmdulillah dan tahniah kepada sesiapa yang telah berjaya mencapai azam dan cita-cita masing-masing. Pastinya tak semua yg disenaraikan pada akhir tahun 2011 dahulu tercapai ditahun 2012.. begitu juga dgn saya..
Walau bagaimanapun, banyak yg tercapai dari tidak. Alhamdulillah.. syukur atas segala hadiah2, kejutan2, peristiwa2 yang manis mahupun pahit, masam dan pedas! =) Semua itu telah berjaya dilalui dan disambut dgn hati yang lapang dan gembira.
 
Untuk tahun 2013 pula tidak banyak yang tersenarai dalam list 'Azam-azam Baru'. Cuma melihat dan fokus kepada yang lebih besar dalam hidup. Yang pasti 2013 adalah satu tahun untuk bekerja keras menyiapkan proposal PhD dan berusaha mendapat biasiswa untuk sambung belajar pada tahun 2014.
Ini adalah matlamat yang boleh dicapai dgn usaha sendiri dgn tekun dan gigih bersama keizinan Allah..Insha Allah.. moga Allah permudahkan segalanya.
 
Kesukaanku kepada bidang fat and oil memang menjadi-jadi.. Dah tak nampak benda lain dah.......... 'I love chemistry' itu kata-kata semangat dalam menyiapkan proposal PhD ini.. sampai semua student saya dibajai dgn kata hikmat ini.. Moga mereka lebih bersemangat dalam belajar 'organic chemistry'. Tiada yang mustahil asalkan berusaha dengan cara yang betul!
 
 
Kedua, membina rumah yang cantik buat mak yang palingku sayangi! InshaAllah tak ada aral rumah impian mak akan dibina dekat dengan rumah kita semua =)). Dengan restu dan doa seorang ibu itu, pasti apa-apa impian akan menjadi nyata dan pastinya impian itu Allah juga redha. Untuk menjadi seorg yang baik, mulalah membuat sesuatu yang baik dahulu..kata Ustaz Pahrol Juoi.
 
Apa yang boleh disimpulkan dalam 2012 ini, kadang-kadang Allah memberi sesuatu yang kita tak sangka.. mungkin pada awalnya dirasakan amat berat melakukan perkara itu, namun sesungguhnya hikmahnya terlalu besar dan takdir yang Allah berikan kepada kita itu perlu kita tadbirkan dengan terbaik dan sempurna. Tahun 2012 ini InshaAllah akan ditutup dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang dan semangat yang membara semoga ditahun 2013 nanti dibuka dengan kehidupan yang berwarna-warni, jiwa yang bahagia, semangat yang bernyala-nyala demi mencapai impian yang dimimpi-mimpi menjadi kenyataan.

SAYONARA 2012, SELAMAT DATANG 2013



Monday, August 9, 2010

Azamku!


9 August 2010

Isnin, setelah lebih kurang 3 hari setengah di dlm umur baru, aku merasakan suatu perasaan yang senang dan selesa..mcm2 perkara yg dah aku catatkan dlm sejarah hidupku..Alhamdulillah semuanya baik2 belaka..

umurku disambut dengan ciuman utk ibuku pada pagi jumaat 6.8.2010...dgn ucapan "terima kasih mak! jaga cik selama nie.."itu ja ayat yg dapat keluar dari mulut nie..kalo lebih lagi..nangis lah..hikhikhikk.. pada tahun nie tiada kek, atau pun menu2 yang best coz semua org tak balik..maksudnya ada adik fauzan tak balik ..main ragbi...tak cukup korum..

7 august, sabtu..pagi2 dlm pukul 7 tiba2 ja nak amik keputusan join konvoi kibar jalur gemilang mayc kaw psg besar..kesian plak kat kwn2 lain bertungkus lumus siapkan persiapan..nak support depa aku buat keputusan utk jion sekali..bila lagi nak rasa konvoi dgn kesayanganku 'HONDA CITY'. Walaupun pada mulanya mcm tak berapa nak best..tiba2 ja kena jd MC majlis perasmian..dengan paksa rela terpaksa lah..coz SU kaw..tanggungjawab tuh!Konvoi berjalan lancar! siap dh masuk paper SINAR lagi..glamour la seketika..heheheh..

8 August Ahad.. Majlis convocation Ed..kat polimas..best! semua dapt tgk..hai..betapa handsome nya Adik aku nih! patutlah banyak pompuan dok syok kat dia!!..kakak dia nie comel jee..:)Sedih lah jugak coz abah dh tak da nak celebrate kejayaan dia..tapi dia lelaki aku tau dia kuat!

dan hari nie 9 August di mana hari aku nak buat azam baru!!
1) Umurku disambut dgn kehadiran bukan Ramadhan..InsyaAllah akan ku berazam utk buat amalan yg terbaek dlm bulan nie..
2) Perlu bersikap matang dan steady je bila nak buat apa2 keputusan ..maksudnya perlu berfikir panjang..
3) Jaga tutur kata, dan lebih senyum untuk semua org...moga bnyaklah sedekah akan ku buat dlm umur nie
4) ramah tamah dengan semua pelanggan dan org kampung..
5)think positive dan relevan..
6)Jadi seorg pendidik yg disayangi oleh pelajar2ku
7) kurangkan bersosial yang tak berapa nak sihat..buat aktvt sosialyg sihat ja..
8) sentiasa tepati masa dan jgn selalu berjanji2 (kurgkan berjanji2) bnyk dosa dr pahala..
9) Mesti nak konvo master nie..nak p holiday jugak! (cuti2 malaysia)
10) YaAllah, aku mohon apa yang aku azamkan ini..Engkau permudahkanlahku utk laksanakannya..dan makbulkanlah permintaan ku yang Kau rasa ia tidak memudaratkan ku..

KESIMPULANNYA:
Dengan umurku yang Allah berikan ini aku ingin menjadi pemimpin kepada diriku, keluargaku, masyarakatku, negaraku, dan paling penting Agamaku (ISLAM).
Seimbangkan diantara DUNIA dan AKHIRAT.
" CARILAH HARTA SEUMPAMA KU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN, DAN BERAMALLAH SEUMPAMA AKAN KUMATI ESOK HARI"