Wednesday, August 24, 2011

ا َلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ، وَكُلُّ سَنَةٍ وَأَنْتُمْ سَالِمِيْنَ

مِنَ العَائِدِيْنَ وَالفَائِزِيْنَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


Dikesempatan yang ada ini, sy ingin mengambil peluang ini utk mengucapkan
 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
Maaf segala keterlanjuran kata, tulisan, perbuatan yg disengajakan atau tidak disengajakan.
Kepada yang balik kampung..berhati2 dijalan raya..Ingatlah Orang Yang TERSAYANG! =)

Maaf Zahir & Batin!

Sunday, August 21, 2011

Program kelab chemist uitm raikan ramadhan dan kempen kibar jalur gemilang

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana izinNYa program yg dirancang lebih kurang sebulan ini telah berjaya disempurnakan.

Bermula dgn mesyurat setiap minggu dan usaha dan kerjasama sahabat2 uitm dan juga penduduk kg dan sahabat2 kg banggol sena, satu sejarah telah tercipta pada tanggal 21 OGos 2011. Amat bertuah kerana diumur yg baruku ini, telah terlakar satu peristiwa bersejarah dlm diari kesyukuranku..alhmldh.

Seramai 150 anak2 muridku telah berkg sehari dikg ku..dgn persiapan makanan, gotong royong, dan hubungan kemasyarakatan antara para pelajar dgn penduduk kgku dan juga penduduk kg seberang tok pi, kuala perlis, para pelajar telah mendapat suatu pengalaman yg manis dan amat terharu kerana ada yg ucapkan rasa gembira dan ingin kembali lg ke kg ku ini..dialog anak2 muridku 'miss kalau nak balik kg, kami nak ikut jugak tau!' tercengang juga awal nya.. ' eh, nie kan kg saya, sy dh ada kat kg sy..' ' miss kami dapat tok angkat kat kg nie!so, nanti hari raya kami nk dtg beraya kat umah tok angkat kami!' =) ..senang hatiku bila dengar luahan hati pelajar2 ku..rasa program ini telah menyentuh hati2 kecil mereka utk merasai sedikit cebisan kasih sayang dr org2 kg ku..

Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika waktu berbuka..namun alhmdlh..majlis diteruskan dgn sempurna.. Dgn kehadiran sahabat2 seperjuangan uitm memberi suntikan semangat utk ku berdiri kuat lagi selepas ini..ku mohon YA Allah berikanlah kemudahan semua urusan ku demi mencorakkan warna warni kehidupan yg berlandaskan ISlam kepada org2 disekekilingku..disamping bermasyarakat, aspek agama akan tetap ku sebarkan dan mohon diberi kekuatan utk mendidik jiwa2 muda kearah kebaikan..amin...

Program yg bermula dari pukul 10pg hingga 10 malam lebih kurang 12jam..INsyaAllah akan diberkati oleh Allah SWT.. Apa yg baik semua dr Allah dan yg terkurang adalah atas kekhilafan diri kami yg baru utk belajar mengenal kehidupan bermasyarakat.. Moga program2 yg akan dtg lebih 'bombastik' dan menjadi saham ke alam yg kekal abadi nanti..InsyaAllah.

Dikesempatan ini, ku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd para penduduk kg banggol sena atas komitmen yg telah diberi atas dasar menyokong perjuangan org muda belia! Dan kpd pihak uitm yg telah meberi sokongan yg tidak terhingga dari segi wang, masa dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa berbuka puasa di tempat saya.. Tak lupa kepada Timbalan pengarah penyelidikan dan jaringan industri, DR azlan, DR saidatul, pn zaini, kak syimi, asnida, hanani, kak ros, fauzi dan hafiz kerana telah menjayakan majlis uitm kali ini..ini merupakan hadiah pengalaman yg tidak terhingga buat saya..pensyarah baru yg masih muda belia =) yg perlu kpd tunjuk ajar yg banyak lg utk masa depan.. Ingin menjadi seorg insan yg dpt berkhidmat kpd agama, masyarakat dan anak bangsa! Tiada ucapan lain yg dpt diucapkan selain TERIMA KASIH, SYUKRAN & ALHAMDULILLAH..

Ku hanya berdoa agar Allah memberi kehidupan yg indah dan ceria di dunia ini..tempat perhentian utk mengutip saham2 Akhirat..moga bekalan yg tidak seberapa ini dpt dibawa ke kehidupan yg kekal abadi di sana nanti..amin.. Kata ustaz khadir waktu tazkirah zohor td.. Mengajilah Al quran dan assunnah..pasti kamu tidak akan sesat.. Moga kami semua dibawah lindungan rahmatMU Ya Allah..amin...



.

Tuesday, August 16, 2011

Disebalik Kesusahan Pasti ada Kemudahan

Assalamualaikum wbt

Dah seminggu tak update blog..wahai blogku.. Ari nie agak penat, dan mcm tak bersemangat ja...huhuhu..agak2 kenapa ya??? sebab mcm tak brapa nk perform waktu bg lecture tadi kot..
Kena ajar topic yg paling tak suka..dan paling susah!!! Thermodynamics..nie org engineering pandai lah! huhuhu..rasa nk teriak pun ada..hukhukhuk..dah lama dh tinggal...mau 6 tahun dah..rasa dh berkarat dh... kena polish balik lah..tadi tak sempat nk polish..sebab ari nie agak pack..

Memang rasa tak confident bila mengajar benda yg tak expertise! tapi terpaksa ku gagahi juaa....wuaaaa!!!  Alhamdulillah..setelah habis kelas tadi agak okey jugak la..macam siput ja ngajaq tadi..lambat gilerrr! studnt ada yg ngantuk dan ada yg bersemangat..sebab diorg kena copy note dr white board...sian..awk semua...maaf miss yer!

banyak sebenaqnya kerja kalau nk dilistkan disini..tapi nk list jugak lepas kat blog lagi best!
1) buat soalan test 2 physical chemistry
2) penyediaan timetable untuk sem nov-mac 2012
3) Persiapan program DIC raikan Ramadhan kat Kg Seberang Tok Pi dan my Hometown (Kg Banggol      Sena)
4) marking Test 2 Physical chemistry student DIS
5) Marking semua lab2 report yg bertambun kat bilik nie..

huhuhu..banyaknya keja di opis...rasa letih laaaa... nk gembira2!!!! jom lah balik masak2!

sebenaq nya ada ja kisah yg best semlm... =)
Solat tarawih dan ceramah oleh Ustaz Hashim Othman Al-Hafiz anjuran Persatuan Belia Banggol sena..ahaks!.. Saya pengerusinya..mcm mana lah perempuan bleh jadi pengerusi nie! kemana lah lelaki2 nie..huhuhu..alhmdlh..majlis berjalan lancar dan nampaknya berjaya..semua org suka..best ustaz nie..last jumpa dia waktu kursus kawen setahun yg dulu..huhu lama dah..tapi still handsome and lawak jugak!

Ini lah yg boleh mengubat kekusutan di otak nie..hehehe..sempat lg balik keja buat kek coklat sebijik utk jamuan moreh jemaah semlm.. Alhamdlh.." kek sapa buat nie?" makcik2 nie tanya.. kwn2 ckp" siapa lagi..kek cik sue kita nie lah!" AHAKS! malu2!!! tapi bleh ja siapa nk tempah sila2..hehehh..tempahan akan diambil sekiranya..dpt membeli oven dan mixer baru sebelum hari raya nie dgn duit bonus..ahaks! baru lah duit tu tak mengalir mcm air..beli barang nampak..boleh simpan smp ke anak cucu..kihkih..amin.. arap2.. =)

okey! blog tqvm! coz dgr critaku hari nie..dh okey dh..nak balik masak utk menu berbuka hari nie..tapi nk makan apa yer??? tgk bhn2 dlm peti sejuk lah..bubye! tata..titi.tutu..jom2!

Friday, August 5, 2011

May Allah Bless Me! =)

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi dan selamat hari lahir adik sue!

Setelah 5 hari berpuasa dan hari ini merupakan 6 Ogos bersamaan 6 Ramadhan. Wah! Cantik tarikh nie..suker2!
Pertama2nya..ingin ku memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat kasih sayang yg telah diberikan kepadaku..Alhamdulillah. Dimulakan hari pertamaku di umur yg baru dgn memeluk mak!!!(2:00am ;6 Ogos 2011) " Mak ari nie hari jadi cik!" terima kasih banyak2 mak! "mak membalas pelukanku dgn ucapan selamat hari lahir! =) =) =)

Pertama kali aku yg mengingatkan mak hari lahir ku sendiri..yer lah dulu adik beradik ada kat umah, jadi diorg yg akan selalu ingatkan..tapi kali nie mungkin semua dh terlupa kot..termasuk lah diriku sendiri..ahaks! terjaga dr tido td dpt msg dr siapa tah..no yg tak dikenali..ucap hpy bfdy..baru teringat! hah! ari nie best dayku! thanks  kepada org tu walaupun tak kenal..mesti kawan2 nasul lah kan..cuma nasul ja tak save no dia..whateverlah..

Sengaja utk berehat sebentar dr menulis entry2 baru..kerana ini adalah entry diary kesyukuran hidupku diumur yg baru! Tiada yg lain dihati cuma nakkan kasih syg yg banyak dr org sekeliling espeacially my MOM! Dan aku memang jelas kasih sayang Allah amatlah melimpah ruah disalurkan kepadaku melalui org2 yg dekat dgnku..Alhamdulillah..syukurr

Hari nie banyak menginsafkanku..diumur baru supaya diri ini akan lebih matang dan lebih berfikiran panjang. Pesanan Bos ku tadi “Bersangka baiklah kepada Allah..kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita,,jangan lah mempertikaikan pemberian Allah..kerana apabila kita mempertikaikan pemberian Allah bermaksud kita tidak bersyukur.

Hari nie dapat peluang melawat ke kawasan yg agak kurang berkemampuan..Kampung seberang Tok Pi..inilah antara kg yg akan dilawati oleh pelajar2 Diploma Perindustrian Kimia pada 21 Ogos nie. Progam Ziarah Ramadhan ke perkampungan miskin di perlis.. Rasanya yg paling miskin kat sini..tu pun tak brapa ramai sgt..Alhmdlh..ramai yg dh dpt bantuan..tgk kat bawah mcm kesian ja..tapi bila tgk kat atas..wah! Nampak piring ASTRO tuh! Hehhehe..betul2 kena survey nie..nanti yg patut dapat, tak dapat pulak bantuan nanti.

Jadi sepanjang berjalan2 kaki melawat kawasan, terfikir sorang2..Alhmdlh sgt aku dilahirkan dlm keluarga yg  sederhana..tak terlalu susah dan tak terlalu kaya..alhmdlh senang..Apa yg penting walaupun kita susah, senang atau dlm situasi apa pun kita kena bersyukur..bila kita bersyukur Allah akan tambahkan lg nikmat Nya..

Tetiba ja teringat kucingku..mak pernah cakap “Tengok kucing2 kamu nie, beruntung depa nie sebab duduk dgn kita, ada tuan yg selalu belai,bercakap2 dan jadikan kawan nya”..siapa lg tuannya, cik sue ni lah..hehhehe. “Cuba kamu banding pulak kucing kat market dgn kat kawasan Bandar yg terbiar..mana ada tuan..masing2 hidup sendiri, berdikari. Makan pun kais pagi makan pagi..” kata mak. Situasi hari nie yg aku dpt tgk kat kg nie..amat menginsafkan diri ini yg serba lengkap. Allah pun dah menyebut..Sesuatu kaum atau bangsa itu sendiri yg dpt merubah nasibnya..jika rajin InsyaALLAH..rezeki Allah itu ada di mana2.
Kita yg dpt mengubah nasib kita sebenarnya, dgn izin Allah. Justeru, jgn berlengah2 lagi utk merubah diri dr perkara yg tak elok kepada perkara yg elok, dari malas kpd rajin, dr selalu berkira kepada pemurah, dari masam muka kepada muka yg manis dan sentiasa tersenyum! Dari perkara2 yg negative kepada perkara2 yg positif.

Setiap kalinya datang Ramadhan, setiap kali itulah doa2 specific ku mohon kepada Allah..Allah kata mintak saja kpd Ku, nescaya sesiapa yg bersujud dan memohon doa kepadaKu pasti akan Ku kabulkan. Itu janji Allah kpd hambaNya yg tak jemu2 meminta.. ada 6 doa specific:

Pertama: Untuk mak, Ya Allahku Mohon agar diberi kesihatan yg berpanjangan kepada ibuku, kesenangan hati, kegembiraan, kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat dan ku mohon Ampun kan dosa2 ibuku dan kasihanilah beliau sebagaimana ibuku mengasihaniku ketika kecil.

Kedua: Untuk Abah, Ya Allahku mohon kepadaMu tempatkan lah Abah bersama golongan org2 soleh, jadikan alam barzakh itu sebagai tempat rehatnya yg panjang, Luas dan terangkanlah tempat rehatnya dan Ampunilah dosa2 abahku dan kasihanilah beliau sebagaimana abahku mengasihaniku ketika masih kecil.

Ketiga: Untuk Kakakku, Ya Allah dialah seorg sahabat baikku, tempat rujukanku, teman sepermainanku, antara org yg paling rapat dgnku sejak kecil dan ku syg selepas mak dan abah..berikan lah Ya Allah kegembiraan kepadanya, kebahagiaan, kemudahan dan segala ketenangan utknya lebih kuat menghadapi cabaran2 hidup kini. Berjayakan lah dia di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah zuriat2 yg soleh dan solehah.

Keempaat: Ya Allah, berikanlah kelembutan hati kepadanya, kegembiraan, dan ketenangan hati dan fikiran kdp Adikku ini..adik yg semakin hari, semakin matang tindakannya. Ya Allah berikanlah ia kekuatan dan rasa tanggungjawab kpd dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Berjayalah dia di Dunia dan akhirat. Berilah sifat kesabaran yg tinggi kepadanya..agar dapat menjadi seorg HambaMu dan anak yg soleh. Dan Ya Allah jika perkara pertukaran tempat kerja ke perlis utknya adalah terbaik, maka permudahkanlah perpindahannya balik ke sini.

Kelima: Ya Allah, kepada adik kesayanganku, paling bongsu, Ku mohon kepadamu berikanlah keterangan hati, kebijaksaan, dan kecekalan yg tinggi kepadanya utk menghadapi cabaran peperiksaan SPM pada tahun ini. Jadikanlah dia seorang yg tidak pernah putus asa dan rajin. Lembutkanlah hatinya, berkatilah ilmu yg dipelajarinya agar menjadi seorg HambaMu yg dapt berbakti kepada agama, bangsa dan negaranya suatu hari nanti. Jadikan lah ia anak yg menurut perintah ibunya dan soleh kpd ibu dan abah. Berikanlah kecemerlangan kepadanya dalam peperiksaan SPM 2011. Berjayakan lah dia di dunia dan akhirat.

Keenam: Biarlah Rahsia. =)
Terima kasih juga kepada sahabat, adik2 angkat, kawan2 dan rakan2 yg telah mengucapkan selamat hari lahirku. Bila kita ucap bermakna kita ingat, apabila kita ingat bermakna kita hargai hubungan ini..dan InsyaAllah moga kehidupan kita lebih diberkati Allah.. “ setiap zarah kebaikan kita akan dibalas dgn kebaikan..asal kita ikhlas”

Setakat ini dulu entry diary kesyukuranku diumur baruku! May Allah Always Bless Me! Moga apa yg dipohon dan dihajati akan dimakbulakan oleh Allah.. tak cepat lambat pun tak pa.. Nasul kan seorang yang sabar..InsyaAllah..Amin..

Selamat beribadah dibulan yang barakah ini..Ramadhan. Marilah kita sama2 menantikan malam LailatulQadar..InsyaALLAH jika umur dipanjangkan lagi, dapat kita semua melalui malam yg dinanti2kan oleh semua umat Islam..  “walaupun tak dapat merasai tetapi kita akan dapat melalui malam itu” kata Bosku tadi. Wassalam.