Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Ceramah Isra' & Mikraj @ Masjid As-Saadah Kg banggol Sena

Assalamualaikum wbt

Malam ini 5 Julai 2011 bersamaan dgn 4 Syaaban 1432H berkesempatan utk menghadiri satu majlis ilmu yg jarang2 dapat menghadirkan diri..rezeki ..peluang yg Allah dah bagi..Isikan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..Alhamdulillah rasanya ini adalah hadiah yg paling manis utk saya di awal bulan Syaaban ini..Syukur..

Disampaikan oleh Ustaz Badaruddin Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Kedah. Tepat jam 9.30 mlm selepas solat isya' majlis pun mula..bersempena dgn satu peristiwa penting yg berlaku keatas junjungan besar Nabi  Muhammad SAW dan sehingga hari ini menjadi amalan setiap hari wajib kepada umat Islam iaitu Peristiwa Isra' dan Mikraj dan amalan solat fardu diwajibkan keatas umat Islam sebnyk 5 kali sehari. Rasa malam nie amat2 tersentuh sama ada sedih, gembira dan rasa insaf..

Yang pertamanya ustaz telah menyatakan setiap ilmu itu perlu kepada pembelajaran dan internet bukanlah satu tempat dimana semua maklumat boleh diambil tanpa perlu dipelajari.. dan perkara pertama yg diajarkan kepada Nabi SAW ialah baca, Iqra'. Banyak info2 yang tak jelas dan menyeleweng dalam internet.. mungkin kepada yg belajar faham dan tahu..tetapi kepada yg baru berjinak2 dgn islam..mungkin akan mendapat info yg salah..oleh itu sesuatu ilmu itu perlu kepada proses pembelajaran dan proses pembelajaran ini memerlukan Guru, ustaz atau org yg arif dan a'lim( berilmu). 

Ada 5 peristiwa penting dalam Islam yg perlu diketahui oleh seseorg yg bergelar Islam. Dengan mengetahui 5 peristiwa ini kita akan lebih sayang dan kasih kepada kekasih Allah ini iaitu Nabi Muhammad SAW, Rasul yg tercinta!

Pertama:
Peristiwa Kelahiran Rasulullah dimana ia merupakan kelahiran luar biasa tanpa Siti Aminah berasa sakit walau sedikit pun.. Dilahirkan dalam keadaan yatim, kehilangan bapa ketika sebelum dilahirkan..Dan kelahiran Rasulullah membawa rahmat untuk sekalian Alam..di utuskan utk memberi rahmat kepada seluruh umat manusia..jika Nabi Nuh utk umatnya, nabi Musa utk bani israil..tetapi Nabi Muhammad merupakan Nabi Akhir zaman yg diutuskan utk menyebarkan Islam. Nabi SAW tidak perlu dididik oleh sesiapa, bukan ibunya, bukan bapanya, bukan gurunya bukan sesiapa..tetapi yg mendidik Nabi SAW adalah Allah sendiri.Bersyukurlah kita semua kerana kita semua dilahirkan dalam agama suci ini, Islam..Alhamdulillah. Ini merupakan satu nikmat yang masyarakat sekarang jarang bersyukur. Dijanjikan kepada semua umat Nabi Muhammad dapat merasai nikmat syurga kecuali kepada sesiapa yg syirik dan menyekutukan Allah..Nauzubillah.

Kedua:
Peristiwa Al-quran diturunkan..Nuzul Quran pada 17 Ramadhan ketika Nabi berumur 40 Tahun.. kata ustaz umur 40 nie lah para2 lelaki mula matang dan kata2 " life begin at 40" =) mungkin benar. Dengan perantaraan Jibrail, 5 ayat dr surah a'laq telah diajar. Iqra' bacalah dengan nama TuhanMu. Nabi pun diajar..inikan kita setiap ilmu itu perlu diajar dan utk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga perlukan ilmu dan untuk berjaya didunia dan akhirat perlukan kepada ilmu.

Hebatnya Al-quran itu hanya dapat dirasai oleh sesiapa yg menbaca dan mendalami maksud ayat2 Al-Quran itu.. "Kita nie selalu baca ja quran tu..tapi maksud tak tau pun.." mulai dari hari nie..berazamlah utk mengetahui isi dalam al-quran itu. Antara kelebihan al-quran ini ada pada 3 ayat terakhir surah al-baqarah (284-286) menjauhkan dari jin, syitan dan mahluk2 yg dapat merosakkan dan menggangu kita. Jadikanlah amalan setiap hari utk membaca ayat2 ini, semoga kita sentiasa dilindungi dari perkara jahat dan syirik org yg dengki...InsyaAllah. Banyak lagi sebenarnya ..itu sedikit ja.. tugas kitalah nk kena explore al-quran mukjizat yg diturunkan oleh Allah kpd Rasulullah.

Ketiga:
Pada umur 51 tahun dimana tahun kesedihan Nabi..kerana kehilang org2 yg tersayang iaitu bapa saudara baginda dan wanita syurga yg paling dicintainya, Siti Khadijah..isteri baginda. Ketika ini Tanah mekah teah ditutup serapat2nya utk berdakwah dan menyebarkan Islam.. Baginda ke taif seorg diri untuk menyampai dakwahnya..namun kedatangan Baginda disambut dengan balingan ketul batu sehingga berdarah tumit Nabi..sedihnya..waktu nie rasa insaf teramat sgt..nak nangis pun jugak..sebab nabi sanggup berdepan dgn kejadian seperti itu dan baginda bersembunyi disebuah kebun anggur pemilik mushrikin.. ketika bersandar dipohon anggur itu baginda memanjatkan doa kepada Allah mengadu bahawasanya beliau amat2 lemah dan tidak berdaya dan mohon pertolongan dari Allah SWT.

Maka Allah SWT mengarahkan Malaikat yang menjaga Gunung ganang utk bertemu dgn Baginda Rasulullah bertanyakan bantuan apa yg boleh diberikan.. "Mahukah Kamu Ya Kekasih Allah aku lagakan gunung-gunung agar semua org yg berbuat jahat kepadamu ini mati?" kata malaikat ini.   Baginda berhati suci bersih, " tak perlulah wahai malaikat, mungkin zuriat mereka nanti akan menjadi penyebar dakwah agamaKu ini." jawab Rasulullah. Antara perawi2 hadis adalah sahabat2 Rasulullah dan mereka sebenarnya anak kepada org yg sentiasa memerangi Rasulullah antaranya anak abu jahal. ada diantara mereka yg dimandikan jenazah mereka dengan air dari syurga.. SubhanaAllah!

Seterusnya Allah membuka semua pintu2 langit untuk Nabi SAW berjumpa dgn Allah sendiri kerana penduduk bumi tak menerima dakwah Baginda. Penduduk2 langit amat gembira menyambut kedatangan kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah. Peristiwa ini dinamakan Peristiwa Isra' dan mikraj..perjalanan yg amat sekejap roh dan jasad  Rasulullah dibawa ke langit dan disetiap pintu langit disambut oleh Rasul2 dan Nabi2.. Allah janjikan akan berikan sesuatu hadiah yang apabila dapat InsyaAllah semua akn bergembira dan semua masalah akan selesai.

Solat sebanyak 50 waktu sehari semalam telah dihadiahkan kpd Nabi sampai ke Nabi Musa baginda minta Rasulullah utk merayu kpd Allah utk mengurangkan waktu solat. Setelah 8-9 kali memohon kepada Allah maka hanya 5 waktu diwajibkan keatas umat Muhammad utk dilaksanakan.. tetapi pahala 5 waktu solat ini adalah sama dgn 50 waktu solat yg diberi mula-mula tadi. Betapa Syang dan Kasihnya Allah kepada kita. senario sekarang, nak buat 5 kali solat pun liat, susah yg setgh tu solat jumaat ja.. ingat perkara yg paling mula2 akan ditanya adalah solat! Jibrail telah dtg mengajar Nabi cara2 bersolat dgn betul selama 2 hari sahaja. hari mula adalah seawal2 waktu dan hari kedua adalah akhir2 waktu setiap solat itu..

Solatlah ibadah yg paling dekat dgn kita kerana dalam sehari 5 waktu, 17 kali rukuk dan 34 kali sujud! betapa dekat dan kerapnya kita bertemu Allah.. Ustaz juga ada kongsi tip utk khusyuk dlm solat. setelah ambil wuduk dan bersedia utk solat..tenangkan diri seketika..bayangkan di depan kita Kaabah, disebelah kanan  kita syurga, disebelah kiri neraka dan dibelakang kita malaikat maut sedang berkejar2 datang utk mengambil nyawa..InsyaALLAH kita cuba amalkan..dan

Keempat:
Hijrah Nabi ke Madinah disambut setiap tahun iaitu sambutan Maal Hijrah pada umur 53 tahun 2 tahun setelah peristiwa isra' dan mikraj. (tidak dibincangkan peristiwa ini..mungkin lain pertemuan akan diceritakan..InsyaAllah)

Kelima:
Peristiwa kewafatan Nabi Pada Umur 63.Ketika Baginda hampir wafat di subuh yg terakhir, baginda melihat Abu bakar As-Siddiq mengimamkan solat subuh bersama para sahabat dan Baginda rasa tugasnya untuk menyebakna Islam sudah dapat digalas olek Sahabat2 Baginda.. dan Apabila Malaikat maut dtg utk bertanyakan kepada Baginda adakah beliau bersedia utk tinggalkan dunia dan ingin bertemu Allah baginda menjawab "ilal rafiqil a'la" Maka Siti Aishah menangis kerana sekejap lagi Rasulullah akan pergi bertemu Allah. Ustaz menegaskan solat itu penting, banyak alasan diberi jika sakit..Islam itu mudah dan ada kemudahan2 diberi kepada yg sakit cara solat yg tidak langsung membebankan, itulah perlu belajar cara2nya..berjumpalah yg A'rif dan guru utk belajar ilmu..


Itulah antara 5 peristiwa penting yg asas perlu diketahui oleh seorg yg begelar Islam. Dengan menghayati setiap kisah2 ini timbul rasa keinsafan dan keldilnya diri ini di Bumi Allah.. Janganlah kita kufur nikmat Allah kurniakan..Nauzubillah! Sebenarnya ustaz nie lawak pandai amik hati mak long, pak long..mak ngah dan pak ngah..hehhe ada ja crita lawak ustaz.. apa2 pun tak dpt nk crita kat sini lah..sebab..bahasa org utara yg pelat2..susah nk tulis..mungkin next time kalo ada lagi saya akan buat video dan boleh lah upload kat Youtube!  Ingatan utk sahabat2 dan diri sendiri jugak Ilmu tanpa Amal bagaikan Pohon rendang tapi tidak berbuah..dan sampaikanlah sesuatu ilmu itu kepada yg lain walau pun satu ayat! Apa yg baik kongsi-kongsikan bersama apa yg tak tu tinggal ja kat sini..Moga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa dibawah rahmatNya...Aminn

WaAllahua'lam..

Sekian dulu..wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt =)

Ditintakan oleh Puteri Mahsuri
1.55 am
6 Julai 2011

Wednesday, June 29, 2011

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Dikongi daripada facebook al-hikmah.. moga2 kita semua dilindungi dan dibawah rahmat Nya..aminnn

Monday, June 13, 2011

Terima Kenyataan

13 Jun 2011 (Isnin)
Hari nie terbaca blog syikin, tq syikin..so, kami copylah yer..mintak izin ..hehe.
Right time to search and find the true facts! Terima kenyataan adalah perkara paling sukar utk setiap org..tapi nk buat camner..kena redha..seperti perkara yg berlaku ari nie..cermin mata serpih..huhuhu..terbang melayang $$$ ku..tapi tak palah..dah 2 tahun lebih dah tak diservice..conclusionnya..penting simpan duit kecemasan..(pesanan juga utk kawan2). Apa2 pun bersyukur jugak dapat cermin baru..hehehe.. tu yg semangat sikit tu..pandangan pun mesti kena baru.. =)

So, cerita nie tak da kaitan pun dn sesiapa..tapi just want to share dgn kwn2 lain jugak..

Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. .

.Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~the end~


"Wa makaru wa makarALLAH, wallahu khairul maakirin"

~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun, DIA lah sebaik-baik perancang~
Selagi Allah di hati hidupkan pasti sentiasa tenang.......=)

Tuesday, May 31, 2011

Zaujan wa Zaujah Solehan

1 Jun 2011



Rahsia mendapat Anak-anak yang soleh dan solehah.
Tips untuk Al-rijal..dan an-nisa :)
                                  
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]


Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.

Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya. Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.

Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim. Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

 Akhir kalam :
"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."

Wa'Allahu'alam..

Friday, May 27, 2011

Bunga2 Kasih Sayang

27 May 2011

Salam jumaat, penghulu segala hari
Assalamualaikum wbt

Bismillah hirrahmanirrahim,Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kasih, kekasih, berkasih, kasihan, kasihani, mengasihi...mempunyai pelbagai maksud yg berbeza bukan?
Sayang, kesayangan, Sayangi, Menyayangi, disayangi..juga mempunyai maksud yg berbeza..
Makanya kasih sayang adalah perkataan asas yang boleh membawa pelbagai maksud yang semuanya positif.
Tentunya,Kasih Sayang yang paling agung adalah kasih sayang diantara pencipta dan hambanya...

Antara hubungan kasih syg lain adalah seperti kasih syg ibu bapa terhadap anak2nya, kasih sayang kakak dan abang terhadap adiknya, kasih sayang suami terhadap isterinya, kasih sayang pemilik kucing@haiwan peliharaan yg lain terhadap kucingnya, kasih sayang kawan terhadap sahabatnya, dan kasih sayang sesama muslim.

Mungkin anda tertanya-tanya bukan..ada tak kasih syang antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim? Jawapannya..mari kita kupas bersama.. :)
Secara sucinya tiada kasih syg sesama kekasih lelaki dan perempuan yg bukan muhrim..banyak org tersalah sangka, jika mereka adalah pasangan kekasih.. kasih sayang itu perlu bagi membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. ungkapan "Saya CINTA Awak!" adalah standard word yg sering diungkap oleh mereka.. katanya penting untuk tunjukkan cinta mereka ini sejati dan suci..Sebenarnya mereka sudah salah sangka..tiada istilah kasih sayang diantara lelaki dan perempuan sebelum ikatan Ijab dan Qabul dilafazkan.

Islam itu agama yang mudah, cantik dan indah..telah menggariskan panduan untuk mencari pasangan dunia akhirat yang soleh dan solehah. Kadang-kadang Allah memberi kita peluang dan ruang untuk mengenali seseorg..perkenalan itu penting..tetapi jangan terlalu lama ..kerana ia akan membawa keburukan dan kerosakan dibumi Allah ini. Islam telah menggariskan panduan memilih pasangan:

Rasulullah saw bersabda: “Perempuan itu dinikahkan karena 4 perkara, yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya(atau ketampanan) atau agamanya. Akan tetapi pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu.” (HR. Bukhari-Muslim).

Jika semua kretiria sudah ditemui dalam diri seseorg itu, siapkanlah diri dengan ilmu rumah tangga yang sememangnya..alam rumah tangga ini adalah alam yg amat mencabar dan segeralah meminang dan bernikah. Maka tiada yg lebih baik bagi kedua2 lelaki dan perempuan  yang saling menyukai dan selesa dgn tingkahlaku pasangan masing-masing selain bernikah supaya tidak berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.

Bukan mudah untuk mencari pasangan hidup hingga akhir hayat..bukan sekadar 3-5 tahun mungkin 50 tahun..mungkin lebih... Selain itu jugak jgn cuma ingin mencari seorang isteri semata-mata..tapi carilah seorang isteri dan ibu yang solehah untuk keluarga dan anak-anak yg bakal menjadi khalifah di bumi Allah ini.Oleh itu, Solat Istiqarah adalah penting bagi memohon pertunjuk Allah SWT. Sentiasalah memohon pada Allah kerana "Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang memohon pertolongan dengan cara berdoa dan mendirikan solat". Dibawah merupakan doa solat istiqarah yang boleh diamalkan:


Maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Bagi wanita pula, kita cuma sekuntum bunga yang mekar, cantik, wangi dan sering dipandang. maka jagalah dirimu agar tidak dipetik oleh tangan-tangan yang rakus dan kasar hanya untuk mencacat dan menghidu harummu. peliharalah ia sebaik mugkin sehingga datangnya seekor Rama2 yang cantik budi pekertinya, indah santunnya, dan terpikat dengan mu bak kerana kecantikan peribadimu..hinggap dan berkongsi kenikmatan dan kebahagian nikmat Allah ini bersama2mu. membawa benih2 kebaikanmu menghasilkan buah2 yg cantik. dan elok2 belaka memberi manfaat untuk sekalian Alam. Di sini ingin dikongsikan Doa untuk mendapat jodoh yang baik dan mendapat zuriat yang baik2.

maksudnya:
Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik.

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: “Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”.

*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan “Yaa Rahim” sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 85)
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).

Sebelum melabuhkan tirai tazkirah pada hari ini, jumaat yg mulia ini.. Ingatlah, Jodoh pertemuan itu ditangan Allah, sebagai hambaNya kita perlulah berusaha. seandainya dia ditakdirkan untuk kita Insyallah akan bertemu juga..
kata perpatah.."ikan dilaut, asam didarat..dalam periuk bertemu juga"...
Sekian dahulu tazkirah pada petang ini..
Yang baik itu dtgnya dari Allah dan yang kurang dan lemah itu dtg dr hati kecil saya..dan diri yg lemah ini..
Wallahu'alam...

Wednesday, May 25, 2011

Tiada Siapa Peduli? Ingat, Allah Peduli..


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon dirimu.. Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur.. Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

(Surah Ash-Sharh 2: Ayat 5-6)



Pemandangan Jalan Masuk UiTM Perlis.

Thursday, March 17, 2011

SENYUM@ SMILE

Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat, salam penghulu segala hari.. Hari nie nk cakap pasal SENYUM! :) ;) ;D



Diolah dari ceramah Ustazah Norasma'  ustazah kat SMKA(P) Kangar di Radio 3 Perlis 102.9 "Permai lagi mempersona"

Fakta mengenai SENYUM:
1) Purata org dewasa senyum dalam sehari adalah sebanyak 10-15 kali sahaja.( Kalo tak percaya cuba tgk kawan office anda senyum brapa sekali sepanjang 8 jam masa bekerja)

2) Kanak-kanak atau baby2 senyum sepanjang hari, celik2 je mata dia dh stat SENYUM tgk mama dia ada kat sebelah. Bila diorg bermain akan bergelak ketawa walaupun pada kita org dewasa, benda tu tak lah lawak pun. Tapi diorg tetap menikmati dan penuhi masa kanak2 mereka dgn gembira dan seronok. (Cuba anda imbas kembali zaman kanak2 anda: boleh kata 95% tak da masalah besar cth: duit tak da, hutang nk kena bayar, masalah hati dan perasaan dan lain2 lagi masalah org dewasa) Best tak kalo balik zaman tu? tapi masa tak boleh pusing balik..huhuhu

3) Kajian mendapati dgn SENYUM bahan kimia dalam badan yg dikenali sebagai HORMON akan dirembeskan oleh kelenjar2 tertentu yg dinamakan Adrenalin. Hormon ini akan membantu sistem imunisasi badan sentiasa tip top! maksudnya..STRESS jarang berlaku kepada yg selalu senyum! :) (Cuba anda buat kajian tentang rakan sekerja anda yg selalu buat lawak dan selalu gelak dan bandingkan dgn org yg selalu serius dan suka nk marah especially BOS! Opss sory! tak semua BOS selalu marah yer... Adakah air MUKA mereka nampak MUDA? Perhatikan)

4) Kesimpulan utk semua fakta2 nie adalah:
     i)hypothesis: Semakin usia memingkat semakin jarang  tersenyum.
     ii) Keputusan: bertambahkan bilangan penyakit yg menumpang kat badan dan hadir garis2 halus lama2     JaDi garis yg kasar kat muka.
     iii) Kesimpulan: cepat nampak berumur dan TUA!
Adakah anda ingin cepat tua?..usia berkadar langsung dgn kerdut di wajah, bertambah usia maka bertambah kerdut di wajah! Fikir2kan lah.

Okey ini mengikut fakta2 sains dan sosial..Jom kita tgk Fakta dari kisah Rasulullah SAW..
1)  Scene ini berlaku pada suatu hari semasa Rasulullah SAW bersama para sahabat berkumpul disuatu tempat dan didatangi oleh seorg yahudi. Yahudi ini menghadiahkan kapada Nabi sebiji buah limau utk dimakan.. Nabi pun mula mengupas dihadapan para sahabat setelah habis dikupasnya limau itu, baginda menyuap satu ulas limau itu kemulutnya..setelah satu satu..perbuatan Nabi ini hanya dipandang oleh para sahabat dengan perasaan yg amat pelik kerana sebelum ini Baginda tidak pernah kedekut utk berkongsi apa2 makanan pun walaupun ia cuma sebiji kurma, tapi kali nie Nabi tak mempelawa pun para sahabat walau pun limau itu mempunyi banyak ulasnya ..sambil memakan setiap ulas limau itu Baginda melihat ke arah yahudi itu dengan senyuman, Sehinggakan Yahudi ini menjadi amat pelik..setelah habis dimakan sebiji limau itu..yahudi itu pun pulang dengan perasaan yg amat hampa.. Kenapa? Kerana..

Limau itu amat lah MASAM! Orang yahudi itu sengaja ingin menaikkan kemarahan Nabi, tapi dia tak tau sikap Nabi amatlah COOL! Setelah yahudi itu pulang para sahabat bertanya Ya Rasulullah, kenapa engkau tidak pun berkongsi limau tadi dgn kami..seblm nie engkau akan berkongsi walaupun ianya cuma sebiji kurma? Kata Nabi SAW, wahai sahabat2ku yg disayangi dan hormati, ku ingin meminta maaf kerana tidak memberi limau tadi. kerana jika ku memberi kepadakamu semua nescaya kamu akan marah kepada yahudi itu dan menyebabkan yahudi itu akan berjaya menaikkan kemarahan kita..  

 Lihatlah yahudi nie sikapnya dari dulu memang sama sampai sekarang! balik kepada cerita tadi, dengan senyum membuatkan org jahat akan marah dan kalah..dia nk buat org lain marah tapi akhirnya dia yg marah!
Berbeza dgn kita nie..kalo org bagi limau masam..surenya akan kata..apalah bagi limau masam, org kalo nk bagi..bagilah yg manis..kalo masam jgn lah bagi..terus marah..lepas nie jgn marah2 lagi ok..terima seadanya..itu rezeki. buat lah jus ka..pastu letak gula sikkit bagi manis!

Kisah kedua:
Ketika disaat Nabi dalam kesakitan Sakaratul maut, Baginda masih boleh tersenyum, scene ini berlaku ketika sahabat2 sedang mengerjakan solat fajar, Nabi menyelak kain tirai dr tempat baginda berbaring melihat para sahabat mendirikan solat berjemaah, Baginda senyum kepada para sahabat. Dimana itulah kali terakhir baginda tersenyum sebelum menghembuskan nafas yg terakhir.. Dan SENYUMAN nabi yg terakhir itulah memberi semangat kepada Para Sahabat utk meneruskan perjuangan menyebarkan Islam ke seluruh dunia hingga ke hari ini. Walupun kita tidak berkesempatan utk melihat senyuman Nabi tentunya yg paling menawan itu, namun, tanamkan lah dalam diri, jiwa dan hati agar kita sentiasa membawa model dakwah nabi bukan secara kekerasan tetapi bawalah ia dalam kelembutan namun penuh dengan ketegasan dan kebijaksanaan! Sedihnya..bila memngingatkan scene ini..huhuhu..

Apa2 pun Point yg utama tazkirah hari ini adalah SENYUM!.. jangan kita ja tersenyum..jadikan orang disekeliling kita turut tersenyum dan gembira..khabarkan berita gembira kepada sesiapa yg berhak!
Setakat dulu perkongsian cerita saya hari nie..moga yg baik dijadikan panduan dan yg buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah SWT dan yg lemah itu dtg dr kelemahan diri ini..yg bernama an-nas. Renung2kan lah dan selamat beramal!:)

nukilan: Puteri Mahsuri
18 Mac 20111/ 1:45pm

Wednesday, March 16, 2011

Muhasabah DIRI

Muhasabah DIRI...
"Adakah anda Mempunyai Ciri2 Wanita Syurga?"
Jika tidak perlu cari lagi, jika ada satu atau dua, kekalkan dan berusaha lagi utk terbaik!


"Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.


"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!


Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :


"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)


"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)


"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)


"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :


" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)


Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :


Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)


Ciri-ciri Wanita Syurga


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.


Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :


01.Bertakwa


02.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk


03.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu


04.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.


05.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.


06.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata


07.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


08.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki


09.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.


10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia


11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk


12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)


13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


14.Berbakti kepada kedua orang tua


15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.


" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)



Renung2kan lah dan selamat beramal! :)