Assalamualaikum wbt..
Hi blog..lama tak dtg menulis.. ha nak tau apa jadi hari nie.. ha! nie nak cerita lah..heheh
Alhmdlh, syukur ke hadrat Ilahi dgn segala rezeki kurniaan yg Maha pengasih, pemurah dan penyayang..
Rezeki, jodoh, ajal maut, pertemuan dan perpisahan semua ditentukan Allah.. atas asas itulah.. rezeki juga hari nie dapat Anugerah Belia wanita harapan 2013 di Karnival Belia Perlis 2013.
Macam tak percaya pun ada.. Baru dpt tau pagi kelmarin.. Apa2 pun jutaan terima kasih buat Mak yang sentiasa menyokong, memberi semangat, pendapat dan yang paling penting "Cik memang sayang X sejuta kat mak!"
Yang bertanggungjawab membawa saya dlm bidang persatuan ini.. Urusetia Kerjaya UKM, Persatuan Belia MAYC Negeri Perlis, MAYC Kaw Padang Besar, Persatuan MAYC Banggol Sena adalah yang paling disayangi dan dihormati kerana diri ini belajar banyak pengalaman kat sini...
Belia HARAPAN.. 2 patah perkataan yang membawa erti yang mendalam, sarat dengan tanggungjawab yang perlu digalas.. Mengajak para belia untuk melakukan aktiviti yang berfaedah untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.. Belia perlu mencungkil potensi diri yang perlu untuk memajukan diri sendiri. Sesuatu bangsa itu tidak akan maju melainkan bangsa itu berusaha untuk mengubah cara hidup dari yang baik kepada yang lebih baik!
Apa yang penting Ikhlaskan diri.. mcm mana nk tau ikhlas.. sebab ikhlas itu tidak boleh diukur.. hanya Allah ja yang dapat menilai keikhlasan hambaNya.. Setiap daripada kita perlu membuat matlamat yang jelas.. matlamat yang boleh dicapai, mampu dan realistik untuk dijalankan. Sentiasa Optimistik dalam mengatur setiap langkah untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan.. Siapakah saya dalam masa 5 tahun lagi, 10 tahun lagi 15 tahun lagi.. dan apakah sumbangan yang boleh saya beri kepada masyarakat sekeliling, negara dan yang penting Agama..
Jika rasa perlukan bantuan dari sahabat2, kawan2 dan rakan2.. mohon pertolongan mereka.. kenali sahabat, kawan dan rakan dengan bepersatuan.. Kerjasama, saling bertolak ansur dan sentiasa bersangka baik adalah kunci terpenting dalam menjayakan sesebuah program dan aktiviti yang akan dijalankan dalam sesebuah persatuan.. Jika rasa diri tidak mampu untuk memikul tanggungjawab buat masa tertentu..mungkin kita boleh undur diri atau berehat seketika..namun perlu diingat tenagamu nanti masih diperlukan.. jalan lari.. mungkin kekangan masa membuatkan kita terleka atas tanggunjawab..
Sesungguhnya Allah tidak sengaja meletakkan kita dalam bidang tersebut melainkan ada hikmah yang tersembunyi.. Gunakan kelebihan dan kepakaran yang ada untuk membantu masyarakat kita dengan cara dan jalan kita sendiri.. perlu diingat Islam itu mementingkan syariat. Sesuatu yang dibuat perlulah kerana Allah.. sebab nanti kita akan ditanya usia kita dimana dihabiskan.. wang kita dimana dibelanjakan.. Apa2 pun kena kembali kepada Islam. Perlu diingat tujuan atau matlamat tidak memnghalalkan cara.. Maka sebagai pemimpin belia atau pun pemimpin kepada diri sendiri jgn melakukan perkara yg sememangnya terang2 salah disisi Islam. Ingatan untuk diri sendiri juga..
Selagi diberi kekuatan, tenaga, kesihatan, ilmu serta pengalaman yang telah dilalui, BERKONGSILAH... mungkin dengan usaha yang sedikit ini ada pahalanya di sana. Amin..
Okeylah kawan2.. Diari kesyukuran ku hari ini ditutup dgn kehadiran seorg lagi baby comel milik sahabat baikku Wani dan azad! 15 Jun 2013..pastiku ingat! InsyaAllah.
Assalamualaikum dunia! dh nk tido =)
~ALHAMDULILLAH..SYUKUR ATAS SEGALA RAHMAT KURNIAAN DR ILAHI~
