Saturday, October 29, 2011

Sibuk2...

Assalamualaikum wbt

Hari ni sabtu 29 Oktober 2011, aktiviti dimulakan dgn clearkan semua fuel data, update semua account dan order minyak utk esok. Dh settle rasa kena jugak jenguk ke Dataran Komuniti 1 Malaysia kat kg banggol sena. PLKN masuk kampung =). Kami persatuan belia ditugaskan utk handle sukaneka. Ada 3 jenis permainan yg sempat km setkan utk para belia dan wira/wirawati PLKN. 

Kerusi musik, Masukkan air dalam botol dan Lambungan Kasih. Best2 belaka semua games nie.. siapa lagi cik sue kita nie lah yg jd juruacara.. no hal..small matter ja =p

Yang bestnya tetiba ja pengacara majlis pun boleh p dok main sama2 jugak! ahaks! 2 games ja..masuk air dlm botol dan lambungan kasih..lawak2! tetiba ja termenaglah pulak..dpt no3 ja utk games masuk air dlm botol..hebat2! =D Apa2 pun enjoy lah pagi nie. dalam kul 2ptg br majlis habis..dan semua bersurai.

Memang amat2 lama dan terasa rindu pulak..jari2 ni nk menekan keyboard. Rasa bulan nie terlalu cepat sgt..sebab banyak benda yg dh berlaku..Dengan final exam, marking final, siapkan buku abstract utk conference SKAM 24 kat langkawi nanti, siapkan paper utk presentation dan clearkan semua kerja office yg pending. Sebab bulan nov nie memang bulan tersibuk lah! kursus KAP, Conference SKAM-24 and ect program lg.. huhuhu

Hidupku kini??? ya banyak persoalan yg perlu dijawap dan difikirkan.. Bukan mudah menjadi seorg yg sempurna dimata semua org..cuma apa yg perlu dilakukan adalah berusaha memperbaiki utk menjadi lebih baik dr sebelumnya.. Diri kita mempunya pegangan yg tersendiri yg susah utk dipisahkan dan ditukar.. Namun  setiap  apa yg berlaku bukan lah kebetulan tetapi sesuatu yg telah dirancang oleh Allah SWT. Kerana Dia ingin menguji hambanya utk melihat kebiijaksanaan, kesabaran, keredhaan dan kematangan hambaNya.

Sempat jugak dgr IKIM petang jumaat balik dr keja: Allah akan menguji hambaNya itu dengan 4 ujian.
Ujian ketaan kepadanNya, Ujian Maksiat, Ujian Nikmat dan Ujian Musibah. 
Ujian Ketaatan.
Dimana adakah HambaNya bersedia melakukan semua suruhan dan meninggalkan semua larangan yg telah digariskan olehNya.Kuatkah iman diri???
Ujian Maksiat
Dimana hambanya akan diuji dgn perkara2 yg boleh menyebabkan seseorg itu melakukan maksiat kerana mengikut hawa nafsu.Berjayakan melawan nafsu sendiri??
Ujian Nikmat
Dimana HambaNya diberi nikmat dunia yg tiada tandingan. Hanya ingin melihat adakah dia bersyukur ke atas nikmat yg diberi.
Ujian Musibah
Dimana Allah memberi ujian yg menyebabkan kesedihan, kesusahan, kepedihan dan penderitaan. Adakah dia sabar dan redha diatas setiap ujian itu???

Dan tazkirah ini membuatkanku lebih kuat mengatakan Allah sayang kepadaku..sentiasa ada memberi dan jagaku.. hati ini lembut..sentiasa tidak tetap.. Mohon Allah tetapkan kuatkan hati ini. aminn..

Apa2 pun be yourself nasul!
Kaylah..lamanya update blog..sambil jaga kaunter..part time job la katakan..=) But I really ENJOY it!
Bubye,,wassalam.

Sunday, October 23, 2011

Erti Cinta Dan Perkahwinan

Erti Cinta Dan Perkahwinan Posted by Aidil in RUMAH TANGGA on 10 2nd, 2011



Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?
Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta”

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya”

Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta“

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya”

Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan“

Moral :
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita.

P/S PDH : Apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya.

Hanya dengan redha, bersyukur dan mengingati-Nya-lah hati akan menjadi lapang dan tenang. Hidup di dunia adalah untuk ‘memberi’ yang terbaik, bukan untuk ‘menerima’ kesempurnaan.

Kesempurnaan hanya wujud di syurga.. Kesempurnaan itu hanya terletak pada cinta Illahi

Friday, October 7, 2011

Selimut Bahagia..

Assalamualaikum..

Hi Blog! blog...mlm nie nk crita something.. Org tua2 kata..'yg patah kan tumbuh, yg hilangkan berganti"..betul ker?

2 Julai 2008
"Nak lapor diri ke?" tanya ku pada 3 org, nampak mcm sama baya ja.. "ya, kami lapor diri hari nie..awk pun ke?" jwb salah sorang dr mereka. Itulah bermula pertemuan pertama kali yg membawa sebuah ikatan persahabatan sehingga kini. 7 Oktober 2011 adalah hari terakhir sahabat2 dua org ku ini di UiTM Arau. Sepanjang 3 tahun lebih menjadi jiran sebelah bilik. kiranya banyak cerita dikongsi bersama..ada yg suka duka..yg paling akan dirindui adalah gelak tawa mereka..ala2 happy go lucky ja! nanti mesti sunyi ofis nie..huhuhu..
Bermula dgn segulung degree.. bersama2 belajar memberi semangat dan berkongsi pendapat hingga mendapat lagi segulung ijazah sarjana..Alhmdlh..syukur.. cuma di antara kita berempat nie..rezeki nasul di UiTM Arau ini..siti di UMK universiti Malaysia Kelantan dan Khairum di UTeM, Universiti Telnikal Melaka. Ina masih menunggu surat..InsyaAllah tak lama juga akan berpindah..

Kita ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah kerana mencari ilmu Allah yg banyak...maka kita perlu bertebaran memberi, mencari dan berkongsi ilmu yg tak seberapa di dada ini..Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad..jadi sambutlah cabaran ini utk kita lebih cekal dan sabar dalam meniti hari2 mendatang yg tidak tahu suram atau ceria warna2nya lg..Semangat yg ada pada koranglah yg membuatkan nasul lebih yakin utk bersama2 membangunkan anak bangsa.. Kata2 "UiTM Dihatiku" sudah sebati dengan jiwa kalian.. cuma nasul semakin hari..sedang memupuk perasaan ini.. InsyaAllah tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat mencari sesuap rezeki yg halal dan baik..Doakan agar kita sentiasa di bawah rahmatNya..

Sehelai sejadah menjadi buah tangan utk korang ke tempat baru..gunalah ia sekerap mungkin..Tiada apa yg nasul nk bagi sebagai kenangan..rasanya itu ja yg terfikir. juga cooler bag dan multipurpose box yg bercop Caltex..Bila tgk logo caltex ingatlah kat nasul yer! =)

Ingatkan hati nie kuat utk tidak berasa sedih...namun siapa saya utk menahan air mata dari jatuh! sedikit tersentuh dan biarkan saja ia menitis..tanda hatiku sedikit lembut kini..alhmdlh.. All the best ja dpt terucap dibibir nie..Saya akan merindui crita2 korang lepas nie.. Hilang sorang kwn berkongsi crita org single =p..

Pasti yg hilang pasti berganti.. tetapi mungkin tidak sama..hanya serupa.. Panjang lagi langkah kita kan.. utk mencari titik perubahan..kita perlu membuat langkah yg pertama..kerana langkah2 yg seterusnya memerlukan langkah pertama! bercakap tentang cabaran..bnyk lagi yg kita perlu tempuh..tetapi setelah 3 tahun bekerja, banyk juga yg telah dipelajari.. mengenai persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Banyak pengalaman kita yg akan menjd guru diperjalanan..

 Sebenarnya korang adalah suatu anugerah Allah kepada Nasul.. terutama siti dan ina.. banyak peristiwa yg sukar utk dilupakan..ada yg indah mahupun sedih.. Apa2 pun di sini nasul ingin ucapkan ribuan juga jutaan terima kasih kerana korang telah menjadi sabahat, teman dan rakan sekerja yg terbaik! Nasul doakan kita semua akan berjaya dgn cemerlang di dunia juga di akhirat kelak.. Sematkan azam dihati utk mendapatkan Title DR.. doktor falsafah! Jika kita di atas jgnlah bangga atau riak kerana kita memang bermula dari bawah! Ingatan utk nasul juga..Juga nasul doakan kita semua akan dipertemukan dengan pasangan hidup masing2 yg menyenangkan hati kita..yg akan menyokong kita bila kita lemah dan akan membantu kita bila kita perlukan bantuan dan bimbingan..yg akan berkongsi segala cerita kita hingga ke akhir hayat..yg akan menjadi sahabat sejati, dan paling akrab! aminn..

Walaupun jauh dimata tetapi dihati tetap dekat..jadi sentiasa ingati sesama kita dlm doa masing2.. tiada ada apa yg paling laju didunia ini melainkan ingatan! cahaya matahari pun mengambil masa nk smp ke bumi..tetapi ingatan..hanya secelik mata kita dh smp di sana (iaitu apa yg kita fikirkan).. fikir2kanlah..

Cukuplah utk mlm ini wahai blog ku! cuma luahan rasa yg tak dapat diucap dgn kata2..hanya hati yg berkata2.. Ku berdoa agar diri kita semua mempunyai selimut bahagia dimana ia menyelimuti diri pada setiap ketika..oleh itu, kita perlu bersyukur dgn setiap apa yg kita ada dan ketentuan dari Allah yg Maha Esa. Berfikiran positif dan jadilah seorg yg bahagia! =))

Wa'Allahua'lam..

Saturday, October 1, 2011

‎(¯''•.¸* Kisah Pensil & Pemadam * ¸.•''¯)

‎(¯''•.¸* Kisah Pensil & Pemadam * ¸.•''¯)

Pensil• Saya minta maaf..

Pemadam• Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
...
Pensil• saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam• Itu betul.. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

**Ini lah namanya persahabatan sejati~ (。◕‿◕。)

love my frens :)