Friday, April 30, 2010

happy!!


30 April 2010


hari nie merupakan hari yang paling happy dalam 2010..dr rusnah dah call untuk hantaq hard cover thessis ke shah alam..betapa gembiranya hati ini..rasa mcm nak melompat ke atas bumbung opisku!..yahooo!!!! so, jumaaat depan apa lagi naik bas lagik lah..nak antaq thesis punya pasai..


lepas nie..rasa beban yang ditanggung selama 4 tahun setengah ni..akan menjadi sejarah buat ku..tadi jumpa dgn prof khudzir...dia pesan cuba cari stand..area apa yg minat dan terus buat research!


akan ku ingat pesanan prof!

walaupun sibuk sempat lagik menyebukkan diri p C-mart..malam ni perasmian..org gila ramai..ala2 tesco gitu! alhamdulillah kami berjaya membeli hadiah utk hamper esok dan sempat membalut hamper tu..

gembira rasanya hati, lalalalalala...


moga esok lebih baik dari hari ini ..tandanya kita org cemerlang!

ok lah..esok Program amal titian kasih akan berlangsung..kena prepared la okey my blog..c ya!

zzzzzz

Thursday, April 29, 2010

Mesyuarat khas program amal titian kasih MAYC

29 April 2010

Hari ni letih sgt..sampai tertidoq waktu jaga exam..tak pernah lagi tidoq sampai mcm nie...ngantuk sgt2..dah seminggu ni jadi bapa pulak..antaq adik p sek...alhamdulillah..adik fauzan pun dh sihat..so, tak yah p antaq tiap2 pagi p sek dah..

mlm ni meeting program amal titian kasih bersama rumah kanak-kanak arau..so far, semua berjalan lancar..kami buat demo main2 aktiviti 1 may nie..harap2 adik2 dlm sini bleh la enjoy hari tu nanti...insyaAllah..


ada 5 aktiviti..
1) who am I
2) seribu dinar
3)bomb bomb bang
4)goreng pisang
5) Nyanyian (teman sejati & doa perpisahan)

harap2 berjalan lancar seperti yang dirancang..amin..
lepas program nie..baru bleh nak layan perasaan yang tak terlayan sekrg ni...nk buat apa yg patut pada kenduri kak not..pastu nak kena marking paper 9.5.2010 ni..lepas ni don't disturb...huhuhu..

letihhhhhhhhhhhhhhhhh.....
tak da semangat..................................
serabut!!!!

YaAllah..ujian apa nie...kuatkan lah semangatku!
bye my dairy...zzzzzzz

Tuesday, April 27, 2010

Jejak kasih

27 April 2010

hari nie pagi 2 lagi mcm rutin biasa antaq fauzan p sekolah..kul 9 kena p jumpa pengetua rumah kanak2..rupa2nya dia tu kawan waktu MRSM satu kelas lagi..4 gigih..banyak benda disembangkan..kawan2..bnky yang dah kawen..adalah lagi mcm kami dua nie..blm kawen lagi..hehehh..enjoy dullu!!!

apa nak pening..tapi pening jugak..huhuhu..tak pa "wanita baik untuk lelaki baik..dan lelaki baik utk wanita baik" kalo nak cari suami sebaik saidina Ali, jadi lah dulu Saidatina Fatimah..sama cantek sama padan..

hari nie dlm sejarah boleh jumpa dgn pengarah JKM perlis lagi! bertuah arini ada org belanja..pak ngah chot yang belanja...

ari nie tak brapa nak ada mood, byk kerja tak siap lagi..tapi akan ku usahakan juga chaiyuk nasul!!!

bed time...zzzz

Monday, April 26, 2010

Program amal titian kasih....

26 April 2010

hari nie..adalah hari yg mencabar bagi ku..tugasan yang pertama ku adalah menghantar adik fauzan ke sekolah..lama dah tak p sekolah..7.15pg bertolk dr umah..dlm masa 12 min smp kat sek..dekat2 nak 730...heheheh

mula lah sesi menanda test student yang belum siap di lihat..alhamdulillah ku berjaya habiskan..esok hanyalah utk key in markah ja..best! mcm biasa esok rutin harian ku hantar adik jugak..coz dia sakit sekarang..kayap..kena berubat kg..so, kena jumpa bomoh yg buat ubat dia..tapi alhamdulillah..dah beransur lega...

malam ni kami ada meeting persatuan..malangnya yg hadir tu ada lah 5 org out of 16...1/3 pun tak smp..tapi kami yang dtg dh rancang sesuatu yg mengemparkan! pasti gempak punya sabtu nie!!! BOMBASTIK! sapa yang tk dpt join memang 200% rugi,,InsyaAllah..moga program akan berjalan lancar seperti yg dirancang....amin...

NAK TAK NAK KENA BUAT
NAK BUAT KENA JADI
NAK JADI KENA USAHA
USAHA UNTUK APA?
USAHA UNTUK MAYC!!!

UNITED WE STAND...sebenaqnya ni adalah kata2 urusetia kerjaya dulu kat UKM..sampai ke hari ini aku masih ingat dan pegang kata2 ni lagi..alhamdulillah..masih tak lupa...

end of the story for today...c ya!

Sunday, April 25, 2010

Alhamdulillah Berjaya!!!


25 April 2010


Hari ini merupakan hari yang bahagia dalam hidupku..hari ini aku berjaya melupakan sesuatu yang padaku..kurasa perlu dilupakan dan jgn diingat lagi...

Sesuatu yang kita suka tak semestinya baik untuk kita..dan sesuatu yang kita benci bukan lah sesuatu yang mustahil untuk kecapi bahagia kelak..


Susah untukku menilai sesuatu itu..sama ada ia kaca,intan ataupun berlian..semuanya nampak cantik bila dipandang dengan reka bentuk yang cantik...tapi hari ini berbekalkan azam yang tinggi ku gagahi juga untuk menilainya dari sudut yang terbaik..dan aku harap ini adalah tindakan yang terbaik yang aku telah ambil..


Aku percaya sesuatu yang cantik pasangannya yang harum,

Aku percaya sesuatu yang harum pasangannya yang menyerlah,

Aku percaya sesuatu yang menyerlah pasangannya yang cemerlang,

Aku percaya sesuatu yang cemerlang pasangannya yang bermaruah!


dan aku berharap menjadi insan yang cantik, harum, menyerlah, cemerlang dan bermaruah...


oh...sungguh tinggi cita2ku..tak salah jika kita merancang untuk menjadi terbaik! Allah juga akan mendengar permintaan hambanya...dan Allah tidak akan pernah mengabaikan permintaan hambanya..pasti ia akan tunaikan...cepat atau lambat bergantung pada keredhaannya..


moga hari esok menjadi permulaan terindah dalam hidupku..dalam meniti titian kejayaan yang bakal merubah seseorg insan untuk maju dan mengecap kejayaan dan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat kelak yang kekal abadi...


rasa banyak lagi ingin ku coretkan di blog ini.cukuplah sekadar luahan hati yang mencari kepastian dan jawapan kepada teka-teki kehidupanku..


Terlajak perahu boleh ditarik..

Terlajak tempat tujuan boleh di buat U turn,

Terlajak perasaan susah ubatnya,,

Terlajak perbuatan menyesal tak susah..


moga sahabat2 ku menjadi insan yang sentiasa cemerlang dan bahagia..aminn...

Friday, April 23, 2010

Game...

24 April 2010

hari nie mak, kak not dan kak zizah p langkawi..panggil org langkawi makan nasik minyak...22.5.2010 nie..nasul ja malas nak p..bukan bleh p jalan2 pun..heheheh..rindunya sungai korok (lubuk sembilang)@ kg buku langkawi...

dok tgh pikiaq nie..nk buat game apa dgn budak2 rumah kanak2 arau hari ahad nie...ermmm..banyak game yg dok main la nie..tapi satu pun tak ingat nama..cara main tau..huhuhu..

nama game: 'duit syiling'
cara main: peserta dibahagi kepada 5 kumpulan.. harga bagi setiap peserta ditentukan oleh pengadil..contoh: perempuan 50 sen dan lelaki 20 sen..
setiap kumpulan diminta untuk membentuk kmpulan dengan harga tertentu..contoh rm2.00 jadi..setiap kumpulan memerlukan 4 orang perempuan @10 org lelaki @ 5 org perempuan dan 2 orang lelaki...
peserta yang berjaya membentuk kumpulan dgn harga rm2 akan kekal bermain..dan sesiapa yang tidak berjaya membentuk kumpulan dikira kalah.
di akhir permainan ini, ahli kumpulan yang terbanyak masih boleh bermain dikira pemenang.

objektif tersirat: semangat setiakawan itu perlu dalam sesuatu kejayaaan itu
jangan pentingkan diri sendiri
berusaha untuk mengekalkan kawan dalam sesuatu kumpulan agar kejayaan berpihak pada kita..melalui politik..komunikasi...kemahiran memujuk...

harapan: game ini akan mengeratkan perhubungan kekawanan dan semangat junag kumpulan..

game ke-2:..nak pikiaq dulu...hehehh

Thursday, April 22, 2010

Penat tapi lega..


22 April 2010


semalam bersengkang mata untuk siapkan markah lab report student..pagi ni dh antaq kat Pn Faridah Hanum (my Boss)..tapi kalam kabut jugak la.hehe antaq email tapi file tak attach..lawak gilaa...huhu..dah abih satu bab..ada lagi bab2 lain menunggu..


nasib baik jugak ari nie..tak yah jaga exam lagi..kak zaini nak tukaq jadual dia..alhamdulillah..ada lah masa sikit nk belek2 apa yg patut petang nie..mcm biasa sebelum 630ptg nasul dh smp umah..hahah apa lagi ADAMAYA laa...tak bleh miss..kalo misss..misss sgt2..hahaha..


lepas ja tgk adam maya..tgk keta ishk macam malu nak naik p keja esok..huhuhu kotoq gila...naik debu..terpaksalah kuatkan hati tuk basuh keta...p mai..p mai memang kena jaga..baru 1 tahun setengah pakai keta ni..sayang tuhan ja lah yang tau..buah ati katakan..hehehe


so, malam nie aktiviti bebas la..lalalalalllaaa...LEGA...setiap permulaan pasti ada pengakhirannya..ini nasul percaya..tgk lab report tinggi gila..tapi akhirnya ke titisan dakwat pen merah yg terakhir dapat ku siapkan marking lab report depa nie...alhamdulillah...

so, that's all for today! see u tomorrow yea...byyee my diary..

Tuesday, April 20, 2010

Tetapkan Hati...


20 April 2010


Bismillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi mu, yang maha mengasihani dan menyayangi hambamu...


Ya Allah, tetapkanlah hatiku, kuatkan lah hati ku...

sesungguhnya sesuatu yang dicipta olehMu pasti ada sabab musababnya..


Ya Allah, bukakanlah pintu hati ku untuk menerima sesuatu yang baik..

dan tutupkanlah pintu hati ku kepada sesuatu perkara yang menjurus kepada kemungkaran dan keburukan..


Ya Allah, tenangkan lah hati ku..untuk merasai sesuatu yang mendamaikan..

yang akan menzahirkan sesuatu kebaikan...


Ya Allah, jika sesungguhnya Ia terbaik untuk ku maka jadikan lah ia..

jika ia memudaratkan dan menyedihkan ku untuk sekian kalinya..

jauhkanlah ia dariku...


Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah pencipta yang maha mengetahui segalanya yang bakal berlaku..

maka ku memohon kepadamu..bersihkan lah hati ku untuk menilai sesutu perkara dengan mengikut panduan dr mu..iaitu Al-Quran dan As-sunnah


Ya Allah, jika ia terbaik untukku..dekatkan lah perkara itu..jika ia mudarat untuk ku..maka padamkan dan jauhkanku dari mengingati perkara ini..


Sesungguhnya..engkau berada dekat denganku..maka Engkau lebih mengetahui isi hatiku...

makbulkan lah permintaan ku ini...aminnn...


PUTERI MAHSURI....

Monday, April 19, 2010

Colloqia DIC 2010 SERIES 1

19 April 2010

hariku bermula dengan program memantapkan kaedah mengajaran kimia menggunakan TIPS(Teknik Ini Paling Senang)..penceramahnya hebat..En Zailuddin Ariffin..TPHEP UiTM Perlis. program ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus Prof Dr Khudzir Hj Ismail merangkap my supervisor master...
Banyak yg telah dibincangkan mengenai teknik2 mudah pengajaran kimia..especially utk student2 lebih faham subjek basic chemistry...
alhamdulillah..banyak yg en zai dh share dgn kami(pensyarah2 kimia uitm perlis), program berakhir pada jam 1.15 pm..

petangku diisi dgn mesyuarat akademik, banyak benda dibincangkan...banyak benda yang menyebabkan ku senyum lebar...
tapi kepala ni pikiaq kena siapkan carry mark student..esok akan ku bertungkus lumus utk siapkan carry mark student ku ini...Chaiyuk nasul!! dh la paper CHM213 physical chemistry masuk hari last 9.5.2010..huhuhu..16.5.2010 tarikh last kena submit mark...1 minggu ja..

tensionnya!!!apa2 pun tugas tetap tugas...niat tu kena betul..insyaAllah apa yang kita buat akan dirahmati dan diberkati Allah...aminn..

so, tak da apa yg menarik hari nie..otak pun agak tepu hari ini...itu ja to close my diary today..

smile always!!!

Sunday, April 18, 2010

Program rentap minda




18 April 2010




Seawal 7.30 pg semua kwn2 dah berkumpul kat caltex.. disebabkan hari ini program yang kami buat sendiri..jadi bersemangatlah! perjalanan mengambil masa selama 30 min dari caltex..kami sampai di timah tasoh lake resort lebih krg jam 8.15pg..




so far, apa yg diaturkan alhamdulillah berjalan seperti yg telah dirancang..penceramah kami hari nie..tuan hj sidek suami kak mila..rasa best jugak lah..coz mula2 kami nyanyi dulu..lagu 'Teman Sejati' saujana rasanya...mula lah mengenal siapa kita...tanggungjawab kita peranan kita dan visi dan misi persatuan kami.




siap ada crita 'cinta seberang' lagi heheh seberang sg..


apa2 pun banyak input2 yg berguna dan ayat2 al-quran yang ada menerangkan prinsip2 kepimpinan..Pemimpin yg paling agung adalah Nabi Muhammad SAW..




asal kejadian manusia..sebenaqnya kita akan dan telah melalui 5 alam..iaitu..alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzah dan alam akhirat..mungkin lagi dua alam kita akan lalui..dan alam akhirat itu adalah alam kekal abadi...




kesimpulan keseluruhan program ini, amat menyuntik semangatku untuk terus berada dan memperjuangkan kelab belia MAYC banggol sena (KBJ) kurnia belia Jaya ni!




dan tempat nie sesuai lah kalo sesiapa nk mai dating ka...berkelah ka..memancing ka..bulan madu pun bleh(khas kpd bukan warga perlis) heheheeh..cantik dan tenang..tgk ayaq rasa tenang..hijau dan luas mata memandang..




dapatlah jugak kenai dgn pengarah JBS...kami sempat jugak menzahirkan detik2 manis ni..dgn amik gambaq bersama pengarah dan timbalannya..




apa2 pun "1 MAYC,1 Belia, 1 Malaysia!"




end of story....




Saturday, April 17, 2010

BUSY!!!


17 April 2010

ermmmm..ngantuknya pagi nieee...ya lah semalam buat cup cake dengan wani, shida, siti, ah and my mum smp kul 1.30 pg..Nie gara2 nk juai kat gerai kat dataran stadium dato sheikh ahmad la..ada event kat situ..PBSM yang anjurkan.. tq adik2..sayang korang!

ALHAMDULILLAH.. habis semua cup cake dan paling dapat sambutan ais cream goncang pak yan..heheh..untung! walaupun letih tapi nasul rasa best sgt ari nie...hahaha mana pernah juai kat gerai mcm ni..jual minyak kat caltex selalulah..

kepada buah hatiku, akhirnya tercapai jugak matlamat kita pada hari ini..awak dh sihatkan...lepas ni jangan buat masalah lah lagi ye! kena jaga diri sendiri ...nasul tak leh nk tgk setiap detik...maaplah tak sempat nak mandikan...tapi pasti esok akan ku mandi dan polishkan badanmu...RH 3838...

p aloq setaq pagi nie...maap ya kwn2..kak su kena p a.staq coz buah ati kak su kena service dah 3 bulan tak service...ingat nak p la tgk movie..crita semerah cinta stilleto..tapi mengingatkan..adik2 kat kg...kak su rela korbankan niat yg tak berapa elok nie..hehehe..

esok ada lagi program belia nie..kat timah tasoh lake resort..harap2 program rentap minda nie akan memberi belia2 jelas tentang matlamat sebenar kita berpersatuan..insyaAllah sesuatu perkara yg kita baik buat, pasti ada ganjaran dari Dia...yg penting niat yg ikhlas..for sure punya best esok!
Just to close my dairy today!

Wednesday, April 14, 2010

TERLEKA...

14 april 2010

Tak sangka pulak pada umur yang mcm ni..nasul dh buat kesalahan yg paling besaq dlm hidup ku...hati mak terguris...mak maaf kan cik mak..cik tak dak niat nak buat macam tu kat mak..kadang2 tabiat lama yang tak elok tu susah nak tinggal...terbawak2 sampai umur 26 ni...

benda macam kecik tapi kalo hati mak terguris berdosa lah anak nie...
YaAllah berikan ku kekuatan untuk berdepan dengan masalah ini...YaAllah berilah hati mak sejuk lepas aku mintak maaf kat mak sat lagi..

kesalahan ini tak akan nasul ulang buat sekian kalinya...cukuplah kali ini yang terakhir..perangai nie dari universiti dulu..kalo nak p mana-mana tak pernah nak bagi tau..dan kalo dah sampai kat satu2 tempat tu tak pernah nak report kat mak ngan abah kata nasul dh sampai...ishk! dulu dh buat la nie nak buat lagi ka nasul!!!!
hati seorg ibu memang akan teramat risau bila anak perempuan dia keluaq umah tak bagi tau dia...bukan sengaja...tak dak niat pun..huhuhuh...

sedihnya malam nie!!! nasul berjanjilah pada diri"BAHAWA SAYA NUR NASULHAH KASIM TIDAK AKAN LAGI MENYAKITI DAN MEMBUAT HATI MAK RISAU LAGI, SAYA AKAN SENTIASA INGAT PADA PERISTIWA MALAM INI..AGAR TIDAK BERLAKU LAGI DIMASA DEPAN" Biasa la kan semua manusia buat silap..tapi kalo kita tak buat silap tak ada la pengalaman yang akan menjadi teman kita diperjalanan nanti...mungkin ada hikmah diseballik kejadian malam ini...InsyaAllah..aminn...

Tuesday, April 13, 2010

Terharu..huhuhu

13 april 2010
selasa

ari ni kelas awal pagi pukul 9.00...ari ni student ada test 3, last class actually.. takut jugak nk tinggal kan depa ni..takut2 tak bleh nk perform well waktu final exam nanti..pastu KPI pun tak tau lah dpt achieve ka dak..
doa2 tu lepas lah 80% lulus..tak yah buat surat tunjuk sebab..

sempatlah nasul bagi amanat2 last sebelum final exam..point yang penting adalah JANGAN PUTUS ASA! selagi kaki tak melangkah masuk dewan peperiksaan..seseorg tu masih ada peluang untuk buat perubahan dan sempat lagi berusaha, doa..lepas usaha dan doa..baru la tawakal..

paling touching hari nie..bila student2 DIC dengar amanat nasul..senyap satu kelas..terpaku..berfikir agaknya..at least depa tak kecewakan cikgu depa ni..huhuhu..

janji nasul pun, nasul tunaikan hari nie..di mana sesiapa yg dapat 90% dan keatas..nasul akan bagi present..ala mug yang tulis 'CONGRATULATION..study hard and smart!!! ja...apa2 pun harap depa dpt semangat nasul nie..

sayang kat anak2 melayu nie..harap2 depa sedaq yang depa berada dlm zon selamat..universiti lain jangan mimpi la nk dapat cikgu2 macam kat uitm ni..kami ni more on teaching..

waktu nasul kat ukm dulu banyak berdikari..berdiri atas kaki sendiri..bersaing dgn bangsa lain yg pandai2 belaka..ishk! risau plak...Ya Allah, kau berilah kemudahan, terangkan hati pelajarku untuk menghadapi final exam semester ni..harap pelajarku ini dapat mencapai apa yang diimpikan di dunia dan akhirat..aminn..

ari ni nasul balik awai jugak lah..mak tanya awat balik awai dik su?heheh saja ja mak..rasa penat ari ni nak rehat kat umah..nak tgk adamaya sebenaqnya..hehehe..

dln kul6.30 tu hujan pun turunlah dgn lebatnya..sempat jugak nasul p main ayaq hujan kat panconq atap..sejuk giler! rasa dok dekat air terjun plak...

terfikir, subhanallah... Allah turunkan hujan yang warnanya colourless, jernih dan sejuk..kejadian air hujan nie pun ada dicerita dlm al-quran..tak ingat dh surah apa...pasti kena carik balik. rasa2 mcm nak main hujan mcm budak2 dulu..tapi sedaq diri lagi..dh 27 dah..hehehhe...kena lah matang sikit..tapi kadang2 rindu masa kecik2 dulu..mandi ayaq hujan dgn kwn2 sampai biru bibiaq mulut masing2..heheh..kenangan..

itu ja kot..apa yang ku lalui hari nie...buat diary puteri mahsuri..selamat malam nasul!!! have a nice dream....zzzzzzz

Sunday, April 11, 2010

Sekeping Hati


Sekeping Hati,

Tempat dimana lahir perasaan,

suka mahupun duka,

tersimpan seribu tanda tanya,

yang perlu pada jawapan dan tindakan....


Sekeping Hati,

yang sering berubah-ubah,

kadang rasa betul,

kadang rasa salah,

tempat dimana iblis suka menumpang,

was-was datang bila ia ada....


Sekeping Hati,

dimana tempat tercetus inspirasi,

Sekali rasa pasti...maka..benarlah..

Seterusnya..mungkin bukan kata hati lagi

Hati yang suci dan bersih

pasti..benar katanya

hati yang kotor dan hitam

pasti..salah tindakan kita....


Sekeping Hati,

perlu kepada didikan yang terbaik,

mempengaruhi tutur cara dan tindakan,

mampu menzahirkan seseorang yang bersopan,

Maka jagalah hati,

Agar sekeping hati ini sentiasa bersih dan suci,

Pasti bahagia menanti...


Nukilan:

Puteri Mahsuri

12.41 am / 12 April 2010

Dinner DIC UiTM




11 APRIL 2010..




baru ja balik dr dinner DIC UiTM...memang best..boleh bagi 10 bintangsss..temanya hikayat seribu malan..ala2 padang pasir gitu!... first2 memang best..tapi tersentuh hati sikit ja lah...gambar nasul tak dak pun dlm slide budak2 part 5 nie...yang hairannya..mcm mana bleh lupa lecturer sorang ni...mungkin nasul tak ajaq diaorg semua..1 class ja yang ajar...mungkin org lain buat..bersangka baikkk ja lah nasulll...




best jugak la malam ni..semua pensyarah puteri2 turun..pakaian ala2 jubbah siap tudung siti nurhaliza lagi..heheh..student jangan cakaplah..berpurdah2..tutup muka..ja.hehe..just nampak bijik mata ja...nasul macam biasa jer..baju kurung kain batik yang kak kiah baru siap jahit petang tadi...sempoi ja nasul nie..cuma tudung ja lah lilit2..b4 ni tak pandai lilit2...just nk try2..belajaq2 org kata...bila lagi nak melaram...dinner macam nie ja lah..




malam ni nasul dapat la cenderahati..set labu sayung siap dgn cawan dia sekali..ala buat perhiasan jalah..best jugak jadik pensyarah ni..selalu dapat hadiah..dlm mari tu dh penuh dah..


student2 part 4 ni amat2lah sporting giler! siap berlakon ali baba bujang lapok lagi..yang girls plak menari ala padang pasir gitu..part 1 plak..nyanyi.lagu main gitar sekali..wah sungguh indah malam nie..kalo lah ada candle light dinner mcm nie..opss! impossible...so, far nasul bangga jadi sebahagian drpada DIC(Diploma industrial chemistry) staff and uitm staf..malis berakhir pukul 11 malam..time nasul kena panggil balik..loceng dah bunyi!!! tutup kedai...itulah rutin harian nasul..tapi tak pa..kerja yang ikhlas ni insyaAllah tuhan tau apa yg kita buat...




stat esok keja dh belambak2 rasanya student nk exam..marking lab belum..test pun belum..apa2 pun nasul chaiyuk!!! awak bleh buat nasul!
esok tegok la plak apa..crita menarik lagi...

Friday, April 9, 2010


My luvely pendant...
2 tahun lepas...ku temui sebijik batu yang hitam dan bulat...yang pada ku batu ni hanyalah sebagai aksesori wanita pada mulanya.. dengan kuasa dan izin Nya kami sekeluarga dipertemukan dengan this special rock that can supply energy and reduced my headache...
After 3 month Migrainku telah hilang sepenuhnya...
Waktu nie mak memang sangat2 kurus coz tak dapat tido lepas abah meninggal..depress rasanya..sampaikan semua org cakap kami tak bleh nak jaga mak sorang...merata carik ubat..finally..flask quantum science lah ubatnya..sehingga kini..mak dah sihat dan ceria sgt! dah dpt lalui hidup mcm org lain jugak...alhamdulillah...
Kadang-kadang Allah ingin menguji hambanya dengan sakit dan penawarnya perlu dicari dgn sabar..setiap penyakit pasti ada ubatnya..pendant inilah yang ku beli dengan gaji pertama untuk adik beradik dan mak...berkat gajiku ini..kini, dah 2 tahun kami pakai product ni alhamdulillah dh ramai yang kami dapat sebarkan kebaikan pendant dan flask quatum science nie...
Dah ramai yang serasi dengan product ni..maksudnya..sakit2 mcm, sakit lutut, migrain, demam, letih,tiroid,dan mcm2 lagi..dh nampak kesan..setelah 2 tahun buat experiment..ini pun izin dari Allah..Dia yg mencipta sesuatu ada sebab musababnya..
Kalo nak tau lebih lanjut layarilah...www.fusionexcel.com. benda baik apa salah dikongsi bersama. Nak dengar pengalaman..insyaAllah boleh share..

Puteri Ayu...

Salam,

Sahabat2, jika anda seorang yang suka memasak dan mencuba resepi-resepi baru...saya cadangkan resepi puteri ayu ini untuk sahabat2 cuba..menjadi..tak tipu..ermmm yumyumm..sedap! rugi kalo tak cuba..


Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

· 5 biji telur (saiz kecil)

· 250gm tepung gandum

· 300gm gula

· 2 camca teh ovallate

· 1 camca teh baking powder

· 250ml santan

· Pewarna hijau

· 2 camca teh paste pandan

· Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.

2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.

4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.

6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Ketika Cinta Bertasbih...

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Kejayaan perlu dengan usaha yg gigih..

Manisnya kehidupan hari ini...

Kehidupan hari ini merupakan hasil usaha gigih seseorang yang bergelar 'ABAH'..
Rinduku pada abah tak dapat nk diungkapkan atau diexpresskan dengan kata-kata dan perbuatan..hanya doa untuk abah kuiringkan selesai solat dan ketika hati ini teringatkan abah..

Mengapa abah pergi terlalu cepat...belum pun sempat kami membalas jasamu..yang sememangnya banyak berjasa untuk kami menjadi seseorng pada hari ini..Betapa gembiranya hati abah jika dapat melihat kami semua berjaya dalam kehidupan hari ini..alhamdulillah..

Tapi aku sedar yang abah merupakan insan yang hanya dipinjam seketika untuk kami..belum pun puas kami merasai kasih sayangmu...banyak rasanya perkara-perkara yang tak sempat dilalui bersamamu..banyak lagi crita-crita yang anakmu ini ingin berkongsi denganmu..banyak lagi pengalaman-pengalaman abah, yang belum sempat abah critakan kepada kami..dan banyak lagi nasihat-nasihat yang abah belum sampaikan kepada kami...bertujuan menjadi panduan dalam meniti kehidupan di masa hadapan..yang belum tentu manis atau pahitnya lagi...

Namun usaha yang telah kau buat untuk kami..berhasil..latihan-latihan yang abah berikan semasa kami kecil hingga dewasa..kini menjadi guru kami diperjalanan..terima kasih ABAH!
Al-fatihah buat abah yang paling aku rindu dan tak pernah sesaat pun aku melupaimu...akan ku jadikan abah idolaku..untuk mencari teman diperjalanan sehingga sangkakala pertama ditiupkan.....seakan-akan sepertimu..ku tahu..abah juga merindui anak-anak abah yang taat pada perintah ibu bapa dan Allah..

Doakan kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan InsyaAllah kita akan berjumpa di syurga yang dijanjikan kepada sesiapa yang beriman dan disayangi Allah...aminn...