Monday, August 6, 2012

Buku Baru di Ramadhan ini

Assalamualaikum wbt...

Hi Blog! Hari nie rasa mcm cepat sgtlah..
Alhmdulillah syukur pada Pencipta diri ini.. Kegembiraan dan senang hati sahaja dlm dairi hidup ini.
Namun, di waktu yang singkat ini rasa gerun, gementar dan macam2 lagi sebab amal belum cukup utk nk bawak jumpa Pencipta Diri ini.. =(. Sehari ke minggu ke bulan ke tahun.. semakin dekat kita dengan hari perjanjian kita untuk bertemu Dia. Entah bila.. tapi waktu semakin singkat.. Ya Allah sesungguhnya ku mohon kepada Mu panjangkan lah umurku dalam keberkatan, diberi rezeki yang halal dan baik, ditunjukkan jalan yang lurus dan benar, dilimpahi barakah dan kasih sayang Mu sentiasa sehingga ku bertemu denganMu.

Abah,
Hari ini cik dah berusia 29 tahun.. dah 5 tahun abah tinggalkan kami.. semenjak dua menjak nie.. sambut hari jadi tak macam dulu2.. dulu, kek abah yang beli.. makan mesti pizza..(faveret cik). makan pulak ramai2.. meriah..yang bezanya dulu cik tak pandai nak masak2..buat ayaq pandai lah .. tapi sekrg masa dah berubah.. keadaan pun berubah.. dah 2 tahun sambut bestday dengan mak.. malam nie Ed dgn Amir (sepupu) balik buka puasa sekali dgn kami. Cik masak Nasi Beriani..cubaan kali pertama 100% tanpa bantuan mak =) rasa confident sudah..heheh. Niat nk buat kenduri tercapai jugak lah.. boleh jugak bagi nasi nie kat mak cik tah, nyang,pakcik chin dan am rasa.. kak tie dan mak cik mah pun bleh jugak merasa.. alhmdlh..tak sempat nk p bg kat org lain.. masterchef tak cukup waktu.. huhuhu.. At least dapat jugak buat kenduri walaupun sedikit kan =)

Agak letih jugak lah..cuti sempena Nuzul Quran..perlis cuti.. amik kesempatan tolong bersihkan rumah..alang2 dah cuti.. nk tunggu dekat raya lagi teruk.. sebab tinggal sorang ja anak perempuan kat umah nie..huhu.. kedai pun kena tgk..dalam pun kena clear.. mcm charly chaplin..hehhe.. apa2 pun enjoy ja.. jumpa supplier2 order barang2 utk raya nie.. simpan stok cukup2.. nanti..raya kedua dh abih barang plak. Tirai pun dh salin yang baru dibasuh..hehehe.. tirai kak tunang dulu.. pakai sekejap ja. yang tirai kak kawen akan dihantar ke dobi.. tak sanggup nk basuh beb! tirai yg lama tu pun td kena basuh balik..ada bau ashem..huhuhu..penat sehhh..tapi misi berjaya..cuma tak habis gantung  lg.. nak buang memang cepat nk pasang balik..tuhan ja yg tau.. 

Esok mula bekerja .. nak amik cuti awal sikit.. tahun nie baru amik 1 hari..tu pun hari Wa Nab meninggal. ada lagi 25 hari campuq cuti induksi ari tu.. wah banyak lagi cuti ku..heheh. nak habiskan topic2 yang berat2 dulu.. buat soalan test dan siapkan satu shot article nk hantaq ke majalah. InsyaAllah akan di siapkan dalam minggu ini. YaAllah berilah kemudahan kepada hambaMu ini menyiapkan kerja2 yang tertangguh (marking log book student +lab report) chaiyukk!!!!

Bercakap pasal umur baru nie ;)
mcm biasa azam baru sentiasa lah nk pasang jugak..
MOTO untuk umur 29 nie..  'lebihkan kualiti dari kuntiti'.. lmbat tak apa asal quality terjamin!

  • Lebih bertindak cool dan berfikiran matang dan jauh..
  • Terima kenyataan jika sesuatu perkara itu adalah takdir Allah buatku.
  • Jangan mudah berputus asa.. sabar lebih penting dr segalanya..
  • Rasanya dah ada skill menjadi kakak sulung nie..hehhee (agak sedikit baik.. layan adik2 macam kakak sulung.. character kakak kedua masih ada..cuma telah dicontrol dgn jayanya =))

p/s: kakak kedua nie agak tegas, garang dan selalu marah jer! tambah pulak adik2 semua lelaki memang kena keras sikitlah..
yang lain tu biarlah RAHSIA..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Ya Allah permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku,
berkatilah segala amalan dan amanah yang sedang dipikul olehku,
Jadikan lah ku seorang yang tabah, sabar, lembut hati, terang hati dalam menjadi HambaMu yang solehah,
Hidupkanlah ku dengan rahmat dan rahimmu,
Berikanlah ku rezeki yang baik lagi halal dan permudahkanlah rezekiku itu,
Kuatkan rohani dan berikanlah kesihatan jasmani yang baik kepadaku,
Jagalah hatiku ini agar tidak mengikut nafsu dan musuh bagi Manusia itu,
Didiklah peribadiku menjadi seorang wanita yang baik akhlak dan budi pekerti,
Bukakanlah jalanku untuk menempah syurgaMu dan ingin kekal didalamnya..
Makbulkanlah doa2ku.. sekiranya ia menjadi pahala buatku hingga ke akhirat.. maka makbulkanlah doaku di syurga nanti..
aminn Ya Rabbal 'alamin.

Nak comei mcm putih nie =)

Puteri Mahsuri
7/8/2012

No comments:

Post a Comment