Monday, July 25, 2011

Beautiful and fantastic Holiday!-Part I







Assalamualaikum wbt and a very good morning to all of my friends!

Setelah seminggu bercuti..dan setelah sihat dr demam selsema.. banyak perkara yg nk dikongsikan di sini. sepanjang percutian yg agak singkat ini banyak fasa2 yg dilalui..fasa sihat dan fasa "not feeling well" , fasa suka, amat suka dan amat bersyukur!, fasa kalut, sibuk, relax dan tenang. Semua fasa2 ini berlaku dalam masa 7 hari cuma!

Kalau dah rezeki tu tak kemana..mesti hak kita jugak! Ermm.. memang dr awal lagi..teringin nk p bukit tinggi tapi ala2 takutlah pulak pasal english course! setelah ditolak oleh beberapa lecturer..rezeki sy lah kali nie!..Alhmdlh..syukurrr sgt2! Apa2 pun niat perlu dibetulkan..nk ke sana nk improve english..belajar dr tadika..tapi tak pandai2 jugak..ahaks!

Org kata..bila nk buat hal baik2 nie..pasti hal baik lain akan mengusul!
Kebetulan pulak time nie ada "FLORIA 2011" kat putrajaya..dekat dgn rumah kak not.. apa lagi amat2 sukalah..hati pun dh berbunga2 nk tgk bunga2! Sebelum bertolak ke sana.. kena settlekan kerja kat opis, business dan umah dulu..memang busylah..dlm busy2 tu sempat lagi p shopping kat padang besar dgn mak n adik fauzan..ahaks! bukan apa..amik hati mak..heheh..bg dia syok dulu!..mak yg shopping sakan..kami nie tlg bawak barang2 jerr..=)

Naik bas dr kangar ke putrajaya pukul 10pm..smp purtajaya 6.30am..
Ada crita nk story sepanjang dlm perjalanan bas ke sana..heheheh
Ingat2 balik macam lawak tapi interesting journey walaupun malam..

(dalam bas)
Sit no 3C..single sit. ada lah 7 org kat dlm bas tu tingkat atas ..bangsanya mcm india..gelap2 semuanya..ada yg cantik jugak ala2 hindustan gitu! bahasa urdu rasanya...tapi yg pasti bukan india Malaysia..sebab diorg tak tau ckp melayu..yg tau pun urdu dan english.. Biasalahkan ..rasanya semua boleh bayangkan bila india2 nie bercakap..dgn bisingnya, gaya tangannya..tepuk tampar dgn geng2 dia..hai rasa dok dlm filem hindustan plak!
Mata nie dh mengatuk sgt2 ingatkan blehlah rehatkan diri coz sehari sibuk kat umah tadi..apa nasul buat.."pejam mata..anggap sekrg tgh tgk filem hindustan.." baru 10 min terlelap.." excuse me! if u r not comfortable..u can sit at the back.." ha! terkejut ..baru tgh nk layan mimpi kat dlm filem nih!..okey... tak banyak cakap sy terus ke blkg..sedikit aman...hehhe..

(sampai ja kat jitra dan alor setar ada satu tragedi lagi!)
Adik, nie tempat pakcik..mana sit adik..tanya sorang pakcik nie..huhuhu..maap pakcik..sit sy kat depan tapi pak cik tgk lah depan tu.."pakcik faham..=)" maap yer pakcik sy ubah sit dulu..
kat alor setar..(dh tertido 30 min rasanya)..ahh! apa yg bising lagi nie! oh ramainya org..cepat2 sy tukar tempat balik ke sit asal. ada satu group lagi 5 org chiness rasanya sama jugak mai dr china..rasanya dr kolej universiti insaniah..depa nie pulak lainnya tak tau ckp english tapi tau bahasa cantonis dgn arab ja...arab tu faham lah sikit2..cantonis mintak maap..apa masalah depa nie???
ermm..rupanyanya nk duduk sit kosong kat geng2 hindustan nie..diorg chiness nie tertinggal bas.. communication fail! dua2 tak paham..masing2 cakap bahasa diorg tau..macam ayam dgn itik..hahahaha..ops! chiness nie tak tau english..india nie tak tau arab..ermm...susah2..nk tlg ka nie???? susah2..finally pakai bahasa isyarat ja..body language..heheh..good!

kiranya pukul 1 pagi nie pun blm bleh rehat dgn aman lagi.. rasanya dalam bas nie bukan satu Malaysia..tapi satu Dunia, "1 world!" 

kesimpulan kat sini: language is very important thing! learning diff language make us easy to communicate with others homo sapiens (manusia) in this world!..=)

Ahad (17 July 2011)
Banyak activiti utk hari nie..mula dgn p pasar besar kat putrajaya..ermm..satu yg best kat sini..bandar yg terancang..tak jem or sibuk..semuanya smooth ja..tenang, damai..dan cantekk! masak awal ari nie..coz sampai subuh tadi blm tidooo..huhuh gantukkk.. kul 11 pagi dh luch tgh ari..menu??? ermm mesti marvelous!
1)ikan siakap masak stim
2) kailan ikan masin
3) cendawan goreng (kali nie memang menjadi dgn tepung goreng pasar malam putrajaya, x da brand)
4) sotong masak sos tiram
5) ikan goreng tepung
6) sambal belacan tumbuk dan ulam-ulaman..
Perfect! lepas makan ..apa lagi..nk tungggu zohor lambat lagi.. berular sawa lah sekejap! ahaks!
"ringging phone lagu HAMBAMU"..ain.. Assalamualaikum..nasul! ain nk p alamanada nie..bleh jumpa kat sana nanti!..dalam keadaan separuh sedar...ermm..owh..ain..okey2 kita jumpa ptg nie..nasul p lewat sikit laa..okey jumpa nanti..huh..lamanya tidoq, dh kul 3 ptg nieeee..cukup2..bangun2..

setelah termenung beberapa ketika..baru jadi normal balik..kul 6 br smp alamanda..lokasi dating kat A&W..i like float A&W! lamanya tak jumpa ain..last jumpa kenduri kawen diorg kat perak..nasul turun jugak..dah setahun lebih..anak diorg pun dh besar..dh berlari2 dah..aqil namanya.. Tak lama pun jumpa..habiskan satu gelas float regular A&W..take pictures dgn diorg termasuk aqil..kul 7.30 balik umah kak not.. best sgt2 dpt jumpa ain, azri and ur son, aqil! hansomelah aqil! ahaks! thanks to ain dan azri..luang jugak masa untuk nasul! tqvm!

(Malam)
waaawiii, dpt tgk bunga api free!! wah fantastic!!! beautiful..dah tak tau nk ckp apa..suka..sebab cantik! semua org suka pada kecantikan kan?? paling best..jln2 take pict banyak2 dgn semua bunga2 kat situ..rasa diorg tgh bercakap sesama sendiri..so, beautiful! mata ku diberi makan dgn benda yg cantik2 mlm nie..alhdmh..subhanaAllah! sungguh memukau..rasa mcm nk tunggu siang pulak..mlm2 tak nampak sgt..tapi cantik jugk! =).. jgn tak tau..melayang duit ku!!! pinky blouse batik+ pinky ariany tudung! wah! satu set! comel2! amat2 suka blouse nie..esok bleh bergaya dibukit tinggi! pasti!

malam nie tidor dgn nyenyaknya coz esok dh nk mula course! bersedia fizikal dan mental..
(kisah seterusnya akan disambung di entry yg seterusnya...)
tunggu!

Wednesday, July 13, 2011

Natural VS Normal

Assalamualaikum wbt

Jari jemariku ini kembali untuk menekan keyboard setelah seminggu off :). Kesibukan yg melanda seminggu ini membuatkanku banyak cerita untuk ditintakan.. rasa2 ini adalah diary syukurku kepada Maha Pencipta Allah Az-zawajalla..

Pagi ini sempat dengar radio IKIM, bersama Prof Dr Muhaya membincangkan topic mengenai ketenangan hati dan jiwa..tak ingat slot apa..maap..She is the one that i really want to meet and to talk ..LIVE! Perhaps one day i'll meet her!

Kata-kata " kita nak rasa bahagia atau kita nak org lain nampak kita bahagia?" "Jangan fikir orang akan cakap apa..tapi fikirkan bagaimana kita akan rasa bahagia itu!"..ermm satu persoalan dan konklusi yg menarik.

Kita sering bimbang kalau org akan cakap benda2 yg kurang menyenangkan mengenai kita. memang itu adalah fitrah..tapi salah kah jika kita buat perkara yg kita suka dan bahagia untuk diri sendiri walaupun dimata org nampak benda itu merugikan kita.. Contoh: Sebab apa duduk kat kampung, sebab apa tak duduk kat bandar...kat bandar banyak entertainment, kemudahan, dan sebagainya..kat kg apa ada???.. itu soalan yg sering diajukan oleh rakan2..hehhe..nak tau jawapan?!

Dikampung, saudara mara banyak, kalau kita susah atau sakit ada jugak yg akan menziarah dan menolong, kat kampung udara masih bersih, masih dengar lagi kokokan ayam jantan waktu subuh, masih hijau lagi permandangan sawah padi, masih redup dan rendang pohon -pohon getah. Kat kampung jalanraya tak jem..tunggu hari raya ja..kalau kat perlis nie la..Kat kampung rasa amat selesa dengan rumah yg ada laman, boleh tanam pokok2 buah-buahan..tiba ja musim buah..macam pesta! dgn rambutannya, dokongnya, duriannya, petainya...dan mcm2 lagi lah!.. walau apa pun sebabnya..ku amat bersyukur kerana Allah masih beri peluang utk ku berbakti kepada mak dan keluarga.. inilah yg dikatakan BAHAGIA!

Natural adalah perkara yg semulajadi..contoh perasaan yg dtg dari dlm diri dan hati.. Normal adalah perkara yg biasa dilihat dan dilakukan oleh org..ia bukan lah dtg dr dlm diri, ia datang dari persekitaran sekeliling.. contoh: normal lah org jogging petang2..sihat tubuh badan..tetapi jogging petang2 tu bukan dtg dr diri dan hati..ia dibuat adalah kerana berat badan dh naik..nak tak nak..kena lah jogging..nanti org nampak kita gemuk!..heheh

Contoh perkara semulajadi: perasaan sayang kepada kucing..mcm mana letih sekali pun kucing tetap akan diusap dan diberi makan. sanggup beli makanan yg mahal sebab kita syangkan kucing kita! mungkin org lain akan cakap mcm2..bagi ja lah ikan dgn nasi..save budget sikit.. tapi sebabkan kita sayang amat2 kucing kita tu kita jamu dia friskies..biarlah duit melayang asalkan kucing kita sihat! jgn dgr ckp org..degarlah kata hati sendiri agar kita akan rasa bahagia..bukan diorg pun bg kat kita duit kan..heheh..tapi kalo sayang kat kucing ajarlah kucing kita hidup low profile..makan ja apa yg ada..dan tidak memilih..mcm boboi..hehhe..nasi + ikan rebus ja! itu pun dh amat2 sihat!.

Normal dtg dari moral..iaitu physical appearance..pandangan luaran. Natural itu datang dari dalam diri..kalau hati bersih tindakannya pun InsyaAllah baik. Sejuk hati tengok org baik2 nie.. arap2 kita nie pun  dalam golongan org baik2..aminn..

Satu lagi kata Prof Dr Muhaya: Berbahagialah kamu jika kamu org yg sibuk..kerana masa kamu telah digunakan untuk perkara2 yg bermanfaat.. sejuk rasa hati..bila drg prof kata mcm tu.. =). Org yg sibuk adalah org yg tak cukup masa..bukan tiada masa..Dan pastikan masa2 kita yg sibuk itu digunakan utk perkara2 yg berfaedah kepada komuniti masyarakat sekeliling, jiran, sedara mara, rakan, sahabat dan keluarga. Apa2 pun semua perkara yg dilakukan niatlah kerana Allah SWT.
Jadi Alhmdlh..ku adalah salah seorg yg sibuk..heheh..insyaAllah. niat tu penting.. Matlamat mesti jelas! jgn bazirkan masa dgn perkara yg laqa'..kelak binasa dan merana diri..huhuhu.. Ingat memperingati.. ingatan utk diri sendiri jugak..

Dalam minggu ini.. networking pun dah bertambah dgn lawatan kat Jabatan Kimia Kedah dan kilang kat Penang. Berjumpa kembali dgn junior dan senior..Alhmdlh..menyebabkan trip kali nie amat2 bermakna..betullah..bertemu dan berpisah kerana Allah pasti akan ada hikmahnya.. waktu dh nk bertolak balik dr Jabatan kimia " Macam pernah jumpa ..tapi kat mana.." tanyaku kpd salah seorg pegawai kimia kat situ. " Itulah mcm nak kenai..tapi kat mana kan?" setelah direcall2 balik..rupanya owh! junior MRSM Beseri satu blok Ekhwani dgn  dia.. Izzati namanya.. patutlah mcm pernah jumpa..Alhmdlh..jumpa balik..lepas nie insyaAllah akan lebih contact2..nk buat research senang lah sikitkan..ermm.. =)..itulah hikmah disebalik pertemuan.. moga lebih ramai lagi conection yg dpt dibuat.. baru hidup lebih sempurna!

Apa2 pun setelah ding dong..ding dong.. Dapatlah keputusan utk ke Course kat Bukit Tinggi Pahang.. Itulah kalau dah rezeki memang tak kemana..dah bg org lain ganti ..tapi last minute  dia tarik diri.. last2 dapat lah diri ini pergi ke satu lagi tempat idaman "BUKIT TINGGI" ..nak survey kot2 tempat nie best ..bleh masuk dlm list menunggu.. =) ahaks! Memang dlm hati kecil tu kata nk pegiii..tapi takut nk bagitau..At last, hati besar mula bersuara..akhirnya rezeki ini berpihak kepada ku..Thank you Allah "ALHAMDULILLAH"!

Diakhirkan diary kesyukuranku kali ini dgn ucapan teriam kasih kepada Hanani, kak syimi dan semua bos2 besar (pengurusan Uitm) keran memberi kemudahan dan peluang utk diri ini berjalan2 dibumi Allah menimba sebanyak mungkin pengalaman dan peluang yg kdg2 tu hanya dtg sekali ja.. Tak pernah lupa kepada Mak yg sentiasa berdoa yg terbaik utk anak mak ini.. LUV u so much mak! tapi cik nak kena tinggai mak lagi minggu depan..huhuhu..tak pa nanti ada masa kita pi sama2 kat bukit Tinggi tu..bagi chance la cik survey dulu..ahaks! =)

Sekian.. Mogaku menjadi lebih kuat dan ingin menjadi seorg insan dan hamba Allah yg sentiasa mensyukuri nikmat dari Mu..Ya Allah.. AMIN..


Tuesday, July 5, 2011

Ceramah Isra' & Mikraj @ Masjid As-Saadah Kg banggol Sena

Assalamualaikum wbt

Malam ini 5 Julai 2011 bersamaan dgn 4 Syaaban 1432H berkesempatan utk menghadiri satu majlis ilmu yg jarang2 dapat menghadirkan diri..rezeki ..peluang yg Allah dah bagi..Isikan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..Alhamdulillah rasanya ini adalah hadiah yg paling manis utk saya di awal bulan Syaaban ini..Syukur..

Disampaikan oleh Ustaz Badaruddin Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Kedah. Tepat jam 9.30 mlm selepas solat isya' majlis pun mula..bersempena dgn satu peristiwa penting yg berlaku keatas junjungan besar Nabi  Muhammad SAW dan sehingga hari ini menjadi amalan setiap hari wajib kepada umat Islam iaitu Peristiwa Isra' dan Mikraj dan amalan solat fardu diwajibkan keatas umat Islam sebnyk 5 kali sehari. Rasa malam nie amat2 tersentuh sama ada sedih, gembira dan rasa insaf..

Yang pertamanya ustaz telah menyatakan setiap ilmu itu perlu kepada pembelajaran dan internet bukanlah satu tempat dimana semua maklumat boleh diambil tanpa perlu dipelajari.. dan perkara pertama yg diajarkan kepada Nabi SAW ialah baca, Iqra'. Banyak info2 yang tak jelas dan menyeleweng dalam internet.. mungkin kepada yg belajar faham dan tahu..tetapi kepada yg baru berjinak2 dgn islam..mungkin akan mendapat info yg salah..oleh itu sesuatu ilmu itu perlu kepada proses pembelajaran dan proses pembelajaran ini memerlukan Guru, ustaz atau org yg arif dan a'lim( berilmu). 

Ada 5 peristiwa penting dalam Islam yg perlu diketahui oleh seseorg yg bergelar Islam. Dengan mengetahui 5 peristiwa ini kita akan lebih sayang dan kasih kepada kekasih Allah ini iaitu Nabi Muhammad SAW, Rasul yg tercinta!

Pertama:
Peristiwa Kelahiran Rasulullah dimana ia merupakan kelahiran luar biasa tanpa Siti Aminah berasa sakit walau sedikit pun.. Dilahirkan dalam keadaan yatim, kehilangan bapa ketika sebelum dilahirkan..Dan kelahiran Rasulullah membawa rahmat untuk sekalian Alam..di utuskan utk memberi rahmat kepada seluruh umat manusia..jika Nabi Nuh utk umatnya, nabi Musa utk bani israil..tetapi Nabi Muhammad merupakan Nabi Akhir zaman yg diutuskan utk menyebarkan Islam. Nabi SAW tidak perlu dididik oleh sesiapa, bukan ibunya, bukan bapanya, bukan gurunya bukan sesiapa..tetapi yg mendidik Nabi SAW adalah Allah sendiri.Bersyukurlah kita semua kerana kita semua dilahirkan dalam agama suci ini, Islam..Alhamdulillah. Ini merupakan satu nikmat yang masyarakat sekarang jarang bersyukur. Dijanjikan kepada semua umat Nabi Muhammad dapat merasai nikmat syurga kecuali kepada sesiapa yg syirik dan menyekutukan Allah..Nauzubillah.

Kedua:
Peristiwa Al-quran diturunkan..Nuzul Quran pada 17 Ramadhan ketika Nabi berumur 40 Tahun.. kata ustaz umur 40 nie lah para2 lelaki mula matang dan kata2 " life begin at 40" =) mungkin benar. Dengan perantaraan Jibrail, 5 ayat dr surah a'laq telah diajar. Iqra' bacalah dengan nama TuhanMu. Nabi pun diajar..inikan kita setiap ilmu itu perlu diajar dan utk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga perlukan ilmu dan untuk berjaya didunia dan akhirat perlukan kepada ilmu.

Hebatnya Al-quran itu hanya dapat dirasai oleh sesiapa yg menbaca dan mendalami maksud ayat2 Al-Quran itu.. "Kita nie selalu baca ja quran tu..tapi maksud tak tau pun.." mulai dari hari nie..berazamlah utk mengetahui isi dalam al-quran itu. Antara kelebihan al-quran ini ada pada 3 ayat terakhir surah al-baqarah (284-286) menjauhkan dari jin, syitan dan mahluk2 yg dapat merosakkan dan menggangu kita. Jadikanlah amalan setiap hari utk membaca ayat2 ini, semoga kita sentiasa dilindungi dari perkara jahat dan syirik org yg dengki...InsyaAllah. Banyak lagi sebenarnya ..itu sedikit ja.. tugas kitalah nk kena explore al-quran mukjizat yg diturunkan oleh Allah kpd Rasulullah.

Ketiga:
Pada umur 51 tahun dimana tahun kesedihan Nabi..kerana kehilang org2 yg tersayang iaitu bapa saudara baginda dan wanita syurga yg paling dicintainya, Siti Khadijah..isteri baginda. Ketika ini Tanah mekah teah ditutup serapat2nya utk berdakwah dan menyebarkan Islam.. Baginda ke taif seorg diri untuk menyampai dakwahnya..namun kedatangan Baginda disambut dengan balingan ketul batu sehingga berdarah tumit Nabi..sedihnya..waktu nie rasa insaf teramat sgt..nak nangis pun jugak..sebab nabi sanggup berdepan dgn kejadian seperti itu dan baginda bersembunyi disebuah kebun anggur pemilik mushrikin.. ketika bersandar dipohon anggur itu baginda memanjatkan doa kepada Allah mengadu bahawasanya beliau amat2 lemah dan tidak berdaya dan mohon pertolongan dari Allah SWT.

Maka Allah SWT mengarahkan Malaikat yang menjaga Gunung ganang utk bertemu dgn Baginda Rasulullah bertanyakan bantuan apa yg boleh diberikan.. "Mahukah Kamu Ya Kekasih Allah aku lagakan gunung-gunung agar semua org yg berbuat jahat kepadamu ini mati?" kata malaikat ini.   Baginda berhati suci bersih, " tak perlulah wahai malaikat, mungkin zuriat mereka nanti akan menjadi penyebar dakwah agamaKu ini." jawab Rasulullah. Antara perawi2 hadis adalah sahabat2 Rasulullah dan mereka sebenarnya anak kepada org yg sentiasa memerangi Rasulullah antaranya anak abu jahal. ada diantara mereka yg dimandikan jenazah mereka dengan air dari syurga.. SubhanaAllah!

Seterusnya Allah membuka semua pintu2 langit untuk Nabi SAW berjumpa dgn Allah sendiri kerana penduduk bumi tak menerima dakwah Baginda. Penduduk2 langit amat gembira menyambut kedatangan kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah. Peristiwa ini dinamakan Peristiwa Isra' dan mikraj..perjalanan yg amat sekejap roh dan jasad  Rasulullah dibawa ke langit dan disetiap pintu langit disambut oleh Rasul2 dan Nabi2.. Allah janjikan akan berikan sesuatu hadiah yang apabila dapat InsyaAllah semua akn bergembira dan semua masalah akan selesai.

Solat sebanyak 50 waktu sehari semalam telah dihadiahkan kpd Nabi sampai ke Nabi Musa baginda minta Rasulullah utk merayu kpd Allah utk mengurangkan waktu solat. Setelah 8-9 kali memohon kepada Allah maka hanya 5 waktu diwajibkan keatas umat Muhammad utk dilaksanakan.. tetapi pahala 5 waktu solat ini adalah sama dgn 50 waktu solat yg diberi mula-mula tadi. Betapa Syang dan Kasihnya Allah kepada kita. senario sekarang, nak buat 5 kali solat pun liat, susah yg setgh tu solat jumaat ja.. ingat perkara yg paling mula2 akan ditanya adalah solat! Jibrail telah dtg mengajar Nabi cara2 bersolat dgn betul selama 2 hari sahaja. hari mula adalah seawal2 waktu dan hari kedua adalah akhir2 waktu setiap solat itu..

Solatlah ibadah yg paling dekat dgn kita kerana dalam sehari 5 waktu, 17 kali rukuk dan 34 kali sujud! betapa dekat dan kerapnya kita bertemu Allah.. Ustaz juga ada kongsi tip utk khusyuk dlm solat. setelah ambil wuduk dan bersedia utk solat..tenangkan diri seketika..bayangkan di depan kita Kaabah, disebelah kanan  kita syurga, disebelah kiri neraka dan dibelakang kita malaikat maut sedang berkejar2 datang utk mengambil nyawa..InsyaALLAH kita cuba amalkan..dan

Keempat:
Hijrah Nabi ke Madinah disambut setiap tahun iaitu sambutan Maal Hijrah pada umur 53 tahun 2 tahun setelah peristiwa isra' dan mikraj. (tidak dibincangkan peristiwa ini..mungkin lain pertemuan akan diceritakan..InsyaAllah)

Kelima:
Peristiwa kewafatan Nabi Pada Umur 63.Ketika Baginda hampir wafat di subuh yg terakhir, baginda melihat Abu bakar As-Siddiq mengimamkan solat subuh bersama para sahabat dan Baginda rasa tugasnya untuk menyebakna Islam sudah dapat digalas olek Sahabat2 Baginda.. dan Apabila Malaikat maut dtg utk bertanyakan kepada Baginda adakah beliau bersedia utk tinggalkan dunia dan ingin bertemu Allah baginda menjawab "ilal rafiqil a'la" Maka Siti Aishah menangis kerana sekejap lagi Rasulullah akan pergi bertemu Allah. Ustaz menegaskan solat itu penting, banyak alasan diberi jika sakit..Islam itu mudah dan ada kemudahan2 diberi kepada yg sakit cara solat yg tidak langsung membebankan, itulah perlu belajar cara2nya..berjumpalah yg A'rif dan guru utk belajar ilmu..


Itulah antara 5 peristiwa penting yg asas perlu diketahui oleh seorg yg begelar Islam. Dengan menghayati setiap kisah2 ini timbul rasa keinsafan dan keldilnya diri ini di Bumi Allah.. Janganlah kita kufur nikmat Allah kurniakan..Nauzubillah! Sebenarnya ustaz nie lawak pandai amik hati mak long, pak long..mak ngah dan pak ngah..hehhe ada ja crita lawak ustaz.. apa2 pun tak dpt nk crita kat sini lah..sebab..bahasa org utara yg pelat2..susah nk tulis..mungkin next time kalo ada lagi saya akan buat video dan boleh lah upload kat Youtube!  Ingatan utk sahabat2 dan diri sendiri jugak Ilmu tanpa Amal bagaikan Pohon rendang tapi tidak berbuah..dan sampaikanlah sesuatu ilmu itu kepada yg lain walau pun satu ayat! Apa yg baik kongsi-kongsikan bersama apa yg tak tu tinggal ja kat sini..Moga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa dibawah rahmatNya...Aminn

WaAllahua'lam..

Sekian dulu..wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt =)

Ditintakan oleh Puteri Mahsuri
1.55 am
6 Julai 2011

SEMANGAT YANG TIDAK AKAN TEWAS!

Assalamualaikum wbt salam petang hari..

Hari nie nak kongsi beberapa perkara:

Mode: Gelombang Tugas2 hakiki dan tugas sebagai HambaNya

Tanggungjawab..Perkataan yg membawa erti yg amat berat dan mendalam. Tanggungjawab adalah amanah yg ditugaskan untuk dijalankan dgn sempurna dan diiringi keikhlasan dan kejujuran. Jika seseorang itu gagal menjalankan amanah itu..maka dia akan disoal di Mahkamah pengadilan nanti..

Takut bila memikirkan banyak tanggungjawab yg perlu dipikul..yg tak dapat dijalankan dgn sempurna..
"jika sesuatu amanah yg dipertanggungjawabkan kepada kamu tidak dapat dilaksanakan dgn baik..pulangkanlah amanah itu"..kerana nanti kamu akan disoal tentang amanah itu..

Agak banyak perkara yang perlu diberi komitmen dalam pekerjaan dan dalam keluarga... Dalam pekerjaan perlu utk meningkatkan tahap kecekapan utk menjadi pekerja yg berdaya saing dan cemerlang..utk apa? jawapannya utk mendidik anak bangsaku..Melayu dan bumiputera..dan menigkatkan pengetahuan tentang ilmu Allah ini...

Dalam keluarga, tugas yg sedia ada ditambah lagi dgn tugas menjadi seorg kakak yg baik,tetapi prinsipku tetap sama "dalam kelembutan ada ketegasan". Rasanya patutlah Allah beri adik-adik lelaki..kerana senang utk dijaga dari adik perempuan..

(Kisahku)
Adik sepupuku, perempuan, kini dh pandai utk melanggar peraturan2 yg telah digariskan utknya..pandai mintak duit ja..lebih dari adik kandungku.. padaku Alhmdlh..Allah dh beri rezeki utk dikongsi kpd org lain..duit bukanlah perkara besar..tetapi amanah yg telah dipertanggungjawabkan kepadaku itu yg amat besar. Dh pandai keluar dan bermalam di rumah kawannya yg aku sendiri tak kenal..baru 2 bulan tinggal di sini.." sebab Awa seorang perempuan lah yg kak su bimbang, kena pandai2 bawak diri sendiri di asrama nie" mak awa dah lah jauh dan dah tak amik kesah dgn awa..jadi tolong bantu kak su utk jaga awa dgn baik! Kena jadi anak yg baik..

baru aku jumpa dia cuti isra' mikraj lepas, jumpa dia sebab duit dh abis..
(dlm fikiran).. kemana duit yg banyak dh diberi 2 minggu lepas??? jadi utk kepastian jumpa sendiri face to face.. katanya duitnya dicuri..Allahu'alam..betul ka tidak..
so, awa kena pandai jaga duit..bukan senang nk cari duit..susah awa...kena pandai berjimat..lama lagi awa nk sekolah..bukan kak su berkira..tapi kak su dulu pun susah jugak..dan ingat pilihlah kawan yg baik.."kawan waktu kita senang dia akn dekat dan berdamping dgn kita..tapi bila kita susah ..duit pun tk da..dia lari..tak kisah kawan dah..buat2 tak kenal pun! memang kawan mcm nie tak berguna 1 sen pun!
(..itulah antara nasihat2 aku kat awa..adik sepupuku yg ku diamanahkan jaga..baru 2 bulan..)

Patutlah org tua2 dulu dok kata: "baik jaga satu kandang lembu dari seorg anak perempuan" kini memang berbekaslah kata2 itu dalam diriku kini.. susah nya nk tegur, melawan,  degil dan tunjuk protes! Dia tak tau ka kakaK sepupu dia nie..penat, serabut tapi masih tersenyum..sebab nanti cepat berkedut! tak mau!!! Huhuhu..

Inilah antara pengalaman menjaga budak belasan tahun..selalu protes! degil.. darah muda..tak fikir panjang..penat memikirkan masalah si Awa nie..Selagi kak su boleh ..InsyaAllah akan jaga..tapi kalo rasa tak nk dgr cakap kak su dah..Awa boleh balik kat mak awa..kak su nk pulangkan balik amanah nie..sebab mungkin kak su dak mampu nk pikul amanah nie..tapi awa diberi peluang kedua.. jadi tolong bantu kak su!

Ya Allah,
Layakkah aku diberi amanah ini,
Rasanya tak termampu untuk pikul sendiri,
Kadangkala diri ini rasa tidak berdaya lagi,
Tapi ku cepat2 buang perasaan itu,
Kerana kupasti..
Engkau tidak akan membebankan hambaMu dgn Bebanan yg tak termampu oleh ku...

Ya Allah,
Berilah kekuatan dan semangat juang yg tidak pernah putus,
Jadilahku seorg Hamba yang tahu bersyukur di atas semua nikmatMu,
Jangan biar aku kufur nikmatmu..
Bantulah Hambamu ini dgn memberi jalan kemudahan dan ketenangan jiwa,
Sesungguhnya Engkau Maha pemurah lagi penyayang,
Maka YaAllah..KepadaMu aku berserah dan mohon pertolongan
Makbulkanlah permintaanku..
Aminn..

Sunday, July 3, 2011

HambaMu

LAGU TEMA IMAM MUDA 2011

Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah


Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah

Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah