Saturday, July 31, 2010

Buat Peringatan Diriku...


4 AUGUST 2010

Tinggal lagi 1 hari ja lg untuk aku melalui PENGALAMAN umur 26 tahun...dalam umur 26 tahun ini bnyk perubahan dan peristiwa yg tak dirancang baik mahupun tidak terjadi:

1)Aku berjaya menghabiskan dan melengkapkan pengajian master di uitm dgn jayanya.Melalui proses yang amat panjang dan mencabar(menyiapkan writing thesis, viva dan mambuat correction, senat meeting)Alhamdulillah..syukur, aku berjaya!

2)Aku kehilangan masa yang terbaik bersama kakakku...tetapi Allah dh berjanji dia akan ganti balik apa yg kita hilangkan?!..so, aku mendapat abang ipaq..alhamdulillah, syukur kupanjatkan kerana aku tak lagi perlu risau dengan keselamatan kakakku, kerana dah ada org yg layak utk take a good care to my luvely sister.

3)Adikku, dah mendapat pekerjaan tetap dan semakin hari semakin matang tindakan dan pemikirannya. Alhamdulillah juga dia telah meringankan beban kerisauanku terhadapnya kerana aku boleh menarik nafas lega dan syukur kami dh tak gaduh2 kucing lagi..heheheh

4)Alhamdulillah yang teramatku panjantkan ke Ilahi kerana mak kami semakin sihat dan semakin ceria. walaupun kini mak terpaksa bekerja walaupun dh menjangkau umur 53 tahun tapi kudrat yang mak korbankan untuk keluarga hanya tuhan yang dapat membalasnya..maklah insan yang plg dekat dihatiku. Sayang mak!InsyaAllah disebalik kesulitan itu tersimpan kemudahan yang manisnya bagaikan madu...hanya tuhan yang tahu bila ketikanya untuk Dia memberi kelapangan pula kepada kita..

5)Masalah kewangan yang kami tanggung selama ini Alhamdulillah telah menemui jalan penyelesaian..setelah hampir 3 tahun..maka Allah telah melimpahkan rahmat atas kesabaran dan ketabahan kita semua...moga Allah murahkan rezeki kita dan lindungilah kita semua dari mara bahaya dan bencana..aminn..

Banyak lagi yg berlaku dlm hidupku..tetapi 5 perkara inilah yang paling bermakna dlm hidupku. moga Aku akan menjadi insanMu yang tabah atas ujian yang kau beri dan lebih dekat hati dan diriku terhadapMu Ya Allah...

harapan ku diumur 27 tahun, akan kucoretkan nanti...mungkin perlu berfikir dan bermuhasabah diri untuk beberapa ketika..

Buat peringatan untuk diriku...

Monday, July 26, 2010

Keputusan yg BESAR....

26 July 2010

Pada hari ini, aku telah membuat keputusan yang besar dalam sejarah hidupku...adakah keputusan yg aku ambil ini betul??!! keputusannya belum diketahui..disebalik keberanianku ini terselit perasaan takut..adakah aku mampu untuk hadapi hari-hari yg mendatang?..menjadi tanda tanya kepadaku..pencaturan hidup yg perlu dibuat sendiri..

Semalam, lama berfikir dan mohon pertunjuk dariNya..dan pagi ini aku senang hati utk mengambil keputusan ini.. tak salah jika caranya betul kan?..
Bukan mudah untukku berdepan dengan perkara ini dimasa depan, InsyaAllah, aku berharap jika ia terbaik untukku maka permudahkanlah..jika sebaliknya, kepadaMu hambaMu ini berserah..
RahsiaMu Tuhan, ku terima ketentuanMu dan redha jika ini membuatkan aku lebih dekat denganMu.
HambaMu ini cuma insan biasa yg mempunyai hati dan perasaan seperti insan lain juga, Kumohon agar kata hati ku ini bukanlah mengikut nafsu semata-mata..tetapi mengikut hati yang kau beri pertunjuk...

Ya Allah, kumohon kepadamu,berilah yg terbaik untukku...aminn...

Saturday, July 17, 2010

KEHIDUPAN KINI....

18 JULY 2010

Lama dah tak update blog nie..rasa mcm2 nak dicatatkan tapi tak da masa..dalam 2 minggu kuliah mula ..memang amat sibuk ada ja yang kena buat kat opis tapi itulah dh tugas kena lah buat..apa2 pun aku memang happy bila semua student yg aku dapat best2 belaka..cuma aku banyak kena prepare seblm masuk kelas..
yang paling best..aku dpt berita yang aku dh dpt surat senat..so, lepas ni bleh lah convert tetap..moga2 lepas lah..nak jugak rasa gaji master..heheeh..nie semuanya rezeki..alhamdulillah..syukur pada kurniaan Allah..
weekend ni...aku malas nak keluaq pi mana2 pun...memang pun tak p mana2 terperap ja dlm umah..tgk tv dan tidoq..best giler rasa nikmat tidoq siang hari yang dh lama rasanya tak buat axtvt ni..lupa la sat pasai keja..rehat free my mind..best!
esok kena la prepare note..dh ajaq kod baru kena study betui2 la..huhuhu..tapi aku masih boleh handle..masalah2 kecik ja semua nie...
tak tau nak crita apa lagi..nakmp tidoq lah..bye2 myblog! c ya!

Saturday, July 3, 2010

3 JULAI 2010 .: MODUL 1 DIPLOMA UITM, LETIH TAPI BEST..SURAT WASIAT..SESI NI DILAKUKAN BERSAMA PELAJAR BARU YG BARU MENDAFTAR SEM INI..SESI NI PALING TOUCHING, SEDIH DAN ADA YG MENANGIS..MAKSUDNYA AKU BERJAYA MENYENTUH HATI-HATI LEMBUT DEPA SMP ADA YG MENANGIS..NIAT AKU SATU HANYA UNTUK MENYEDARKAN AKU DAN DEPA BAHAWASANYA MATI ITU BENAR DAN SEBGI MANUSIA KT KMEMPUNYAI MASA YG SINGKAT UNTUK BERBAKTI KPD MAK ABAH DAN JUGA MAHA PENCIPTA..HARI NI AKU PULA MENJADI PAKAR MOTIVASI..KDG-KDG KITA JUGA PERLU RUJUK KPD SESEORG YANG DPT MEMBERI MOTIVASI..MANUSIA MANA YG TAK ADA MASALAH..SEMUA ORG ADA MASALAH..TAPI KECIL ATAU BESAR DAN BERAT ATAU RINGAN..AKU BERSYUKUR KERANA ALLAH MASIH BERIKU KESIHATAN DAN SEDIKIT MASA UTK BERKONGSI PERKARA BAIK DGN PARA PELAJAR..ESOK MASIH ADA STU HARI LG UTK KU BERKONGSI CERITA DGN PELAJAR BARU UITM..UITM DIHATIKU!