Wednesday, June 29, 2011

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Dikongi daripada facebook al-hikmah.. moga2 kita semua dilindungi dan dibawah rahmat Nya..aminnn

Monday, June 27, 2011

Kem Kenari: SUKA SUKIE'S Club

27 Jun 2011

Bismillahirramahnirrahim..
Assalamualaikum wbt
Home sweet home! Setelah tiga hari meninggalkan Guar Nangka. :) rindu kat rumah, mak dan my lovely cats..(boboi, gebok and darus)..Jam 6.00ptg bas smp dlm perkarangan uitm..Alhamdulillah..yeayy! kini ku berada ni negeri yg aman, damai dan tenang.. =)


Kali ini ku berkesempatan untuk bercuti2 Malaysia walaupun dalam minggu kuliah.. Thanks to my Bos! =)
Tempat yg tak pernah lagiku sampai..dalam fikiran membayangkan hutan belantara lah sebab KEM Kesedaran Alam Sekitar  kat Kem Kenari Nature Park..Wah! nama mcm ala2 BTN gitu..memang pun..tapi tak lah masuk hutan 24 jam..hehehe..Bertemankan sahabat2 suka suki ku (As, Nani dan Jannah) kami berkongsi merasai pengalaman yg sukar dan jarang akan ditemui diusia begini..hikhikhik..ala2 student Universiti..kembali 5 tahun yg lepas..rasa muda dan bertenaga kembali! ahaks! tapi memang kami sweet-sweet 20++ laa...hehehhe


Al-kisah pengalaman kami selama 3 hari di sana...la la la ala..



25 Jun 2011
Tugas:dipertanggungjawabkan untuk mengiring student UiTM Arau ke Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKas) anjuran Jabatan AlamSekitar (JAS) Putrajaya bertempat di Kem Kenari Nature Park selama 3 hari 2 malam.. bermula sabtu hingga isnin. bertolak dari UiTM dalam pukul 11 pagi mengambil masa selama 2 jam ke kem tersebut yg terletak di Yan Kedah. Alhamdulilllah kami smp dgn selamatnya..setelah perut masing2 tgh berbunyi mcm tau2 ja..kami teruslah menjamu selera..sedap! walaupun dlm kem..hehe. Chalet yg kami tinggal ala2 best jugak lah..tapi tak lah mcm 5 stars hotel.. tapi amat selesa dan cantik!my student semua dpt tmp tidur yg baik..dlm dorm..okeylah kan..asalkan dpt tido. alrite lah kan...=). Hanya Icebreaking utk student pada ptg itu..
tetiba ja terasa zaman telah diundur kezaman sekolah menegah dulu..permainan "cap kelicap kelicap ca ca" ha! sesiap yg pernah main permainan nie..geli hati sungguh! dlm hati tuhan ja lah yg tau betapa diri nie nak main sesama bebudak...tapi mengingatkan..nasul! status tuuu.hehehe..takut2 sat lagi kena gelak dgn student pulak! ahaks! tapi kami sempat jugak main sesama kami..hehehe..gelak2 terkekeh2 hahaha..gelak2 sopan gitu.."ingat kita nie dlm hutan nie"..
Petang tu, jlan2 round2 kg..p beli aiskrim dan lepak2 dengan Tok Su hehehe. Tengah dok menikmati aiskrim yg lazat.." Assalamualaikum, cheq ni mai dari mana?" kami jawab lah reramai bgtau km semua dr perlih..mai kem kenari tu..sambil tgn tok su menjinjing plastik besaq berisi buah manggis!!! wah! rezeki2 tadi ja baru masing2 dok terbayang buah tu..memang kuat sungguh gelombang fikiran kami smp tok su bleh tau yg kami mengidam sungguh buah manggis! heheheh Apa2 pun Alhmdlh..memang murah rezeki petang tu..so sweet memory.. Baik la sungguh Tok Su tu..Moga Allah memberi kesihatan dan memurahkan rezeki tok su lagi..aminnn..
Malam tu letih lah..nak join diorg pun tak da smgat..kami buat ja aktiviti kami sendiri..walaupun satu tempat kerja..tapi masa nk duduk lepak2 mcm nie..manalah nak dpt..so, time  nie lah nk chit chat and so on..opsss..
(Rahsia kerajaan negeri Puteri Mahsuri ja tau) ;)
Nasul lah yg plg tidoq awal..hehehe..maap rasanya mlm nie yg paling awai tak pernah tidoq seawai jam 10 ahaks! nikmat tuuu Allah bagi bukan selalu..ahaks! ALHMDLH...

26 Jun 2011
Pagi2 lagi siapa yg tidoq awai dia jugak lah yg bagun awai..hehehe..semgt nk  p jungle treaking...yeay..yaeay! seblm apa2 pun kami warm up dulu..al-maklumlah terlalu muda! hehehe takut nanti balik kejang dan cekang terhenjut2 plak..semua bekalan air, revive, kcg sepat  menjadi bekalan kami sepanjang meredah hutan hehehe.. seingatku dah 8 tahun tinggalkan benda2 mcm nie..kali terakhir waktu panjat Gunung Ledang 2002 dulu nuh! takut jugak pada mula tu..tapi kuatkan semangat..dan teruja dgn buah-buahan disepanjang perjalanan kami kiri kanan buah2 kayu..(org putih kata) manggis, durian, dokong,rambutan, rambai, cempedak dan ect lah..Hai sedapnya kalau dpt makan free nie..huhuuhu..sesiapa ada sedara kat Yan bleh lah nk p lagi!!!
4 jam jugaklah kami meredah hutan, mendaki bukit, meredah sungai (cetek ja pun) dan smp jgk kami semua kat Tangga kenari 1000 tahun sebanyak 1164 anak tangga yg ada..kami naik tak??!!! huhuhu tak naik pun lah..rasa dh penat sgt..kalo naik alamatnya kena ambulan lah dtg amik..hikhik Sepanjang berada di hutan Rimba Asli nie..banyak jgk aktiviti hyg dibuat..menguji kualiti air sg disepanjang laluan..sehingga lah air terjun titi hayun..Alhmdlh..studnt bersemnagt buat test! Maaplah miss dah lepas dh zaman2 nie..miss just nk menikmati kehijauan dan keindahan Alam ciptaan Tuhan ja..
Petang tu, nani dan jannah kena say good bye to us..why2??? opss esok nani ada kelas yer! =) it's okey!
tetiba ja rasa teringat kat umahhhh..huhuhu..home sick..coz tak da ketaa..kalo ada my luv tu siap smp perlih jugak lah! tapi menginatkan tanggungjawab yg akan ditanya nanti..lupakan jalah angan2 tu nasul!
petang tu utk menenagkan kotak minda ala2 kotak suria (telur ayam pun boleh masak dlm tu!) student2 buat td..aku da as apa lg p lah main2 kat sg dlm kem tu..take picture beberapa kpg..layan ikan sepat dan ikan keli..ahaks! syok lah tgk depa swim2..betul2 menikmati masa yg tenangkan situ..bila lagikan nak smp mai..ermm...
Aktiviti pagi tadi diRasakan puas sebab peluh yg lama tersimpan dh dikeluarkan! sure punyalah esok pasti kekejangan dan sakit uratttt huhuhu..biasalahkan..malam tu ala2 dh letih..kami tak turun program pun ..biaq lah student2 ja bermain dgn fasi2 tu..ada BBQ lagi..tak pa..next time kita buat BBQ sendrii okey members of the club! hehehhe
Apa lagi stat zzzzzzzzzzzzzzz..la..tapi kul 4pg terjaga, 5 pg terjaga, last2 kul 6..tak jerap tidoq mlm nie..takut sama kut..hahahha


27 Jun 2011
Wah! yeay2! ari nie dh nak balik..plezzz..guar cempedak dekat sini..tapi tak mau! nk guar nangka jugak! Aktiviti Akhir adalah persembahan alam sekitar..hai memang lawak+kelakar+geli hati mcm kena geletek lah! terkekeh2 gelak lagi...smp keluaq ayaq mataku..hehehhe..apa2 pun all of you make me smilleeee..and make me proud! Thanks to all my students! great presentation! =)
Diakhiri dgn penyampaian sijil dan hadiah2  wah2! besaq2 hadiah ampa semua nooo!!!
Nak tergelak pulak bila teringat dialong nie "dipersilakan Pn Nur Nasulhah utk mengambil sijil.." my student kecoh2 " bukan Pn lah! Cik..Nur Nasulhah laaa..cik nasulhah mana kawen lagi!" tergamam MC majlis tu! smp dia explain " dalam majlis kerajaan, tak kira lah dia kawen ke blm..tetap dipanggil Puan"..hehheh.."owhh..ya kaaaa" masing2 mengiyakan..kiranya ari nie my student dpt lah info baru..supaya tak lah pelik sgt nanti..heheh
Kami bertolak pulang pukul 4 ptg dan smp dalam pkl 6ptg..Alhamdulillah..perjalanan kami selamat pergi dan pulang..itulah doaku dr awal program lagi!..takut jugak dah la bawak anak2 org masuk utan pulak tu!

Pengalaman yg plg tak boleh nk lupa @ moral of story:
1)Kena gigit pacat..nasib baik tak tau..tau2 pacat dah tak da..darah ja tak berenti2 smp lah letak minyak gamat..br berenti..kalo tau dr mula..dlm hutan tu dh jd hestiria rasanya..teriak2 jerit2 hehhe..nasib baik Allah tu lindung..alhmdlh..
2) Janganlah nak tunjuk poyo sgt..kita nie manusia..atas ka..bawah ka..kita nie tetaplah hamba Allah! siapa yg bertakwa dan beriman ja yg lebih tinggi darjatnya di sisi Allah..PLEZZ jgn tak pandai nk berkomunikasi dgn org..kita msg2 bawak nama jabatan dan organisasi masing2..biaq lah kita nie tunduk malu..bila perlu angkat muka cakap elok2..PR tu mesti baikk punyaa!
3) Semangat berkumpulan dan disini dapat lihat setiap org adalah pemimpin..cuma mereka ini tidak diberi peluang utk menggilap kemampuan dan bakat masing2! At least dgn program ni aku lebih mengenali mereka dan mereka lebih mengenali diri mereka sendiri..InsyaAllah..aminn..
4) Rezeki Allah tu dtg dgn tiba2 tak diminta..mcm kisah kami berempat dapat manggis free dr tok su..cuma permainan gelombang fikiran dan izin Allah juga lah...murah rezeki kami prtang tuh! =) Terima kasih tok sue..cucu2 nie rasa bertyuah sgt jumpa tok su..tambah2 lagi cik Jannah nie..ramahnya mengalah kan kami semua..good attitude! nie yg mak mentua suka nie..hahahaha..
5) InsyaAllah jika Allah masih memanjangkan umurku..pasti banyak lagi tempat2 yg baru akan diri ini sampai..mengikut peluang2 yg diberi oleh Nya..Aminn..

Semoga all the members of suka sukie's club enjoy dgn trip kali nie..InsyaAllah ada rezeki dan peluang pasti ke tempat lain pulak kita nanti!
Sekian dulu CERITERA realiti bukan fantasi drpd PUTERI MAHSURI.. =)

Friday, June 24, 2011

'LIFE IS LIKE IN WORD SEARCH GAME'



Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Just want to share something that good to think!
Malam nie, sy main game "word search".agak menarik pada mula permainan..dan amat menarik sepanjang permainan..dan agak tak berapa berpuas hati diakhir permainan..

Diawal permainan ini,
sy perlu mencari2 perkataan yg tersembunyi disebalik huruf2 yg agak banyak..tanpa ada strategi, pengalaman dan ia merupakan sesuatu yg baru yg perlu dipelajari..agak lambat jugak untuk menjumpai perkataan2 ini..Ia boleh diumpamakan seperti kehidupan ditempat baru, suasana baru, jiran baru tanpa mengenali sesiapa lagi dan tanpa tahu peraturan ditempat baru. Apa yg perlu kita dilakukan apabila berdepan dengan situasi seperti ini? Pada pandangan saya, perkara asas yg perlu ada dlm diri seseorg itu adalah berfikir secara positif. Yakin bahawa setiap permulaan itu memerlukan kita berfikiran positif..dlm game ini..sy yakin saya boleh cari word yg tersembunyi ini..begitu juga dgn kehidupan sebagai seorang insan yg bergelar manusia..Setiap sesuatu yg baru perlu kepada keberanian, tindakan yang matang dan yakin bahawa kita boleh lakukan. Pandang ke depan dan jgn sesekali menoleh ke belakang..masa tetap akan berjalan..kerana game ini menetapkan score yg paling tinggi kepada sesiapa yg dpt menjumpai word dgn cepat. Mungkin masa juga menjadi faktor untuk sesuatu kejayaan sama ada kita berjaya mencapai impian kita atau tidak, berjaya mendapatkan sesuatu yg kita idamkan atau tidak.. Apa yg boleh sy katakan..untuk mencapai apa yg diimpikan memerlukan langkah pertama yang memerlukan kita perfikir secara positif, berani dan cepat!


Disepanjang permainan ini,
saya dh boleh memasang strategi..bila bercakap mengenai strategi..banyak plan yg boleh kita rancang..sama ada untuk mencari huruf diawal perkataan atau huruf diakhir perkataan, melihat dari sudut atas ke bawah atau bawah ke atas atau menyerong kiri atau kanan. agak menarik kerana sy dapat mencari perkataan2 ini dengan cepat berdasarkan kepada strategi yg saya guna..ini boleh diumpamakan apabila masa yang diambil untuk menyesuaikan diri dgn keadaan tempat, suasana dan peraturan ditempat baru digunakankan sepenuhnya dgn berjumpa dgn jiran, bertanyakan khabar, bermasyarakat dgn penghuni dikawasan baru itu (merupakan strategi utk mendptkan kenalan) kita dpt menyesuaikan diri dan dapat diterima dgn senang hati oleh org sekeliling kita..asalkan kita mempunyai niat yg baik dan ikhlas. Oleh itu mudah untuk kita meminta pertolongan apabila kita memerlukan dan selain itu kita akan senang diterima dan dianggap keluarga sendiri oleh jiran2 kita.. Kadang kala tak semua yg diimpikan akan kita dapat.. contohnya dalm game ini...mungkin hanya ada satu perkataan lagi yg belum dijumpai..walaupun semua strategi telah kita guna..disini perlulah kita bersabar dan berdoa supaya apa yg kita cari Allah akan temukan..inilah dinamakan takdir.. itu yg kita kadang2 rasa sebab apa Allah masih tak makbulkan permintaan kita dr segi, nk dpt kerja, nk dpt pasangan hidup, nk dpt duit yg banyak, dan sihat dr sakit, nk masa yg lapang dr sibuk dan sebagainya.. Ini adalah kerana Allah ingin menguji kesabaran, kecekalan, ketabahan seseorg hambanya itu, sama ada hambanya itu layakkah untuk mendapat pekerjaan yang baik, jodoh yg baik, kesihatan yg baik, kekayaan dan sebagainya.. Maka sy boleh katakan kita akan mendapatkan sesuatu dgn usaha mengatur strategi tadi..namun kita mesti ingat ujian itu kadang2 akan membuatkan kita akan lebih berusaha dan tidak akan berputus asa.


Di akhir permainan ini,
Score yg pertama rendah, score yg kedua lebih tinggi dr yang pertama tetapi score kali ketiga ini mengecewakan kembali..tidak rendah dr yang pertama..tetapi rendah dr yg kedua.. Disini lah kadang kadang kita rasa tak berpuas hati..kerana kita pernah berada di atas..tiba2 pula kita jatuh..Disini kita perlu ingat ini cuma permainan game yang dicipta..kita masih boleh berusaha lagi..dgn bermain utk kali keempat dan seterusnya.. realiti dunia sebenar adalah kehidupan kita bermula dr kecil smp ke akhir usia.. boleh diumpamakan seperti..waktu kecil seperti permulaan permainan game ini..tak tahu..perlu belajar..dewasa..semasa sepanjang game ini dan tua apabila diakhir permainan ini.. Pada pandangan sayalah..memang betullah org tua2 selalu kata "kami makan garam dulu dr kamu"..mereka dh melalui semua rencah kehidupan..yang baik mereka jadikan pedoman dan yg kuang baik mereka jadikan sebagai sempadan..


Oleh itu, sy nk mengajak kawan2 semua berfikir..apakah matlamat kita di muka bumi ini..adalah kita hanya mengikut rentak permainan ini, bila kalah..putus asa..bila menang tak ingat nk kalah.. Sebagai insan bernama manusia..sy ingatkan diri sy juga utk sentisa berfikiran positif, bersederhana, tidak bangga diri, bersangka baik, yang penting perlu menjadi anggota masyarakat yang profesional iaitu berfikiran terbuka dan matang agar kehidupan kita ini akan lebih indah dan bahagia! Jadilah insan yang cemerlang pada diri, gemilang pada agama dan terbilang dikalangan masyarakat!

Setakat ini dulu..buat renungan kita di masa yg lapang... :)

Nukilan hati: Puteri Mahsuri

4 DECEMBER 2010 1:11AM


















Cemerlang, gemilang, terbilang!






Thursday, June 23, 2011

Adik..Sue..

23 Jun 2011

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update blog nie.. rindu rasanya..nk berbahasa dan melayan duniaku sendiri..

Hidupku kini:
Alhamdulillah..dari segi family banyak perkara yang besaq dh settle. Cuma sekrg kena focus utk upgrade dan jaga empayar KBS Incorporated Sdn Bhd dengan baik.InsyaAllah..mohon Allah permudahkan..ameenn

Kat Uitm plak, banyak kerja2 yg agak penting perlu disandang..AJK2 dan memegang amanah UiTM Perlis. Harap2 Nur Nasulhah Kasim nie boleh buat. Nk kata tak strees tu tipu lah! tapi seboleh mungkin tak mau stress..nk cheer up sentiasa sentiasa smilee dan senangkan hati semua org..bila kita senangkan hati semua org..hadiahya hati kita akan tenang dan damai..

Diri sendiri???? masih mencari ketenangan yg abadi... dalam process bermeditasi..lagi..mencari kelemahan diri dan kelebihan diri..yg lemah perlu diperbaiki dan yg lebih perlu dikongsi! Kawan2 lah peneman setia bila rasa sedih dan bermasalah..nasul..satu nama yg tak asing lagi dalam uitm..dikalangan pensyarah2 kimia.. kdg2 org pelik dgn nama nie..mcm lelaki kata mereka..tapi rasa nasul lah nama yg paling bertuah! nas..maksudnya lupa..tak sesuai..nur nasulhah..panjang sgt nk sebut.. dan panggilan yg paling ku suka dan paling ku bahagia..ialah ADIK SUE..

"mak sebab apa org panggil cik "adik sue"? tanya ku satu hari.. jawab mak.." sebab kamu yg paling bongsu waktu tu..kakak not..dan adik sue..".. betullah beza adik ed dan aku 5 tahun..lama tu..itu yg aku nie kira paling2 manja..dari dulu hingga sekrg..nk tido mesti ada teman..dulu kakak..huhu..bye2 kak not..sekrg mak pulak..hehheh..dik sue nie plg rapat sgt2 dgn mak..tak pernah tido umah org (jiran atau beradik2) lama2..tak selesa.. nk mak jugak! ingat dulu2 waktu kecik..ada kenduri kat umah nyiang ( tok nek) depan umah..sekali tertidoq kat situ..terjaga dlm 3 pagi..huhuhu takuttt..mak tak daaa...jaga2 terus nk balik..teriak2 lahh.. kecik ati sgt sebab mak tinggal tak bawak balik ke umah.. selalu abah yg akan angkat balik umah..tapi mlm tu abah tak angkat lah pulak..saja katanya kak not tidoq kat sini..tak pa kot..hehhe.. nanti tak tau lah anak sendiri..susahlah kalo dia ikut perangai mak dia nie..hikhikhik.. kalo bleh nk 24 hrs dgn mak!..smp sekrg lah!

Hidup yg bahagia kini..sekrg pulak..mak selalu panggil adik..sue dh hilang..coz..sorang ja adik kat umah nie..hehehh..lagi aku rasa bahagia! yeay!!! tapi adik fauzan tetap adik yg paling kecik dan paling mak sayang..kami pun paling syg kat dia..hehheh..itulah penangan ADIK.. 

Kini, life perlu diceriakan dgn perkara2 yg berfaedah! life is too short..so, make it meaningfull with variety of colours! setiap detik gunalah dgn sebaik2 mungkin..setiap hari ada hadiah daripd Allah kpd kita..cuma bagaimana kita menilai dan menerima hadiah2 pemberian Allah itu.. Terima dgn tangan dan hati terbuka! sentiasa think positif..facing the problm! jgn jadikan sesuatu itu masalah..larilah dr perkara yg akan menyebabkan masalah..tetapi, berdepanlah dgn masalah yg mendatang silih berganti! cuma jgn lari  dr masalah..kerana kalau lari..masalah itu tak akan selesai..

rasa best sgt2 malam nie..sebab dh dpt crita kat u blog! apa yg tersimpan kat dlm nie..dh dikeluarkan..harap2 pergilah dan jgn kembali lagi..jemput dtg kepada perkara2 yg baru! Ingat nasul! Allah sentiasa ada utk awak! berckplah dgn Dia..kerana dia sentiasa mendengar apa yg awk adukan... pasti tak lambat cepat pasti Dia akan beri jalan keluar!..Moga kita semua sentiasa dibawah lindungan Rahmat Allah..aminnn...
"Jgn sedih bila tak dapat kasih sayang manusia, sedihlah bila tak dapat kasih sayang Pencipta" Kerana dia pemberi kasih sayang itu semua.. Mohon diri ini sentiasa disayangi oleh org sekeliling ku..paling penting MAK  dan ADIK BERADIK KU! 

Sekian ja lah utk malam nie.. ada masa kita sembang2 lagi yer blog! =D

Thursday, June 16, 2011

From Deep of My heart!

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi!

Malam nie sempat layan tv astro prima..filem "PAPADOM". Nak wat camner berjiwa sentimental sikit..last2 cuci mata jugak lah malam nie..bagi hati nie lembut sikit.. :)

Bersempena dengan sambutan Hari bapa, filem2 tentang bapa2 jugak akan mula ditayangkan kat TV nie.. Betapa nikmatnya sesiapa yg masih ada ABAH, AYAH, WALID, ABI, PAPA, BAPAK,DAD.. bersyukurlah anda. Kenangan dulu kembali bermain dalam fikiran..walaupun sebenaqnya ari nie dah letih sebab hari makmal sedunia dan balik lewat keja..mungkin ini lah abah selalu rasa bila balik dr kerja..LETIH..

6 Ogos 2007 (pagi: uitm Arau)
"Hari nie kamu buat elok2 interbw nanti, biaq boleh keja di sini..senang abah tengok kamu, bila depan mata nie abah tak risau sgt" pesan abah sebelum keluar dr keta..sebab ari nie hari jadiku dan hari penting buatku! "InsyaAllah abah, abah doa2 lah cik dapat keja sini" (dalam hati..kalau boleh cik nak keja kat bangi MPOB!)
Macam biasa sesiapa nk interbw pun mesti rasa berdebar, gelisah, takut dan mcm2 lagi lah.. Tiba ja masa nya kami masuk lah ramai2..perkenalkan diri seorg demi seorg..sampai ja turn aku.."Happy birthday to u, happy birthday to,happy birthday to u happy bestday to Nur Nasulhah!" Pengarah Uitm Dr Ridzuan nyanyi dengan kwn2ku..perasan waktu tu??! fuh! rasa bahagia, terkejut dan sukerr! Thanks to Allah! Peristiwa yg tak dptku lupakan setiap 6 Ogos... Alhamdulillah..aku diterima kerja sebagai pensyarah part time.

Abah sempat jugak rasa gaji pertamaku! tak banyak pun tapi tetap bagi.. "Abah, nie untuk abah dan ini pulak utk mak" sampul berisi wang gajiku serahkan kpd mak dan abah semasa dinner kat andaman..coz belanja gaji pertamaku utk family..Walaupun tak seberapa aku rasa puas jugak sebab dapat bagi..mohon2 rezekiku lebih murah lepas tu..

Kebahagiaan tak lama.."Jika Allah ingin menguji hambanya, tiada tangan2 yang dapat menghulurkan sebarang bantuan" Kun Fa Ya Kun...

30 Oct 2007 (Malam: Kedai Caltex)
"Kamu nak minum ayaq apa? soya boleh?" tanya abah. "Ikut abah lah, awat?" tanyaku. "Abah nak minum sikit ja, kita share lah.." Abah pun amik dan bukak ayaq tin soya dan minum.. "Ada setengah lagi, kamu minum habih na"..Peliknya malam nie abah. Aku rasa suasana yang amat2 bahagia yang tak pernah aku rasa seblm nie.. Malam tu kami bergelak sama2..abah kira duit top up awal2..dia kata sat gi terus masuk umah..cepat sikit. Kerjaku malam2 balik dr uitm..jaga kedai ja lah..jual top up phone..
Malam sebelum tu..
"Keta kamu nanti sampai, kamu p amik ja..duit muka abah bayaq dah" keta idamanku PERSONA..tapi sekarang tak da jodoh dgn persona walau suka gila2 sungguh2..dapat HONDA.. =). "Nie ada pamplet Honda Civic..kot2 kamu minat" abah saja mengumpan..mana lah cik mampu abah! ;) "Cik nak pakai BMW..!" remindkan abah kereta idamanku.."Tak pa..la ni kamu pakai keta buat kaki dulu..bila dh stable nanti pakai lah BMW!" Ini lah impianku..Moga2 jadi kenyataan satu hari nanti..aminn..

Itulah antara memory2 indah bersama abah..sebenaqnya banyak lagi..tapi ini antara yg plg tak dpt dilupakan.
Abah, seorg yg sentiasa berada dihatiku..semangatnya tak pernah terpadam walau sedikit pun! Idolaku dan panduanku utk mencari Mr Rightku! Mungkin tak sama tapi aku nak yg serupa..InsyaALLAH. Sebab apa? HEBAT sangat kah abahku nie?? Yup! Jawapannya YA..

Hebatnya ABAH:
1) Abah dah dapat membentuk keluarga yang saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan beradab sopan.
2) Abah bejaya menjadi seorg bapa yg cemerlang sebab semua anak2 abah berjaya..Alhamdulillah. Semua anak abah dan mak bijak2, baik2, pandai bawak diri dan jaga maruah keluarga..(InsyaALLAH..mohon kekal hingga bila2)
3)Abah berjaya besarkan kami dengan bermula dari kedai baiki motor yang kecil sehingga membina empayar KBS Incorporated hingga kini (KBS= Kasim Bin Sabu, Keluarga Bu and Som dan Kanpung Banggaol Sena).Alhmdlh..rezeki abah carikan utk kami adalah Halal. Itu yang cerah hati kami..aminn
4) Abah berjaya sediakan kami keperluan asas yang baik, kami tak pernah rasa sedikit kekurangan pun!
5) Abah berjaya didik kami jadi org yg rajin dan tak pernah kenal penat dan putus asa! Abah selalu kata..kalau keluar sebelah sini InsyaAllah rezeki akan masuk sebelah lain pula..jgn kedekut! memang abah tak pernah kedekut!(ciri suami yg soleh nie)
6) Abah berjaya disiplinkan kami dengan ketegasan, hanya melalui percakapan dan kata2 hikmah. Salah satu pesanan abah utk adik ed. " Ed, kamu kena rajin, bukan kamu tak pandai..otak kamu lebih cepat diri kakak kamu tapi kamu malas!, nak ka nanti kamu tgk kakak kamu semua pakai keta besaq2..kamu tak da keta pun?" Tapi sekarang abah..ed pun dah beli keta...tapi second hand lah..buat kaki dulu.. ;)
7) Abah berjaya jadikan kami org yg yakin dan tak takut untuk berdepan dengan sesiapa dan dalam situasi yg susah! Abah kata nk takut apa Allah tu satu ja..sapa buat baik, InsyaAllah  ada habuan dia.
8) Abah berjaya jadikan anak2 abah InsyaALLAH anak2 yg soleh dan solehah. Langkah abah hantar kami kat sekolah agama walaupun ketika itu ramai yg belum sedar lagi kelebihan sekolah Agama adalah langkah yg paling tepat! Sekarang Abah tak perlu risau..InsyaALLAH Batas pergaulan dan agama sentiasa kami jaga..kalau antara kami terlupa ada yang akan mengingatkan..Alhamdulillah.
9) Abah berjaya jadikan kami semua pemimpin paling penting untuk diri sendiri..dan abah, kakak not dan cik dah jadi pendidik memimpin anak bangsa utk menjadi khalifah dibumi Allah ini..doakan kami semoga tak jemu utk menabur bakti dan mencurahkan ilmu dan cintakan ilmu dunia dan akhirat!
10) Abah dan mak dah berjaya Mendidik kami menjadi seorang insan, hamba Allah, khalifah, yang baik InsyaAllah..kerana apa?? sebab Abah dan mak memang betul2 ikhlas jaga kami dari tapak kaki kami sebesar 2 jari hingga sekarang..TERIMA KASIH ABAH!

"Selamat Hari Bapa! Saya sayang Abah!"

Al-fatihah utk arwah abahku, Moga Abah ditempatkan bersama org-org yg soleh dan jadikanlah alam barzakh utk abah tempat istirehat yang panjang dan selesa.Aminn..Doakan kami menjadi anak-anak yg soleh dan solehah. sampaikanlah doa2 kami semua sebagai doa anak2 yg soleh dan solehah kepada ABAH. Walaupun sudah 3 tahun 8 bulan 16 hari..Abah bagaikan sentiasa ada dengan kami! SEBAB..masing2 membawa sikit sebanyak sikap abah..dan apabila digabungkan kami berempat..macam abah yg membuat keputusan dan aura semangat abah bersama kami semua "ANAK-ANAK ABAH!"

Akhir kalam, Hargailah ABAH DAN MAK bila mereka didepan mata..masih ada bergelak tawa dan memberi nasihat kepada kita..Bila dah tiada hanya Doa dan air mata saja yg dapat disampaikan kpd Mereka..

Aris Ariwatan (1234)

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Puteri Mahsuri
2.30am (17 JUN 2011)

Monday, June 13, 2011

Terima Kenyataan

13 Jun 2011 (Isnin)
Hari nie terbaca blog syikin, tq syikin..so, kami copylah yer..mintak izin ..hehe.
Right time to search and find the true facts! Terima kenyataan adalah perkara paling sukar utk setiap org..tapi nk buat camner..kena redha..seperti perkara yg berlaku ari nie..cermin mata serpih..huhuhu..terbang melayang $$$ ku..tapi tak palah..dah 2 tahun lebih dah tak diservice..conclusionnya..penting simpan duit kecemasan..(pesanan juga utk kawan2). Apa2 pun bersyukur jugak dapat cermin baru..hehehe.. tu yg semangat sikit tu..pandangan pun mesti kena baru.. =)

So, cerita nie tak da kaitan pun dn sesiapa..tapi just want to share dgn kwn2 lain jugak..

Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. .

.Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~the end~


"Wa makaru wa makarALLAH, wallahu khairul maakirin"

~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun, DIA lah sebaik-baik perancang~
Selagi Allah di hati hidupkan pasti sentiasa tenang.......=)

Sunday, June 12, 2011

Smileeee :)


Assalamualaikum wbt

Weekend this week rasa mcm tak cuti jugak..sabtu ahad ada modul PPKP kat uitm..tapi alhmdlh..bestt! dpt student2 yg best2 share pengalaman dan info dgn diaorg..Sempat jugak jumpa azimah tapi sekejap sgt2..tak sempat sembang lama pun coz masing2 sibuk..maap zimah. bila ampa free kami pulak yg tak free..cantik gambaq ampa pink2 gitu kat ocean glow! wah memang cunnnn lah! tapi apa2 pun hari nie rasa agak puas jugak coz banyak benda berjaya buat..dan reward utk hari nie..nasul bukak FB sekejap..tgk gambaq kawen yati! wah best nyerrrr! apa2 pun nasul happy bila korang happy!

Petang balik dr antaq Adik Wa kat asrama, apa lagi tghari tadi tak makan pun abih Modul kat uitm dah kul 4ptg.. kena masak lah..bibik lama dh bercuti..huhuhu..bila lah kak zizah nk sihat.."yaAllah sembuhkanlah..kakak sepupuku, kak zizah..aminn" menu yg berlegar2 dlm kepala nie..tak lain tak bukan..NASI KERABU KELANTAN..my faveret menulah! dulu pernah kawan UKM, kak su, dtg umah masak nasik nie..tapi ingat2 lupalah..tapi nk try jugak.. Alhamdlh..menjadi!!!! suka sgt2..rasa mcm dok kat kelantan lah pulak..hikhik.."suhana! kami dh pandai buat nasi kerabu..heehe walaupun kami tak duduk kat sana" resepi check kat my sweet home yer! :)

Malam nie mcm biasa nk tidoq awai esok..kejaaaaaaaaaaaaaaaaaa... lagiiiiiiiiiiiiiiiii..
tiap2 hari kelas kul 8 pgi..memang memberi motivasi pagi yg amat2 hebat! ahaks!..sebenaqnya letihhhh..oooo....what to do... dh nama pun kerja..lagi mata nie celik, keja-keja-keja..kata P Ramlee..hehehe
Apa2 pun happy today! dan mohon YaAllah agarku sentiasa gembira dan bahagia,,,aminn...

Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat Penghulu segala hari,

Petang ini, masih diberi ruang dan peluang untukku mecoret beberapa perkara sebagai peringatan untukku dan juga insan2 disekelilingku, Alhamdulillah..syukur yg teramat kepada Ya Rahman & Ya Rahim..
Sepanjang minggu ini, diari kehidupanku amat sibuk dan agak menyesakkan..namun Allah masih memberikan kepadaku kekuatan dan semangat untuk terus tersenyum dan tertawa..walaupun kdg2 ingin jugaku menitiskan air mata (cuci2 mata..agar lebih jelas pandanganku :) ).

Banyak tugas yg mencabar dalam miggu ini yang telahku lalui, terpaksa lalui dan wajib dilalui..jalan2 ini bukan mudah..memerlukanku memilih jalan yg terbaik.. dan setiap keputusan yg diambil perlukan kepada tindakan... Yang penting, setiap jalan yg dipilih itu mendapat redha Allah.. =) barulah berkat!

Permulaan minggu yg meletihkan..pertengahan yang terlalu sibuk dan pengakhiran minggu yang agak lega..kerana banyak perkara telah dapat diselesaikan..Alhamdulillah..
Petang nie nk cakap mengenai Hati..

Hati kalau baik, InsyaAllah apa2 yg difikirkan dan tindakannnya juga akan baik..
Hati kalau kurang baik, makanya semuanya pun kurang baik..
Hati kena beri..baru kita dapat balik..tapi kalo tak dapat balik pun..Allah akan ganti kegembiraan yang lain.
Hati kena beri dekat semua yg kita sayang, Tapi tak semua yg kita sayang akan beri hati mereka..mungkin org lain akn ganti tempat hati yg kita beri itu..asalkan hati kita tetap 100%.. betul tak?!
Hati itu adalah anugerah Allah..Rasulullah ada bersabda:

"Sesungguhnya, dalam setiap badan manusia itu, terdapat seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya, Namun jika rosak daging itu, maka rosaklah keseluruhan anggota tubuh manusia itu, sesugguhnya ia adalah hati"

Itu merupaka usaha kita untuk menjadi yg terbaik untuk dapat yang terbaik! Tetapi ketentuan Allah..Dialah yg maha kaya mengetahui segala2nya sekarang dan masa depan.. tidak pernah mengantuk dan tidur. Kerusi Allah itu meliputi langit dan bumi..OLEH ITU, apa yg perlu Engkau takut wahai manusia! takutlah pada Penciptamu.. Berserah padaNya jika engkau rasa engkau telah tidak berdaya lagi..kerana Allah mempunyai Kuncinya..Yakinlah pada Allah..dgn membaca ayat al-kursi:

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


Maksudnya : "ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-NYA); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-NYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izin-NYA. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendaki-NYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar." ( Surah al Baqarah ayat 255 )

"Jika anda berada di dalam terowong ynag gelap, teruslah berusaha berjalan, merangkak atau mengesot untuk sampai pada satu cahya dipenghujung terowong itu..yang selebihnya..serahkan lah ia pada Allah SWT" Pasti akan ada kemudahan disebalik kesusahan.

Itu janji Allah..Berbekalkan semua ini Aku akan terus kuat dan akan tetap optimis untuk berjaya..ingin juga bermimpi untuk bahagia..bukan tidak bersyukur kini dengan nikmat bahagia yg diberikanNya.. Izinkan kepada ku YaAllah untuk merasai nikmat bahagia-bahagia yg banyak yg telah engkau kurniakan kepada insan2 disekelilingku yang ku sayangi..aminn..Kabulkanlah permintaanku..   

Sunday, June 5, 2011

Bertemu, Berkenal & Bersahabat




Assalamualaikum wbt

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" Hadis riwayat al-Buhari & Muslim.

Syukur Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi peluang yg sekian kalinya untuk bernafas dan berpijak di BumiNya..menjadi khalifah..mentadbir secebis tanggungjawab yg diamanahkan olehNya..rasa tak termampu..namun Allah tahu apa yg mampu untuk setiap hambaNya menyempurnakan amanahNya itu.. InsyaAllah..

(5 tahun yang lalu, Disember 2005)
Tengah khusyuk membaca jurnal-jurnal kat atas meja dalam lab bahan api "Suhah, mai sy kenaikan dgn adik ipar saya" kata en lan .. "lelaki ka perempuan?" (dalam hati) ok2..jap2.. malu-malu adik en lan nie..tak keluaq keta la pulak.."Assalamualaikum..saya nasulhah..panggil nasul ja".. "waalaikumussalam, suhana". sambil bersalaman. en lan bagitau suhana nie adik isteri dia, kak na (dr zarina). Dua-dua nk sambung master kat UiTM, masing-masing cari kawan nk p temuduga sambung master. Almaklumlah, baru ja habis degree..balik hometown masing2 kawan2 pun dh bawak haluan masing2. dalam kepala nie dok pkir nak p shah alam dengan sapa nie? nk tidoq kat mana? ishk! shah alam tak biasa..kalau bangi ka, kajang ka biasalah. kawan2 pun banyak..huhuhu..masalah2..Alhamdulillah..ada jugak kawan nk p malam nie, esok temuduga.. "okey, jumpa malam nie kat station bas kangar!" nasib baik naik bas sama.. :)
Mulalah bertukar crita, dari satu topic ke topic yang lain..sampai rasa tak nk tidoq ja.. dari percakapan,dan cara sembang macam suhana nie budak baik2..ya lah sekolah agama.. mudah sgt mesra dgn dia..banyak crita kami yg satu kepala..maksudnya..sama pendapat dan cara berfikir. loghat pun sama..utara jugak..hehehe

Bermula dengan pertemuan yg amat2 singkat petang tu..kami dh mcm kawan lama dh utk esok harinya tu. malam tu kami sampai kat syeksyen 5 ..kat stadium shah alam dekat dgn giant tu..tido rumah wani..best fren waktu kat maktab dulu. kiranya..first time smp kat shah alam.. selalu stadium shah alam tu tgk kat dlm tv ja..waktu tu jgk lah ada JOM HEBOH!..tak sempat p pun..takut nk kena interbw..dok baca note ja lah.. Bermula dgn interbw..masing2 berjayalah lepas interbw tu..alhmdlh..cuma course kami ja yg tak sama..

Suhana biologi, nasul kimia..satu fakulti tapi lain kapalnya.. nk jd ceritanya..kawan suhana yg namanya amirah @ amie rupa2nya kawan nasul waktu tuisyen waktu sekolah rendah dulu..berjumpa balik waktu buat master.. azimah pulak..satu sekolah kat sek agama arau dulu..tapi tak sempat kenai la..coz pindah sekolah agama perempuan dan tak ketinggalan yati(org yg paling kuat menolong utk habiskan writting di saat2 akhir)(ketiga-tiga diorg nie buat biologi jgk)  how amazing it is! Dunia nie kecik lah sgt! Betullah pertemuan dan perpisahan itu, aturan Allah.."kun fa ya kun".

31 Disember 2005 bermulalah episod hidup yg diwarnai dengan suka duka kehidupan dalam dunia yg lebih mencabar..lab work, baca jurnal, buat paper, presentation, results yg mengecewakan, lab work tak jadi, sample rosak, glassware pecah, instrument rosak, kena marah dgn supervisor (marah2 sayang), research methodology class, defence proposal, kena bamboo,  dapat jalan2 melaka utk conference, presentation kat fakulti, writting thesis (perkara yg paling susah dlm buat master nie), viva dan akhirnya submit hard cover ke IPSIS.. Semua ini telah dilalui bersama sepanjang 3-4 tahun untuk melengkapkan master kat UiTM Shah Alam.

Dalam kami berima nie.. suhana dan nasul ja buat lab work kat uitm arau, amie,yati dan zimah buat kat shah alam. tapi hubungan kami bagaikan aur dgn tebing..waktu gembira sama2, waktu sedih pun tak pernah lupa..satu kapal lah jugak. Macam2 terjadi sepanjang kami semua buat master..ada yang kehilangan orang yg tersayang..ada yg dapat ahli keluarga baru, ada yg habis awal, ada yang habis lambat, ada yg dapat kerja dulu..apa2 pun kami semua bersyukur..sebab Allah makbulkan doa kami semua utk dpt kerja yg baik, hidup kami bahagia bersama org2 yg kami sayang! suka duka itu tak dapat nk diluahkan semua disini..biarlah apa2 yg pahit itu dibiarkan tertanam dalam2 jauh dari fikiran.. biarlah semua yg indah2 dan gembira2 ja mewarnai kehidupan kami selepas ini..aminn

Semestinya, org yg sentiasa memberi bahunya untuk diletakkan kepalaku ketika ditimpa musibah tentunya SUHANA..bermula dari pertemuan yg singkat, berkenal dan menjadi seorg yg bergelar sahabat dan teman ketika susah dan senang kami menjadi sahabat hingga ke detik ini dan ku mohon panjangkan lah hubungan kami semua hingga ke syurga..aminn.. Menangis, tertawa dah menjadi rencah dlm hidupan seharian kami.. bila sedih sama2 nangis, bila suka sama2 bertepuk tangan dan bergelak tawa.. walaupun sekarang masing2 dibawa haluan oleh aliran dan arus masing2..seorang di perlis, seorg di kelantan, seorg shah alam..tapi 2 orang masih melekat bersama2..heheh di N9 namun doa kami (sahabat2) sentiasa mengiringi..mohon Allah merahmati dan melindungi dari mara bahaya. walaupun jauh dimata, dihati tetap dekat..cuma chatting di YM, blog dan telepon ja menjadi perantara persahabatan kami..bila rasa sedih..macam ada ja depa2 ni kat depan mata..mcm nk peluk dan minta mereka benarkan kumeletakkan beban sebentar dibahu korang semua..

semua org ada masalah..tapi rasanya nasul yg paling banyak masalah yg share dgn korang..coz kdg2 tu nasul tak boleh simpan sendiri..bila simpan sendiri takut jadi barah.. tapi korang tak pernah jemu nk dgr masalah2 nasul..gelaran iron lady selalu korang beri utk nasul..korang tahu tak, perkataan "iron lady" tu lah yg sentiasa menjadi pembakar semangat utk nasul berjuang dan terus berjuang!

Walaupun susah mcm mana pun nasul kena lalui dan harungi...kadang2 tu sue, ampa hanya dapat dgr tangisan kami ja..tanpa sepatah kata...maaf sue, mungkin nasul selalu merisaukan ampa..dan terima kasih sue..sepanjang kita kenal ampa tak pernah jemu untuk melayan kerenah kami..paling teruk bila nasul call..tapi lepas nie nasul kena cari pengganti yg terbaik mcm ampa jugak..yg membenarkan kami meletakkan kepala kami dibahunya, bersabar dgn kami, menyenangkan hati kami, menyayangi dan mengasihi kami. InsyaAllah..apabila Allah mengambik sesuatu pastu dia akan beri sesuatu yg lebih baik sesuai dgn keadaan itu. mohon dipermudahkan segala urusan kita semua lepas nie.

Tanggal 4 Jun 2011, tarikh dan ketikanya kedua-dua sahabatku ini dimiliki oleh mr right masing2. :) Barakallah SUE & YATI! Selamat Pengantin Baru! Moga kekal ke anak cucu dan bahagia hingga ke Akhir usia. "nasul, bila lagi kita nk jumpa?" spontanku jawab "tunggu kenduri kami pulak lah!" "ala internetkan ada..ampakan peminat setia blog kami?" Walaupun jauh dimata tapi bumi yg kita pijak ini milik Allah Al-Rab! Bila mana Dia ingin menemukan hamba2nya, pasti akan bertemu, perancangan Allah adalah yg terbaik! dan ingat "Jika Allah ingin berikan kebahagiaan kepada seseorang, pasti tiada tangan-tangan lain yg akan menyekat kebahagiaan itu smp kepada pemilikNya..Berdoalah untuk ALLAH sentiasa tidak putus-putus memberikan kebahgiaan buat kita semua..aminn.

Tak banyak kami bercakap semalam, rasa nasul yg banyak critanya ini..tak mampu untuk beri pesanan face to face..walaupun banyak yg nak dipesankan..dikesempatan ini, ucapan ini khas buat sue dan yati:
Jadilah seorang ister, ibu, anak, pendidik dan ahli masayrakat yang solehah, binalah dan bentuklah keluarga yang sakinah, carilah ilmu hingga peringkat yg tertinggi agar kita menjadi muslimah unggul di sisi Allah. Dunia ini cuma tempat persinggahan sebentar, kumpullah sebanyak2nya harta, saham dan bekalan utk menuju alam yg abadi nanti.(pesanan utk diri sendiri jgk!) kami sentiasa ada untuk hampa, ingin jugak berkongsi kisah2 sahabat2..cuma mungkin dgn cara yang berbeza..masing2 dh bertambah tanggungjawabkan..heehee.

Akhir kalam, terima kasih kerana telah memgindahkan kehidupan nasul sepanjang kita kenal..mohon Allah memanjangkan usia dan perhubungan persahabatan kita ini hingga ke syurga  amin.. Entry ini paling bermakna utk nasul dikongsikan bersama sahabat2 tentang cerita 5 sahabat baik! Moga dapat menjadi pedoman utk kita semua..
wassalam.