Assalamualaikum wbt , selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kerabat baginda dan sahabat-sahabat baginda, Rasul tercinta.
5 Januari 2015
Jiran ofis: Awak, sebab apa muka masam ja, ada masalah ka?
Diri sendiri: Eh, ya ka ? Nampak ka? tak da apa-apa lah.... ( sambil muncungkan mulut)
Jiran Ofis: Awak ni memang tak boleh sembunyi masalah.. terus nampak kat muka tu..
Diri sendiri: Biasalah masalah sendiri, entah tiba-tiba ja kot.. pagi tadi ok ja..huhuhu..
p/s: Kadang kala manusia itu tidak dapat membendung masalah yang dihadapi bersendirian.. tak cakap pun dh nampak air muka yg berubah, jadinya, jika tak da masalah tu air muka sentiasa ceria lah .. gitu.. Alhamdulillah..
Mana ada pantai tak dipukul ombak,
Mana ada bumi yang tak ditimpa hujan,
Mana ada Kehidupan sentiasa indah,
dan Mana ada masalah yang tak dapat diselesaikan.
Berdasarkan kata-kata pujangga dan kata-kata sendiri di atas, nak tak nak sebagai seorang hamba perlu menerima segala ujian, cabaran dalam kehidupan seharian dengan hati yang lapang dan setiap yang berlaku itu Allah mengajarkan ilmuNya yang luas supaya kita berfikir.
Dah lama, blog ini ku tinggalkan.. aku akui sebenarnya dengan menulis diblog ini, jiwaku ini akan tenang dan lebih bersyukur atas kurniaanNya. Hari ni satu topik yang nak dikongsikan adalah 'Jiwa-jiwa manusia'. Pelbagai ragam dapat dilihat ada yang memiliki jiwa yang sentiasa Cool, tenang, gembira tapi tak kurang juga yang selalu menggelabah, suka nak marah, berfikiran negatif dan seangkatan dengannya lah.
Sebagai hamba Allah kita diajar oleh agama Islam untuk sentiasa bersikap bersyukur, tenang dan berfikiran positif. Kerana apa??? Kerana diakhir zaman ini, kebanyakan manusia akan lupa akan matlamat hidup mereka di dunia ini. Kurang rasa belas kasihan, hormat menghormati dan berkasih sayang.
Tiada fakta yang sahih untuk membuktikannya, ini cuma pemerhatian secara kasar tanpa analisis yang jitu dan persis. Sikap-sikap yang membawa awan-awan negatif ini lah yang menyebabkan orang yang berada dalam golongan pertengahan iaitu golongan yang cool separuh, cepat melatah separuh akan memilih untuk sama-samA menjadi negatif.
Betul kata mak pagi-pagi tadi, bukan senang nak dapat pahala.. Pahala itu mahal harganya.. kadang-kadang dengan membuat perkara baik contoh memberi kucing makan itu akan membawa kepada pahala, namun apabila kita mengugkit kepada kucing berkenaan atas asbab dia membuang sesuka hati dalam kawasan rumah pada pagi itu akan menyebabkan pahala tadi dah tinggal kosong mungkin dah jadi negatif kosong. Asal dapat 1 pahala dah jadi -1 pahala. Sedarkah kita?
Wahai jiwa-jiwa yang diciptakan Allah, marilah sama-sama kita membina dan mendidik awan-awan positif yang gebu, putih, cantik, indah dan tenang. Sedap sikit mata yang memandang. Tak dinafikan kadang-kadang diri ini juga sering alpa, awan negatif selalu membuat lawatan secara mengejut, maka pergeseran antara awan-awan negatif ini akan menghasilkan ion-ion yang bercahaya. Kalau cahayanya bahagaikan mentari pagi memang cerialah hidup, malangnya cahaya petir putih berkilat terhasil yang menakut dan mengejutkan insan lain.
Namun, siapa kita untuk menilai insan atau makhluk lain, mereka juga seperti kita diciptakan Allah yang berjanji pada Nya untuk berbuat baik dan ingin kembali ke syurga yang abadi. Apa yang boleh kita lakukan adalah bersabar kerana pesan Allah 'Bersabar dan dirikan Solat' banyak kali kita diingatkan untuk berbuat begitu.. cuma kita yang sering lupa.. jadi, sahabat-sahabat sekalian, Hidup di dunia hanya sementara, akhirat juga kekal abadi ( eh, macam lirik lagu pulak)! tak apa lah.. Jom kita belajar untuk tingkatkan Rasa sabar kita banyak-banyak, hebat-hebat, agar menjadi insan yang disayangi seluruh Mahkluk dan yang penting disayangi Allah dan Rasul kita.
Selamat tahun Baru, Salam Maulidur Rasul banyakkan selawat atas nabi kita yang tercinta dan sentiasa jadi insan yang membawa, membina dan memberi awan-awan positif! Jom!
Wassalam..
Puteri Mahsuri
7.10pm 05012015
