Tuesday, May 31, 2011

Zaujan wa Zaujah Solehan

1 Jun 2011



Rahsia mendapat Anak-anak yang soleh dan solehah.
Tips untuk Al-rijal..dan an-nisa :)
                                  
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]


Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.

Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya. Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.

Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim. Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

 Akhir kalam :
"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."

Wa'Allahu'alam..

Saturday, May 28, 2011

Nur Kasih..

28 May 2011

Assalamualaikum wbt
Today,saturday.... the amazing day for me!
Mungkin Allah dengar permintaanku..memberi ruang yg sungguh2 luas untuk ku berbicara denganNya.. Alhamdulillah..damai, tenang, terasa aman bila dpat peluang ini..detik waktu yg sering ditunggu2 olehku..muhasabah diri..kenal Penciptaku Yang Maha Kaya lagi Maha Agung.. 

Diary ku dibuka dengan penuh kesyukuran pagi tadi.. berazam untuk menjadikan hari ini lebih cemerlang dr semalam.. hari ini ada beberapa misi yg telah dicapai..
Mula dgn doa moga dimurahkan rezeki yang halal dan baik..buka kedai..sapu sampah..bersih station, kul 9 siap2 utk sevice kesayanganku..CT.. hang out with hanani and as..ada misi yg perlu dicapai sebelum semester bermula isnin ini. :)... smp Honda aloq staq kul 11.00am..breakfes walaupun dh nk tghari..hehehe
tempat utama yg di tuju ..nk tgk Nur Kasih..memanglah nasib menyebelahi kami....sib baek ada lg kosong! crita laen tak layan..crita bek2 je yg layan.ahaks.jiwa muda katakan..hehehe
nk crita pasal crita nie..sesapa nk p tgk kat cinema silakan..memang rasanya berbaloi jugak lah arahan khabir bahtiar nie..
sambungan dari crita bersiri dulu..sebenaqnya tak lah ikut sgt..tapi dekat2 last dulu memang tak miss lah! kebanyakannya masih memegang watak yg sama.. adam dan nur..tapi aidil..huhuhu..isteri aidil meninggal.sebab apa? tgk lah sendiri nanti.. :) sememangnya banyak ujian yg menimpa nur dan adam..bermula dr mula2 kawen dulu..sebenarnya bila tgk crita nie..mcm takut nk kawen pun ada..huhuhu sebab mcm2 ujian yg Allah akan uji hambanya..lepas satu..satu lagi..betullah org kata..ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditghari..tak semua yg kita impikan itu indah2 belaka..memang betul2 kena dapat pasangan yg ideal..mcm Nur dan Adam dlm crita nie..walau mcm mana pun susah, sedih..bila sorang dh putus asa...sorang lg akan bg semangat..tapi nampak sgt cinta depa nie memang suci! (walaupun diorg berlakon ja)..ada ker psgn mcm nie..tak tau lah mungkin ada...mugkin tidak..rasa2 tu ada lah..
Aidil memang berpewatakan yg hebatlah! seorg suami, ayah, abang dan anak yg soleh! "abg aidil akan sentiasa berada disamping Nur..itu janji abg aidil terhadap adam" pergh! ayat nie..memang tak tahan... ;). Adam pulak..sanggup berkorban nyawaNya utk Nur.." Ya Allah engkau ambil apa saja dr ku tetapi bukan Nur" nie dialong adam waktu diaorg x-cident..tetiba Allah bagi peluang kedua utk depa..
Mak aidil dan adam nie pulak memang ibu yg solehah lah..sebab dia tau tanggungjawab dia..amanah yg diberikan Tuhan kpd dia..bergenang ja lah air mata..tapi tak sempat nk jatuh lagi..si maisarah yg comel tu selalu interupt lawak dia tu..semua org gelak..hehehhe..rasanya kalo tgk sorang2 tu mau basah jugak sapu tgn tuh! satu ja yg tak best..watak ustaz yg berlagak, sombong, bongkak!..gaya ja ustaz tapi hati..ermmm..harap2 tak da lah ustaz macam nie kat malaysia nieee..
cerita nie padaku..rasanya perfect lah..coz memang terjawap semua pertanyaan..solid! tak tau lah kot2 nk buat Nur Kasih 2 pulak..kalo ada nk p tgk lagi!hehhe
Kesimpulan dr crita nie: cerita tentang realiti kehidupan yg perlu ditempuhi oleh insan yg bergelar hamba yg kdg2 iman itu terlalu rapuh, ilmu terlalu cetek, amal yg amat kurang..tetapi setiap musibah yg diberikan itu membuatkan kita lebih dan sgt rapat dgn Allah SWT... Nama pun kehidupan..bila ada ujian, keputusan perlu dibuat..mintak pertunjuk dr Dia pemilik ujian itu..pasti hikmah yg menanti manisnya bagaikan madu! InsyaAllah..nasul bg 9 out of 10 stars lah!

Misi pertama dh tercapai..puas hati! Misi kedua..beli hadiah kawen bestfren..suhana..(kalo ampa baca pun..ampa tak tau lagi hadiah apa yg km tiga (amie, ziamh, nasul) bagi, pastinya suprise!!!)
Kami beli kat Seng Que (nanti nk warantty p kedai nie yer) ;) dlm 15 min kot beli..dh tgk sekali berkenan terus bayar..hehehhe..mcm biasa..kalo tak berkenan cari lg..tapi dh penat ptg td..takut smp perlih mlm ja..
Alhamdulillah semua misi tercapai dan km smp perlih dgn selamatnya.. hantaq hanani balik umah..maap makcik bawak keluaq dr pagi smp malam nie..tak lah mlm lg kul 7..tp dh nk maghrib lah..

Malam nie pulak .. p beli bunga telur kat wanie..kenduri esok! fuh! mak pun bising dh..maap mak, cik lupa! sib bek kedai kat C-Mart tu bukak banyak lg! balik pulak dok isi pudinglah pulak..ganti telur..baru abih satu pokok..pagi sok satu pokok lg nie..yg nie kena letak telur lah..insyaAllah sempat2..

Okey! nk tutup diary mlm nie dh..sudah letih seharian buat aktiviti2 yg agak best! Syukran Ya Allah.. nikmatmu tak terhitung banyaknya..Ku Bahagia!


Friday, May 27, 2011

Bunga2 Kasih Sayang

27 May 2011

Salam jumaat, penghulu segala hari
Assalamualaikum wbt

Bismillah hirrahmanirrahim,Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kasih, kekasih, berkasih, kasihan, kasihani, mengasihi...mempunyai pelbagai maksud yg berbeza bukan?
Sayang, kesayangan, Sayangi, Menyayangi, disayangi..juga mempunyai maksud yg berbeza..
Makanya kasih sayang adalah perkataan asas yang boleh membawa pelbagai maksud yang semuanya positif.
Tentunya,Kasih Sayang yang paling agung adalah kasih sayang diantara pencipta dan hambanya...

Antara hubungan kasih syg lain adalah seperti kasih syg ibu bapa terhadap anak2nya, kasih sayang kakak dan abang terhadap adiknya, kasih sayang suami terhadap isterinya, kasih sayang pemilik kucing@haiwan peliharaan yg lain terhadap kucingnya, kasih sayang kawan terhadap sahabatnya, dan kasih sayang sesama muslim.

Mungkin anda tertanya-tanya bukan..ada tak kasih syang antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim? Jawapannya..mari kita kupas bersama.. :)
Secara sucinya tiada kasih syg sesama kekasih lelaki dan perempuan yg bukan muhrim..banyak org tersalah sangka, jika mereka adalah pasangan kekasih.. kasih sayang itu perlu bagi membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. ungkapan "Saya CINTA Awak!" adalah standard word yg sering diungkap oleh mereka.. katanya penting untuk tunjukkan cinta mereka ini sejati dan suci..Sebenarnya mereka sudah salah sangka..tiada istilah kasih sayang diantara lelaki dan perempuan sebelum ikatan Ijab dan Qabul dilafazkan.

Islam itu agama yang mudah, cantik dan indah..telah menggariskan panduan untuk mencari pasangan dunia akhirat yang soleh dan solehah. Kadang-kadang Allah memberi kita peluang dan ruang untuk mengenali seseorg..perkenalan itu penting..tetapi jangan terlalu lama ..kerana ia akan membawa keburukan dan kerosakan dibumi Allah ini. Islam telah menggariskan panduan memilih pasangan:

Rasulullah saw bersabda: “Perempuan itu dinikahkan karena 4 perkara, yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya(atau ketampanan) atau agamanya. Akan tetapi pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu.” (HR. Bukhari-Muslim).

Jika semua kretiria sudah ditemui dalam diri seseorg itu, siapkanlah diri dengan ilmu rumah tangga yang sememangnya..alam rumah tangga ini adalah alam yg amat mencabar dan segeralah meminang dan bernikah. Maka tiada yg lebih baik bagi kedua2 lelaki dan perempuan  yang saling menyukai dan selesa dgn tingkahlaku pasangan masing-masing selain bernikah supaya tidak berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.

Bukan mudah untuk mencari pasangan hidup hingga akhir hayat..bukan sekadar 3-5 tahun mungkin 50 tahun..mungkin lebih... Selain itu jugak jgn cuma ingin mencari seorang isteri semata-mata..tapi carilah seorang isteri dan ibu yang solehah untuk keluarga dan anak-anak yg bakal menjadi khalifah di bumi Allah ini.Oleh itu, Solat Istiqarah adalah penting bagi memohon pertunjuk Allah SWT. Sentiasalah memohon pada Allah kerana "Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang memohon pertolongan dengan cara berdoa dan mendirikan solat". Dibawah merupakan doa solat istiqarah yang boleh diamalkan:


Maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Bagi wanita pula, kita cuma sekuntum bunga yang mekar, cantik, wangi dan sering dipandang. maka jagalah dirimu agar tidak dipetik oleh tangan-tangan yang rakus dan kasar hanya untuk mencacat dan menghidu harummu. peliharalah ia sebaik mugkin sehingga datangnya seekor Rama2 yang cantik budi pekertinya, indah santunnya, dan terpikat dengan mu bak kerana kecantikan peribadimu..hinggap dan berkongsi kenikmatan dan kebahagian nikmat Allah ini bersama2mu. membawa benih2 kebaikanmu menghasilkan buah2 yg cantik. dan elok2 belaka memberi manfaat untuk sekalian Alam. Di sini ingin dikongsikan Doa untuk mendapat jodoh yang baik dan mendapat zuriat yang baik2.

maksudnya:
Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik.

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: “Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”.

*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan “Yaa Rahim” sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 85)
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).

Sebelum melabuhkan tirai tazkirah pada hari ini, jumaat yg mulia ini.. Ingatlah, Jodoh pertemuan itu ditangan Allah, sebagai hambaNya kita perlulah berusaha. seandainya dia ditakdirkan untuk kita Insyallah akan bertemu juga..
kata perpatah.."ikan dilaut, asam didarat..dalam periuk bertemu juga"...
Sekian dahulu tazkirah pada petang ini..
Yang baik itu dtgnya dari Allah dan yang kurang dan lemah itu dtg dr hati kecil saya..dan diri yg lemah ini..
Wallahu'alam...

Wednesday, May 25, 2011

Tiada Siapa Peduli? Ingat, Allah Peduli..


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon dirimu.. Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah
sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur.. Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

(Surah Ash-Sharh 2: Ayat 5-6)



Pemandangan Jalan Masuk UiTM Perlis.

Tuesday, May 24, 2011

24 May 2010 (Tuesday)

Assalamualaikum wbt n Hi blog!
first of all, mlm nie memang tertido awal sgt2.. letih sgt2 ari nie.. terjaga dh kul 11 mlm..huhuh, sian P.ku..tutup kedai sorang2..sorrryyy sgt2!

Menyesakkan dan make me sick ari nie! It's the time again..Buat Jadual Waktu Kuliah Sem Depan...
Apa2 pun nk ucap dulu Alhamdulillah..coz dh siap dgn agak jayanya,,InsyaAllah. tapi tu lah kena lalui2 dulu jln2 susar, sempit dan meyesakkan hidup..nk nafas pun tak nk lepas..fuh! Alhamdulillah, managed jugak dan rasanya semua berpuas hati dgn jadual utk sem depan yg tinggal 5 hari ja lg.

rasa sekali sekala mcm nk letak jawatan jadi AJK timetable nie..huhu..tapi rasanya tunggu lah 2-3 tahun dulu..bila nk p sambung belajaq..baru lah bleh lepas jwtn nie..SABAQ ja lah nasul.. "marah itu mudah, sabar ini lebih indah" kata2 nie lah yg kuatkan semangat sikit nk pegang lg jawatan nie..Tanggungjawab tuh!

ok lah jugak mlm nie sempat lah jgk update blog memasak.. dh letak resepi kek kukus..semlm sempat buat bila balik dr keja..skrg nie..bila rasa sesak sgt kepala otak nie..it's the right time to masak2..jadik ke tak ke..tak kisah asal bleh makan ja..mostly masakan2 tu ALHAMDULILLAH berjaya dan menjadik! hehehehe
bleh lawat ke blog baru nasul .. http://www.nurnasulhah.blogspot.com/ blog nie pasal masak2 ja..kwn2 bleh lah nk amik resepi ke, nk komen dan share apa2 yg patut. amat2 dialu2kan... :)

Minggu nie nk buat persediaan utk 5 hari lagi semester baru bakal menjengah..dh abih cuti2 dan rehat2 seMalaysia..heheheh
Dah lah dapat satu lg kod baru..tapi still Physical Chemistry for Diploma in Science (DIS).. kiranya 2 kod physical chemistry..cuma student dr diff program...lg satu Diploma in Industrial Chemistry (DIC).

Results course yg dh diajar sem lepas..alhamdulillah..100% passed! sepanjang 3 tahun mengajar nie..ini lah kali pertama dpt 100% passed.. itulah hypothesis adalah benar.. Tahap keikhlasan berkadar terus dgn meningkatan lulus pelajar..ramai yg dapt A dan A-... average ramai yg dpt B and B+..ok lah kan.. satisfied!

Hari nie..bleh bagi 7 out of 10 lah..tak berapa nk ok sgt.. btw..Thanks to Allah!
Preparation for tomorrow.. smileee ;)
Bubye My blog!

Saturday, May 21, 2011

Kelembutan dalam ketegasan

Kelembutan dalam ketegasan

Wahai Wanita, jagalah tingkah lakumu, sebagai putri solehah kepada ibu bapamu, adik kepada kakak dan abangmu, kakak kepada adik2mu

Berjanjilah wahai wanita, untuk memulakan lembaran baru hidupmu seindah lukisan termahal yg diinginkan oleh pencinta lukisan..

Warnakanlah hidupmu dengan warna-warna keceriaan seindah pelangi dilangit yg memukau mata2 yg memandang..
Damaikanlah jiwamu dgn mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yg diturun kan selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari..
Rawatlah kedukaan mu dgn membaca tafsir2, hadis2 penyembuh duka..supaya calar dan luka2 dihati mu sembuh dan tidak berbekas lagi..
Didiklah jiwamu dan akalmu menerima segala yg positif dan meneutralkan apa yg negatif setiap perkara yg terjadi dlm hidupmu
Hiasilah peribadimu dgn pakaian peribadi yg indah2 dan sopan2 agar engkau lebih mahal di mata si pemilik yg sebenar
Tanamkanlah pohon-pohon kesabaran agar dahan2 kecekalan merendang menhgasilkan buah2 keimanan dan ketaqwaan pada penciptamu
Ingatlah sesuatu yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi..hanya perlu sabar utk menuggu hikmah itu muncul..pasti ia mengubat kesedihanmu
Siapalah kita, insan biasa yg seringkali alpa dgn kemewahan dunia, hiburan dunia, yg kadang2 angin tak menghembus sepoi2 bahasa..tapi taufan yg melanda..
Sebelum terlambat, selamatkan dirimu, sedarkanlah hidupmu..bahawa manusia itu mudah lupa An-nas..
Jika terlupa..mohonlah ampun dan taubat sesugguh2nya kerana Allah amat2 menyayangi dan menyukai hambanya yg bertaubat.. Taubatan Nasuha..

Nukilan:
Puteri Mahsuri

Thursday, May 19, 2011

19 May 2011

Berakhir sudah Majlis Konvokesyen ke 74 Uitm Perlis. Sebnyk 3 sesi Diadakan meraikan gaduan2 yg tamat belajar ijazah sarjanamuda dan diploma. Berasa amat bersyukur atas nikmat yg diberi olehNya.. Alhmdlh.
Buat sekian kalinya, diberi peluang sekali lagi utk bersama2 dlm perarakan besar majlis konvokesyen ke 74 kali ini. Baru kali kedua..perasaan?? mestilah amat suka! gembira, bahagia dan sedikit sedih dlm gembira. dapat melihat anak2 didik naik atas pentas dan terima diploma dan ijazah diorg.. inilah kot perasaan guru2 kita dulu..

Macam2 ragam dilihat setelah belajar hampir 3 tahun, dan 5 tahun pada detik inilah terbayar segala penat lelah, susah, risau dan sebagainya sepanjang bergelar PELAJAR. Hanya diberi 2-3 seconds utk berada di atas pentas dan menerima segulung ijazah! Bagi mereka itulah hari yg bersejarah, jam yang bersejarah dan detik yang bersejarah buat mereka..

Tiada apa yg dapat diungkapkan selain senyuman yg melebar dan hati yg besar lagi bangga..tapi perlu ingat wahai anak2 didikku @ adik2 ku, panjang lagi perjalanan kalian semua. Banyak ranjau dan liku hidup lagi yang perlu kalian semua tempuhi. Dlam mengharungi perkara itu nanti , kalian perlu banyakkan bersabar, tidak mudah berputus asa, dan jangan cepat mengalah, perlu berani dan bijak mengatur strategi untuk berjaya. Tapi ingat jika kalian tersungkur dimana2 check point jangan mudah menggelabah kerana disitu pasti kalian diuji oleh Yang Maha penyayang. Ingat Allah sentiasa bersama2mu..

Tersentuh hati ini bila Dato Seri Tan Seri Pro Canselor Dr Abdul Rahman Arsyad memberi ucapan, antara kata2nya :
"Wahai graduan yg diaraikan hari ini, hari ini merupakan hari bersejarah buat anda semua..anda mesti gembira bukan? tetapi anda semua perlu ingat ada org yg lebih  gembira daripada anda semua, mereka itu adalah golongan yg tidak pernah mengenal penat, susah, sakit dan sebagainya bagi memenuhi dan menyokong anda supaya berjaya, yg setiap hari mereka berpanas di bendang, mengadap pokok getah dan melakukan pelbagai kerja ..atas alasan untuk membahagiakan anda semua.
Mereka tidak minta dibalas jasa..cuma hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda...tetapi jika anda mendapat rezeki yang lebih ingatlah untuk membahagiakan mereka..meraka hanya mahu berkongsi kegembiraan bersama anda..jgnlah anda sesekali melupakan mereka..Keredhaan mereka itulah keredhaan Allah.. belajarlah bersyukur dgn apa yg anda miliki sekrg..mereka tak lama untuk bersama anda..kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara buat mereka..oleh itu apa salah kiranya anda berikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka dalam masa yg sedikit ini..pasti Anda akan rasa lebih puas dan sentiasa bersyukur kiranya anda sempat membahagiakan mereka walaupun sekejap..Mereka yg dimaksudkan itu ialah ibu dan bapa anda semua.."

teringat lirik lagu ayah dan ibu..
Ayah dan ibu..2x
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
yang dikurniaan kan dari Ilahi
Ayah dan Ibu..

Walupun dah 6 bulan merasakan konvokaseyn yg sebenar di shah Alam 25 november lalu..rasanya baru semlm naik pentas..dan cium mak! Berbahagialah kepada sesiapa yg masih beribu dan berbapa.. mereka tak dapat dibeli di mana-mana hypermaket..kerana ayah dan ibu itu hanya satu..hanya diberi pinjam sekejap kepada kita..
Maka, hargailah mak dan abah anda..kepada sesiapa yg telah kehilanagn salah seorg dr mereka atau kedua2nya..selalu2lah sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa kepada mereka..InsyaAllah..doa anak2 yg soleh dan solehah ini sampai kepada mereka..Dan setiap hari berusahalah menjadi anak2 yg baik, bijak, soleh dan solehah.. berazamlah menjadi muslim, dan muslimah sejati.. InsyaAllah anda nanti akan dikurniakan dengan zuriat (anak-anak) yg beriman , bijak, soleh dan solehah..amenn..

Apa lagi nikmat Allah yg ingin kamu dustakan???
Selalulah amalkan Bacaan surah yasin dan pasanglah niat yang baik2 pada setiap akhirnya kalimah "mubin"..InsyaAllah..dengan izin Allah apa yg kita hajatkan Allah janji akan makbulkan..

Jika Allah makbulkan doa kita cepat, bererti dia sayangkan kita,
Jjika Allah lambatkan sikit memakbulkan doa kita itu, mungkin bukan masa yang sesuai bagi kita mendapatnya..tapi tak bermaksud dia tak sayang kan kita..
Jika Allah tak memakbulkan doa kita itu adalah kerana dia telah mengaturkan perkara yg lebih baik dari apa yg kita minta padanya..kerana Allah amat2 sayangkan Hambanya yg berdoa.

Belajarlah menyayangi insan lain jika ingin disayangi, kerana kita kan lebih disayangi oleh Allah..
Jika kita minta seekor rama2 yg indah jangan bersedih dan salahkan Allah kerana Dia memberi seekor ulat yg hodoh..tetapi bersyukur dan bersabarlah..kerana tk lama lagi ulat yg hodoh itu akan bertukar menjadi seekor rama2 yg sangat2 indah! Kerana Allah mempunyai kunci terhadap masalah2 yg kita hadapi, untuk membukanya..berusaha, bersabar dan bertawakal..itu saja kuncinya..Hikmah Allah itu tersembunyi.. Jangan takut dan bimbang..Kerana Allah sentiasa bersama2 hambaNya yg sabar!

*Buat motivasi diri sendiri ;)

Tuesday, May 17, 2011

Jangan bimbang.."Sahabat sentiasa bersamamu"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat..dan org yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

Saya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.

Ukhuwwah kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi, mungkin bak Abu Bakar menyayangi Muhammad S.A.W.

Andai saya tahu hasrat yang sahabat saya inginkan sesuatu, saya akan menghadiahkan barang kesukaannya itu. Harga dan nilai tidak pernah menjadi pertimbangan saya. Pada saya, kegembiraan sahabat saya adalah kebahagiaan saya. Usahkan permintaan untuk ditunaikan, hasrat dihati beliau pun akan saya selami untuk disempurnakan.

Itulah juga yang sahabat saya lakukan. Pantang didengari yang saya inginkan sesuatu, pasti sahaja dia akan menunaikan hasrat tersebut. Makan minum dan sakit demam saya sentiasa diambil berat. Pernah apabila saya demam, beliau menemani saya sepanjang malam.

Andai kami terpisah selang beberapa waktu, pasti rindu akan membelit jiwa dan raga. Jangankan sehari atau seminggu, sejam sahaja sudah tidak mampu melelapkan mata.

Pada saya, kesakitan beliau adalah kesakitan saya. Bak mafhum hadis nabi, cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Yang sakitnya kepala, yang merungutnya mulut, yang mengusapnya tangan dsn yang tidak lenanya adalah mata. Begitulah kami diibaratkan.

Justeru itu, saya tidak rela untuk menyakiti jasad meski hatinya. Andai ada orang lain yang mengutuk sahabat saya, maka tanpa berlengah, saya akan membela. Saya tidak pernah mengumpatnya, apatah lagi mengeji dan mengejeknya. Jauh sekali untuk memfitnah atau menjadi batu api. Apa yang saya lakukan hanyalah yang terbaik, demi seorang sahabat yang amat saya sayangi.

Pada suatu hari, saya terlanjur menyakiti hatinya. Cepat saya menyedari kesilapan itu. Hati saya gusar dan resah ditambah sedih dan pilu. Seharian saya tidak selera untuk makan dan sering mengalirkan air mata. Saya mesti meminta maaf darinya.

Setelah berjumpa, saya lantas meminta maaf bersungguh-sungguh. Air mata saya mengalir. Tangannya saya genggam erat. Namun, anak mata saya malu untuk betentang dengan matanya. Saya malu kerana saya bersalah dan berdosa. Saya berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Pada saya, pasti bukan mudah untu kesalahan itu dimaafkan. Tapi, sungguh tidak disangka-sangka, beliau memaafkan saya. Sekali lagi saya mengalirkan air mata. Betapa mulianya dirimu wahai sahabatku.

Setelah itu, kasih sayang saya padanya menjadi lebih dalam dan semakin mendalam. Saya lebih behati-hati dalam tutur dan tingkah laku. Bahagianya saya mempunyai sahabat sebegitu. Sahabat yang penyayang, pemurah, peramah, penghibur, peneman yang setia, pemaaf, malah segalanya. Dialah sahabat saya untuk saat duka mahupun duka.

Suatu sore saya termenung. Memandang ufuk yang kian menjingga. Andai itu nilai saya pada sahabat, bagaimana pula kepada DIA?
DIA mengasihi saya sejak saya masih belum bernyawa, malah terus mengasihi sehingga nyawa saya dicabut semula. Malah beterusan sehingga dimasuk dan dicabut untuk kali kedua. DIA Al-Rahman, Al-Rahim.
DIA yang ternyata lebih dekat kepada saya berbanding urat tengkuk saya. Sentiasa bersama saya samada ketika saya tidur mahupun jaga.
DIA juga yang menyembuhkan saya ketika saya sakit. Memberi saya makan sewaktu saya lapar. Memberi saya minum ketika saya dahaga.
DIA yang tidak penah lekang perhatiannya kepada saya, malah mengirimkan pula malaikatnya untuk menjaga saya setiap masa.
DIA yang telah menunaikan segala permintaan saya dan sentiasa rindu untuk mendengar rintihan dan cerita saya, terutama di sepertiga malam.
DIA yang telah memberikan saya makan, minum, pakai, sihat dan rezeki. DIAlah juga yang mengurniakan sahabat sebaik itu kepada saya. DIA tidak pernah meminta saya membalas segala pemberianNya yang tidak ternilai harganya. Sebiji mata saya tidak akan terbayar dengan emas seisi dunia.
Dan saya, tidak pernah merinduiNya. Tidak pula pernah mengasihiNya. Waktu temujanji kami lima kali setiap hari selalu saya mungkiri. Kami hanya bertemu pada hujung waktu. Tapi, DIA tetap mengasihi saya.
Saya selalu melakukan kesilapan dan dosa terhadap DIA. Malah, jarang pula sedari akan kesilapan saya dan kalau tersedari, jarang pula untu saya meminta maaf dan ampun. Kalaupun ada saya meminta ampun dan maaf, air mata saya tidak mengalir.


Ya Allah, sesungguhnya aku amat berdosa padaMU. Namun kesudianMu untuk mengampuniku tidak pernah padam. Aku ingin kembali kepadaMu dengan hati suci, sepersia hati Ibrahim.Ameenn..

Sunday, May 15, 2011

Life in Accountancy

What comes you debited,


What goes you credited,

Birth is your opening stock,


Ideas are your Assets and

Views are your liabilities,

Happiness is your profit and

Sorrow is your loss,

Duties are your out standing expenses,


And working is your prepaid expenses,


Bad things you always depreciate,


And all good things you always appreciate,

Friendship is your hidden adjustment,

Your character is your capital,

Knowledge is your investment,

Good will is your wealth,


And your aim is to tally the balance,

In the end death is your closing stock.



Happy Teacher's Day!!

 Assalamualaikum wbt!
hai blog!
First thing first, nasul nk wish Happy Teacher's Day to me! and also to my teachers..and frends who r a teachers! wah buat wish kat diri sendiri..thanks to azura derus..coz u r my first ex-student wish to me!
 amat tak dilupakan heheh..happy birthday to My Luvly Sister! KAK NOT! wishing u:
1) semoga kak dimurahkan rezeki yang baik dan halal
2) semoga kak dipermudahkan urusan setiap hari-hari yg mendatang
3) semoga apa yg kak hajati dan doa kt Allah dimakbulkan dgn cepat! hehhe
4) semoga gembira selalu dan sentiasa dibawah lidungan rahmat Allah..
5) semoga kegembiraan kak dpt dikongsi dgn org disekeliling kak! bertambah2 lah kasih sayang korang berdua..aminn..

Ok ..topis baru:
Alhmdulillah..berakhirlah sudah minggu yg mencabar dan menyesakkan..hehehe.. successful!..ada yg satisfied ada yg tak berapa sgt..huhuhu tapi hidup..mcm tulah warna warninya...terima seadanya..semua itu nikmat2 Alllah yg sentiasa perlu disyukuri..dlm diri kita terdapat 2 hati..dan teman yg paling rapat dgn kita adalah HATI..percaya tak? hati yg pertama namanya hati kecik..hatinya selalu ja rasa bersyukur ..walau bagaimana keadaan sekalipun.. menampakkan seseorg itu ada pekerti yg baik..tapi kdg2 membuatkan diri sendiri sedih..
hati yg kedua bernama hati BESAR..hati ni selalu nk lebih ja..ego ja memanjang..tak pernak nk puas dan mengalah..bukan lah kata hati besar nie tak bagus..kdg2 dia bagus jugak kearah matlamat nk mencapai kejayaan! oleh itu pandai2 lah diri sendiri untk mengambil pendapat2 HATI BESAR dan hati kecik nie.. AS LONG AS kita jadi seorg manusia yg beriman dan berjaya..ameenn..

dah berakhir sudah cuti2 malaysia ku..yeayyy!! agak sedikit bersemangat nk masuk keja esok! tapi agak sedih jugak nk tinggal suasana cuti nie..InsyaALLAH lepas nie pasti Allah bagi lagi..bila..blm tahu lagi..tetapi ia pasti! agak mencabar jugak minggu depan ini..mungkin satu ujian lg kepada ku.. Kakak sepupu, kak zizah yg selalu dtg masak dan kemas umah setiap hari eksiden semlm..tulang pinggang retak..amat2 terkejut! semlm 14.5.2011, waktu tgh jaga kaunter lepas maghrib..tetiba ja..abg sepupu..abg marhan bg tau" su! dpt call bg mei ngan kak zizah exsident tak?' terus masuk umah capai handbag n tepon naik keta ed..nasib baik dia balik..terus p kangaq katanya excident tu jd kat roundabout kangaq..smp2 orgnya dh ke hospital..terus tanya kaunter kecemasan..kata depa dlm bilik kecemasan lagi..malang tu memang tak berbau..baru ja kul 6ptg,kami balik dr aloq staq tegok sepupu seorg lg excident!..ermmm...wat camner..semua nie ujian.. tp alhmdlh..tak luka teruk..cuma tulah tulang retak..amik ubat kg okey lah kot...mintak2 tu..cepatlah sembuh..cepat lah lega kak zizah..ala2 patah kaki jugak cik nie..huhuhu..sapa nk masak nanti..sian cik nanti hari2 beli lauk kedai..jemu!!!

Walau macam mana pun hidup mesti diteruskan..bagaikan nk hidup lg 1000 tahun..tapi bila dh ditimpa ujian mcm nie kena check diri balik lah..muhasabah diri..mungkin ini suatu peringatan..pasti ada hikmah disebalik apa yg dh jadi nie..tapi sebenaqnya every dh kena muhasabah diri b4 nk tidoq..maafkan semua org..dan berazam utk jadi lebih baik dan cemerlang esok hari! Nur Nasulhah Kasim! sy tau awk memang boleh buat..boleh lalui..mcm2 dah awk lalui..cuma awk perlu buatkan pengalaman2 awk tu sebagai kawan awk diperjalanan.. pasti awk akan rasa gembira dan bahagia..
 Bersangka baiklah pada Allah..kerana Dia ada dekat dgn Kamu! bila dia timpakan ujian..dia nk kamu ingat dia, samalah jugak bila kamu diberi kegembiraan ..Dia nk jgk kamu ingat kat Dia! berusahalah jadi yg terbaik dikalangan yg terbaik..yag pasti semangat utk semester depan akan diberi oleh beberapa pasang baju kurung yg baru dibeli dan ditempah! semoga hari2 disemester baru nanti lebih ceria dan berwarna warni!! dh menghabiskan duit membeli belah kat jakel..hahhaha..satisfied! semua cantik2..memang betullah..wanita nie suka kepada kecantikan dan kesempurnaan! walaupun diri biasa ja..semua wanita mcm tu..itu PASTI! ;)

Kay lah blog! nk kena stop dulu..nanti bertemu pulak seblm semester bermula!
perasaan: bercampur2..asalkan berwarna warni..cukup! Alhmadulillah..syukur...terima kasih semua kerana mewarnai hidupku selama ini..dan thanks to Allah..atas semua nikmat2 mu yg tak terhitung ini..Jadi lah Aku seorg hambaMu yg sentiasa bersyukur atas nikmat2 mu..amieennn..

Saturday, May 14, 2011

Belajarlah Untuk Berkata CUKUP dan ALHAMDULILLAH..


Belajarlah Untuk Berkata Cukup dan Alhamdulilah
Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah
satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan
pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan
seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah
la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't
know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut
diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang
maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,
tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang
bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjanghidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat
kelak. 
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala
nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya
katanya. 
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci
Allah... 
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar
bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on
the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki. 
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ? 
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.
Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji
RM750 pun jadilah. 
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup
juga! 
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan
mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari 
Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini
kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah
kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata
CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ....." 
 


" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada
dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya. 
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.
Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap
dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke
tempat kerja. 
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -. 
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam. -.. 

Monday, May 9, 2011

The biggest Task!

Assalamualaikum wbt..
hi blog!
rasanya dh bertahun tak bertemu..nk tulis2 somethings..rindu plak rasanya..
Banyak perkara yg berlaku sepanjang minggu lepas, weekend dan hari ini...
minggu ini bermula lah cuti-cuti Malaysia ku selama 1 minggu..dan dlm minggu ini jugak lah banyak perkara besar dan penting akan berlaku..mula dgn...

Minggu lepas
Kakak not dan abg parin balik kg..seminggulah jugak depa dok kg..bestkan! bleh lah rasa apple pie, kek pisang, kek coklat dan pizza..seblm nie dpt tgk dlm blog ja kan..sekali bleh makan..sedap tak? rasa2 boleh bukak bakery tak..teringin sgt nk bukak kedai kek..kilang sabun pun nk jugak! hehehhe..doa2lah impian akan jd kenyataan..asalkan ada keberanian! nk wat camner kan kak..kena jaga kedai jugak balik nie..tapi cik rasa mcm kita jaga dulu2..waktu arwah abah ada..kita ja lah yg jaga..pekerja ada sorang ja..abang nizam ja..tapi rasa kenangan tu segar balik..mungkin dh lama kot kita tak duduk2 jaga kedai macam tu...tapi thanks coz give me a chance to enjoy my time with u! bila lagikan..sekrg dah sunyi..tapi cik ja lah yg buat riuh sendiri..main dgn si gebok2 tu! ;) hari2 ku penuh dgn warna warni..senyum sorang2 dgn si tomel 3 ekor tu..bahagianya rasa..

Weekend (sabtu dan ahad)
Thank to Allah..alhamdulillah..coz beri peluang kpdku untuk bercuti di tempat plg best..Langkawi! walaupun round2 amik angin ja..tapi sempat jugak p sungai korok..tapi tak mandi pun..baju salin tak da..org pun ramai..pastu tak da geng..kalo ada adik fauzan tu memang jadik lah keja kami nie..hehehh, p langkawi pun atas urusan menghadiri jemputan perkahwinan sepupu..Barakallah kepada YONG dan pasangan (Ari)!
Antara tempat2 yg sempat p..pantai chenang (sapa2 rasa nk jaga pandangan jgn pergi lah yer..free2 ja dpt dosa!) ;) tapi best sgt tgk ombak yg hempas pantai..subhanaAllah..amazing..nanti kalo ada rezeki lebih nk beli camera yg high resolution pastu nk take picture puas2! makam mahsuri tak ketinggalan..belilah beberapa helai kain batik dan blous..memang borong sakanlah! pastu p cari minyak gamat..tapi nk yg cap Salju ja..sib baik jumpa jugak..kalo mai langkawi tak beli kain batik n minyak gamat tak sah lah..utk ole2 kwn2..
tempat terakhir shopping kat Kuah..beli coklat bnyk sgt2..tapi bukan suka makan pun..beli utk suhana..nk buat gift majlis kawen dia nanti..kisses, hersyes. perkara yg best tu km tak dpt balik ari tu...tiket habis..so, terpaksa lah bermalam semlm lg kat Langkawi..tapi tido chalet Ismail Ahmad..dan disponsor makanan oleh yusof Ahmad! thanks my luvly pangah dan pak tam! Noryah Ahmad agak gembiralah jugak..senang hati Nur Nasulhah Kasim.. :).. bila lgi la kan nk smp kat Langkawi lagi..rasanya..tunggu setahun lagi laa..Thanks Langkawi, nasul dh buang semua perkara2 yg tak best dlm hidup sepanjang setahun nie..dalam selat melaka tu..sekrg..hardware semua dh refresh semula..

Ari nie (9.5.2011)
memulakan hari baru ku dgn lebih hebat! bersih station, opis dan mart..semua nampak cantik..itu yg ada semangat nk duduk opis tu every time ..Hari ini Pegawai RBC pen petroleum dtg melawat station..nk tgk apa yg patut diupgrade kan..esok tugas lagi besar nk jumpa Bos Pen pet..Mr Sow..huhu..takut jgk..tapi nasul mana pernah takut..sentiasa berani..go nasul go! hari nie jugak buat persediaan Penilaian  Anugerah Belia Negara (ABN)Peringkat Kebagsaan pada jumaat nih! key in CQL..student dan keluar date dgn kak syimi..thanks akak! u r my great kakak n fren! tak lupa jgk utk sue dan eni..make me smile always..always @ my side..luv u all! Nasul kan hebat..InsyaAllah nasul boleh buat..satu lagi, Allah syg sgt2 kat nasul.. dan tarikh jumpa Mb pun dh confirm pagi2 oleh PA MB.. nk buat conference SKAM-24 kat perlis.. Alhmdulillah..akhirnya dpt jugak jumpa MB..susah sungguh nak jumpa MB nie..ye lah org2 besar kata kan... dan 13 nie..penilaian oleh panel2 ABN, dh lah kena jdi MC..alahai..bab2 nie yg lemah lutut nie..memang lah pensyarah tapi dpn student okey lah..depan org2 besaq nie yg kecut tu..tapi ah! tak da masalah lah...
Cuti kali nie..memang pack lah..urusan2 opis, business dan persatuan..memang agak sibuk lah..suka sebenaqnya sibuk mcm nie..bleh lupa masalah2 remeh dan kecik2..focus yg besar2 ja..

Rasa dh banyak dh menulis nie blog! dh ngantuk dh nie..nanti ada story best..dan masa lapang akan dtg lh menulis lagi.. bubye blog! Doakan aku sentiasa gembira selalu..dan khabarkan berita gembira pada ku YaAllah!ameen..

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU, MAK! ;)

Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Ibu!,

Segala pujian kehadrat Ilahi dipanjatkan kerana pada detik dan ketika ini masih memberi nikmat kasih sayang seorang Ibu kepadaku! Alhmdlh.. Dan pada hari ini, 8 May 2011 merupakan sambutan hari ibu! Budaya ini padaku adalah amat terbaik kerana dgn adanya hari ini seorg yg bergelar anak akan teringat akan jasa dan pengorbanan seorang yg bernama IBU,MAMA,UMI,MAK,MOMMY, MOM dan gelaran seangkatan dengannya.

Cik SAYANG MAK! itulah kata2 yg terucap dibibir membuatkan hatiku bergetar dan teringin rasanya ingin menangis! (dh nangis pun..huhuh) tak apa..kerana air mata kita perlu digunakan ketika perlu sahaja..dan ketika ini adalah perlu! Betullah ibu adalah kekasih hati no. 3 setelah..Allah dan Rasulullah.. bila dia jauh..rindu, bila dekat depan mata rasa bahagia dan selamat..itulah penangan kasih seorg ibu.

Baru2 nie di TV2, "ampunkan aku, mak!" satu kisah yg telah ditayangkan ditv sempena memperingati hari ibu..kisah yg amat tersentuh dan menjadi iktibar kepada kita semua yg bergelar ANAK... mengisahkan seorg ibu yg tinggal dikampung seorg diri setelah 3 org anaknya yg dididiknya hingga berjaya telah menetap di kota besar..sehinggaka jarang pulang menjenguk ibu mereka di kg..pada satu hari tu, jirannya mencdgkan supaya pergi ke bandar utk melawat anak2nya..kerana beliau terlalu rindukan anak2nya..dari satu rumah ke satu rumah dilawatinya, tetapi tiada kebahgiaan yg dpt dikutip bersamanya..alangkah sedih..hati seorg ibu..disebabkan terlalu sibuk dgn urusan dunia..dan anak lelaki yg terlalu syg akan isteri..yg rasanya..tak hormat kan ibu mertua..membiarkan ibu tinggal sendiri dirumahnya..sedangkan mereka pergi bercuti ketempat lain..hibanya hati seorg ibu..mengingatkan..ketika kecil, si anak ini menagis2 nak mengikut mak dan ayahnya ke pekan utk membeli kasut..sehinggakan ibunya terpaksa menaiki bas. "Tak apa bang, biar saya naik bas, abang bwklah dia naik moto dgn abang" itulah antara dialongnya... Inikah balasan anak ini terhadapnya?! huh sungguh tidak patut!..
Terfikir jugak..sebab apa ibu ini mendpt balasan seperti ini.. rupa2nya..ketika dia masih muda dan cantik dulu..dia juga telah melakukan perkara yg sama dgn ibu mertuanya.. pernah dengar "what u give u get back"?.. setelah tersedar dr komanya..dia berkata" Mak ampunkan mah mak!" Dia sedar, sebelm ini dlm doanya hanya arwah suaminya yg diingat dan dipohon doa kpd Allah dan tidak pernah sekalipun dia berdoa utk ibu mertuanya.. dan kini dia sedar bahawa..DARJAT SEORG IBU MERTUA ADALAH SAMA DARJATNYA DENGAN IBU KANDUNG..ini telah disebut dalam Al-Quran dan hadis.

Banyak iktibar dari kisah ini..membuatkanku ingin mengatakan disini, istimewanya semua ibu di dunia..ku juga berdoa agar..suatu hari nanti Allah berikanlah gelaran IBU kepada ku juga..ameenn..
Kerana dirimu sungguh ISTIMEWA..ku ingin dedikasikan sebuah puisi yang ingin dikongsi utk semua sahabat2..yg telah dikongsikan oleh seorang super senior lecturer uitm arau PM Zaharah Elias..hayatilah..

AIR MATA IBU

"Mengapa ibu menangis?" anak kecil itu bertanyakan ibunya
"Kerana aku seorang wanita," kata ibunya.
"Aku tidak faham," anak itu berkata
Ibu itu memeluknya, seraya berkata,
"Dan kau mungkin tidak, tapi tak mengapa....'

Kemudian anak itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa Ibu menangis tanpa apa2 sebab?"
"Semua wanita menangis tanpa sebab," itu saja yang ayahnya dapat berkata.................

Anak kecil itu membesar, menjadi dewasa,
dan masih tertanya mengapa wanita menangis.

Agaknya ......
"Semasa dicipta Wanita,
Dia jadikan istimewa.
Bahunya dibuat cukup kuat
untuk menanggung beban dunia, tetapi
dijadikan tangannya lembut untuk memberi (ke) selesa (an) . ....

Dia diberi kekuatan dalaman
untuk menahan sakit semasa kelahiran
dan penolakan yang datang berkali-kali
termasuk daripada anak2nya.

Dia diberi ketabahan yang membolehkan dia meneruskan kehidupan, menjaga keluarga dan kawan2,
walaupun apabila semua orang telah berputus asa,
dia mengharungi kesakitan dan kepenatan tanpa aduan....

Diberi kepadanya perasaan yang halus untuk menyayangi anak2nya dalam apa jua keadaan, walau pun anaknya telah amat melukakan perasaannya.....
Dia mempunyai keupayaan yang sangat istimewa yang dapat membuat kanak2 yang membuat kesilapan merasa selesa,
dan memadamkan perasaan gelisah dan takut anak remaja...

Dia diberi kekuatan untuk menjaga suaminya,
yang walaupun bermasalah
dan dibentukkan dia dari tulang rusuk lelaki untuk melindungi hatinya.....

Dia diberi kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik tidak menyakiti isterinya, cuma kadangkala uji kekuatan dan kekentalannya untuk berdiri disebelahnya tanpa apa2 keraguan.....

Untuk semua tugas yang berat ini,
Dia diberikan airmata untuk dititiskan.
Itu adalah haknya
untuk digunakan bila perlu, dan
itu sahaja kelemahannya......

Bila kau lihat dia menangis,
beritahulah kepadanya betapa kamu menyayanginya,
dan apa jua yang dia lakukan untuk semua,
dan walau pun dia akan terus menangis,
kau telah membuat hatinya gembira.


Dia istimewa!


Tuesday, May 3, 2011

Syukur Buatkan Bahagia..

4 Mei 2011

Assalamualaikum dan good morning blog!

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Pencipta sekalian Alam dan Isinya.. Bila masa berjalan, banyak perkara dpt diselesaikan dengan pelbagai cara..susah, sulit, rumit, mudah, senang dan lapang...semuanya Nikmat dari Allah SWT.

Sudah lepas masa puncak yg paling sibuk dan amat tegang..tidur yg tak menentu, hanya beberapa jam dapat curi masa tidur..memang tak sempat nk bermimpi apa2 pun..badan letih, namun ada satu ja yg masih bertenaga..SEMANGAT! Dorongan, sokongan dan keprihatinan org disekeliling dan sahabat2 rapatlah yg menjadi ubat kepada diri ini untuk sentiasa bersemangat dan sentiasa gembira walaupun kdg2 perasaan duka dan sedih itu jarang2  datang.
Kehidupan ..mana bleh lari dr sedih dan risau..juga down..Satu tips yg ingin dikongsikan di sini..sentiasa bersangka baik terhadapAllah dan sentiasa berfikiran positif. Berkomunikasilah dgn fikiran..jika ada masalah dgn seseorg..cara yg terbaik 'take a break' buat seketika..bila rasa cool dan kuat utk berbicara kembali..mulakan dgn penuh yakin dan InsyaAllah, Allah adalah penolong yg terbaik!

Alhmdulillah, semua yg telah ditargetkan pada minggu lalu telah siap dilakukan. Rasanya dh free sikit hard disc otak nie..cuma nk p berjalan2 sikit..walaupun sehari dh memadai rasanya..Langkawi destinasi pilihan kali ini..setelah setahun tk balik jgk kampung mak 'Ulu Melaka" dekat dgn makam mahsuri. Rasa tepat pada masanya this saturday, Yong, sepupu yg beza umur dgn dia setahun ja..(sebaya ja kami) dh sampai seru..hehehh..barakAllah! Moga Happy selalu dan dirikan lah rumahtangga yg bertiang kukuh dan tampak indah luar dan dalam...lahirkan lah zuriat yg baik2!

Destinasi yg paling penting nk p mestilah Kampung buku! @ sinonim dgn sungai korok! tempat mandi zaman kecik smp sekarang! wah! dh bleh rasa sejuk air kat situ..nk jugak p! sekejap pun tak pa..rindu gilerrr...gerrr..sejukkk.. ;)

Counting the day..2 more days to go! Yang lain..biasa2 ja lah..okey lah..cukuplah buat hari nie..nanti ada masa nk crita jugak experience kat langkawi nanti! bubye!

Pulau Langkawi, Pulau mahsuri,
Asal usul ada disini,
Saudara mara sentiasa dihati,
Tunggu kunjungan rombongan kami.

Makam Mahsuri, Ulu Melaka,
Datang kami bersama gembira,
Kenduri Yong raikan bersama,
Tercipta sejarah Untuk semua.

Pekan Kuah, Dataran Helang,
Tempat cantik, indah dan tenang,
Tunggulah kami wahai sang helang,
rasa penat sekarang pasti hilang!

yeayyy!
Puteri Mahsuri
12.03pm