Assalamualaikum wbt
Tanggal 14 ogos 2012.
Apa yang berlaku hari nie yer???
Alhamdulillah!. tahniah kepada sahabat baikku SUHANA kerna dh bergelar ibu pada detik 5.30 pagi tadi.. Tahniah SUE! Kami antara orang yang mendapat sms ampa pukul 6.30pg.. Alhamdulillah semua selamat.. berat jgk anak ampa yer 3.3kg.. waweee! =)
Semoga menjadi ibu yang solehah dan didiklah anak2 awk menjadi anak2 yang mendengar kata, taat pada ibubapa, Allah dan rasul =)
Kedua,
Dapat jawatan baru lagi hari ini...huhuhu
Setiausaha jawatankuasa pemantau geran penyelidikan UiTM Perlis.. Tnaggungjawab lagi. Dah la setiausaha wink..wink! kena berjiwang menaip minit mesyuarat lagilah nampaknya.. Tak pa nie kira hadiah Allah jugaklahkan.. Tanggungjawab =) Terima seadanya..agar menjadi seorang insan yang rajin untuk mengkaji rahsia Allah ..aminn
Ketiga,
Dapat email dr bahagian pentadbiran untuk pergi tandatangan borang pengesahan dalam jawatan.. Alhamdulillah..syukur.. dalam bulan yang barakah ini, ramadhan macam-macam berlaku.. ada sedih, berdebar-debar, gembira dan mcm2 lagi..itu kira nikmat berwarna warni dalam bulan ini.. terima dengan redha dan syukur alhamdulillah. Setelah berkhidmat secara tetap 1 nov 2010 hari ini 14 ogos 2012 dah cukup syarat utk memohon pengesahan dalam jawatan.. kira2 dekat2 dua tahun jugak lah kan.. masih dalam masa yg ditetapkan..alhmdlh =)
Keempat,
Hari ni berkesempatan jugak niat beriktikaf sekejap kat masjid negeri arau.. p solat zohor.. Ya Allah bestnya =) rasa nk berlama2 kat sini tapi apakan daya ..tuntutan hakiki tanggungjawab suruh masuk balik ofis.. apa2 pun thanks kak syimi sebab sama2 berwindow shopping dan solat sama kat masjid arau. (tak beli apa pun) tak berkenan kat hati nie.. tak da nafsu nk beli apa2 pun..huhuhu
Akhir sekali , saya nk balik rumah tolong mak masak =) apa plak nk masak ari nie.. (^-^)
Ya Allah terima kasih atas segala nikmatMu yang telah Kau beri .. Makbulkanlah doaku di Ramadhan yang berkat ini..aminn =)
Mencari kejayaan dan kebahagian dalam kehidupan yang singkat ini...banyakkan sahabat kurangkan musuh..banyakkan mengingati maha pencipta, hati akan tenang..sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik..
Showing posts with label Bahagia... Show all posts
Showing posts with label Bahagia... Show all posts
Tuesday, August 14, 2012
Wednesday, February 2, 2011
Nasi tomato n ayam masak rose!
3 January 2011
Alhamdulillah..berbanyak kesyukuran dipanjantkan kepada Allah SWT kerana dh beri peluangku utk merasai detik2 bahagia dan ceria dlm hidupku hari nie..
Seperti biasa.. bila cuti ja ada kenduri..hari nie saja 3 buah kenduri..tapi masing2 bahagi lah rumah..sempat jugak kul 4 p kenduri adik kakak sepupu dgn mak dan mak cik mah..
Sempat jugak masak tengahari utk yg paling special..kak not dan abg parin.. nasi tomato dan ayam masak rose.. tapi yg makan dulu ..adik fauzan.. dari siap masak smp kakak balik ada kot 4 kali ulang makan.. :)..suka! Adik ed balik penang.. thgari nie keja..tak sempat makan..tapi pesan suruh simpan utk dia..dan malam nie dia balik tanya" kak ada lg dak nasi tomato tadi?" sib baik ada simpan cukup2 utk dia sorang..
Apa2 pun nk kata sedap tu..ermm.biasa2 ja kot..tapi komen depa semua.."sedap"..tah mcm tak ikhlas ja.hikhikhik...tapi ok lah habis licin..(gambaq ja ada..resepi lain entry lah) dan malam nie syok bercerita dgn kakak..lama tak jumpa dia..ahaks! brain storm pasal proposal PhD dia.. pasal accounting..tah lah tak pandai..biasalah bila org kimia ckp dgn accounting nie..tak sama sgt...tapi mesti ada sikit2 yg sama.. bleh lah tolong bg idea2..
Mak dgn ed pulak tak abih2 lg tgk crita korea "Boys over Flowers"..patut lah ditonton oleh seisi keluarga.. ;) ..hari nie memang sibuk layan family.. benda lain dh jd secondary..
Keseluruhan hari ini: amat gembira, bahagia, seronok, puas hati dan ceria..perkataan yg paling baik diucapkan ialah 'ALHAMDULILLAH'..
Allah itu Esa,
Sentiasa mendengar permintaan hambanya..
Memberi apa yg diminta,
Pada tepat masa dan ketika..
Damai hati menerima nikmatnya..
Allah itu Esa,
Mengetahui yg terbaik buat hambanya,
Perancangannya sentiasa membahagiakan sesiapa saja..
Mungkin pada mata tidak seindah mana..
Hikmahnya besar tidak terjangka...
Allah itu Esa,
Mohon tetapkanlah hatiku,
Kuatkanlah semangatku,
Lapangkan lah dadaku,
Tenangkanlah pemikiranku,
Didiklah emosiku,
Menjadi insan disayangi olehMu..
Itu ja utk malam nie.. Selamat malam blogku! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)

