10 Julai 2012
Assalamualaikum wbt..
Lama tak menjenguk kat sini, bila terasa sedih nk dtg sini conteng2 atas dinding awk..
Memang agak lama jugak tak berkesempatan menuliskan sini.. kurang mood utk menulis.. tapi malam nie nk mencoret jugak sedikit buat ingatan diri sendiri di masa depan nanti.
Dah seminggu Wa Nab (mak sedara merangkap ipar abah) menghuni di Hospital Tunku Fauziah Kangar, Dari ICU dan malam ini dpt berpindah ke Wad biasa. Lepas ja habis urusan di Kangar, walaupun jam dah menunjukkan pukul 10 malam, tergerak hati nak p melawat dia.. ada rezeki dptlah masuk jenguk.
Mak menjadi peneman dan best friend ke kangar waktu malam .. mula2 ke ICU, ada adik kat situ cakap Wa dah berpindah ke Wad biasa pukul 7 malam tadi. Kami pun mengatur langkah ja.. dgn harapan nk berjumpa dgn Wa..sebab dah lama tak dtg jenguk dia..
Alhamdulillah, niat kami tak dihampakan Allah.. Kakak Guard yang tunggu kat situ bagi ja masuk.."jangan lama na adik" pesan dia kat kami.. InsyaAllah jawab saya, kejap ja. Katil Wa adalah yang paling depan.. terus nampak dia.. tapi.... Wa dh macam lain, badan bengkak ..yalah sakitkan.. tube berselirat dalam mulut, kat tangan dan leher.. memang tak dapat bercakap walaupun sepatah.. hanya isyarat dgn mata dan tangan ja.. itu pun nampak lemah sangat.. yang sedih sgt.. tak da siapa yang teman kan dia.. nampak abang Yan (sepupu) baru balik ..selisih kat parking lot..dia tak perasan kami.. nampak dia pun letih..masih pakai pakaian ofis lg...
Dalam 15 min ja dpt tgk dia.. menitis jugak lah air mata tgk keadaan dia.. apa yang dapat sy pesan adalah "wa zikir dan selawat banyak2 na".. nampak kesakitan yang tak tertanggung oleh dia.. Ya Allah kau ringankanlah beban kesakitan yang ditanggung oleh insan yang baik ini.. sentiasa mengajar ayat2Mu kepada anak2 kampung dan anak cucu dia.. Doa sentiasa diberi kepada kami untuk lebih kuat ketika kami kehilangan abah dulu.. Wa, cik sayang Wa.. tempat rujukan kami dalam membuat sebarang keputusan yang besar.. Wa belum tgk cik kawen lagi.. tunggulah tgk dulu.. cepatlah sembuh.. =(
Ingatkan sy ja yg menitiskan air mata, mak jugak.. waktu berjalan keluar dr Wad tu.. sy peluk mak erat2.. "Mak, jika Allah panjangkan umur cik nk jaga mak nanti.. cik akan jaga mak dgn kasih sayang.. cik syang mak" huhuhu =( Kita doakan semoga Allah akhirkan umur kita dengan baik.. InsyaAllah walaupun mak hanya ada 4 org anak..InsyaALLAH kasih sayang mak bagi dr km kecik, tak akan kami sia-siakan.. Doakan kami menjadi anak yang soleh dan solehah..amin..
Depan mata Allah tunjukkan kehebatan dan kebesaran Allah agar kita hamba Nya ini berfikir agar tidak menjadi HambaNya yang rugi lagi sombong.. Moga Wa cepat sembuh dan moga pembedahan thyroid nanti akan berjalan lancar.InsyaALLAH..
Hari ini, penuh iktibar, supaya km berfikir dan berazam untuk menjadi anak yg soleh dan solehah.. Moga hidup kita semua sentiasa di dalam kasih sayang dan lindungan rahmatNya..amin.
No comments:
Post a Comment