Saturday, September 22, 2012

Weekend , Pavlova ...

Assalamuaalaikum wbt

Dear blog!

Dh 2 hari bukak kedai... Tak apa lah weekend nie cuti ja..
Yang paling best sepanjang minggu lepas busy dgn test dan urusan menghabiskan silibus.. next week dh start exam =) alhmldh.. kepada anak2 murid Miss pesanan utk kamu semua ' jawap elok2, mintak restu ayah mak kamu semua" dari saya.. sy halalkan semua ilmu dan mintak halal  jugak apa yg terkurang daripada sy. Apa yg sy percaya dan yg penting adalah niat.. Selagi niat tidak bertentangan dgn apa yg digariskan agama, selagi itu awk dirahmati Allah.. InsyaAllah.. so, jgn tiru2 yer! =)

Thanks to kak syimi, as, hajar and ummie! malam yg sgt enjoy ber'steamboat' dgn korang semua! sempena bestday As.. Release segala beban dlm kepala nie.. Alhmdlh ..yeayyyy!! =) =) =)

Planning utk cuti nie pulak akan disediakan utk kita ber'rehlah' @ enjoy bersama2.. tempat ..jgn jauh2 sgt yer.. cukuplah dlm utara nie.. plg jauh pun perak.. Tambun ka..hehehhe.

Ha! crita pasal pavlova..

Memang menjadi lah.. tapi bila nk letak whipping cream atas tu yg lemah tu.. memang tekak tak boleh nk terima product tenusu itu... huhuh.. so, pavlopa bukanlah faveret dessert utk sy.. maaf yer kak syimi sebab sy tak dpt nk buat utk akak.. nanti akak try lah buat =p
 Mak pulak memang kata sedap lah 'cair dimulut' fuh ayat dia.. dr sebiji palvova 4 biji telur putih tu dh tinggal sebelah.. mak ja yg makan.. sedap lg letak dlm freeze.. memang tak buang lah.. sebabkan mak suka makan cik buat lg nanti.. tapi memang tak da feeling langsung 'kosong' mcm lagu najwa latif..hehhehe

gambar pun malas letak kat FB maaf.. sebab tak da resepi nk bg.. hari nie.. nak buat ketupat palas pulut hitam.. tok guru dh sedia nk ajar petang nie.. 'nyiang' =) kpd kak not jgn jeles kay! cik akan amik ilmu pulut itam nyiang..hehhehhee.. kalo menjadi akan di post lepas ini dlm www.chefputerimahsuri.blogspot.com =)

okey nk p masuk dapuq plak.. ari nie nk masak asam pedas melaka =) yummylah!

bubye blog =))


Tuesday, September 18, 2012

Hati perlu diisi =)

Assalamualaikum wbt

Pagi ini cabaran baru bagiku.. Menjadi seorg 'Supirah' =)

Seawal 7.15pg telah menghantar adik sepupu bwh jagaanku ke Sekolah gara2 keracunan makanan di dewan makan asrama.. huh! 2 minggu tu...

Semalam
Mak memujuk " Tak pa, InsyaAllah Allah akan balas kebaikan kat kamu, kalau bukan kat dunia pasti kat akhirat". Diri yg mendiam diri dari tadi mengukir senyuman.. serius agak kelat.. tapi bila difikir2kan.. Mak cakap nie.. satu doa.. aminn.. Terima kasih mak!

Pagi tadi
Seawal 6.45 pagi adik sepupu dh smp kat rumah.. mmg kegigihan dia nk ke sekolah.. Alhmdlh. Moga membawa 1001 kebaikan buatnya. Tak pernah sesak pagi2 ni.. maklumlah p kerja kul 9.00 pg mana ada jammed..hehehe.. sabar nasul...

Jariku mula menekan button radio: Ustaz haslin di IKIM.FM.. Motivasi pagi! best =) sepanjang perjalanan tersenyum sendiri dengan lagu2nya.. ala2 hindustan gitu..heheh.. Satu yg ku dapat dr pesanan Beliau "Hati perlu diisi dengan mengingati Tuhan, jika tidak ada makhluk lain akan mengisinya.. syaitanirrajiim" Yup ! betul sgt2!

Zikir yg dialun oleh ustaz Haslin memang best! Terasa dpt hadiah pagi nie=) Senyum smp ke Uitm heheh. Ingat, yakin Allah sentiasa bersama dgn kita walau apa keadaan pun! Yang penting yakin! Baik Ustaz =)

Esok sambungan nya.. Ada rezeki boleh dengar lagi. Think positif =) Mesti ada kebaikan yg menungguku.. aminn.

Dan hari ini kak not register kat KLIUC. new environment! Alhmdlh.. katanya kwn2 Friendly gitu..bagus! Syok kan kadang2 kita berubah angin.. Teringin nk berubah angin jugak! ahaks..heheh.. Nk p jalan2 ja =)

This week last lecture class.. alhmdlh.. habis satu sem. Mula kerja admin lah pulak. Research proposal nk kena submit dan paper nk kena publish.. apa2 pun semua kerja nie memenuhkan ruang yang kosong kini =)

Hobi mencuba resepi baru diholdkan seketika.. fokus kepada yg penting dahulu!

New life! Ya Allah alhmdlh.. syukur ada Mu.

Ziarah Pak Cik n Mak Cik
Oh ya satu lagi.. pakcik dan makcik akan berangkat menunaikan haji rukun Islam ke-5. Sempat ahad lepas p ziarah depa.. kata pak cik"Ada apa2 nk doa ka?" senyum ja lah.. sambil salam dgn pakcik.. "pakcik pun taukan nk doa apa kat anak penakan pak cik nie" kata ku. Pakcik senyum nampak gigi dia.. teringat senyum abah.. "Abah senyum macam pakcik" ya lah kan depa adik beradik..

Pak cik kata " InsyaAllah, Pak cik kan waris dik su, ganti abah"
Sedih gila waktu tu..huhu.. Memanglah sikap keanak2 dan kemanjaan nie tak boleh nk buang lagi. Terima kasih pakcik =) Selamat jalan pakcik dan makcik semoga selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yg mabrur..aminn.

Alhmdlh..syukur atas segala kurniaan Mu.

Bubye blog!

Thursday, September 13, 2012

Pengorbanan,Kebahagiaan

Assalamualaikum wbt

Hi Blog! Lama tak dtg menulis..every day tgk ja.. hari nie mencuri sedikit masa utk menulis.

Bercakap berkenaan pengorbanan. Adakah kita telah berkorban sesuatu utk mendapatkan sesuatu.. ada akan menjawab YA sudah.. dan ada yang akan menjawab BELUM.. Tapi sy percaya setiap drpd kita telah ada sedikit membuat pengorbanan..cuma besar atau kecil sahaja yg membezakan ia.

Perlukah kita berkorban utk mendapat sesuatu yg bernilai tinggi dalam hidup kita? 'Give and take' 'What U give, you get back' dan mcm2 lg pepatah ingeriskan.. Namun apa2 pun cuba nilai kembali perkara itu adakah bebaloi utk kita berkorban utk mendapatkan sesuatu yg kita nak.. jika nilainya sama dengan nilai yg nk dikorbankan mungkin boleh difikirkan.. tapi jika tidak..rasanya merugikan sahaja. Pengorbanan yang sebanar adalah apabila kita melakukannya dengan seikhlas hati. hanya keikhlasan yang dpt menilai pengorbanan itu. Yang penting berkorbanlah jika ia membahagiakan kita hingga sepanjang hayat. hidup ini tidak lain dan bukan hanyalah sementara cuma.. ingatan utk diri juga.. apa sahaja yg ingin dilakukan biarlah kita rasa bahagia.. jika tidak..LUPAKAN sahaja..

Bahagia. Adakah kita bahagia ketika ini.. yg pasti kita pernah bahagia bukan? Semua org pernah merasai saat bahagia itu.. amat manis dan sukar utk dilupakan smp bila2. Kita mempunyai pilihan sama ada mahu bahagia atau tidak. Kadang kala kita merasakan jika kita berbuat sedemikian MUNGKIN kita akan bahagia.. Tapi perlu diingat, kita hanyalah merancang, Allah juga merancang dan pegang kukuh2 bahawasanya perancangan Allah itu adalah MAHA HEBAT!. Jangan kita rasa sedih lantas mengeluh akan apa yg terjadi.. sebaliknya muhasabah kembali diri dan ingat pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik sesuatu peristiwa. Jadi di sini kita telah memilih jalan utk bahagia. Bersedih dan menyalahkan orang lain bukan jalan terbaik malah akan bertambah DOSA.. ingat kita selalu sangat lupa.. jadi selalu buat salah.. mintaklah ampun dan maaf sebanyk2nya pada Allah dan sesiapa yg kita rasa dah buat salah.. pasti hati kita akan jadi lebihhh tenang lepas itu.

Hikmahnya bukan datang pada detik itu.. tetapi datang setelah detik itu berlalu.. mungkin sejam, sehari, sebulan, setahun dan mungkin dalam tempoh masa yg panjang. Namun percayalah pada Ayat2 Allah. Ujian yg datang adalah yg mampu dilalui oleh hambanya itu.. dan bagaimana Allah nak tau kita nie beriman jika ujian tidak pernah diberi utk kita.. Jika ingin menjadi Berlian, ingatlah batu itu perlu mendapat tekana dan haba yang tinggi dalam tempoh masa yang amat panjang. Pastinya utk mendapat sesuatu berlian itu kita perlu mencari sedalam2 perut bumi. Dan bergembiralah jika kamu telah menemui berlian dalam dirimu.. kerana kecantikan berlian itu telah membuktikan ia penuh dengan pengalaman yang berharga dan tidak mudah pecah jika terjatuh lagi. Bukan sekadar cantik malah menjadi kebanggan kepada pemiliknya dan pastinya hanya yang terbaik sahaja yg dapat memilikinya..

Makanya hari ini, kita masih perlu menjawab beberapa persoalan yang diajukan.. dan telah pun dijawab beberapa soalan dengan sempurna. Ambillah masa utk membuat skima jawapan itu sebaik2nya agak jawapan yang diberi itu adalah jawapan orang yang tinggi darjatnya. Dipandang mulia dan akan dihormat atas segala jawapannya. Masih berfikir utk memberi jawapan yang terbaik?? Berusahalah melihat kelemahan, kelebihan diri dan kebaikan, keburukan tindakan itu. InsyaAllah dengan pertunjuk dari Allah kita dapat mendapat jawapannya kerana apa?? Sebab kita nk sentiasa bahagia Dunia dan Akhirat..

Jam dah menunjukkan 7.14 mlm.
Diluarpun dah gelap.. Marilah bermuhasabah diri.. mencari erti hidup yg sebenar.. Ya Allah ku mohon pada Mu petunjuk yang terbaik utk ku membuat keputusan dalam segala urusan ku.. Permudahkan lah perkara2 itu sekiranya ia terbaik utkku Amiin..

Bubye Blog!