Tuesday, May 29, 2012

Beautiful life

Assalamualaikum wbt..

Lebih dua bulan tak menulis di sini... apakah tandanya??? Bahagia kah?? ermm.. Alhmdlh.. bahagia sgt2.. Thanks Allah. Cuti yang amat panjang dari perkara yang mencabar dan jawatan yg telah ditinggalkan lebih 2 bulan akan diambil kembali hari ini.

Nikmat apa lagi yang kamu dustakan???
Syukur Alhamdulillah.. banyak perkara yang baik2 telah berlaku sepanjang tempoh ini. Kegembiraan, keseronokan, keinsafan, kebahagiaan, kesenangan dan banyak lg 'ke..' yang membuat diri ini sayang dan cinta padaMu Allah.. pemilik hati, jasad dan jiwa ini.

Bermula dengan Konvensyen Bidadari Dunia 2012, keputusan SPM adik fauzan, Induksi Umum dan Khusus bil 154/2012, keputusan Kemasukan universiti adik fauzan, bertemu dengan Teori PIES, Kenduri kesyukuran, tetamu2 yang hadir ke rumah sebagai tetamu2 yg teristimewa, dan banyak lagi adalah anugerah terindahku dalam tahun ini..

Sedar tak sedar masa itu berlalu, meninggalkan kenangan2 terindah yang sukar untuk dilupakan dan pasti tak akan lupa segalanya..dengan izin Allah. Secara logiknya, detik2 terindah ini tidak akan diulang kembali..kecuali nanti di pdg mahsyar.. Setelah selesai bersiap utk ke tempat kerja... tanganku.. mula mencari si gadget E72 utk melihat2 muka buku pagi ini.. amat tersentuh dgn status ini:

gudbye LICCA
gudbye caltex
gudbye frenz
gudbye fmly
gudbye MAYBANK
gudbye KEICARMANIA
gudbye guaq nangka
i'm going study....pray for me...i will come back with the title of Bachelors of Computer Engineering...insyallah..ma'assalamah...
 
Lacrimal gland mula merembeskan cecair dengan tetiba ja.. baru terasa "owh.. ari ni adik dh nk menuju satu tempat lain utk mengejar cita-cita dia.. yang mana dia akan memikul amanah dan cita-cita abah dan mak jugak". Rasanya macam nie kot.. mak dan abah rasa dulu bila nk melepaskan aku utk mengejar cita2ku dulu..
 
Selalu kak su guna perkataan " nanti adik mesti rindu masakan kak kan??" hahhaha.. sebab lepas ja kak zizah tak dtg umah utk masak.. kak su yg selalu masak masakan yang pelik2 dan baru2.. kalo kat atas meja tu presentation makanan tu lain sikit dari biasa.. sah lah kak su yg masak..hehehhe.. nanti siapa pulak nak makan masakan kak su.. yang paling mak suka ayam masak lada hitam.. kak tak taulah adik suka ka tak..tapi selalu2 buat habih ja.. tak dan nk take picture nk letak dlm blog masak2 kak su pun..
 
Sebagai kakak yang bertanggungjawab sepenuhnya atas adik2 kakak.. kak dah terima jawatan ini dari saat abah tak da.. berat sebenarnya, tapi kak tahu kak tak kesorangan, kak not dan mak sentiasa ada untuk kak menjalankan tanggungjawab ini bersama2.. sebab dulu.. abah dah jaga kak.. dari perkara kecik smplah besar.. kak ingat lagi abah ada kata kat akak.. " kamu buat interview tu elok2.. senang abah nak tengok kamu kat sini.. tak yah la pi kerja jauh2" kak rasa abah memang ikhlas dengan maksudnya itu.. tu yang Allah makbulkan doa abah nak surah kak su tinggal kat guar nangka nie..
 
Masing2 dari kita empat orang nie.. ada tanggungjawab masing2 yang perlu dijalankan..pertama sebagai hamba Allah, ingat adik.. solat, mengaji quran jangan tinggai atau buat2 mudah. Berjayanya seorg muslim itu apa bila ia membantu agamanya untuk terus teguh dan kukuh di atas bumi Allah ini. Jadilah anak yang soleh dan carilah isteri yang solehah supaya keluarga yang akan dibina nanti mungkin 6-7 tahun dari sekarang akan menjadi keluarga sakinah yang berjaya dunia dan akhirat.. kak mendoakan semua kita akan mendapat keluarga yang bahagia dan mendokong syariat Islam itu.. "macam kak selalu kata.. jadikan kakak2 kamu nie (kak not & kak su) sebagai piawai minimum utk mencari isteri.. kami tak kata kami baik.. cuma kadang2 kita perlukan penanda aras.. lagi bagus cari lah yang lebih baik dari kami. Sebab kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ini..tradisi dan cara hidup sukar jugak untuk di ubah.. dan jika ingin melakukan perubahan pilihlah perubahan yang lebih baik dari yang sedia ada dan jgn diteruskan perkara2 yang tak baik yer. ada fahmm... =)) No body is perfect!
 
Sebagai warkah iktiraf dan pesanan buat adik tersayang, ini pesan ituk adik:
 
My dear, luvly brother,
It is hard for me to write this to you..
My tears is going down when I start to write..
But It is okey.. sometime we need to have that sence..
 
Pertama sekali,
Terima kasih sebab menjadi adik bongsu yang baik utk kami,
Terima kasih sebab menjadi anak yang baik utk abah dan mak,
Terima kasih sebab menjadi kebanggaan keluarga,
Terima kasih sebab menjadi penjagadan pemberi kasih sayang kpd adik2 kak su yang nanti adik mesti rindu depa semua...
Terima kasih sebab menjalankan tanggugjawab yang sepatutnya dalam mengendalikan business kita,
Terima kasih sebab menjadi kekuatan kami semua..
Terima kasih sebab sentiasa menurut perintah dan tidak membantah.. ciri2 anak dan suami soleh nie..
Terima kasih sebab sentiasa menghargai apa yang adik dapat..
Terima kasih sebab mendoakan abah, mak, kakak2 dan abang..
Terima kasih atas segalanya...
 
Kedua nya,
Pesanan yang sentiasa takkan lekang dari bibir kak su,
Solat..solat dan solat.. doakan utk mak dan abah setiap hari, doakan juga mendapat anak penakan yang comel2, doakan mendapat isteri yang solehah ( penting utk mintak dari muda-muda nie) tapi ingat masa tu bukan sekarang 6-7 tahun dari sekrg..
 
Belajar rajin-rajin dan jangan leka dan laqa..terasa terleka tu.. cepat2 balik ke panggkal jalan.
Bila nk buat sesuatu keputusan tu pastikan berfikir dengan rasionalnya dan jika ditimpa masalah dari ujian2 Allah.. bersabarlah dan jangan cepat menggelabah.. keluarga adik ada untuk membantu..
 
Kawan amat penting dalam kehidupan.. ingat pilihlah kawan yang bila senang dan susah bersama dgn kita,, tinggalkan ja kawan yang makan kawan ..tak salah. dan ingat apa2 yang berlaku atas sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan sentisa bersangka baik kepada Allah.
Air dicincang tak akan putus.. maka ingat berbuat baiklah pada keluargamu..
 
Pandai-pandailah membawa diri ditempat orang.. dan sentiasa berdoa yang terbaik buat diri sendiri dan org yg paling kita sayang. ingat jika terjatuh.. bangunlah sendiri dan bila ingin bangun sediakan strategi yang terbaik supaya kita tidak jatuh buat sekian kalinya.. Ingat orang lain boleh buat! mengapa tidak kita.. jaga hubungan dengan Allah..paling penting.. mengadulah hanya pada Nya..
 
Buat adik..sekarang masa untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin sebab adik berada dilombong ilmu.. dan buat masa ini kakak2 dan abang akan membantu adik mengaut ilmu itu.. dan ingat rezeki Allah itu luas jgn sia-siakan apa yang Allah sediakan utk kita.
 
Selalu call mak, sebab kami semua tahu yang mak amat sayangkan adik..itu tak dinafikan lagi.. bukan kata mak.. kami semua pun.. bila adik salah.. insyaAllah kami ada untuk menengur dan jangan terasa jika teguran kami itu pedas sebab kami semua telah melalui saat2 yang akan adik tempuhi nanti. Ingat jika kita membuat mak ingat dekat kita ..berdosalah kita.. itu ingatan utk kak su jgk.. perangai yang tak elok nie pelan2 kak su cuba utk buang.. sms pun tak pa.. kak su tau.. setiap hari kita akan ingat dekat mak dan abah sebab tiap2 kali solat kita akan baca doa utk ibu bapa kan?? so keep it the doa' in ur prayer 5 times a day (wajib) yang sunat pun selalu2lah buat..
 
Rasanya dah kering dah idea nk menulis pesanan..
 
Ketiga nya
Doa agar adik berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan keluarga sentiasa kak su selitkan dlm doa2 kak su..
Semoga, adik akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan hebat, hormat pada gurunya dan mengikut peraturan. dimana bumi dipijak di situ langit di junjung,
Semoga adik menjadi seorang jurutera komputer yang beriman, yang niatnya hanyalah kerana Allah.
Semoga adik kuat untuk menempuh hari2 baru adik di gedung ilmu sana.
Semoga tidak dilupakan sahabat2, ahli keluarga dan guru2 yang telah mewarnai kehidupan adik sehingga hari ini,
Semoga bertemu dgn insan2 baru yang baik budi pekertinya dan banyak jasanya untuk mendidik adik menjadi manusia berguna pada agama, bangsa dan Malaysia.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi adik disetiap langkah adik dimuka buminya ini.
Semoga apa yang kak su sampaikan dapat menjadi panduan dan ingatan utk kita semua..dan moga kebaikan yang sedikit ini akan mendapat rahmat dan rahimnya..
Doakan jugak agar kak su kuat dan menjadi seorg anak, kakak, adik, pensyarah, bakal isteri dan ibu yang solehah juga..
Jika perlukan ingatan.. kak su sentiasa ada di sini "guar nangka yang ku cintai".. dan perlukan semangat.. baca ja balik post nie.. =)
 
Akhirnya,
Mulakan hari-hatimu dengan semangat yang membara dan pasang niat dan matlamat yang perlu dicapai dengan jelas. Hari ini adalah terbaik utk kita merancang utk hari esok supaya hari esok lebih baik dari hari seblmnya.. Hari2 mesti ceria,senyum dan tabah+ sabar. Jadilah muslim yang beriman dalam segala segi..aaminnn.. Moga semua yang dititipkan adalah doa untuk kita semua..
 
Sekian.. wassalam.