Assalamualaikum wbt
1 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan dgn 21 Julai 2012
Selamat berpuasa dan beramal dalam bulan yg hanya hadir sekali dlm setahun.. yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pencintanya.. Hadirnya Ramadhan dilihat dari perbagai sudut..ada yg melihatnya sebagai bulan yg akan memberi pendapatan kepada mereka, ada yang melihatnya sebagai bulan untuk mencantikkan diri, ada yang melihatnya sebagai bulan pesta makanan dan pakaian. Namun yang penting jadilah seorang muslim yang melihat ramadhan itu sebagai bulan bonus daripada Allah untuk mendapat keampunan, dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Pada bulan inilah bulan yang akan menguji kesabaran, mendidik hawa nafsu, memantapkan iman, yang paling penting bulan utk mencari keredhaan Nya..
Carilah satu malam yang bersamaan dgn seribu bulan..iaitu malam lailatul qadar.. beramal didalamnya bersamaan dgn amalan kita selama seribu bulan.. Ingatan untuk diri sendiri juga.. untuk beramal sebanyak mungkin antaranya bersedekah dlm pelbagai segi seperti wang ringgit jika mampu, tenaga dan yang penting jagalah diri hiasi peribadi dgn akhlak yg murni.."senyumlah selalu" =) Banyakkan membaca Al-Quran berserta terjemahannya.. mulakan dgn perlahan-lahan InsyaAllah jika dh menjadi rutin harian..sayang untuk kita meninggalkannya. Lakukan solat sunat yang didalamnya terdapat kelebihan dan keberkatan. Sujudlah dgn penuh rasa rendah diri memohon keampunan dan pada masa inilah pohonlah apa sahaja doa InsyaAllah akan dimakbulkan (yg baik2 ja yer) tak cepat, lambat tapi janji Allah itu pasti.. Jika tidak di dunia pasti di akhirat nanti. aminn.
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri apa persediaan untuk Ramadhan kali ini? Anggap sahaja Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.. Bersahabatlah dgnnya.. Ingatlah mati itu pasti datang menjemput..jika diberi kesempatan InsyaAllah pasti kitakan berjumpa lagi ditahun depan jika tidak? sediakanlah diri dengan sebaik mungkin untuk berjumpa dgn Allah.. InsyaAllah.
Apakah azam kita utk Ramadhan kali ini.. catatkan didalam diari atau tempat yang sering kita lihat.. antaranya ingin memperbanyakkan tadarus dalam bulan ini, ingin khatam Al-quran, Memperbanyakkan amalan sunat dan bersedekah, memberi makan kepada org berpuasa, menggembirakan hati orang yang kita sayang (ibu,bapa, adik beradik, sahabat, dan kepada yang sudah berumahtangga pastinya suami dan anak-anak). Ini antara jawapan yang diberikan oleh pendengar kepada ustazah Nurul hidayah (ustazah pilihan musim pertama TV oasis) pada seminggu sebelum ramadhan di UiTM Perlis. Alhmdulillah diberi kesempatan untuk bersama dalam majlis ilmu itu. Banyak yang telah dikongsi bersama.
Ada juga soal jawab bersama ustazah Nurul Hidayah.
Antara soalannya, bolehkah seseorang wanita yang di dalam haid atau nifas membaca dan menyentuh Al-quran? Jawapannya: boleh membacanya dan mengikutnya didalam hati sahaja dan haram memegang Al-quran jika tidak suci. Kecuali al-quran itu terjatuh ke bawah..wajib untuk mengangkatnya ke tempat yang lebih tinggi. Betapa Islam itu amat cantik menjaga kesucian agama dengan adab dan tertibnya. Alhmdlh kerana kita dilahirkan dan mengamalkan agama yang cantik ini ISLAM..nikmat apa yang kamu dustakan?
Soalan kedua:
Bolehkah menggantikan puasa yang ditinggalkan sepanjang bulan ramadhan atas sebab-sebab yang diterima oleh syarak diniatkan bersama puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal. Jawapan ustazah: Boleh. seseorg muslim itu boleh berniat untuk puasa ganti dan puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal bersama-sama. Jika hari yang ingin kita berpuasa itu adalah pada hari isnin atau khamis maka, kita boleh berniat untuk 3 niat. pertama untuk menggantikan puasa, kedua untuk berpuasa sunat dibulan syawal dan ketiga berpuasa sunat pada hari isnin atau khamis.
Moga apa yang dikongsikan di sini boleh menjadi panduan untuk kita semua. Apa yang ditulis disini adalah isi pati yang sedikit saja (yang ingat) semasa program Ceramah Ihya' Ramadhan di UiTM Perlis anjuran CITU UiTM Perlis dan Bank Islam Malaysia. Walaupun sedikit perkongsian itu lebih baik daripada tersimpan dan terus lupa. Moga kita menjadi seorang muslim yang terbaik dan mengejar redha Allah SWT.
Dikesempatan yang ada ini, saya ingin memohon maaf andai terdapat kekhilafan dan terasa hati kepada sahabat2 semua. Moga Ramadhan kali ini kita dapat lalui dgn penuh rasa rendah diri memohon pertunjuk dan keampunan dari Nya. Apa yang baik itu semua daripada Allah dan yang kurang itu atas kelemahan diri yang sentiasa khilaf ini.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! =)
Wassalam
-Puteri Mahsuri-
No comments:
Post a Comment