Kelembutan dalam ketegasan
Wahai Wanita, jagalah tingkah lakumu, sebagai putri solehah kepada ibu bapamu, adik kepada kakak dan abangmu, kakak kepada adik2mu
Berjanjilah wahai wanita, untuk memulakan lembaran baru hidupmu seindah lukisan termahal yg diinginkan oleh pencinta lukisan..
Warnakanlah hidupmu dengan warna-warna keceriaan seindah pelangi dilangit yg memukau mata2 yg memandang..
Damaikanlah jiwamu dgn mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yg diturun kan selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari..
Rawatlah kedukaan mu dgn membaca tafsir2, hadis2 penyembuh duka..supaya calar dan luka2 dihati mu sembuh dan tidak berbekas lagi..
Didiklah jiwamu dan akalmu menerima segala yg positif dan meneutralkan apa yg negatif setiap perkara yg terjadi dlm hidupmu
Hiasilah peribadimu dgn pakaian peribadi yg indah2 dan sopan2 agar engkau lebih mahal di mata si pemilik yg sebenar
Tanamkanlah pohon-pohon kesabaran agar dahan2 kecekalan merendang menhgasilkan buah2 keimanan dan ketaqwaan pada penciptamu
Ingatlah sesuatu yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi..hanya perlu sabar utk menuggu hikmah itu muncul..pasti ia mengubat kesedihanmu
Siapalah kita, insan biasa yg seringkali alpa dgn kemewahan dunia, hiburan dunia, yg kadang2 angin tak menghembus sepoi2 bahasa..tapi taufan yg melanda..
Sebelum terlambat, selamatkan dirimu, sedarkanlah hidupmu..bahawa manusia itu mudah lupa An-nas..
Jika terlupa..mohonlah ampun dan taubat sesugguh2nya kerana Allah amat2 menyayangi dan menyukai hambanya yg bertaubat.. Taubatan Nasuha..
Puteri Mahsuri

No comments:
Post a Comment