Friday, May 27, 2011

Bunga2 Kasih Sayang

27 May 2011

Salam jumaat, penghulu segala hari
Assalamualaikum wbt

Bismillah hirrahmanirrahim,Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kasih, kekasih, berkasih, kasihan, kasihani, mengasihi...mempunyai pelbagai maksud yg berbeza bukan?
Sayang, kesayangan, Sayangi, Menyayangi, disayangi..juga mempunyai maksud yg berbeza..
Makanya kasih sayang adalah perkataan asas yang boleh membawa pelbagai maksud yang semuanya positif.
Tentunya,Kasih Sayang yang paling agung adalah kasih sayang diantara pencipta dan hambanya...

Antara hubungan kasih syg lain adalah seperti kasih syg ibu bapa terhadap anak2nya, kasih sayang kakak dan abang terhadap adiknya, kasih sayang suami terhadap isterinya, kasih sayang pemilik kucing@haiwan peliharaan yg lain terhadap kucingnya, kasih sayang kawan terhadap sahabatnya, dan kasih sayang sesama muslim.

Mungkin anda tertanya-tanya bukan..ada tak kasih syang antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim? Jawapannya..mari kita kupas bersama.. :)
Secara sucinya tiada kasih syg sesama kekasih lelaki dan perempuan yg bukan muhrim..banyak org tersalah sangka, jika mereka adalah pasangan kekasih.. kasih sayang itu perlu bagi membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. ungkapan "Saya CINTA Awak!" adalah standard word yg sering diungkap oleh mereka.. katanya penting untuk tunjukkan cinta mereka ini sejati dan suci..Sebenarnya mereka sudah salah sangka..tiada istilah kasih sayang diantara lelaki dan perempuan sebelum ikatan Ijab dan Qabul dilafazkan.

Islam itu agama yang mudah, cantik dan indah..telah menggariskan panduan untuk mencari pasangan dunia akhirat yang soleh dan solehah. Kadang-kadang Allah memberi kita peluang dan ruang untuk mengenali seseorg..perkenalan itu penting..tetapi jangan terlalu lama ..kerana ia akan membawa keburukan dan kerosakan dibumi Allah ini. Islam telah menggariskan panduan memilih pasangan:

Rasulullah saw bersabda: “Perempuan itu dinikahkan karena 4 perkara, yaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya(atau ketampanan) atau agamanya. Akan tetapi pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu.” (HR. Bukhari-Muslim).

Jika semua kretiria sudah ditemui dalam diri seseorg itu, siapkanlah diri dengan ilmu rumah tangga yang sememangnya..alam rumah tangga ini adalah alam yg amat mencabar dan segeralah meminang dan bernikah. Maka tiada yg lebih baik bagi kedua2 lelaki dan perempuan  yang saling menyukai dan selesa dgn tingkahlaku pasangan masing-masing selain bernikah supaya tidak berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.

Bukan mudah untuk mencari pasangan hidup hingga akhir hayat..bukan sekadar 3-5 tahun mungkin 50 tahun..mungkin lebih... Selain itu jugak jgn cuma ingin mencari seorang isteri semata-mata..tapi carilah seorang isteri dan ibu yang solehah untuk keluarga dan anak-anak yg bakal menjadi khalifah di bumi Allah ini.Oleh itu, Solat Istiqarah adalah penting bagi memohon pertunjuk Allah SWT. Sentiasalah memohon pada Allah kerana "Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang memohon pertolongan dengan cara berdoa dan mendirikan solat". Dibawah merupakan doa solat istiqarah yang boleh diamalkan:


Maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Bagi wanita pula, kita cuma sekuntum bunga yang mekar, cantik, wangi dan sering dipandang. maka jagalah dirimu agar tidak dipetik oleh tangan-tangan yang rakus dan kasar hanya untuk mencacat dan menghidu harummu. peliharalah ia sebaik mugkin sehingga datangnya seekor Rama2 yang cantik budi pekertinya, indah santunnya, dan terpikat dengan mu bak kerana kecantikan peribadimu..hinggap dan berkongsi kenikmatan dan kebahagian nikmat Allah ini bersama2mu. membawa benih2 kebaikanmu menghasilkan buah2 yg cantik. dan elok2 belaka memberi manfaat untuk sekalian Alam. Di sini ingin dikongsikan Doa untuk mendapat jodoh yang baik dan mendapat zuriat yang baik2.

maksudnya:
Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik.

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: “Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”.

*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan “Yaa Rahim” sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 85)
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).

Sebelum melabuhkan tirai tazkirah pada hari ini, jumaat yg mulia ini.. Ingatlah, Jodoh pertemuan itu ditangan Allah, sebagai hambaNya kita perlulah berusaha. seandainya dia ditakdirkan untuk kita Insyallah akan bertemu juga..
kata perpatah.."ikan dilaut, asam didarat..dalam periuk bertemu juga"...
Sekian dahulu tazkirah pada petang ini..
Yang baik itu dtgnya dari Allah dan yang kurang dan lemah itu dtg dr hati kecil saya..dan diri yg lemah ini..
Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment