19 May 2011
Berakhir sudah Majlis Konvokesyen ke 74 Uitm Perlis. Sebnyk 3 sesi Diadakan meraikan gaduan2 yg tamat belajar ijazah sarjanamuda dan diploma. Berasa amat bersyukur atas nikmat yg diberi olehNya.. Alhmdlh.
Buat sekian kalinya, diberi peluang sekali lagi utk bersama2 dlm perarakan besar majlis konvokesyen ke 74 kali ini. Baru kali kedua..perasaan?? mestilah amat suka! gembira, bahagia dan sedikit sedih dlm gembira. dapat melihat anak2 didik naik atas pentas dan terima diploma dan ijazah diorg.. inilah kot perasaan guru2 kita dulu..
Macam2 ragam dilihat setelah belajar hampir 3 tahun, dan 5 tahun pada detik inilah terbayar segala penat lelah, susah, risau dan sebagainya sepanjang bergelar PELAJAR. Hanya diberi 2-3 seconds utk berada di atas pentas dan menerima segulung ijazah! Bagi mereka itulah hari yg bersejarah, jam yang bersejarah dan detik yang bersejarah buat mereka..
Tiada apa yg dapat diungkapkan selain senyuman yg melebar dan hati yg besar lagi bangga..tapi perlu ingat wahai anak2 didikku @ adik2 ku, panjang lagi perjalanan kalian semua. Banyak ranjau dan liku hidup lagi yang perlu kalian semua tempuhi. Dlam mengharungi perkara itu nanti , kalian perlu banyakkan bersabar, tidak mudah berputus asa, dan jangan cepat mengalah, perlu berani dan bijak mengatur strategi untuk berjaya. Tapi ingat jika kalian tersungkur dimana2 check point jangan mudah menggelabah kerana disitu pasti kalian diuji oleh Yang Maha penyayang. Ingat Allah sentiasa bersama2mu..
Tersentuh hati ini bila Dato Seri Tan Seri Pro Canselor Dr Abdul Rahman Arsyad memberi ucapan, antara kata2nya :
"Wahai graduan yg diaraikan hari ini, hari ini merupakan hari bersejarah buat anda semua..anda mesti gembira bukan? tetapi anda semua perlu ingat ada org yg lebih gembira daripada anda semua, mereka itu adalah golongan yg tidak pernah mengenal penat, susah, sakit dan sebagainya bagi memenuhi dan menyokong anda supaya berjaya, yg setiap hari mereka berpanas di bendang, mengadap pokok getah dan melakukan pelbagai kerja ..atas alasan untuk membahagiakan anda semua.
Mereka tidak minta dibalas jasa..cuma hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda...tetapi jika anda mendapat rezeki yang lebih ingatlah untuk membahagiakan mereka..meraka hanya mahu berkongsi kegembiraan bersama anda..jgnlah anda sesekali melupakan mereka..Keredhaan mereka itulah keredhaan Allah.. belajarlah bersyukur dgn apa yg anda miliki sekrg..mereka tak lama untuk bersama anda..kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara buat mereka..oleh itu apa salah kiranya anda berikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka dalam masa yg sedikit ini..pasti Anda akan rasa lebih puas dan sentiasa bersyukur kiranya anda sempat membahagiakan mereka walaupun sekejap..Mereka yg dimaksudkan itu ialah ibu dan bapa anda semua.."
teringat lirik lagu ayah dan ibu..
Ayah dan ibu..2x
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
yang dikurniaan kan dari Ilahi
Ayah dan Ibu..
Walupun dah 6 bulan merasakan konvokaseyn yg sebenar di shah Alam 25 november lalu..rasanya baru semlm naik pentas..dan cium mak! Berbahagialah kepada sesiapa yg masih beribu dan berbapa.. mereka tak dapat dibeli di mana-mana hypermaket..kerana ayah dan ibu itu hanya satu..hanya diberi pinjam sekejap kepada kita..
Maka, hargailah mak dan abah anda..kepada sesiapa yg telah kehilanagn salah seorg dr mereka atau kedua2nya..selalu2lah sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa kepada mereka..InsyaAllah..doa anak2 yg soleh dan solehah ini sampai kepada mereka..Dan setiap hari berusahalah menjadi anak2 yg baik, bijak, soleh dan solehah.. berazamlah menjadi muslim, dan muslimah sejati.. InsyaAllah anda nanti akan dikurniakan dengan zuriat (anak-anak) yg beriman , bijak, soleh dan solehah..amenn..
Apa lagi nikmat Allah yg ingin kamu dustakan???
Selalulah amalkan Bacaan surah yasin dan pasanglah niat yang baik2 pada setiap akhirnya kalimah "mubin"..InsyaAllah..dengan izin Allah apa yg kita hajatkan Allah janji akan makbulkan..
Jika Allah makbulkan doa kita cepat, bererti dia sayangkan kita,
Jjika Allah lambatkan sikit memakbulkan doa kita itu, mungkin bukan masa yang sesuai bagi kita mendapatnya..tapi tak bermaksud dia tak sayang kan kita..
Jika Allah tak memakbulkan doa kita itu adalah kerana dia telah mengaturkan perkara yg lebih baik dari apa yg kita minta padanya..kerana Allah amat2 sayangkan Hambanya yg berdoa.
Belajarlah menyayangi insan lain jika ingin disayangi, kerana kita kan lebih disayangi oleh Allah..
Jika kita minta seekor rama2 yg indah jangan bersedih dan salahkan Allah kerana Dia memberi seekor ulat yg hodoh..tetapi bersyukur dan bersabarlah..kerana tk lama lagi ulat yg hodoh itu akan bertukar menjadi seekor rama2 yg sangat2 indah! Kerana Allah mempunyai kunci terhadap masalah2 yg kita hadapi, untuk membukanya..berusaha, bersabar dan bertawakal..itu saja kuncinya..Hikmah Allah itu tersembunyi.. Jangan takut dan bimbang..Kerana Allah sentiasa bersama2 hambaNya yg sabar!
*Buat motivasi diri sendiri ;)

No comments:
Post a Comment