Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Ibu!,
Segala pujian kehadrat Ilahi dipanjatkan kerana pada detik dan ketika ini masih memberi nikmat kasih sayang seorang Ibu kepadaku! Alhmdlh.. Dan pada hari ini, 8 May 2011 merupakan sambutan hari ibu! Budaya ini padaku adalah amat terbaik kerana dgn adanya hari ini seorg yg bergelar anak akan teringat akan jasa dan pengorbanan seorang yg bernama IBU,MAMA,UMI,MAK,MOMMY, MOM dan gelaran seangkatan dengannya.
Cik SAYANG MAK! itulah kata2 yg terucap dibibir membuatkan hatiku bergetar dan teringin rasanya ingin menangis! (dh nangis pun..huhuh) tak apa..kerana air mata kita perlu digunakan ketika perlu sahaja..dan ketika ini adalah perlu! Betullah ibu adalah kekasih hati no. 3 setelah..Allah dan Rasulullah.. bila dia jauh..rindu, bila dekat depan mata rasa bahagia dan selamat..itulah penangan kasih seorg ibu.
Baru2 nie di TV2, "ampunkan aku, mak!" satu kisah yg telah ditayangkan ditv sempena memperingati hari ibu..kisah yg amat tersentuh dan menjadi iktibar kepada kita semua yg bergelar ANAK... mengisahkan seorg ibu yg tinggal dikampung seorg diri setelah 3 org anaknya yg dididiknya hingga berjaya telah menetap di kota besar..sehinggaka jarang pulang menjenguk ibu mereka di kg..pada satu hari tu, jirannya mencdgkan supaya pergi ke bandar utk melawat anak2nya..kerana beliau terlalu rindukan anak2nya..dari satu rumah ke satu rumah dilawatinya, tetapi tiada kebahgiaan yg dpt dikutip bersamanya..alangkah sedih..hati seorg ibu..disebabkan terlalu sibuk dgn urusan dunia..dan anak lelaki yg terlalu syg akan isteri..yg rasanya..tak hormat kan ibu mertua..membiarkan ibu tinggal sendiri dirumahnya..sedangkan mereka pergi bercuti ketempat lain..hibanya hati seorg ibu..mengingatkan..ketika kecil, si anak ini menagis2 nak mengikut mak dan ayahnya ke pekan utk membeli kasut..sehinggakan ibunya terpaksa menaiki bas. "Tak apa bang, biar saya naik bas, abang bwklah dia naik moto dgn abang" itulah antara dialongnya... Inikah balasan anak ini terhadapnya?! huh sungguh tidak patut!..
Terfikir jugak..sebab apa ibu ini mendpt balasan seperti ini.. rupa2nya..ketika dia masih muda dan cantik dulu..dia juga telah melakukan perkara yg sama dgn ibu mertuanya.. pernah dengar "what u give u get back"?.. setelah tersedar dr komanya..dia berkata" Mak ampunkan mah mak!" Dia sedar, sebelm ini dlm doanya hanya arwah suaminya yg diingat dan dipohon doa kpd Allah dan tidak pernah sekalipun dia berdoa utk ibu mertuanya.. dan kini dia sedar bahawa..DARJAT SEORG IBU MERTUA ADALAH SAMA DARJATNYA DENGAN IBU KANDUNG..ini telah disebut dalam Al-Quran dan hadis.
Banyak iktibar dari kisah ini..membuatkanku ingin mengatakan disini, istimewanya semua ibu di dunia..ku juga berdoa agar..suatu hari nanti Allah berikanlah gelaran IBU kepada ku juga..ameenn..
Kerana dirimu sungguh ISTIMEWA..ku ingin dedikasikan sebuah puisi yang ingin dikongsi utk semua sahabat2..yg telah dikongsikan oleh seorang super senior lecturer uitm arau PM Zaharah Elias..hayatilah..
AIR MATA IBU
"Mengapa ibu menangis?" anak kecil itu bertanyakan ibunya
"Kerana aku seorang wanita," kata ibunya.
"Aku tidak faham," anak itu berkata
Ibu itu memeluknya, seraya berkata,
"Dan kau mungkin tidak, tapi tak mengapa....'
Kemudian anak itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa Ibu menangis tanpa apa2 sebab?"
"Semua wanita menangis tanpa sebab," itu saja yang ayahnya dapat berkata.................
Anak kecil itu membesar, menjadi dewasa,
dan masih tertanya mengapa wanita menangis.
Agaknya ......
"Semasa dicipta Wanita,
Dia jadikan istimewa.
Bahunya dibuat cukup kuat
untuk menanggung beban dunia, tetapi
dijadikan tangannya lembut untuk memberi (ke) selesa (an) . ....
Dia diberi kekuatan dalaman
untuk menahan sakit semasa kelahiran
dan penolakan yang datang berkali-kali
termasuk daripada anak2nya.
Dia diberi ketabahan yang membolehkan dia meneruskan kehidupan, menjaga keluarga dan kawan2,
walaupun apabila semua orang telah berputus asa,
dia mengharungi kesakitan dan kepenatan tanpa aduan....
Diberi kepadanya perasaan yang halus untuk menyayangi anak2nya dalam apa jua keadaan, walau pun anaknya telah amat melukakan perasaannya.....
Dia mempunyai keupayaan yang sangat istimewa yang dapat membuat kanak2 yang membuat kesilapan merasa selesa,
dan memadamkan perasaan gelisah dan takut anak remaja...
Dia diberi kekuatan untuk menjaga suaminya,
yang walaupun bermasalah
dan dibentukkan dia dari tulang rusuk lelaki untuk melindungi hatinya.....
Dia diberi kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik tidak menyakiti isterinya, cuma kadangkala uji kekuatan dan kekentalannya untuk berdiri disebelahnya tanpa apa2 keraguan.....
Untuk semua tugas yang berat ini,
Dia diberikan airmata untuk dititiskan.
Itu adalah haknya
untuk digunakan bila perlu, dan
itu sahaja kelemahannya......
Bila kau lihat dia menangis,
beritahulah kepadanya betapa kamu menyayanginya,
dan apa jua yang dia lakukan untuk semua,
dan walau pun dia akan terus menangis,
kau telah membuat hatinya gembira.
Dia istimewa!

No comments:
Post a Comment