Assalamualaikum wbt
Tanggal 14 ogos 2012.
Apa yang berlaku hari nie yer???
Alhamdulillah!. tahniah kepada sahabat baikku SUHANA kerna dh bergelar ibu pada detik 5.30 pagi tadi.. Tahniah SUE! Kami antara orang yang mendapat sms ampa pukul 6.30pg.. Alhamdulillah semua selamat.. berat jgk anak ampa yer 3.3kg.. waweee! =)
Semoga menjadi ibu yang solehah dan didiklah anak2 awk menjadi anak2 yang mendengar kata, taat pada ibubapa, Allah dan rasul =)
Kedua,
Dapat jawatan baru lagi hari ini...huhuhu
Setiausaha jawatankuasa pemantau geran penyelidikan UiTM Perlis.. Tnaggungjawab lagi. Dah la setiausaha wink..wink! kena berjiwang menaip minit mesyuarat lagilah nampaknya.. Tak pa nie kira hadiah Allah jugaklahkan.. Tanggungjawab =) Terima seadanya..agar menjadi seorang insan yang rajin untuk mengkaji rahsia Allah ..aminn
Ketiga,
Dapat email dr bahagian pentadbiran untuk pergi tandatangan borang pengesahan dalam jawatan.. Alhamdulillah..syukur.. dalam bulan yang barakah ini, ramadhan macam-macam berlaku.. ada sedih, berdebar-debar, gembira dan mcm2 lagi..itu kira nikmat berwarna warni dalam bulan ini.. terima dengan redha dan syukur alhamdulillah. Setelah berkhidmat secara tetap 1 nov 2010 hari ini 14 ogos 2012 dah cukup syarat utk memohon pengesahan dalam jawatan.. kira2 dekat2 dua tahun jugak lah kan.. masih dalam masa yg ditetapkan..alhmdlh =)
Keempat,
Hari ni berkesempatan jugak niat beriktikaf sekejap kat masjid negeri arau.. p solat zohor.. Ya Allah bestnya =) rasa nk berlama2 kat sini tapi apakan daya ..tuntutan hakiki tanggungjawab suruh masuk balik ofis.. apa2 pun thanks kak syimi sebab sama2 berwindow shopping dan solat sama kat masjid arau. (tak beli apa pun) tak berkenan kat hati nie.. tak da nafsu nk beli apa2 pun..huhuhu
Akhir sekali , saya nk balik rumah tolong mak masak =) apa plak nk masak ari nie.. (^-^)
Ya Allah terima kasih atas segala nikmatMu yang telah Kau beri .. Makbulkanlah doaku di Ramadhan yang berkat ini..aminn =)
No comments:
Post a Comment