Thursday, September 13, 2012

Pengorbanan,Kebahagiaan

Assalamualaikum wbt

Hi Blog! Lama tak dtg menulis..every day tgk ja.. hari nie mencuri sedikit masa utk menulis.

Bercakap berkenaan pengorbanan. Adakah kita telah berkorban sesuatu utk mendapatkan sesuatu.. ada akan menjawab YA sudah.. dan ada yang akan menjawab BELUM.. Tapi sy percaya setiap drpd kita telah ada sedikit membuat pengorbanan..cuma besar atau kecil sahaja yg membezakan ia.

Perlukah kita berkorban utk mendapat sesuatu yg bernilai tinggi dalam hidup kita? 'Give and take' 'What U give, you get back' dan mcm2 lg pepatah ingeriskan.. Namun apa2 pun cuba nilai kembali perkara itu adakah bebaloi utk kita berkorban utk mendapatkan sesuatu yg kita nak.. jika nilainya sama dengan nilai yg nk dikorbankan mungkin boleh difikirkan.. tapi jika tidak..rasanya merugikan sahaja. Pengorbanan yang sebanar adalah apabila kita melakukannya dengan seikhlas hati. hanya keikhlasan yang dpt menilai pengorbanan itu. Yang penting berkorbanlah jika ia membahagiakan kita hingga sepanjang hayat. hidup ini tidak lain dan bukan hanyalah sementara cuma.. ingatan utk diri juga.. apa sahaja yg ingin dilakukan biarlah kita rasa bahagia.. jika tidak..LUPAKAN sahaja..

Bahagia. Adakah kita bahagia ketika ini.. yg pasti kita pernah bahagia bukan? Semua org pernah merasai saat bahagia itu.. amat manis dan sukar utk dilupakan smp bila2. Kita mempunyai pilihan sama ada mahu bahagia atau tidak. Kadang kala kita merasakan jika kita berbuat sedemikian MUNGKIN kita akan bahagia.. Tapi perlu diingat, kita hanyalah merancang, Allah juga merancang dan pegang kukuh2 bahawasanya perancangan Allah itu adalah MAHA HEBAT!. Jangan kita rasa sedih lantas mengeluh akan apa yg terjadi.. sebaliknya muhasabah kembali diri dan ingat pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik sesuatu peristiwa. Jadi di sini kita telah memilih jalan utk bahagia. Bersedih dan menyalahkan orang lain bukan jalan terbaik malah akan bertambah DOSA.. ingat kita selalu sangat lupa.. jadi selalu buat salah.. mintaklah ampun dan maaf sebanyk2nya pada Allah dan sesiapa yg kita rasa dah buat salah.. pasti hati kita akan jadi lebihhh tenang lepas itu.

Hikmahnya bukan datang pada detik itu.. tetapi datang setelah detik itu berlalu.. mungkin sejam, sehari, sebulan, setahun dan mungkin dalam tempoh masa yg panjang. Namun percayalah pada Ayat2 Allah. Ujian yg datang adalah yg mampu dilalui oleh hambanya itu.. dan bagaimana Allah nak tau kita nie beriman jika ujian tidak pernah diberi utk kita.. Jika ingin menjadi Berlian, ingatlah batu itu perlu mendapat tekana dan haba yang tinggi dalam tempoh masa yang amat panjang. Pastinya utk mendapat sesuatu berlian itu kita perlu mencari sedalam2 perut bumi. Dan bergembiralah jika kamu telah menemui berlian dalam dirimu.. kerana kecantikan berlian itu telah membuktikan ia penuh dengan pengalaman yang berharga dan tidak mudah pecah jika terjatuh lagi. Bukan sekadar cantik malah menjadi kebanggan kepada pemiliknya dan pastinya hanya yang terbaik sahaja yg dapat memilikinya..

Makanya hari ini, kita masih perlu menjawab beberapa persoalan yang diajukan.. dan telah pun dijawab beberapa soalan dengan sempurna. Ambillah masa utk membuat skima jawapan itu sebaik2nya agak jawapan yang diberi itu adalah jawapan orang yang tinggi darjatnya. Dipandang mulia dan akan dihormat atas segala jawapannya. Masih berfikir utk memberi jawapan yang terbaik?? Berusahalah melihat kelemahan, kelebihan diri dan kebaikan, keburukan tindakan itu. InsyaAllah dengan pertunjuk dari Allah kita dapat mendapat jawapannya kerana apa?? Sebab kita nk sentiasa bahagia Dunia dan Akhirat..

Jam dah menunjukkan 7.14 mlm.
Diluarpun dah gelap.. Marilah bermuhasabah diri.. mencari erti hidup yg sebenar.. Ya Allah ku mohon pada Mu petunjuk yang terbaik utk ku membuat keputusan dalam segala urusan ku.. Permudahkan lah perkara2 itu sekiranya ia terbaik utkku Amiin..

Bubye Blog!

No comments:

Post a Comment