Friday, June 24, 2011

'LIFE IS LIKE IN WORD SEARCH GAME'



Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Just want to share something that good to think!
Malam nie, sy main game "word search".agak menarik pada mula permainan..dan amat menarik sepanjang permainan..dan agak tak berapa berpuas hati diakhir permainan..

Diawal permainan ini,
sy perlu mencari2 perkataan yg tersembunyi disebalik huruf2 yg agak banyak..tanpa ada strategi, pengalaman dan ia merupakan sesuatu yg baru yg perlu dipelajari..agak lambat jugak untuk menjumpai perkataan2 ini..Ia boleh diumpamakan seperti kehidupan ditempat baru, suasana baru, jiran baru tanpa mengenali sesiapa lagi dan tanpa tahu peraturan ditempat baru. Apa yg perlu kita dilakukan apabila berdepan dengan situasi seperti ini? Pada pandangan saya, perkara asas yg perlu ada dlm diri seseorg itu adalah berfikir secara positif. Yakin bahawa setiap permulaan itu memerlukan kita berfikiran positif..dlm game ini..sy yakin saya boleh cari word yg tersembunyi ini..begitu juga dgn kehidupan sebagai seorang insan yg bergelar manusia..Setiap sesuatu yg baru perlu kepada keberanian, tindakan yang matang dan yakin bahawa kita boleh lakukan. Pandang ke depan dan jgn sesekali menoleh ke belakang..masa tetap akan berjalan..kerana game ini menetapkan score yg paling tinggi kepada sesiapa yg dpt menjumpai word dgn cepat. Mungkin masa juga menjadi faktor untuk sesuatu kejayaan sama ada kita berjaya mencapai impian kita atau tidak, berjaya mendapatkan sesuatu yg kita idamkan atau tidak.. Apa yg boleh sy katakan..untuk mencapai apa yg diimpikan memerlukan langkah pertama yang memerlukan kita perfikir secara positif, berani dan cepat!


Disepanjang permainan ini,
saya dh boleh memasang strategi..bila bercakap mengenai strategi..banyak plan yg boleh kita rancang..sama ada untuk mencari huruf diawal perkataan atau huruf diakhir perkataan, melihat dari sudut atas ke bawah atau bawah ke atas atau menyerong kiri atau kanan. agak menarik kerana sy dapat mencari perkataan2 ini dengan cepat berdasarkan kepada strategi yg saya guna..ini boleh diumpamakan apabila masa yang diambil untuk menyesuaikan diri dgn keadaan tempat, suasana dan peraturan ditempat baru digunakankan sepenuhnya dgn berjumpa dgn jiran, bertanyakan khabar, bermasyarakat dgn penghuni dikawasan baru itu (merupakan strategi utk mendptkan kenalan) kita dpt menyesuaikan diri dan dapat diterima dgn senang hati oleh org sekeliling kita..asalkan kita mempunyai niat yg baik dan ikhlas. Oleh itu mudah untuk kita meminta pertolongan apabila kita memerlukan dan selain itu kita akan senang diterima dan dianggap keluarga sendiri oleh jiran2 kita.. Kadang kala tak semua yg diimpikan akan kita dapat.. contohnya dalm game ini...mungkin hanya ada satu perkataan lagi yg belum dijumpai..walaupun semua strategi telah kita guna..disini perlulah kita bersabar dan berdoa supaya apa yg kita cari Allah akan temukan..inilah dinamakan takdir.. itu yg kita kadang2 rasa sebab apa Allah masih tak makbulkan permintaan kita dr segi, nk dpt kerja, nk dpt pasangan hidup, nk dpt duit yg banyak, dan sihat dr sakit, nk masa yg lapang dr sibuk dan sebagainya.. Ini adalah kerana Allah ingin menguji kesabaran, kecekalan, ketabahan seseorg hambanya itu, sama ada hambanya itu layakkah untuk mendapat pekerjaan yang baik, jodoh yg baik, kesihatan yg baik, kekayaan dan sebagainya.. Maka sy boleh katakan kita akan mendapatkan sesuatu dgn usaha mengatur strategi tadi..namun kita mesti ingat ujian itu kadang2 akan membuatkan kita akan lebih berusaha dan tidak akan berputus asa.


Di akhir permainan ini,
Score yg pertama rendah, score yg kedua lebih tinggi dr yang pertama tetapi score kali ketiga ini mengecewakan kembali..tidak rendah dr yang pertama..tetapi rendah dr yg kedua.. Disini lah kadang kadang kita rasa tak berpuas hati..kerana kita pernah berada di atas..tiba2 pula kita jatuh..Disini kita perlu ingat ini cuma permainan game yang dicipta..kita masih boleh berusaha lagi..dgn bermain utk kali keempat dan seterusnya.. realiti dunia sebenar adalah kehidupan kita bermula dr kecil smp ke akhir usia.. boleh diumpamakan seperti..waktu kecil seperti permulaan permainan game ini..tak tahu..perlu belajar..dewasa..semasa sepanjang game ini dan tua apabila diakhir permainan ini.. Pada pandangan sayalah..memang betullah org tua2 selalu kata "kami makan garam dulu dr kamu"..mereka dh melalui semua rencah kehidupan..yang baik mereka jadikan pedoman dan yg kuang baik mereka jadikan sebagai sempadan..


Oleh itu, sy nk mengajak kawan2 semua berfikir..apakah matlamat kita di muka bumi ini..adalah kita hanya mengikut rentak permainan ini, bila kalah..putus asa..bila menang tak ingat nk kalah.. Sebagai insan bernama manusia..sy ingatkan diri sy juga utk sentisa berfikiran positif, bersederhana, tidak bangga diri, bersangka baik, yang penting perlu menjadi anggota masyarakat yang profesional iaitu berfikiran terbuka dan matang agar kehidupan kita ini akan lebih indah dan bahagia! Jadilah insan yang cemerlang pada diri, gemilang pada agama dan terbilang dikalangan masyarakat!

Setakat ini dulu..buat renungan kita di masa yg lapang... :)

Nukilan hati: Puteri Mahsuri

4 DECEMBER 2010 1:11AM


















Cemerlang, gemilang, terbilang!






No comments:

Post a Comment