Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat Penghulu segala hari,
Petang ini, masih diberi ruang dan peluang untukku mecoret beberapa perkara sebagai peringatan untukku dan juga insan2 disekelilingku, Alhamdulillah..syukur yg teramat kepada Ya Rahman & Ya Rahim..
Sepanjang minggu ini, diari kehidupanku amat sibuk dan agak menyesakkan..namun Allah masih memberikan kepadaku kekuatan dan semangat untuk terus tersenyum dan tertawa..walaupun kdg2 ingin jugaku menitiskan air mata (cuci2 mata..agar lebih jelas pandanganku :) ).
Banyak tugas yg mencabar dalam miggu ini yang telahku lalui, terpaksa lalui dan wajib dilalui..jalan2 ini bukan mudah..memerlukanku memilih jalan yg terbaik.. dan setiap keputusan yg diambil perlukan kepada tindakan... Yang penting, setiap jalan yg dipilih itu mendapat redha Allah.. =) barulah berkat!
Permulaan minggu yg meletihkan..pertengahan yang terlalu sibuk dan pengakhiran minggu yang agak lega..kerana banyak perkara telah dapat diselesaikan..Alhamdulillah..
Petang nie nk cakap mengenai Hati..
Hati kalau baik, InsyaAllah apa2 yg difikirkan dan tindakannnya juga akan baik..
Hati kalau kurang baik, makanya semuanya pun kurang baik..
Hati kena beri..baru kita dapat balik..tapi kalo tak dapat balik pun..Allah akan ganti kegembiraan yang lain.
Hati kena beri dekat semua yg kita sayang, Tapi tak semua yg kita sayang akan beri hati mereka..mungkin org lain akn ganti tempat hati yg kita beri itu..asalkan hati kita tetap 100%.. betul tak?!
Hati itu adalah anugerah Allah..Rasulullah ada bersabda:
"Sesungguhnya, dalam setiap badan manusia itu, terdapat seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya, Namun jika rosak daging itu, maka rosaklah keseluruhan anggota tubuh manusia itu, sesugguhnya ia adalah hati"
Itu merupaka usaha kita untuk menjadi yg terbaik untuk dapat yang terbaik! Tetapi ketentuan Allah..Dialah yg maha kaya mengetahui segala2nya sekarang dan masa depan.. tidak pernah mengantuk dan tidur. Kerusi Allah itu meliputi langit dan bumi..OLEH ITU, apa yg perlu Engkau takut wahai manusia! takutlah pada Penciptamu.. Berserah padaNya jika engkau rasa engkau telah tidak berdaya lagi..kerana Allah mempunyai Kuncinya..Yakinlah pada Allah..dgn membaca ayat al-kursi:
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya : "ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-NYA); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-NYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izin-NYA. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendaki-NYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar." ( Surah al Baqarah ayat 255 )
"Jika anda berada di dalam terowong ynag gelap, teruslah berusaha berjalan, merangkak atau mengesot untuk sampai pada satu cahya dipenghujung terowong itu..yang selebihnya..serahkan lah ia pada Allah SWT" Pasti akan ada kemudahan disebalik kesusahan.
Itu janji Allah..Berbekalkan semua ini Aku akan terus kuat dan akan tetap optimis untuk berjaya..ingin juga bermimpi untuk bahagia..bukan tidak bersyukur kini dengan nikmat bahagia yg diberikanNya.. Izinkan kepada ku YaAllah untuk merasai nikmat bahagia-bahagia yg banyak yg telah engkau kurniakan kepada insan2 disekelilingku yang ku sayangi..aminn..Kabulkanlah permintaanku..

No comments:
Post a Comment