Malam nie sempat layan tv astro prima..filem "PAPADOM". Nak wat camner berjiwa sentimental sikit..last2 cuci mata jugak lah malam nie..bagi hati nie lembut sikit.. :)
Bersempena dengan sambutan Hari bapa, filem2 tentang bapa2 jugak akan mula ditayangkan kat TV nie.. Betapa nikmatnya sesiapa yg masih ada ABAH, AYAH, WALID, ABI, PAPA, BAPAK,DAD.. bersyukurlah anda. Kenangan dulu kembali bermain dalam fikiran..walaupun sebenaqnya ari nie dah letih sebab hari makmal sedunia dan balik lewat keja..mungkin ini lah abah selalu rasa bila balik dr kerja..LETIH..
6 Ogos 2007 (pagi: uitm Arau)
"Hari nie kamu buat elok2 interbw nanti, biaq boleh keja di sini..senang abah tengok kamu, bila depan mata nie abah tak risau sgt" pesan abah sebelum keluar dr keta..sebab ari nie hari jadiku dan hari penting buatku! "InsyaAllah abah, abah doa2 lah cik dapat keja sini" (dalam hati..kalau boleh cik nak keja kat bangi MPOB!)
Macam biasa sesiapa nk interbw pun mesti rasa berdebar, gelisah, takut dan mcm2 lagi lah.. Tiba ja masa nya kami masuk lah ramai2..perkenalkan diri seorg demi seorg..sampai ja turn aku.."Happy birthday to u, happy birthday to,happy birthday to u happy bestday to Nur Nasulhah!" Pengarah Uitm Dr Ridzuan nyanyi dengan kwn2ku..perasan waktu tu??! fuh! rasa bahagia, terkejut dan sukerr! Thanks to Allah! Peristiwa yg tak dptku lupakan setiap 6 Ogos... Alhamdulillah..aku diterima kerja sebagai pensyarah part time.
Abah sempat jugak rasa gaji pertamaku! tak banyak pun tapi tetap bagi.. "Abah, nie untuk abah dan ini pulak utk mak" sampul berisi wang gajiku serahkan kpd mak dan abah semasa dinner kat andaman..coz belanja gaji pertamaku utk family..Walaupun tak seberapa aku rasa puas jugak sebab dapat bagi..mohon2 rezekiku lebih murah lepas tu..
Kebahagiaan tak lama.."Jika Allah ingin menguji hambanya, tiada tangan2 yang dapat menghulurkan sebarang bantuan" Kun Fa Ya Kun...
30 Oct 2007 (Malam: Kedai Caltex)
"Kamu nak minum ayaq apa? soya boleh?" tanya abah. "Ikut abah lah, awat?" tanyaku. "Abah nak minum sikit ja, kita share lah.." Abah pun amik dan bukak ayaq tin soya dan minum.. "Ada setengah lagi, kamu minum habih na"..Peliknya malam nie abah. Aku rasa suasana yang amat2 bahagia yang tak pernah aku rasa seblm nie.. Malam tu kami bergelak sama2..abah kira duit top up awal2..dia kata sat gi terus masuk umah..cepat sikit. Kerjaku malam2 balik dr uitm..jaga kedai ja lah..jual top up phone..
Malam sebelum tu..
"Keta kamu nanti sampai, kamu p amik ja..duit muka abah bayaq dah" keta idamanku PERSONA..tapi sekarang tak da jodoh dgn persona walau suka gila2 sungguh2..dapat HONDA.. =). "Nie ada pamplet Honda Civic..kot2 kamu minat" abah saja mengumpan..mana lah cik mampu abah! ;) "Cik nak pakai BMW..!" remindkan abah kereta idamanku.."Tak pa..la ni kamu pakai keta buat kaki dulu..bila dh stable nanti pakai lah BMW!" Ini lah impianku..Moga2 jadi kenyataan satu hari nanti..aminn..
Itulah antara memory2 indah bersama abah..sebenaqnya banyak lagi..tapi ini antara yg plg tak dpt dilupakan.
Abah, seorg yg sentiasa berada dihatiku..semangatnya tak pernah terpadam walau sedikit pun! Idolaku dan panduanku utk mencari Mr Rightku! Mungkin tak sama tapi aku nak yg serupa..InsyaALLAH. Sebab apa? HEBAT sangat kah abahku nie?? Yup! Jawapannya YA..
Hebatnya ABAH:
1) Abah dah dapat membentuk keluarga yang saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan beradab sopan.
2) Abah bejaya menjadi seorg bapa yg cemerlang sebab semua anak2 abah berjaya..Alhamdulillah. Semua anak abah dan mak bijak2, baik2, pandai bawak diri dan jaga maruah keluarga..(InsyaALLAH..mohon kekal hingga bila2)
3)Abah berjaya besarkan kami dengan bermula dari kedai baiki motor yang kecil sehingga membina empayar KBS Incorporated hingga kini (KBS= Kasim Bin Sabu, Keluarga Bu and Som dan Kanpung Banggaol Sena).Alhmdlh..rezeki abah carikan utk kami adalah Halal. Itu yang cerah hati kami..aminn
4) Abah berjaya sediakan kami keperluan asas yang baik, kami tak pernah rasa sedikit kekurangan pun!
5) Abah berjaya didik kami jadi org yg rajin dan tak pernah kenal penat dan putus asa! Abah selalu kata..kalau keluar sebelah sini InsyaAllah rezeki akan masuk sebelah lain pula..jgn kedekut! memang abah tak pernah kedekut!(ciri suami yg soleh nie)
6) Abah berjaya disiplinkan kami dengan ketegasan, hanya melalui percakapan dan kata2 hikmah. Salah satu pesanan abah utk adik ed. " Ed, kamu kena rajin, bukan kamu tak pandai..otak kamu lebih cepat diri kakak kamu tapi kamu malas!, nak ka nanti kamu tgk kakak kamu semua pakai keta besaq2..kamu tak da keta pun?" Tapi sekarang abah..ed pun dah beli keta...tapi second hand lah..buat kaki dulu.. ;)
7) Abah berjaya jadikan kami org yg yakin dan tak takut untuk berdepan dengan sesiapa dan dalam situasi yg susah! Abah kata nk takut apa Allah tu satu ja..sapa buat baik, InsyaAllah ada habuan dia.
8) Abah berjaya jadikan anak2 abah InsyaALLAH anak2 yg soleh dan solehah. Langkah abah hantar kami kat sekolah agama walaupun ketika itu ramai yg belum sedar lagi kelebihan sekolah Agama adalah langkah yg paling tepat! Sekarang Abah tak perlu risau..InsyaALLAH Batas pergaulan dan agama sentiasa kami jaga..kalau antara kami terlupa ada yang akan mengingatkan..Alhamdulillah.
9) Abah berjaya jadikan kami semua pemimpin paling penting untuk diri sendiri..dan abah, kakak not dan cik dah jadi pendidik memimpin anak bangsa utk menjadi khalifah dibumi Allah ini..doakan kami semoga tak jemu utk menabur bakti dan mencurahkan ilmu dan cintakan ilmu dunia dan akhirat!
10) Abah dan mak dah berjaya Mendidik kami menjadi seorang insan, hamba Allah, khalifah, yang baik InsyaAllah..kerana apa?? sebab Abah dan mak memang betul2 ikhlas jaga kami dari tapak kaki kami sebesar 2 jari hingga sekarang..TERIMA KASIH ABAH!
"Selamat Hari Bapa! Saya sayang Abah!"
Al-fatihah utk arwah abahku, Moga Abah ditempatkan bersama org-org yg soleh dan jadikanlah alam barzakh utk abah tempat istirehat yang panjang dan selesa.Aminn..Doakan kami menjadi anak-anak yg soleh dan solehah. sampaikanlah doa2 kami semua sebagai doa anak2 yg soleh dan solehah kepada ABAH. Walaupun sudah 3 tahun 8 bulan 16 hari..Abah bagaikan sentiasa ada dengan kami! SEBAB..masing2 membawa sikit sebanyak sikap abah..dan apabila digabungkan kami berempat..macam abah yg membuat keputusan dan aura semangat abah bersama kami semua "ANAK-ANAK ABAH!"
Akhir kalam, Hargailah ABAH DAN MAK bila mereka didepan mata..masih ada bergelak tawa dan memberi nasihat kepada kita..Bila dah tiada hanya Doa dan air mata saja yg dapat disampaikan kpd Mereka..
Aris Ariwatan (1234)
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
2.30am (17 JUN 2011)

No comments:
Post a Comment