Assalamualaikum wbt
Hari ni sabtu 29 Oktober 2011, aktiviti dimulakan dgn clearkan semua fuel data, update semua account dan order minyak utk esok. Dh settle rasa kena jugak jenguk ke Dataran Komuniti 1 Malaysia kat kg banggol sena. PLKN masuk kampung =). Kami persatuan belia ditugaskan utk handle sukaneka. Ada 3 jenis permainan yg sempat km setkan utk para belia dan wira/wirawati PLKN.
Kerusi musik, Masukkan air dalam botol dan Lambungan Kasih. Best2 belaka semua games nie.. siapa lagi cik sue kita nie lah yg jd juruacara.. no hal..small matter ja =p
Yang bestnya tetiba ja pengacara majlis pun boleh p dok main sama2 jugak! ahaks! 2 games ja..masuk air dlm botol dan lambungan kasih..lawak2! tetiba ja termenaglah pulak..dpt no3 ja utk games masuk air dlm botol..hebat2! =D Apa2 pun enjoy lah pagi nie. dalam kul 2ptg br majlis habis..dan semua bersurai.
Memang amat2 lama dan terasa rindu pulak..jari2 ni nk menekan keyboard. Rasa bulan nie terlalu cepat sgt..sebab banyak benda yg dh berlaku..Dengan final exam, marking final, siapkan buku abstract utk conference SKAM 24 kat langkawi nanti, siapkan paper utk presentation dan clearkan semua kerja office yg pending. Sebab bulan nov nie memang bulan tersibuk lah! kursus KAP, Conference SKAM-24 and ect program lg.. huhuhu
Hidupku kini??? ya banyak persoalan yg perlu dijawap dan difikirkan.. Bukan mudah menjadi seorg yg sempurna dimata semua org..cuma apa yg perlu dilakukan adalah berusaha memperbaiki utk menjadi lebih baik dr sebelumnya.. Diri kita mempunya pegangan yg tersendiri yg susah utk dipisahkan dan ditukar.. Namun setiap apa yg berlaku bukan lah kebetulan tetapi sesuatu yg telah dirancang oleh Allah SWT. Kerana Dia ingin menguji hambanya utk melihat kebiijaksanaan, kesabaran, keredhaan dan kematangan hambaNya.
Sempat jugak dgr IKIM petang jumaat balik dr keja: Allah akan menguji hambaNya itu dengan 4 ujian.
Ujian ketaan kepadanNya, Ujian Maksiat, Ujian Nikmat dan Ujian Musibah.
Ujian Ketaatan.
Dimana adakah HambaNya bersedia melakukan semua suruhan dan meninggalkan semua larangan yg telah digariskan olehNya.Kuatkah iman diri???
Ujian Maksiat
Dimana hambanya akan diuji dgn perkara2 yg boleh menyebabkan seseorg itu melakukan maksiat kerana mengikut hawa nafsu.Berjayakan melawan nafsu sendiri??
Ujian Nikmat
Dimana HambaNya diberi nikmat dunia yg tiada tandingan. Hanya ingin melihat adakah dia bersyukur ke atas nikmat yg diberi.
Ujian Musibah
Dimana Allah memberi ujian yg menyebabkan kesedihan, kesusahan, kepedihan dan penderitaan. Adakah dia sabar dan redha diatas setiap ujian itu???
Dan tazkirah ini membuatkanku lebih kuat mengatakan Allah sayang kepadaku..sentiasa ada memberi dan jagaku.. hati ini lembut..sentiasa tidak tetap.. Mohon Allah tetapkan kuatkan hati ini. aminn..
Apa2 pun be yourself nasul!
Kaylah..lamanya update blog..sambil jaga kaunter..part time job la katakan..=) But I really ENJOY it!
Bubye,,wassalam.
No comments:
Post a Comment