Friday, October 7, 2011

Selimut Bahagia..

Assalamualaikum..

Hi Blog! blog...mlm nie nk crita something.. Org tua2 kata..'yg patah kan tumbuh, yg hilangkan berganti"..betul ker?

2 Julai 2008
"Nak lapor diri ke?" tanya ku pada 3 org, nampak mcm sama baya ja.. "ya, kami lapor diri hari nie..awk pun ke?" jwb salah sorang dr mereka. Itulah bermula pertemuan pertama kali yg membawa sebuah ikatan persahabatan sehingga kini. 7 Oktober 2011 adalah hari terakhir sahabat2 dua org ku ini di UiTM Arau. Sepanjang 3 tahun lebih menjadi jiran sebelah bilik. kiranya banyak cerita dikongsi bersama..ada yg suka duka..yg paling akan dirindui adalah gelak tawa mereka..ala2 happy go lucky ja! nanti mesti sunyi ofis nie..huhuhu..
Bermula dgn segulung degree.. bersama2 belajar memberi semangat dan berkongsi pendapat hingga mendapat lagi segulung ijazah sarjana..Alhmdlh..syukur.. cuma di antara kita berempat nie..rezeki nasul di UiTM Arau ini..siti di UMK universiti Malaysia Kelantan dan Khairum di UTeM, Universiti Telnikal Melaka. Ina masih menunggu surat..InsyaAllah tak lama juga akan berpindah..

Kita ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah kerana mencari ilmu Allah yg banyak...maka kita perlu bertebaran memberi, mencari dan berkongsi ilmu yg tak seberapa di dada ini..Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad..jadi sambutlah cabaran ini utk kita lebih cekal dan sabar dalam meniti hari2 mendatang yg tidak tahu suram atau ceria warna2nya lg..Semangat yg ada pada koranglah yg membuatkan nasul lebih yakin utk bersama2 membangunkan anak bangsa.. Kata2 "UiTM Dihatiku" sudah sebati dengan jiwa kalian.. cuma nasul semakin hari..sedang memupuk perasaan ini.. InsyaAllah tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat mencari sesuap rezeki yg halal dan baik..Doakan agar kita sentiasa di bawah rahmatNya..

Sehelai sejadah menjadi buah tangan utk korang ke tempat baru..gunalah ia sekerap mungkin..Tiada apa yg nasul nk bagi sebagai kenangan..rasanya itu ja yg terfikir. juga cooler bag dan multipurpose box yg bercop Caltex..Bila tgk logo caltex ingatlah kat nasul yer! =)

Ingatkan hati nie kuat utk tidak berasa sedih...namun siapa saya utk menahan air mata dari jatuh! sedikit tersentuh dan biarkan saja ia menitis..tanda hatiku sedikit lembut kini..alhmdlh.. All the best ja dpt terucap dibibir nie..Saya akan merindui crita2 korang lepas nie.. Hilang sorang kwn berkongsi crita org single =p..

Pasti yg hilang pasti berganti.. tetapi mungkin tidak sama..hanya serupa.. Panjang lagi langkah kita kan.. utk mencari titik perubahan..kita perlu membuat langkah yg pertama..kerana langkah2 yg seterusnya memerlukan langkah pertama! bercakap tentang cabaran..bnyk lagi yg kita perlu tempuh..tetapi setelah 3 tahun bekerja, banyk juga yg telah dipelajari.. mengenai persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Banyak pengalaman kita yg akan menjd guru diperjalanan..

 Sebenarnya korang adalah suatu anugerah Allah kepada Nasul.. terutama siti dan ina.. banyak peristiwa yg sukar utk dilupakan..ada yg indah mahupun sedih.. Apa2 pun di sini nasul ingin ucapkan ribuan juga jutaan terima kasih kerana korang telah menjadi sabahat, teman dan rakan sekerja yg terbaik! Nasul doakan kita semua akan berjaya dgn cemerlang di dunia juga di akhirat kelak.. Sematkan azam dihati utk mendapatkan Title DR.. doktor falsafah! Jika kita di atas jgnlah bangga atau riak kerana kita memang bermula dari bawah! Ingatan utk nasul juga..Juga nasul doakan kita semua akan dipertemukan dengan pasangan hidup masing2 yg menyenangkan hati kita..yg akan menyokong kita bila kita lemah dan akan membantu kita bila kita perlukan bantuan dan bimbingan..yg akan berkongsi segala cerita kita hingga ke akhir hayat..yg akan menjadi sahabat sejati, dan paling akrab! aminn..

Walaupun jauh dimata tetapi dihati tetap dekat..jadi sentiasa ingati sesama kita dlm doa masing2.. tiada ada apa yg paling laju didunia ini melainkan ingatan! cahaya matahari pun mengambil masa nk smp ke bumi..tetapi ingatan..hanya secelik mata kita dh smp di sana (iaitu apa yg kita fikirkan).. fikir2kanlah..

Cukuplah utk mlm ini wahai blog ku! cuma luahan rasa yg tak dapat diucap dgn kata2..hanya hati yg berkata2.. Ku berdoa agar diri kita semua mempunyai selimut bahagia dimana ia menyelimuti diri pada setiap ketika..oleh itu, kita perlu bersyukur dgn setiap apa yg kita ada dan ketentuan dari Allah yg Maha Esa. Berfikiran positif dan jadilah seorg yg bahagia! =))

Wa'Allahua'lam..

No comments:

Post a Comment