Wednesday, January 12, 2011

Besarkan hati sebesar kolam...

12 January 2011

"Hati sebesar cawan, hati sebesar kolam"

Tanya pada diri kita..nk hati kita sebesar apa?
hati selalu dikaitkan dngan jiwa..nk jd org hebat jiwa kena besar...
sebab apa?
Ideologinya..apabila segenggam garam dimasukkan ke dalam cawan rasa masinnya adalah lebih daripada segenggam garam dimasukkan ke dalam kolam..pasti jika banyak ini garam dimasukkan ke kolam akan menjadi tawar kerana kolam itu luas, besar..bebas molecule2 garam itu tersebar..makanya..ia tidak lah masin..

Garam boleh diumpamakan sebagai cabaran atau ujian..jika ia terjadi kepada org yg berhati besar@ berjiwa besar InsyaAllah..baginya adalah sesuatu perkara yg ringan dan dapat diselesaikan dgn tenang..

Berbeza pula jika hati sebesar cawan..yg pastinya amat masin jika dimasukkan segenggam garam kedalamnya..larutan garam tu akan menjadi tepu..or saturated or concentrated..apabila solution nie terlalu concentrated..tiada apa yg boleh ditolong melainkan menuangnya ke tanah..rosak..dan musnah..

Oleh itu, nk ke hidup kita yg singkat ini dibiarkan musnah pada akhirnya?? sepatutnya hidup kita ini perlu dipenuhi dgn warna warni kehidupan yg kadang kala ia ceria, sedih, gelisah, seronok dan apa bila semua warna2 nie diadunkan menjadi sebuah kehidupan yang fantastik dan beruntunglah orang yg mendapat manfaat dari kehidupan yg singkat ini, dengan cabaran dan ujian juga menambahkan rasa syukur, iman dan takwa kepada maha pencipta..

Moga kita semua tergolong dalam org2 yg beruntung ini..jadi, marilah memperluas dan memperbesarkan hati kita menjadi kolam yg luas sejauh mata memandang..mungkin tasik atau seangkatan dgnnnya.. :)

(diolah dan dipetik dari iluvislam.com)

No comments:

Post a Comment