Monday, July 25, 2011

Beautiful and fantastic Holiday!-Part I







Assalamualaikum wbt and a very good morning to all of my friends!

Setelah seminggu bercuti..dan setelah sihat dr demam selsema.. banyak perkara yg nk dikongsikan di sini. sepanjang percutian yg agak singkat ini banyak fasa2 yg dilalui..fasa sihat dan fasa "not feeling well" , fasa suka, amat suka dan amat bersyukur!, fasa kalut, sibuk, relax dan tenang. Semua fasa2 ini berlaku dalam masa 7 hari cuma!

Kalau dah rezeki tu tak kemana..mesti hak kita jugak! Ermm.. memang dr awal lagi..teringin nk p bukit tinggi tapi ala2 takutlah pulak pasal english course! setelah ditolak oleh beberapa lecturer..rezeki sy lah kali nie!..Alhmdlh..syukurrr sgt2! Apa2 pun niat perlu dibetulkan..nk ke sana nk improve english..belajar dr tadika..tapi tak pandai2 jugak..ahaks!

Org kata..bila nk buat hal baik2 nie..pasti hal baik lain akan mengusul!
Kebetulan pulak time nie ada "FLORIA 2011" kat putrajaya..dekat dgn rumah kak not.. apa lagi amat2 sukalah..hati pun dh berbunga2 nk tgk bunga2! Sebelum bertolak ke sana.. kena settlekan kerja kat opis, business dan umah dulu..memang busylah..dlm busy2 tu sempat lagi p shopping kat padang besar dgn mak n adik fauzan..ahaks! bukan apa..amik hati mak..heheh..bg dia syok dulu!..mak yg shopping sakan..kami nie tlg bawak barang2 jerr..=)

Naik bas dr kangar ke putrajaya pukul 10pm..smp purtajaya 6.30am..
Ada crita nk story sepanjang dlm perjalanan bas ke sana..heheheh
Ingat2 balik macam lawak tapi interesting journey walaupun malam..

(dalam bas)
Sit no 3C..single sit. ada lah 7 org kat dlm bas tu tingkat atas ..bangsanya mcm india..gelap2 semuanya..ada yg cantik jugak ala2 hindustan gitu! bahasa urdu rasanya...tapi yg pasti bukan india Malaysia..sebab diorg tak tau ckp melayu..yg tau pun urdu dan english.. Biasalahkan ..rasanya semua boleh bayangkan bila india2 nie bercakap..dgn bisingnya, gaya tangannya..tepuk tampar dgn geng2 dia..hai rasa dok dlm filem hindustan plak!
Mata nie dh mengatuk sgt2 ingatkan blehlah rehatkan diri coz sehari sibuk kat umah tadi..apa nasul buat.."pejam mata..anggap sekrg tgh tgk filem hindustan.." baru 10 min terlelap.." excuse me! if u r not comfortable..u can sit at the back.." ha! terkejut ..baru tgh nk layan mimpi kat dlm filem nih!..okey... tak banyak cakap sy terus ke blkg..sedikit aman...hehhe..

(sampai ja kat jitra dan alor setar ada satu tragedi lagi!)
Adik, nie tempat pakcik..mana sit adik..tanya sorang pakcik nie..huhuhu..maap pakcik..sit sy kat depan tapi pak cik tgk lah depan tu.."pakcik faham..=)" maap yer pakcik sy ubah sit dulu..
kat alor setar..(dh tertido 30 min rasanya)..ahh! apa yg bising lagi nie! oh ramainya org..cepat2 sy tukar tempat balik ke sit asal. ada satu group lagi 5 org chiness rasanya sama jugak mai dr china..rasanya dr kolej universiti insaniah..depa nie pulak lainnya tak tau ckp english tapi tau bahasa cantonis dgn arab ja...arab tu faham lah sikit2..cantonis mintak maap..apa masalah depa nie???
ermm..rupanyanya nk duduk sit kosong kat geng2 hindustan nie..diorg chiness nie tertinggal bas.. communication fail! dua2 tak paham..masing2 cakap bahasa diorg tau..macam ayam dgn itik..hahahaha..ops! chiness nie tak tau english..india nie tak tau arab..ermm...susah2..nk tlg ka nie???? susah2..finally pakai bahasa isyarat ja..body language..heheh..good!

kiranya pukul 1 pagi nie pun blm bleh rehat dgn aman lagi.. rasanya dalam bas nie bukan satu Malaysia..tapi satu Dunia, "1 world!" 

kesimpulan kat sini: language is very important thing! learning diff language make us easy to communicate with others homo sapiens (manusia) in this world!..=)

Ahad (17 July 2011)
Banyak activiti utk hari nie..mula dgn p pasar besar kat putrajaya..ermm..satu yg best kat sini..bandar yg terancang..tak jem or sibuk..semuanya smooth ja..tenang, damai..dan cantekk! masak awal ari nie..coz sampai subuh tadi blm tidooo..huhuh gantukkk.. kul 11 pagi dh luch tgh ari..menu??? ermm mesti marvelous!
1)ikan siakap masak stim
2) kailan ikan masin
3) cendawan goreng (kali nie memang menjadi dgn tepung goreng pasar malam putrajaya, x da brand)
4) sotong masak sos tiram
5) ikan goreng tepung
6) sambal belacan tumbuk dan ulam-ulaman..
Perfect! lepas makan ..apa lagi..nk tungggu zohor lambat lagi.. berular sawa lah sekejap! ahaks!
"ringging phone lagu HAMBAMU"..ain.. Assalamualaikum..nasul! ain nk p alamanada nie..bleh jumpa kat sana nanti!..dalam keadaan separuh sedar...ermm..owh..ain..okey2 kita jumpa ptg nie..nasul p lewat sikit laa..okey jumpa nanti..huh..lamanya tidoq, dh kul 3 ptg nieeee..cukup2..bangun2..

setelah termenung beberapa ketika..baru jadi normal balik..kul 6 br smp alamanda..lokasi dating kat A&W..i like float A&W! lamanya tak jumpa ain..last jumpa kenduri kawen diorg kat perak..nasul turun jugak..dah setahun lebih..anak diorg pun dh besar..dh berlari2 dah..aqil namanya.. Tak lama pun jumpa..habiskan satu gelas float regular A&W..take pictures dgn diorg termasuk aqil..kul 7.30 balik umah kak not.. best sgt2 dpt jumpa ain, azri and ur son, aqil! hansomelah aqil! ahaks! thanks to ain dan azri..luang jugak masa untuk nasul! tqvm!

(Malam)
waaawiii, dpt tgk bunga api free!! wah fantastic!!! beautiful..dah tak tau nk ckp apa..suka..sebab cantik! semua org suka pada kecantikan kan?? paling best..jln2 take pict banyak2 dgn semua bunga2 kat situ..rasa diorg tgh bercakap sesama sendiri..so, beautiful! mata ku diberi makan dgn benda yg cantik2 mlm nie..alhdmh..subhanaAllah! sungguh memukau..rasa mcm nk tunggu siang pulak..mlm2 tak nampak sgt..tapi cantik jugk! =).. jgn tak tau..melayang duit ku!!! pinky blouse batik+ pinky ariany tudung! wah! satu set! comel2! amat2 suka blouse nie..esok bleh bergaya dibukit tinggi! pasti!

malam nie tidor dgn nyenyaknya coz esok dh nk mula course! bersedia fizikal dan mental..
(kisah seterusnya akan disambung di entry yg seterusnya...)
tunggu!

Wednesday, July 13, 2011

Natural VS Normal

Assalamualaikum wbt

Jari jemariku ini kembali untuk menekan keyboard setelah seminggu off :). Kesibukan yg melanda seminggu ini membuatkanku banyak cerita untuk ditintakan.. rasa2 ini adalah diary syukurku kepada Maha Pencipta Allah Az-zawajalla..

Pagi ini sempat dengar radio IKIM, bersama Prof Dr Muhaya membincangkan topic mengenai ketenangan hati dan jiwa..tak ingat slot apa..maap..She is the one that i really want to meet and to talk ..LIVE! Perhaps one day i'll meet her!

Kata-kata " kita nak rasa bahagia atau kita nak org lain nampak kita bahagia?" "Jangan fikir orang akan cakap apa..tapi fikirkan bagaimana kita akan rasa bahagia itu!"..ermm satu persoalan dan konklusi yg menarik.

Kita sering bimbang kalau org akan cakap benda2 yg kurang menyenangkan mengenai kita. memang itu adalah fitrah..tapi salah kah jika kita buat perkara yg kita suka dan bahagia untuk diri sendiri walaupun dimata org nampak benda itu merugikan kita.. Contoh: Sebab apa duduk kat kampung, sebab apa tak duduk kat bandar...kat bandar banyak entertainment, kemudahan, dan sebagainya..kat kg apa ada???.. itu soalan yg sering diajukan oleh rakan2..hehhe..nak tau jawapan?!

Dikampung, saudara mara banyak, kalau kita susah atau sakit ada jugak yg akan menziarah dan menolong, kat kampung udara masih bersih, masih dengar lagi kokokan ayam jantan waktu subuh, masih hijau lagi permandangan sawah padi, masih redup dan rendang pohon -pohon getah. Kat kampung jalanraya tak jem..tunggu hari raya ja..kalau kat perlis nie la..Kat kampung rasa amat selesa dengan rumah yg ada laman, boleh tanam pokok2 buah-buahan..tiba ja musim buah..macam pesta! dgn rambutannya, dokongnya, duriannya, petainya...dan mcm2 lagi lah!.. walau apa pun sebabnya..ku amat bersyukur kerana Allah masih beri peluang utk ku berbakti kepada mak dan keluarga.. inilah yg dikatakan BAHAGIA!

Natural adalah perkara yg semulajadi..contoh perasaan yg dtg dari dlm diri dan hati.. Normal adalah perkara yg biasa dilihat dan dilakukan oleh org..ia bukan lah dtg dr dlm diri, ia datang dari persekitaran sekeliling.. contoh: normal lah org jogging petang2..sihat tubuh badan..tetapi jogging petang2 tu bukan dtg dr diri dan hati..ia dibuat adalah kerana berat badan dh naik..nak tak nak..kena lah jogging..nanti org nampak kita gemuk!..heheh

Contoh perkara semulajadi: perasaan sayang kepada kucing..mcm mana letih sekali pun kucing tetap akan diusap dan diberi makan. sanggup beli makanan yg mahal sebab kita syangkan kucing kita! mungkin org lain akan cakap mcm2..bagi ja lah ikan dgn nasi..save budget sikit.. tapi sebabkan kita sayang amat2 kucing kita tu kita jamu dia friskies..biarlah duit melayang asalkan kucing kita sihat! jgn dgr ckp org..degarlah kata hati sendiri agar kita akan rasa bahagia..bukan diorg pun bg kat kita duit kan..heheh..tapi kalo sayang kat kucing ajarlah kucing kita hidup low profile..makan ja apa yg ada..dan tidak memilih..mcm boboi..hehhe..nasi + ikan rebus ja! itu pun dh amat2 sihat!.

Normal dtg dari moral..iaitu physical appearance..pandangan luaran. Natural itu datang dari dalam diri..kalau hati bersih tindakannya pun InsyaAllah baik. Sejuk hati tengok org baik2 nie.. arap2 kita nie pun  dalam golongan org baik2..aminn..

Satu lagi kata Prof Dr Muhaya: Berbahagialah kamu jika kamu org yg sibuk..kerana masa kamu telah digunakan untuk perkara2 yg bermanfaat.. sejuk rasa hati..bila drg prof kata mcm tu.. =). Org yg sibuk adalah org yg tak cukup masa..bukan tiada masa..Dan pastikan masa2 kita yg sibuk itu digunakan utk perkara2 yg berfaedah kepada komuniti masyarakat sekeliling, jiran, sedara mara, rakan, sahabat dan keluarga. Apa2 pun semua perkara yg dilakukan niatlah kerana Allah SWT.
Jadi Alhmdlh..ku adalah salah seorg yg sibuk..heheh..insyaAllah. niat tu penting.. Matlamat mesti jelas! jgn bazirkan masa dgn perkara yg laqa'..kelak binasa dan merana diri..huhuhu.. Ingat memperingati.. ingatan utk diri sendiri jugak..

Dalam minggu ini.. networking pun dah bertambah dgn lawatan kat Jabatan Kimia Kedah dan kilang kat Penang. Berjumpa kembali dgn junior dan senior..Alhmdlh..menyebabkan trip kali nie amat2 bermakna..betullah..bertemu dan berpisah kerana Allah pasti akan ada hikmahnya.. waktu dh nk bertolak balik dr Jabatan kimia " Macam pernah jumpa ..tapi kat mana.." tanyaku kpd salah seorg pegawai kimia kat situ. " Itulah mcm nak kenai..tapi kat mana kan?" setelah direcall2 balik..rupanya owh! junior MRSM Beseri satu blok Ekhwani dgn  dia.. Izzati namanya.. patutlah mcm pernah jumpa..Alhmdlh..jumpa balik..lepas nie insyaAllah akan lebih contact2..nk buat research senang lah sikitkan..ermm.. =)..itulah hikmah disebalik pertemuan.. moga lebih ramai lagi conection yg dpt dibuat.. baru hidup lebih sempurna!

Apa2 pun setelah ding dong..ding dong.. Dapatlah keputusan utk ke Course kat Bukit Tinggi Pahang.. Itulah kalau dah rezeki memang tak kemana..dah bg org lain ganti ..tapi last minute  dia tarik diri.. last2 dapat lah diri ini pergi ke satu lagi tempat idaman "BUKIT TINGGI" ..nak survey kot2 tempat nie best ..bleh masuk dlm list menunggu.. =) ahaks! Memang dlm hati kecil tu kata nk pegiii..tapi takut nk bagitau..At last, hati besar mula bersuara..akhirnya rezeki ini berpihak kepada ku..Thank you Allah "ALHAMDULILLAH"!

Diakhirkan diary kesyukuranku kali ini dgn ucapan teriam kasih kepada Hanani, kak syimi dan semua bos2 besar (pengurusan Uitm) keran memberi kemudahan dan peluang utk diri ini berjalan2 dibumi Allah menimba sebanyak mungkin pengalaman dan peluang yg kdg2 tu hanya dtg sekali ja.. Tak pernah lupa kepada Mak yg sentiasa berdoa yg terbaik utk anak mak ini.. LUV u so much mak! tapi cik nak kena tinggai mak lagi minggu depan..huhuhu..tak pa nanti ada masa kita pi sama2 kat bukit Tinggi tu..bagi chance la cik survey dulu..ahaks! =)

Sekian.. Mogaku menjadi lebih kuat dan ingin menjadi seorg insan dan hamba Allah yg sentiasa mensyukuri nikmat dari Mu..Ya Allah.. AMIN..


Tuesday, July 5, 2011

Ceramah Isra' & Mikraj @ Masjid As-Saadah Kg banggol Sena

Assalamualaikum wbt

Malam ini 5 Julai 2011 bersamaan dgn 4 Syaaban 1432H berkesempatan utk menghadiri satu majlis ilmu yg jarang2 dapat menghadirkan diri..rezeki ..peluang yg Allah dah bagi..Isikan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..Alhamdulillah rasanya ini adalah hadiah yg paling manis utk saya di awal bulan Syaaban ini..Syukur..

Disampaikan oleh Ustaz Badaruddin Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Kedah. Tepat jam 9.30 mlm selepas solat isya' majlis pun mula..bersempena dgn satu peristiwa penting yg berlaku keatas junjungan besar Nabi  Muhammad SAW dan sehingga hari ini menjadi amalan setiap hari wajib kepada umat Islam iaitu Peristiwa Isra' dan Mikraj dan amalan solat fardu diwajibkan keatas umat Islam sebnyk 5 kali sehari. Rasa malam nie amat2 tersentuh sama ada sedih, gembira dan rasa insaf..

Yang pertamanya ustaz telah menyatakan setiap ilmu itu perlu kepada pembelajaran dan internet bukanlah satu tempat dimana semua maklumat boleh diambil tanpa perlu dipelajari.. dan perkara pertama yg diajarkan kepada Nabi SAW ialah baca, Iqra'. Banyak info2 yang tak jelas dan menyeleweng dalam internet.. mungkin kepada yg belajar faham dan tahu..tetapi kepada yg baru berjinak2 dgn islam..mungkin akan mendapat info yg salah..oleh itu sesuatu ilmu itu perlu kepada proses pembelajaran dan proses pembelajaran ini memerlukan Guru, ustaz atau org yg arif dan a'lim( berilmu). 

Ada 5 peristiwa penting dalam Islam yg perlu diketahui oleh seseorg yg bergelar Islam. Dengan mengetahui 5 peristiwa ini kita akan lebih sayang dan kasih kepada kekasih Allah ini iaitu Nabi Muhammad SAW, Rasul yg tercinta!

Pertama:
Peristiwa Kelahiran Rasulullah dimana ia merupakan kelahiran luar biasa tanpa Siti Aminah berasa sakit walau sedikit pun.. Dilahirkan dalam keadaan yatim, kehilangan bapa ketika sebelum dilahirkan..Dan kelahiran Rasulullah membawa rahmat untuk sekalian Alam..di utuskan utk memberi rahmat kepada seluruh umat manusia..jika Nabi Nuh utk umatnya, nabi Musa utk bani israil..tetapi Nabi Muhammad merupakan Nabi Akhir zaman yg diutuskan utk menyebarkan Islam. Nabi SAW tidak perlu dididik oleh sesiapa, bukan ibunya, bukan bapanya, bukan gurunya bukan sesiapa..tetapi yg mendidik Nabi SAW adalah Allah sendiri.Bersyukurlah kita semua kerana kita semua dilahirkan dalam agama suci ini, Islam..Alhamdulillah. Ini merupakan satu nikmat yang masyarakat sekarang jarang bersyukur. Dijanjikan kepada semua umat Nabi Muhammad dapat merasai nikmat syurga kecuali kepada sesiapa yg syirik dan menyekutukan Allah..Nauzubillah.

Kedua:
Peristiwa Al-quran diturunkan..Nuzul Quran pada 17 Ramadhan ketika Nabi berumur 40 Tahun.. kata ustaz umur 40 nie lah para2 lelaki mula matang dan kata2 " life begin at 40" =) mungkin benar. Dengan perantaraan Jibrail, 5 ayat dr surah a'laq telah diajar. Iqra' bacalah dengan nama TuhanMu. Nabi pun diajar..inikan kita setiap ilmu itu perlu diajar dan utk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga perlukan ilmu dan untuk berjaya didunia dan akhirat perlukan kepada ilmu.

Hebatnya Al-quran itu hanya dapat dirasai oleh sesiapa yg menbaca dan mendalami maksud ayat2 Al-Quran itu.. "Kita nie selalu baca ja quran tu..tapi maksud tak tau pun.." mulai dari hari nie..berazamlah utk mengetahui isi dalam al-quran itu. Antara kelebihan al-quran ini ada pada 3 ayat terakhir surah al-baqarah (284-286) menjauhkan dari jin, syitan dan mahluk2 yg dapat merosakkan dan menggangu kita. Jadikanlah amalan setiap hari utk membaca ayat2 ini, semoga kita sentiasa dilindungi dari perkara jahat dan syirik org yg dengki...InsyaAllah. Banyak lagi sebenarnya ..itu sedikit ja.. tugas kitalah nk kena explore al-quran mukjizat yg diturunkan oleh Allah kpd Rasulullah.

Ketiga:
Pada umur 51 tahun dimana tahun kesedihan Nabi..kerana kehilang org2 yg tersayang iaitu bapa saudara baginda dan wanita syurga yg paling dicintainya, Siti Khadijah..isteri baginda. Ketika ini Tanah mekah teah ditutup serapat2nya utk berdakwah dan menyebarkan Islam.. Baginda ke taif seorg diri untuk menyampai dakwahnya..namun kedatangan Baginda disambut dengan balingan ketul batu sehingga berdarah tumit Nabi..sedihnya..waktu nie rasa insaf teramat sgt..nak nangis pun jugak..sebab nabi sanggup berdepan dgn kejadian seperti itu dan baginda bersembunyi disebuah kebun anggur pemilik mushrikin.. ketika bersandar dipohon anggur itu baginda memanjatkan doa kepada Allah mengadu bahawasanya beliau amat2 lemah dan tidak berdaya dan mohon pertolongan dari Allah SWT.

Maka Allah SWT mengarahkan Malaikat yang menjaga Gunung ganang utk bertemu dgn Baginda Rasulullah bertanyakan bantuan apa yg boleh diberikan.. "Mahukah Kamu Ya Kekasih Allah aku lagakan gunung-gunung agar semua org yg berbuat jahat kepadamu ini mati?" kata malaikat ini.   Baginda berhati suci bersih, " tak perlulah wahai malaikat, mungkin zuriat mereka nanti akan menjadi penyebar dakwah agamaKu ini." jawab Rasulullah. Antara perawi2 hadis adalah sahabat2 Rasulullah dan mereka sebenarnya anak kepada org yg sentiasa memerangi Rasulullah antaranya anak abu jahal. ada diantara mereka yg dimandikan jenazah mereka dengan air dari syurga.. SubhanaAllah!

Seterusnya Allah membuka semua pintu2 langit untuk Nabi SAW berjumpa dgn Allah sendiri kerana penduduk bumi tak menerima dakwah Baginda. Penduduk2 langit amat gembira menyambut kedatangan kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah. Peristiwa ini dinamakan Peristiwa Isra' dan mikraj..perjalanan yg amat sekejap roh dan jasad  Rasulullah dibawa ke langit dan disetiap pintu langit disambut oleh Rasul2 dan Nabi2.. Allah janjikan akan berikan sesuatu hadiah yang apabila dapat InsyaAllah semua akn bergembira dan semua masalah akan selesai.

Solat sebanyak 50 waktu sehari semalam telah dihadiahkan kpd Nabi sampai ke Nabi Musa baginda minta Rasulullah utk merayu kpd Allah utk mengurangkan waktu solat. Setelah 8-9 kali memohon kepada Allah maka hanya 5 waktu diwajibkan keatas umat Muhammad utk dilaksanakan.. tetapi pahala 5 waktu solat ini adalah sama dgn 50 waktu solat yg diberi mula-mula tadi. Betapa Syang dan Kasihnya Allah kepada kita. senario sekarang, nak buat 5 kali solat pun liat, susah yg setgh tu solat jumaat ja.. ingat perkara yg paling mula2 akan ditanya adalah solat! Jibrail telah dtg mengajar Nabi cara2 bersolat dgn betul selama 2 hari sahaja. hari mula adalah seawal2 waktu dan hari kedua adalah akhir2 waktu setiap solat itu..

Solatlah ibadah yg paling dekat dgn kita kerana dalam sehari 5 waktu, 17 kali rukuk dan 34 kali sujud! betapa dekat dan kerapnya kita bertemu Allah.. Ustaz juga ada kongsi tip utk khusyuk dlm solat. setelah ambil wuduk dan bersedia utk solat..tenangkan diri seketika..bayangkan di depan kita Kaabah, disebelah kanan  kita syurga, disebelah kiri neraka dan dibelakang kita malaikat maut sedang berkejar2 datang utk mengambil nyawa..InsyaALLAH kita cuba amalkan..dan

Keempat:
Hijrah Nabi ke Madinah disambut setiap tahun iaitu sambutan Maal Hijrah pada umur 53 tahun 2 tahun setelah peristiwa isra' dan mikraj. (tidak dibincangkan peristiwa ini..mungkin lain pertemuan akan diceritakan..InsyaAllah)

Kelima:
Peristiwa kewafatan Nabi Pada Umur 63.Ketika Baginda hampir wafat di subuh yg terakhir, baginda melihat Abu bakar As-Siddiq mengimamkan solat subuh bersama para sahabat dan Baginda rasa tugasnya untuk menyebakna Islam sudah dapat digalas olek Sahabat2 Baginda.. dan Apabila Malaikat maut dtg utk bertanyakan kepada Baginda adakah beliau bersedia utk tinggalkan dunia dan ingin bertemu Allah baginda menjawab "ilal rafiqil a'la" Maka Siti Aishah menangis kerana sekejap lagi Rasulullah akan pergi bertemu Allah. Ustaz menegaskan solat itu penting, banyak alasan diberi jika sakit..Islam itu mudah dan ada kemudahan2 diberi kepada yg sakit cara solat yg tidak langsung membebankan, itulah perlu belajar cara2nya..berjumpalah yg A'rif dan guru utk belajar ilmu..


Itulah antara 5 peristiwa penting yg asas perlu diketahui oleh seorg yg begelar Islam. Dengan menghayati setiap kisah2 ini timbul rasa keinsafan dan keldilnya diri ini di Bumi Allah.. Janganlah kita kufur nikmat Allah kurniakan..Nauzubillah! Sebenarnya ustaz nie lawak pandai amik hati mak long, pak long..mak ngah dan pak ngah..hehhe ada ja crita lawak ustaz.. apa2 pun tak dpt nk crita kat sini lah..sebab..bahasa org utara yg pelat2..susah nk tulis..mungkin next time kalo ada lagi saya akan buat video dan boleh lah upload kat Youtube!  Ingatan utk sahabat2 dan diri sendiri jugak Ilmu tanpa Amal bagaikan Pohon rendang tapi tidak berbuah..dan sampaikanlah sesuatu ilmu itu kepada yg lain walau pun satu ayat! Apa yg baik kongsi-kongsikan bersama apa yg tak tu tinggal ja kat sini..Moga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa dibawah rahmatNya...Aminn

WaAllahua'lam..

Sekian dulu..wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt =)

Ditintakan oleh Puteri Mahsuri
1.55 am
6 Julai 2011

SEMANGAT YANG TIDAK AKAN TEWAS!

Assalamualaikum wbt salam petang hari..

Hari nie nak kongsi beberapa perkara:

Mode: Gelombang Tugas2 hakiki dan tugas sebagai HambaNya

Tanggungjawab..Perkataan yg membawa erti yg amat berat dan mendalam. Tanggungjawab adalah amanah yg ditugaskan untuk dijalankan dgn sempurna dan diiringi keikhlasan dan kejujuran. Jika seseorang itu gagal menjalankan amanah itu..maka dia akan disoal di Mahkamah pengadilan nanti..

Takut bila memikirkan banyak tanggungjawab yg perlu dipikul..yg tak dapat dijalankan dgn sempurna..
"jika sesuatu amanah yg dipertanggungjawabkan kepada kamu tidak dapat dilaksanakan dgn baik..pulangkanlah amanah itu"..kerana nanti kamu akan disoal tentang amanah itu..

Agak banyak perkara yang perlu diberi komitmen dalam pekerjaan dan dalam keluarga... Dalam pekerjaan perlu utk meningkatkan tahap kecekapan utk menjadi pekerja yg berdaya saing dan cemerlang..utk apa? jawapannya utk mendidik anak bangsaku..Melayu dan bumiputera..dan menigkatkan pengetahuan tentang ilmu Allah ini...

Dalam keluarga, tugas yg sedia ada ditambah lagi dgn tugas menjadi seorg kakak yg baik,tetapi prinsipku tetap sama "dalam kelembutan ada ketegasan". Rasanya patutlah Allah beri adik-adik lelaki..kerana senang utk dijaga dari adik perempuan..

(Kisahku)
Adik sepupuku, perempuan, kini dh pandai utk melanggar peraturan2 yg telah digariskan utknya..pandai mintak duit ja..lebih dari adik kandungku.. padaku Alhmdlh..Allah dh beri rezeki utk dikongsi kpd org lain..duit bukanlah perkara besar..tetapi amanah yg telah dipertanggungjawabkan kepadaku itu yg amat besar. Dh pandai keluar dan bermalam di rumah kawannya yg aku sendiri tak kenal..baru 2 bulan tinggal di sini.." sebab Awa seorang perempuan lah yg kak su bimbang, kena pandai2 bawak diri sendiri di asrama nie" mak awa dah lah jauh dan dah tak amik kesah dgn awa..jadi tolong bantu kak su utk jaga awa dgn baik! Kena jadi anak yg baik..

baru aku jumpa dia cuti isra' mikraj lepas, jumpa dia sebab duit dh abis..
(dlm fikiran).. kemana duit yg banyak dh diberi 2 minggu lepas??? jadi utk kepastian jumpa sendiri face to face.. katanya duitnya dicuri..Allahu'alam..betul ka tidak..
so, awa kena pandai jaga duit..bukan senang nk cari duit..susah awa...kena pandai berjimat..lama lagi awa nk sekolah..bukan kak su berkira..tapi kak su dulu pun susah jugak..dan ingat pilihlah kawan yg baik.."kawan waktu kita senang dia akn dekat dan berdamping dgn kita..tapi bila kita susah ..duit pun tk da..dia lari..tak kisah kawan dah..buat2 tak kenal pun! memang kawan mcm nie tak berguna 1 sen pun!
(..itulah antara nasihat2 aku kat awa..adik sepupuku yg ku diamanahkan jaga..baru 2 bulan..)

Patutlah org tua2 dulu dok kata: "baik jaga satu kandang lembu dari seorg anak perempuan" kini memang berbekaslah kata2 itu dalam diriku kini.. susah nya nk tegur, melawan,  degil dan tunjuk protes! Dia tak tau ka kakaK sepupu dia nie..penat, serabut tapi masih tersenyum..sebab nanti cepat berkedut! tak mau!!! Huhuhu..

Inilah antara pengalaman menjaga budak belasan tahun..selalu protes! degil.. darah muda..tak fikir panjang..penat memikirkan masalah si Awa nie..Selagi kak su boleh ..InsyaAllah akan jaga..tapi kalo rasa tak nk dgr cakap kak su dah..Awa boleh balik kat mak awa..kak su nk pulangkan balik amanah nie..sebab mungkin kak su dak mampu nk pikul amanah nie..tapi awa diberi peluang kedua.. jadi tolong bantu kak su!

Ya Allah,
Layakkah aku diberi amanah ini,
Rasanya tak termampu untuk pikul sendiri,
Kadangkala diri ini rasa tidak berdaya lagi,
Tapi ku cepat2 buang perasaan itu,
Kerana kupasti..
Engkau tidak akan membebankan hambaMu dgn Bebanan yg tak termampu oleh ku...

Ya Allah,
Berilah kekuatan dan semangat juang yg tidak pernah putus,
Jadilahku seorg Hamba yang tahu bersyukur di atas semua nikmatMu,
Jangan biar aku kufur nikmatmu..
Bantulah Hambamu ini dgn memberi jalan kemudahan dan ketenangan jiwa,
Sesungguhnya Engkau Maha pemurah lagi penyayang,
Maka YaAllah..KepadaMu aku berserah dan mohon pertolongan
Makbulkanlah permintaanku..
Aminn..

Sunday, July 3, 2011

HambaMu

LAGU TEMA IMAM MUDA 2011

Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah


Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah

Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Wednesday, June 29, 2011

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

a. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

c. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

m. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Dikongi daripada facebook al-hikmah.. moga2 kita semua dilindungi dan dibawah rahmat Nya..aminnn

Monday, June 27, 2011

Kem Kenari: SUKA SUKIE'S Club

27 Jun 2011

Bismillahirramahnirrahim..
Assalamualaikum wbt
Home sweet home! Setelah tiga hari meninggalkan Guar Nangka. :) rindu kat rumah, mak dan my lovely cats..(boboi, gebok and darus)..Jam 6.00ptg bas smp dlm perkarangan uitm..Alhamdulillah..yeayy! kini ku berada ni negeri yg aman, damai dan tenang.. =)


Kali ini ku berkesempatan untuk bercuti2 Malaysia walaupun dalam minggu kuliah.. Thanks to my Bos! =)
Tempat yg tak pernah lagiku sampai..dalam fikiran membayangkan hutan belantara lah sebab KEM Kesedaran Alam Sekitar  kat Kem Kenari Nature Park..Wah! nama mcm ala2 BTN gitu..memang pun..tapi tak lah masuk hutan 24 jam..hehehe..Bertemankan sahabat2 suka suki ku (As, Nani dan Jannah) kami berkongsi merasai pengalaman yg sukar dan jarang akan ditemui diusia begini..hikhikhik..ala2 student Universiti..kembali 5 tahun yg lepas..rasa muda dan bertenaga kembali! ahaks! tapi memang kami sweet-sweet 20++ laa...hehehhe


Al-kisah pengalaman kami selama 3 hari di sana...la la la ala..



25 Jun 2011
Tugas:dipertanggungjawabkan untuk mengiring student UiTM Arau ke Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKas) anjuran Jabatan AlamSekitar (JAS) Putrajaya bertempat di Kem Kenari Nature Park selama 3 hari 2 malam.. bermula sabtu hingga isnin. bertolak dari UiTM dalam pukul 11 pagi mengambil masa selama 2 jam ke kem tersebut yg terletak di Yan Kedah. Alhamdulilllah kami smp dgn selamatnya..setelah perut masing2 tgh berbunyi mcm tau2 ja..kami teruslah menjamu selera..sedap! walaupun dlm kem..hehe. Chalet yg kami tinggal ala2 best jugak lah..tapi tak lah mcm 5 stars hotel.. tapi amat selesa dan cantik!my student semua dpt tmp tidur yg baik..dlm dorm..okeylah kan..asalkan dpt tido. alrite lah kan...=). Hanya Icebreaking utk student pada ptg itu..
tetiba ja terasa zaman telah diundur kezaman sekolah menegah dulu..permainan "cap kelicap kelicap ca ca" ha! sesiap yg pernah main permainan nie..geli hati sungguh! dlm hati tuhan ja lah yg tau betapa diri nie nak main sesama bebudak...tapi mengingatkan..nasul! status tuuu.hehehe..takut2 sat lagi kena gelak dgn student pulak! ahaks! tapi kami sempat jugak main sesama kami..hehehe..gelak2 terkekeh2 hahaha..gelak2 sopan gitu.."ingat kita nie dlm hutan nie"..
Petang tu, jlan2 round2 kg..p beli aiskrim dan lepak2 dengan Tok Su hehehe. Tengah dok menikmati aiskrim yg lazat.." Assalamualaikum, cheq ni mai dari mana?" kami jawab lah reramai bgtau km semua dr perlih..mai kem kenari tu..sambil tgn tok su menjinjing plastik besaq berisi buah manggis!!! wah! rezeki2 tadi ja baru masing2 dok terbayang buah tu..memang kuat sungguh gelombang fikiran kami smp tok su bleh tau yg kami mengidam sungguh buah manggis! heheheh Apa2 pun Alhmdlh..memang murah rezeki petang tu..so sweet memory.. Baik la sungguh Tok Su tu..Moga Allah memberi kesihatan dan memurahkan rezeki tok su lagi..aminnn..
Malam tu letih lah..nak join diorg pun tak da smgat..kami buat ja aktiviti kami sendiri..walaupun satu tempat kerja..tapi masa nk duduk lepak2 mcm nie..manalah nak dpt..so, time  nie lah nk chit chat and so on..opsss..
(Rahsia kerajaan negeri Puteri Mahsuri ja tau) ;)
Nasul lah yg plg tidoq awal..hehehe..maap rasanya mlm nie yg paling awai tak pernah tidoq seawai jam 10 ahaks! nikmat tuuu Allah bagi bukan selalu..ahaks! ALHMDLH...

26 Jun 2011
Pagi2 lagi siapa yg tidoq awai dia jugak lah yg bagun awai..hehehe..semgt nk  p jungle treaking...yeay..yaeay! seblm apa2 pun kami warm up dulu..al-maklumlah terlalu muda! hehehe takut nanti balik kejang dan cekang terhenjut2 plak..semua bekalan air, revive, kcg sepat  menjadi bekalan kami sepanjang meredah hutan hehehe.. seingatku dah 8 tahun tinggalkan benda2 mcm nie..kali terakhir waktu panjat Gunung Ledang 2002 dulu nuh! takut jugak pada mula tu..tapi kuatkan semangat..dan teruja dgn buah-buahan disepanjang perjalanan kami kiri kanan buah2 kayu..(org putih kata) manggis, durian, dokong,rambutan, rambai, cempedak dan ect lah..Hai sedapnya kalau dpt makan free nie..huhuuhu..sesiapa ada sedara kat Yan bleh lah nk p lagi!!!
4 jam jugaklah kami meredah hutan, mendaki bukit, meredah sungai (cetek ja pun) dan smp jgk kami semua kat Tangga kenari 1000 tahun sebanyak 1164 anak tangga yg ada..kami naik tak??!!! huhuhu tak naik pun lah..rasa dh penat sgt..kalo naik alamatnya kena ambulan lah dtg amik..hikhik Sepanjang berada di hutan Rimba Asli nie..banyak jgk aktiviti hyg dibuat..menguji kualiti air sg disepanjang laluan..sehingga lah air terjun titi hayun..Alhmdlh..studnt bersemnagt buat test! Maaplah miss dah lepas dh zaman2 nie..miss just nk menikmati kehijauan dan keindahan Alam ciptaan Tuhan ja..
Petang tu, nani dan jannah kena say good bye to us..why2??? opss esok nani ada kelas yer! =) it's okey!
tetiba ja rasa teringat kat umahhhh..huhuhu..home sick..coz tak da ketaa..kalo ada my luv tu siap smp perlih jugak lah! tapi menginatkan tanggungjawab yg akan ditanya nanti..lupakan jalah angan2 tu nasul!
petang tu utk menenagkan kotak minda ala2 kotak suria (telur ayam pun boleh masak dlm tu!) student2 buat td..aku da as apa lg p lah main2 kat sg dlm kem tu..take picture beberapa kpg..layan ikan sepat dan ikan keli..ahaks! syok lah tgk depa swim2..betul2 menikmati masa yg tenangkan situ..bila lagikan nak smp mai..ermm...
Aktiviti pagi tadi diRasakan puas sebab peluh yg lama tersimpan dh dikeluarkan! sure punyalah esok pasti kekejangan dan sakit uratttt huhuhu..biasalahkan..malam tu ala2 dh letih..kami tak turun program pun ..biaq lah student2 ja bermain dgn fasi2 tu..ada BBQ lagi..tak pa..next time kita buat BBQ sendrii okey members of the club! hehehhe
Apa lagi stat zzzzzzzzzzzzzzz..la..tapi kul 4pg terjaga, 5 pg terjaga, last2 kul 6..tak jerap tidoq mlm nie..takut sama kut..hahahha


27 Jun 2011
Wah! yeay2! ari nie dh nak balik..plezzz..guar cempedak dekat sini..tapi tak mau! nk guar nangka jugak! Aktiviti Akhir adalah persembahan alam sekitar..hai memang lawak+kelakar+geli hati mcm kena geletek lah! terkekeh2 gelak lagi...smp keluaq ayaq mataku..hehehhe..apa2 pun all of you make me smilleeee..and make me proud! Thanks to all my students! great presentation! =)
Diakhiri dgn penyampaian sijil dan hadiah2  wah2! besaq2 hadiah ampa semua nooo!!!
Nak tergelak pulak bila teringat dialong nie "dipersilakan Pn Nur Nasulhah utk mengambil sijil.." my student kecoh2 " bukan Pn lah! Cik..Nur Nasulhah laaa..cik nasulhah mana kawen lagi!" tergamam MC majlis tu! smp dia explain " dalam majlis kerajaan, tak kira lah dia kawen ke blm..tetap dipanggil Puan"..hehheh.."owhh..ya kaaaa" masing2 mengiyakan..kiranya ari nie my student dpt lah info baru..supaya tak lah pelik sgt nanti..heheh
Kami bertolak pulang pukul 4 ptg dan smp dalam pkl 6ptg..Alhamdulillah..perjalanan kami selamat pergi dan pulang..itulah doaku dr awal program lagi!..takut jugak dah la bawak anak2 org masuk utan pulak tu!

Pengalaman yg plg tak boleh nk lupa @ moral of story:
1)Kena gigit pacat..nasib baik tak tau..tau2 pacat dah tak da..darah ja tak berenti2 smp lah letak minyak gamat..br berenti..kalo tau dr mula..dlm hutan tu dh jd hestiria rasanya..teriak2 jerit2 hehhe..nasib baik Allah tu lindung..alhmdlh..
2) Janganlah nak tunjuk poyo sgt..kita nie manusia..atas ka..bawah ka..kita nie tetaplah hamba Allah! siapa yg bertakwa dan beriman ja yg lebih tinggi darjatnya di sisi Allah..PLEZZ jgn tak pandai nk berkomunikasi dgn org..kita msg2 bawak nama jabatan dan organisasi masing2..biaq lah kita nie tunduk malu..bila perlu angkat muka cakap elok2..PR tu mesti baikk punyaa!
3) Semangat berkumpulan dan disini dapat lihat setiap org adalah pemimpin..cuma mereka ini tidak diberi peluang utk menggilap kemampuan dan bakat masing2! At least dgn program ni aku lebih mengenali mereka dan mereka lebih mengenali diri mereka sendiri..InsyaAllah..aminn..
4) Rezeki Allah tu dtg dgn tiba2 tak diminta..mcm kisah kami berempat dapat manggis free dr tok su..cuma permainan gelombang fikiran dan izin Allah juga lah...murah rezeki kami prtang tuh! =) Terima kasih tok sue..cucu2 nie rasa bertyuah sgt jumpa tok su..tambah2 lagi cik Jannah nie..ramahnya mengalah kan kami semua..good attitude! nie yg mak mentua suka nie..hahahaha..
5) InsyaAllah jika Allah masih memanjangkan umurku..pasti banyak lagi tempat2 yg baru akan diri ini sampai..mengikut peluang2 yg diberi oleh Nya..Aminn..

Semoga all the members of suka sukie's club enjoy dgn trip kali nie..InsyaAllah ada rezeki dan peluang pasti ke tempat lain pulak kita nanti!
Sekian dulu CERITERA realiti bukan fantasi drpd PUTERI MAHSURI.. =)