Wednesday, July 13, 2011

Natural VS Normal

Assalamualaikum wbt

Jari jemariku ini kembali untuk menekan keyboard setelah seminggu off :). Kesibukan yg melanda seminggu ini membuatkanku banyak cerita untuk ditintakan.. rasa2 ini adalah diary syukurku kepada Maha Pencipta Allah Az-zawajalla..

Pagi ini sempat dengar radio IKIM, bersama Prof Dr Muhaya membincangkan topic mengenai ketenangan hati dan jiwa..tak ingat slot apa..maap..She is the one that i really want to meet and to talk ..LIVE! Perhaps one day i'll meet her!

Kata-kata " kita nak rasa bahagia atau kita nak org lain nampak kita bahagia?" "Jangan fikir orang akan cakap apa..tapi fikirkan bagaimana kita akan rasa bahagia itu!"..ermm satu persoalan dan konklusi yg menarik.

Kita sering bimbang kalau org akan cakap benda2 yg kurang menyenangkan mengenai kita. memang itu adalah fitrah..tapi salah kah jika kita buat perkara yg kita suka dan bahagia untuk diri sendiri walaupun dimata org nampak benda itu merugikan kita.. Contoh: Sebab apa duduk kat kampung, sebab apa tak duduk kat bandar...kat bandar banyak entertainment, kemudahan, dan sebagainya..kat kg apa ada???.. itu soalan yg sering diajukan oleh rakan2..hehhe..nak tau jawapan?!

Dikampung, saudara mara banyak, kalau kita susah atau sakit ada jugak yg akan menziarah dan menolong, kat kampung udara masih bersih, masih dengar lagi kokokan ayam jantan waktu subuh, masih hijau lagi permandangan sawah padi, masih redup dan rendang pohon -pohon getah. Kat kampung jalanraya tak jem..tunggu hari raya ja..kalau kat perlis nie la..Kat kampung rasa amat selesa dengan rumah yg ada laman, boleh tanam pokok2 buah-buahan..tiba ja musim buah..macam pesta! dgn rambutannya, dokongnya, duriannya, petainya...dan mcm2 lagi lah!.. walau apa pun sebabnya..ku amat bersyukur kerana Allah masih beri peluang utk ku berbakti kepada mak dan keluarga.. inilah yg dikatakan BAHAGIA!

Natural adalah perkara yg semulajadi..contoh perasaan yg dtg dari dlm diri dan hati.. Normal adalah perkara yg biasa dilihat dan dilakukan oleh org..ia bukan lah dtg dr dlm diri, ia datang dari persekitaran sekeliling.. contoh: normal lah org jogging petang2..sihat tubuh badan..tetapi jogging petang2 tu bukan dtg dr diri dan hati..ia dibuat adalah kerana berat badan dh naik..nak tak nak..kena lah jogging..nanti org nampak kita gemuk!..heheh

Contoh perkara semulajadi: perasaan sayang kepada kucing..mcm mana letih sekali pun kucing tetap akan diusap dan diberi makan. sanggup beli makanan yg mahal sebab kita syangkan kucing kita! mungkin org lain akan cakap mcm2..bagi ja lah ikan dgn nasi..save budget sikit.. tapi sebabkan kita sayang amat2 kucing kita tu kita jamu dia friskies..biarlah duit melayang asalkan kucing kita sihat! jgn dgr ckp org..degarlah kata hati sendiri agar kita akan rasa bahagia..bukan diorg pun bg kat kita duit kan..heheh..tapi kalo sayang kat kucing ajarlah kucing kita hidup low profile..makan ja apa yg ada..dan tidak memilih..mcm boboi..hehhe..nasi + ikan rebus ja! itu pun dh amat2 sihat!.

Normal dtg dari moral..iaitu physical appearance..pandangan luaran. Natural itu datang dari dalam diri..kalau hati bersih tindakannya pun InsyaAllah baik. Sejuk hati tengok org baik2 nie.. arap2 kita nie pun  dalam golongan org baik2..aminn..

Satu lagi kata Prof Dr Muhaya: Berbahagialah kamu jika kamu org yg sibuk..kerana masa kamu telah digunakan untuk perkara2 yg bermanfaat.. sejuk rasa hati..bila drg prof kata mcm tu.. =). Org yg sibuk adalah org yg tak cukup masa..bukan tiada masa..Dan pastikan masa2 kita yg sibuk itu digunakan utk perkara2 yg berfaedah kepada komuniti masyarakat sekeliling, jiran, sedara mara, rakan, sahabat dan keluarga. Apa2 pun semua perkara yg dilakukan niatlah kerana Allah SWT.
Jadi Alhmdlh..ku adalah salah seorg yg sibuk..heheh..insyaAllah. niat tu penting.. Matlamat mesti jelas! jgn bazirkan masa dgn perkara yg laqa'..kelak binasa dan merana diri..huhuhu.. Ingat memperingati.. ingatan utk diri sendiri jugak..

Dalam minggu ini.. networking pun dah bertambah dgn lawatan kat Jabatan Kimia Kedah dan kilang kat Penang. Berjumpa kembali dgn junior dan senior..Alhmdlh..menyebabkan trip kali nie amat2 bermakna..betullah..bertemu dan berpisah kerana Allah pasti akan ada hikmahnya.. waktu dh nk bertolak balik dr Jabatan kimia " Macam pernah jumpa ..tapi kat mana.." tanyaku kpd salah seorg pegawai kimia kat situ. " Itulah mcm nak kenai..tapi kat mana kan?" setelah direcall2 balik..rupanya owh! junior MRSM Beseri satu blok Ekhwani dgn  dia.. Izzati namanya.. patutlah mcm pernah jumpa..Alhmdlh..jumpa balik..lepas nie insyaAllah akan lebih contact2..nk buat research senang lah sikitkan..ermm.. =)..itulah hikmah disebalik pertemuan.. moga lebih ramai lagi conection yg dpt dibuat.. baru hidup lebih sempurna!

Apa2 pun setelah ding dong..ding dong.. Dapatlah keputusan utk ke Course kat Bukit Tinggi Pahang.. Itulah kalau dah rezeki memang tak kemana..dah bg org lain ganti ..tapi last minute  dia tarik diri.. last2 dapat lah diri ini pergi ke satu lagi tempat idaman "BUKIT TINGGI" ..nak survey kot2 tempat nie best ..bleh masuk dlm list menunggu.. =) ahaks! Memang dlm hati kecil tu kata nk pegiii..tapi takut nk bagitau..At last, hati besar mula bersuara..akhirnya rezeki ini berpihak kepada ku..Thank you Allah "ALHAMDULILLAH"!

Diakhirkan diary kesyukuranku kali ini dgn ucapan teriam kasih kepada Hanani, kak syimi dan semua bos2 besar (pengurusan Uitm) keran memberi kemudahan dan peluang utk diri ini berjalan2 dibumi Allah menimba sebanyak mungkin pengalaman dan peluang yg kdg2 tu hanya dtg sekali ja.. Tak pernah lupa kepada Mak yg sentiasa berdoa yg terbaik utk anak mak ini.. LUV u so much mak! tapi cik nak kena tinggai mak lagi minggu depan..huhuhu..tak pa nanti ada masa kita pi sama2 kat bukit Tinggi tu..bagi chance la cik survey dulu..ahaks! =)

Sekian.. Mogaku menjadi lebih kuat dan ingin menjadi seorg insan dan hamba Allah yg sentiasa mensyukuri nikmat dari Mu..Ya Allah.. AMIN..


No comments:

Post a Comment