Assalamualaikum wbt,
3M.. sekrang hidupku sedang membina 3M ini...
Kalo lah diberi kertas soalan kimia untuk dijawab mungkin lebih senang dari mempelajari 3M ini..
Nak diikutkan dah lama M yang pertama nie dipaktis dalam dunia student dulu..
1) MEMAHAMI..
Untuk belajar subjek yang tak mempunyai perasaan dan tindak balas nie memang amat mudah.. namun ia berbeza kepada sesuatu subjek yang bernyawa dan diberikan fikiran juga perasaan oleh Allah. Susah Bangat! Nak tak nak kena belajar dan mengaplikasikan juga M yang pertama nie kalo rasa nk hidup bahagia.. =)
2) MEMAAFKAN
M yang kedua ini sering jarang dilakukan jika hati dah betul2 sakit dan kecewa.. tapi ingat Allah akan lg sayang kepada orang yang selalu memaafkan ini.. tenang hidupnya.. Setakat salah faham sikit-sikit tu kira halalkan je lah atau dalam erti kata lain maafkan ja lah.. biar beribu kemaafkan diberi kesannya nanti... hati, wajah nampak muda kan.. awet muda sentiasa! =)
3) Memotivasikan
Ini kepada yang bergelar, guru, ustaz, ustazah, termasuk juga pensyarah suka sangat dengan M yang ketiga nie.. Asal nampak ruang ka boleh bagi motivasi pasti kata2 yang bersemangat akan keluar dari mulut mereka..heheh Bukan apa nak ajak semua yang sedih2, stress2 tu reset minda untuk menjadi ceria, gembira dan lebih bahagia.. Sebenarnya kita boleh check diri masing2 adakah kita bahagia... tanda2 org bahagia ( bila malam, letak ja kepala kat bantal terus tidur sampai pagi) kalo ada sesiapa yg mcm nie.. kira korang bahagia lah.. =) kalo Allah kejutkan dlm kul2-3 pagi tu apa kata bangun sekejap.. kalo tak nk bangun pun berdoa kejap apa yg kita rasa nk mintak kat Allah.. lepas nie boleh praktis.. =)
Sekadar berkongsi sekejap.. Tip utk hidup lebih bahagia!
Wassalam..
No comments:
Post a Comment