Thursday, September 22, 2011

Diari Kesyukuran I

Assalamualaikum wbt

Hi blog! =)
Salam penghulu segala hari, jumaat..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerana memberi kepadaku kesempatan dan ruang pada detik ini untuk bernafas, dan berpijak di bumiMu ini.. Hati yang senang dan tenang, kehidupan yang baik bersama teman2 yg sentiasa ada disisi bergelak, bersedih dan bekerjasama dikala susah dan senang..

Semalam, (22.9.2011)
Alhamdulillah, satu majlis yang agak meriah dan penuh syukur telah jaya diadakan..dengan izinMu Ya Allah.. Thanks Allah.. =) Majlis utk meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas segala kurniaMu..Bila tetamu bertanya majlis apa nie??? ada yg kata majlis hari jadi adik su ka? ahaks! yelah merangkaplah..sebab ari tu sambut dalam bulan ramadhan tak sempat nk sambut betul2! hehehehe..Apa2 pun semua berpuas hati dan gembira cuma sedikit letih la..tapi tak pa happy! dari pukul 5 ptg hingga 10 mlm layan tetamu...

Ha nak tau menu?? heheh mcm biasalah apa2 ja yg ada dlm blog 'my sweet home' disajikan semalam..antaranya mee kari, makaroni, pizza fresh from oven!, kek coklat, bubur kacang dan kuih raya..+ air oren =) sememangnya mendapat pujianlah! suka kan bila org puji..harap2 org puji ikhlas..hehhehe


Yang paling letih adalah kak not, mak and kak zizah (sepupuku) lah! maaplah cik tk bleh cuti kelmarin.. thanks jugak kpd org2 kampung Banggol sena dan sedara mara coz dtg dari pagi tolong masak2 menu utama mee kari.. sambil tlong masak..tolaong lah makan jugak..terima kasih setinggi gunung everest! ^_^

Malam pulak turn kawan2ku, ramai yg turun 5 family dan ramai jugak kwn2 yg single2! gamat rumah dgn korang semua..suka sgt2! walaupun kita berada di penghujung syawal... kita masih berpeluang berkumpul2 mohon maaf dibulan yg mulia ini..setahun sekali ja mcm nie pun..rasanya lama dh tak buat open house mcm nie..last syawal terakhir abah...dah 4 tahun sudah... "Alhamdulillah abah, kami dh berjaya buat yg terbaik dan kami berjaya menjaga business abah setakat kami mampu" mungkin bila abah dpt tgk mesti abah bangga dgn kami..doakan kami supaya lebih berjaya dan menjadi anak2 yg baik..aminnn..

Thanks to Ija & Man bersama aqilah dan aqif yg cerdik! Salwani & hafiz bersama sepasang baby yg cumel2! Fizah dan suami bersama naufal, Kak amirah dan suami bersama amsyar dan baby bam bam! En lan & kak na (bersama ipah, izzah, husna, iman dan anis), Fauzi & kak ani, kak syimi, hanani, asnida, azim, najwa, ina, siti, lyn dan aishah..thanks dtg utk memeriahkan majlis..tanpa kawn2 semua dan izin dariNya mana mungkin berjaya majlis ini.

Walaupun sibuk dgn urusan final exam, conference dan lain2.. inilah masa yg terbaik untuk menguji ketahanan seseorg itu.. tahap prestasiku dpt diukur coz dapat bekerja under pressure! best..alhamdulillah semua kerja sempurna..walaupun terpaksa tidur pukul 3 pagi setiap malam..

Pagi nie attend meeting SKAM24.. banyak perkara yg telah diupdatekan.. selepas ja meeting..apa lagi nk bersuka rialah sekejap! ahaks! =) "Yeay!!! jamuan hari raya! wah memang meriah dan semuanya sedap2 belaka..yg paling best ABC.. dua kali lah beratur amik..hehehehe..faveret tu! "bila kita gembira makan ABC, bila kita gembira beginilah caranya.. bila kita gembira makan ABC! =) =)

Alhamdulillah..dptlah jumpa kawn2 dr semua bahagian..salam2 mintak maaf..nama ja satu uitm tapi jarang bleh nk jumpa coz opis lain2.. Take pict.. beberapa keping ..sempat lg tuh!

Apa2 pun petang ini misi yg paling besar..ada perjumpaan rasmi dgn president Analyst berkenaan dgn conference kami di langkawi 21-23 November 2011. Hotel dh fully booked! memang mendapat sambutan hangat sgt2 mcm pisang goreng..ahaks! yang pasti bilik kami kat One Hotel Helang tu memang terbaik lah! heheheh boleh pilih2 pulak..!

Alhmdlh..kehidupan kini rasa senag hati dan alhmdlh gumbira... ku berdoa utk yg baik dlm kehiudpan di dunia ini..moga segala warna2 ceria menghiasi hidupku setiap detik dan setiap hari..mogahari2 ku semakin bermakna..amin..

Agaknya dh abes sudah cerita tentang diary kesyukuranku sehingga detik ini..yang sedih2 ku buang jauh2 tak nk ingat sudah! Hanya yg best2 dan menyenangkan hati ja nk share dgn awk bolg! thanks coz benarkan ku menyimpan di dada mu.. =) =)

Bubye! bila lg akan kita berjumpa yer! tgk2 lah bila ada best2 story I nk share dgn U!..Hargailah kehidupan anda!
Wassalam..

No comments:

Post a Comment