Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana izinNYa program yg dirancang lebih kurang sebulan ini telah berjaya disempurnakan.
Bermula dgn mesyurat setiap minggu dan usaha dan kerjasama sahabat2 uitm dan juga penduduk kg dan sahabat2 kg banggol sena, satu sejarah telah tercipta pada tanggal 21 OGos 2011. Amat bertuah kerana diumur yg baruku ini, telah terlakar satu peristiwa bersejarah dlm diari kesyukuranku..alhmldh.
Seramai 150 anak2 muridku telah berkg sehari dikg ku..dgn persiapan makanan, gotong royong, dan hubungan kemasyarakatan antara para pelajar dgn penduduk kgku dan juga penduduk kg seberang tok pi, kuala perlis, para pelajar telah mendapat suatu pengalaman yg manis dan amat terharu kerana ada yg ucapkan rasa gembira dan ingin kembali lg ke kg ku ini..dialog anak2 muridku 'miss kalau nak balik kg, kami nak ikut jugak tau!' tercengang juga awal nya.. ' eh, nie kan kg saya, sy dh ada kat kg sy..' ' miss kami dapat tok angkat kat kg nie!so, nanti hari raya kami nk dtg beraya kat umah tok angkat kami!' =) ..senang hatiku bila dengar luahan hati pelajar2 ku..rasa program ini telah menyentuh hati2 kecil mereka utk merasai sedikit cebisan kasih sayang dr org2 kg ku..
Walaupun cuaca tidak begitu baik ketika waktu berbuka..namun alhmdlh..majlis diteruskan dgn sempurna.. Dgn kehadiran sahabat2 seperjuangan uitm memberi suntikan semangat utk ku berdiri kuat lagi selepas ini..ku mohon YA Allah berikanlah kemudahan semua urusan ku demi mencorakkan warna warni kehidupan yg berlandaskan ISlam kepada org2 disekekilingku..disamping bermasyarakat, aspek agama akan tetap ku sebarkan dan mohon diberi kekuatan utk mendidik jiwa2 muda kearah kebaikan..amin...
Program yg bermula dari pukul 10pg hingga 10 malam lebih kurang 12jam..INsyaAllah akan diberkati oleh Allah SWT.. Apa yg baik semua dr Allah dan yg terkurang adalah atas kekhilafan diri kami yg baru utk belajar mengenal kehidupan bermasyarakat.. Moga program2 yg akan dtg lebih 'bombastik' dan menjadi saham ke alam yg kekal abadi nanti..InsyaAllah.
Dikesempatan ini, ku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd para penduduk kg banggol sena atas komitmen yg telah diberi atas dasar menyokong perjuangan org muda belia! Dan kpd pihak uitm yg telah meberi sokongan yg tidak terhingga dari segi wang, masa dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa berbuka puasa di tempat saya.. Tak lupa kepada Timbalan pengarah penyelidikan dan jaringan industri, DR azlan, DR saidatul, pn zaini, kak syimi, asnida, hanani, kak ros, fauzi dan hafiz kerana telah menjayakan majlis uitm kali ini..ini merupakan hadiah pengalaman yg tidak terhingga buat saya..pensyarah baru yg masih muda belia =) yg perlu kpd tunjuk ajar yg banyak lg utk masa depan.. Ingin menjadi seorg insan yg dpt berkhidmat kpd agama, masyarakat dan anak bangsa! Tiada ucapan lain yg dpt diucapkan selain TERIMA KASIH, SYUKRAN & ALHAMDULILLAH..
Ku hanya berdoa agar Allah memberi kehidupan yg indah dan ceria di dunia ini..tempat perhentian utk mengutip saham2 Akhirat..moga bekalan yg tidak seberapa ini dpt dibawa ke kehidupan yg kekal abadi di sana nanti..amin.. Kata ustaz khadir waktu tazkirah zohor td.. Mengajilah Al quran dan assunnah..pasti kamu tidak akan sesat.. Moga kami semua dibawah lindungan rahmatMU Ya Allah..amin...
.
No comments:
Post a Comment