Saturday, December 18, 2010

TeamBuilding @ Pangkor Island


15-17 December 2010


Hai Blog!

Nak coret apa yg terjadi sepanjang 15-17 december 2010 (rabu-jumaat)


15 dec.2010

Seawal pagi dh siap ke uitm utk naik bas..sampai2 tgk ramai dh sampai.8..30pg kami semua seramai 47 orang bertolak ke lumut da seterusnya ke pulau pangkor. dalam perjalanan yg tak tau lagi best ka dak..berenti kat kaw rehat gurun ..sarapan pagi kat sini..

meneruskan perjalanan ke lumut..kami sampai di jeti lumut dalam pukul 2.30 ptg..naik boat mcm kat langkawi..amik masa lebih kurang 30 min.. smp2 ja..boleh tahan lah..tapi tak lah semaju langkawi...perjalanan kami diteruskan ke Pangkor Indah Beach Resort. amik masa lebih kurang 15 minit.Tempat dimana kami akan bermalam dan menjalankan aktiviti..

jam 5.30 petang kami semua berkumpul di bilik serbaguna resort ni untuk majlis perasmian teambuilding uitm Perlis. MOULDER nama kumpulan fasilitator yg terdiri drpd kakitangan Uitm Terangganu..(4 orang: Prof madya mejar ustaz Zaid, ustaz wan, kapten mansor, kapten Amri dan en samsudinen hamdan) Gabungan pensyarah, pegawai keselamatan, dan dan pengurus asrama.

Aktiviti dimulakan dgn solat maghrib dan isyak jamaq secara berjamaah. selesai kuliah maghrib. mulalah aktiviti yg ditunggu2..apa ye? best ke? (bermain2 dlm fikiran)


AKTIVITI 1: CERMIN DIRI

terus terang rasanya aktiviti ini paling mencabar minda, mental, emosi dan sebagainya..walaupun hanya diberi beberapa soalan untuk dijawap dlm masa 30 min..ingatkan esei..memang esei pun..tapi mencabar kewibawaan sebagai seorg umat Muhammad S.A.W dan hamba Allah yg kerdil lagi hina..

antara soalan2nya..Tuliskan kalimah syahadah dalam bahasa asalnya beserta dgn maksudnya..Alhmdlh soalan ini lepas..berikan maksud surah Al-Fatihah. Tuliskan maksud bg setiap ayatnya...soalan seterusnya..apakah yang terkandung dalam akta perlembagaan 153? FUH! semakin mencabar..berikan rukun sah solat mengikut turutan dalam tulisan jawi..berikan rukun syarat sah wuduk mengikut tertib dlm jawi. berapa orgkah anak nabi Muhammad, apakah misi UiTM..rasa2 ingat yg itu ja..dlm masa 30 min semua peserta diminta menjawab..'

Moral of this activity:

Ilmu tanpa Amal bagaikan pohon rendang yg tidak berbuah! terlalu asyik dgn ilmu keduniaan sehinggakan akhirat diringan2kan... Baruku sedar betapa ceteknya ilmu ku ini.. Alhamdulillah aku masih diberi nafas utk ku belajar apa yg perlu..satu lagi..kalo dh lama tak mentelaah..mcm nie la jadinya..LUPA!!! lepas nie ramai2 lah kita cermin kembali diri kita..dimana kita sekrg..lebih majukah, ditakuk lama kah atau dah hanyut dibawa arus...fikir2kan lah..


16 dec 2010

aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh..DLM kuliah ini ustaz wan membawa kami semua dengan persoalan..apakah tanggungjawab kita sebagai khalifah, hamba Allah dimuka bumi ini..dan perkara yg paling utama mengenai solat berjemaah..teringatku pada satu dialog ustaz wan (pensyarah bahasa Arab) kalaulah pahala 27 tu diberi dlm bentuk wang/duit pasti ramai org yg akan soalt berjemaah..yelah..pahala kita tak nampak..Allah janji nk bagi kat akhirat nanti..duit, sah2 nampak kan?! ermm..ini dituju khas buat para mujahid2.. :)

AKTIVITI 2: @ CORAL ISLAND

Pengalaman yg tak boleh nk dilupakan..awai2 dh nangis/teriak(huhuhu) nasul nie tgk ja brutal..heheh..tapi hati lembut..ahaks!takut air pun bleh teriak..nak wat camner dah nk lemas..pastu org lain tak mau tolong..coz depa kata dh ada safety jacket mana bleh lemas! tak setuju!!! boleh lemas kalau kita cemas dlm air walaupun pakai safety jacket.. Tapi Alhmdlh..nasul berjaya jugak smp ke darat..kat sini mulalah blajar floating, swimming, and snorkeling. Nabi pernah berpesan ajarlah anak2 mu 3 perkara, berenang, berkuda dan memanah. jadi wajib kita tahu berenang. subhanaAllah..cantiknya hidupan kat dlm laut..berwarna warni..nimo pun dpt tgk. gamat,ikan2 kecik..coral ja yg tak clear..tak cantik sgt coral2 kat sini..mungkin tgh laut lagi cantik.

moral of the activity:
buangkan ketakutan yg ada dlm diri..ketakutan itu adalah mainan syaitan!

Aktiviti 3: MUSANG BERJANGGUT

Aktiviti ini pulak waktu nk carik makan tghari.. mula2 kena menyumpit kad2 yg ada gambar beras, ayam, bawang,rempah, garam, kicap, sardin, gula,minyak dan teh. alhamdlh group kami kump 3 menanag huraaayyy!!! dh dapt semua mulalah memasak, ada yg masak nasi, panggang ayam, masak sardin dan sayur..dalm 2 jam semua settle dan siap utk dimakan..awai jugak siap masak..menunggu group lain kami main air lagi...ayam kump kami mcm kenny rogers yummy sedap! tgklah siapa yg perap! ahaks! apa2 pun kami makan dengan seleranya mcm picnic gitu..

moral of the activity:
bersatu, dgr ckp ketua sebgi pemimpin, kena ada ihsan dgn org lain, perlu kongsikan apa yg ada..walaupun sedikit mesti kena kongsi..barulah harmoni..

AKTIVITI 4: Penguin

main lawan lari tapi gaya penguin..guna lutut utk lari smbil tgn ikut gaya penguin! ini kump kami kalah huhuhu..susahnya nk jalan kalo guna lutut..

moral of the activity:
semua org tak sempurna..kita yg sedikir sempurna ini kena jugak rasai kesusahan org yg cacat bagaimana susahnya mereka utk melalui detik2 sebegini... sebagai yg sempurna perlulah selalu muhasabah diri..mungkin dr fizikal kita sempurna tapi rohani, mental adakah kita sempurna? mari bermuhasabah diri..Jom!

Aktiviti 5: Snorkeling

Walaupun letih nk rasa jugak tgk ikan yg cantik2..so kenalah panjat bukit turun bukit..jumpa batu besar..yg memang licin ..adalah 30 min..main2 dgn ikan2 tu..rasa waktu nie dh abih tenaga dah coz letih..tak laratdh nak balik..tapi siapa nk duduk kat coral islan nie..mana ada org yg duduk..tapi makhluk Allah yg lain ramai yg menghuni disini..heheheheh

moral nya:
ada peluang mesti guna..bila lagi nak datang pangkor nie..dan bila lagi nak snorkeling lagi.. aktiviti yg menarik dan relax..

Aktiviti 6: solat maghrib dan isyak jamaq

Sukanya.tenang bnyak ilmu dpt dlm kuliah maghrib ni...malam nie tajuk Al-quran..betapa kita ini lalai dgn benda yg memang melalaikan..boleh nak karaoke pun tapi ingat..baca alquran itu jgn tinggalkan..semua diceritakan dlm al-quran.. Rezeki yg halal akan menyebabkan anak2 bijak pintar, soleh dan solehah! crita pasai kerajaan nabi sulaiman yg terlalu sibuk dgn urusan dunia..sampai tenteranya tak sedar yg nabi sulaiman dh lama meninggal hingga kan anai2 dh makan tongkat baginda..walau bagaimana sibuk sekali pun tanggungjawab kita pada Allah itu lebih penting dr segala2nya..solatlah diawal waktu..dan pada mujahid2 solatlah di masjid..lagi bagus..jalan lah kaki banyak sikit pahala yg dapat (nie kata2 ustaz wan..yg telah dirakamkan dlm ingatan) memang berjemaah yg terbaek! Dunia nie tmpt kumpul saham yg berupa amalan2..yg kekal abadi akhirat sana..apa yg kita kan tinggalkan bila dh meninggal? ilmu yg berguna, sedekah jariah dan anak2 yg soleh dan solehah! ingat..utk mencapai semua ini..doa lah semoga Allah sentiasa permudahkan utk mendapatkan apa yg kita perlukan utk mendapatkan saham2 ini..mlm pulak BBQ! biasa ja..chef resort tu yg tukang masaknya..biasa2 ja,,boleh la..mkn..alhmdlh..


17 dec 2010

jumaat yg sejuk dan barakah! hari terakhir km di sini..

Aktiviti terakhir..menaikkan bendera teambuilding! dari pada 12 paip..kami semua dpt dirikan dan naikkan 8 batang paip utk kibarkan bendera. hukum2 fizik digunakan..heheheh..kat sini bleh nampak ada semua peranan..ada yg memberi arahan, ada yg mengikut sahaja, ada yg duduk saja tgk jerrr.. ada yg bekerjasama ada yg tidak..inilah organisasi kita..


Moral of activity:
sesebuah organisasi itu memerlukan anggota/ kakitangan yg terbaek dalam bidang masing2..sebagai seorg pekerja kita mesti mempunyai integriti, timbang rasa dan semualah nilai2 murni..baru cemerlang terbilang dan gemilang!!! :)


solat jemaah terakhir pada jam 2.00ptg di sini..kami berkampung selama 3 hari dua malam..mcm2 perkara dpt ditinggalkan sebagai kenangan yg terindah..yg baik jadikan tauladan dan yg buruk tu tinggal ja kat pulau nie! kami bertolak jam 3.45 ptg dr pangkor dan smp ke uitm jam 10.45 mlm.

Maka berakhirlah kursus Teambuilding anjuran iLQAM UiTM Perlis..
Itu sahaja yg dapat dikongsi utk kwn2 semua..

MOTTO TEAMBUILDING:"PERPADUAN MENJANA KECEMERLANGAN"


2 comments:

  1. TQ Nasul..
    sbb tlg peringat..
    rsa jgk diri ni dah smakin lalai..
    dh smakin kurg beramal.

    mmg nak kna sentiasa muhasabah diri mcm nie.
    perlu teman yg slalu dpt tegur kita..
    supaya xmudah lupa

    ReplyDelete
  2. Apa yang perlu dikongsi..sebar2kan lah..
    Sebenar nya setiap hari seblm tidur kita kena muhasabah diri..ini ingatan utk saya jugak..

    kita perlukan teman yg sentiasa ingatkan..kadang2 kita lalai dgn duniawi
    InsyaAllah sama2lah kita ingat mengingati..
    itu gunanya SAHABAT!

    ReplyDelete