Saturday, May 1, 2010

BERJAYA DAN TAHNIAH!


1 MEI 2010


hari ni merupakan hari pekerja"selamat hari pekerja".


Aktiviti paling best pagi ni adalah organized 'program amal titian kasih bersama rumah kanak-kanak arau". Tiada ucapan yang terbaik dan tercantik dapat ku ungkapkan selain 'ALHAMDULILLAH'. Allah telah beri peluang untuk kami belia-beliawanis MAYC Kaw Pdg Besar untuk tunjukkan kebolehan kami dalam menguruskan dan menganjurkan sesuatu program. Sapa kata belia tak boleh.! kami dah tunjukkan bahawa kami boleh!


kadang2 terfikir jugak..pertemuan dan perpisahan yang tuhan rancang tu ada hikmahnya..dlm menguruskan program ni..Allah telah temukan ku dgn classmate ku waktu kat MRSM Beseri dulu..'MRSM B IS THE BEST,THE BEST IS MRSM B' inilah slogan kata kami sepanjang 2 tahun berada di mrsm beseri..Hari ni dengan kudrat yang ada belia MAYC telah dpt menunjukkan kebolehan dan kepintaran dalam menguruskan sesuatu program. semua ini adalah dtgnya dr tuhan..tak sangka setelah 10 tahun kami (saya +pengetua RKK Arau) dah masuk ke alam yang mencabar..iaitu alam pekerjaan yang memerlukan kami ebih matang dalam menguruskan sesuatu perkara. mungkin ini adalah suatu permulaan yang baik!insyaAllah..


hari ni walaupun lepas program letih tapi hatiku berbunga2 kegembiraan..bila lagi akan ada masa seperti ini..

kepada adik-adik dan kawan2 belia kg banggol sena, kak su amat berbangga dan terharu atas usaha yang kalian tunjukkan.semangat yang kalian tunjukkan menjadi inspirasi kepada kak su untuk teruskan apa yang sedang kita rancang..dulu lain, sekarang lain..sekrg lebih baik dr dulu ..maksudnya kita ke arah menuju kecemerlangan..


momentum tgh bagus sekarang..jadi kita jaga momentum kita untuk terus maju dan mantap.

'1 belia ,1 malaysia' slogan yang kita semua kena pahatkan dalam hati..sebab kita lah pewaris agama,bangsa dan negara. sesuatu negara akan kuat dan utuh sekiranya ada pelapis generasi muda belia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup berkorban apa saja untuk agamanya, bangsanya dan negaranya.


apa yang penting bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..lidi kalau sebilah manakan boleh melawan lidi yang seikat..jadi nasul kak su doakan, semoga Allah masih memberi hati yang ikhlas, jasad yang sihat dan minda yang cerdas untuk terus kita menjayakan misi kita untuk menjadi persatuan yang cemerlang diantara yang terbilang!


akhir coretan, ku amat bersyukur diatas kurniaan Nya selama ini..terima kasih Allah..

No comments:

Post a Comment