Manisnya kehidupan hari ini...
Kehidupan hari ini merupakan hasil usaha gigih seseorang yang bergelar 'ABAH'..
Rinduku pada abah tak dapat nk diungkapkan atau diexpresskan dengan kata-kata dan perbuatan..hanya doa untuk abah kuiringkan selesai solat dan ketika hati ini teringatkan abah..
Mengapa abah pergi terlalu cepat...belum pun sempat kami membalas jasamu..yang sememangnya banyak berjasa untuk kami menjadi seseorng pada hari ini..Betapa gembiranya hati abah jika dapat melihat kami semua berjaya dalam kehidupan hari ini..alhamdulillah..
Tapi aku sedar yang abah merupakan insan yang hanya dipinjam seketika untuk kami..belum pun puas kami merasai kasih sayangmu...banyak rasanya perkara-perkara yang tak sempat dilalui bersamamu..banyak lagi crita-crita yang anakmu ini ingin berkongsi denganmu..banyak lagi pengalaman-pengalaman abah, yang belum sempat abah critakan kepada kami..dan banyak lagi nasihat-nasihat yang abah belum sampaikan kepada kami...bertujuan menjadi panduan dalam meniti kehidupan di masa hadapan..yang belum tentu manis atau pahitnya lagi...
Namun usaha yang telah kau buat untuk kami..berhasil..latihan-latihan yang abah berikan semasa kami kecil hingga dewasa..kini menjadi guru kami diperjalanan..terima kasih ABAH!
Al-fatihah buat abah yang paling aku rindu dan tak pernah sesaat pun aku melupaimu...akan ku jadikan abah idolaku..untuk mencari teman diperjalanan sehingga sangkakala pertama ditiupkan.....seakan-akan sepertimu..ku tahu..abah juga merindui anak-anak abah yang taat pada perintah ibu bapa dan Allah..
Doakan kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan InsyaAllah kita akan berjumpa di syurga yang dijanjikan kepada sesiapa yang beriman dan disayangi Allah...aminn...
tersentuh dengan kata2 tu.. teruskan usaha dan sentiasa berdoa untuk dia kerana ia adalaha mahar untuk sana..
ReplyDeleteermm.terima kasih...
ReplyDelete