Tuesday, May 29, 2012

Beautiful life

Assalamualaikum wbt..

Lebih dua bulan tak menulis di sini... apakah tandanya??? Bahagia kah?? ermm.. Alhmdlh.. bahagia sgt2.. Thanks Allah. Cuti yang amat panjang dari perkara yang mencabar dan jawatan yg telah ditinggalkan lebih 2 bulan akan diambil kembali hari ini.

Nikmat apa lagi yang kamu dustakan???
Syukur Alhamdulillah.. banyak perkara yang baik2 telah berlaku sepanjang tempoh ini. Kegembiraan, keseronokan, keinsafan, kebahagiaan, kesenangan dan banyak lg 'ke..' yang membuat diri ini sayang dan cinta padaMu Allah.. pemilik hati, jasad dan jiwa ini.

Bermula dengan Konvensyen Bidadari Dunia 2012, keputusan SPM adik fauzan, Induksi Umum dan Khusus bil 154/2012, keputusan Kemasukan universiti adik fauzan, bertemu dengan Teori PIES, Kenduri kesyukuran, tetamu2 yang hadir ke rumah sebagai tetamu2 yg teristimewa, dan banyak lagi adalah anugerah terindahku dalam tahun ini..

Sedar tak sedar masa itu berlalu, meninggalkan kenangan2 terindah yang sukar untuk dilupakan dan pasti tak akan lupa segalanya..dengan izin Allah. Secara logiknya, detik2 terindah ini tidak akan diulang kembali..kecuali nanti di pdg mahsyar.. Setelah selesai bersiap utk ke tempat kerja... tanganku.. mula mencari si gadget E72 utk melihat2 muka buku pagi ini.. amat tersentuh dgn status ini:

gudbye LICCA
gudbye caltex
gudbye frenz
gudbye fmly
gudbye MAYBANK
gudbye KEICARMANIA
gudbye guaq nangka
i'm going study....pray for me...i will come back with the title of Bachelors of Computer Engineering...insyallah..ma'assalamah...
 
Lacrimal gland mula merembeskan cecair dengan tetiba ja.. baru terasa "owh.. ari ni adik dh nk menuju satu tempat lain utk mengejar cita-cita dia.. yang mana dia akan memikul amanah dan cita-cita abah dan mak jugak". Rasanya macam nie kot.. mak dan abah rasa dulu bila nk melepaskan aku utk mengejar cita2ku dulu..
 
Selalu kak su guna perkataan " nanti adik mesti rindu masakan kak kan??" hahhaha.. sebab lepas ja kak zizah tak dtg umah utk masak.. kak su yg selalu masak masakan yang pelik2 dan baru2.. kalo kat atas meja tu presentation makanan tu lain sikit dari biasa.. sah lah kak su yg masak..hehehhe.. nanti siapa pulak nak makan masakan kak su.. yang paling mak suka ayam masak lada hitam.. kak tak taulah adik suka ka tak..tapi selalu2 buat habih ja.. tak dan nk take picture nk letak dlm blog masak2 kak su pun..
 
Sebagai kakak yang bertanggungjawab sepenuhnya atas adik2 kakak.. kak dah terima jawatan ini dari saat abah tak da.. berat sebenarnya, tapi kak tahu kak tak kesorangan, kak not dan mak sentiasa ada untuk kak menjalankan tanggungjawab ini bersama2.. sebab dulu.. abah dah jaga kak.. dari perkara kecik smplah besar.. kak ingat lagi abah ada kata kat akak.. " kamu buat interview tu elok2.. senang abah nak tengok kamu kat sini.. tak yah la pi kerja jauh2" kak rasa abah memang ikhlas dengan maksudnya itu.. tu yang Allah makbulkan doa abah nak surah kak su tinggal kat guar nangka nie..
 
Masing2 dari kita empat orang nie.. ada tanggungjawab masing2 yang perlu dijalankan..pertama sebagai hamba Allah, ingat adik.. solat, mengaji quran jangan tinggai atau buat2 mudah. Berjayanya seorg muslim itu apa bila ia membantu agamanya untuk terus teguh dan kukuh di atas bumi Allah ini. Jadilah anak yang soleh dan carilah isteri yang solehah supaya keluarga yang akan dibina nanti mungkin 6-7 tahun dari sekarang akan menjadi keluarga sakinah yang berjaya dunia dan akhirat.. kak mendoakan semua kita akan mendapat keluarga yang bahagia dan mendokong syariat Islam itu.. "macam kak selalu kata.. jadikan kakak2 kamu nie (kak not & kak su) sebagai piawai minimum utk mencari isteri.. kami tak kata kami baik.. cuma kadang2 kita perlukan penanda aras.. lagi bagus cari lah yang lebih baik dari kami. Sebab kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ini..tradisi dan cara hidup sukar jugak untuk di ubah.. dan jika ingin melakukan perubahan pilihlah perubahan yang lebih baik dari yang sedia ada dan jgn diteruskan perkara2 yang tak baik yer. ada fahmm... =)) No body is perfect!
 
Sebagai warkah iktiraf dan pesanan buat adik tersayang, ini pesan ituk adik:
 
My dear, luvly brother,
It is hard for me to write this to you..
My tears is going down when I start to write..
But It is okey.. sometime we need to have that sence..
 
Pertama sekali,
Terima kasih sebab menjadi adik bongsu yang baik utk kami,
Terima kasih sebab menjadi anak yang baik utk abah dan mak,
Terima kasih sebab menjadi kebanggaan keluarga,
Terima kasih sebab menjadi penjagadan pemberi kasih sayang kpd adik2 kak su yang nanti adik mesti rindu depa semua...
Terima kasih sebab menjalankan tanggugjawab yang sepatutnya dalam mengendalikan business kita,
Terima kasih sebab menjadi kekuatan kami semua..
Terima kasih sebab sentiasa menurut perintah dan tidak membantah.. ciri2 anak dan suami soleh nie..
Terima kasih sebab sentiasa menghargai apa yang adik dapat..
Terima kasih sebab mendoakan abah, mak, kakak2 dan abang..
Terima kasih atas segalanya...
 
Kedua nya,
Pesanan yang sentiasa takkan lekang dari bibir kak su,
Solat..solat dan solat.. doakan utk mak dan abah setiap hari, doakan juga mendapat anak penakan yang comel2, doakan mendapat isteri yang solehah ( penting utk mintak dari muda-muda nie) tapi ingat masa tu bukan sekarang 6-7 tahun dari sekrg..
 
Belajar rajin-rajin dan jangan leka dan laqa..terasa terleka tu.. cepat2 balik ke panggkal jalan.
Bila nk buat sesuatu keputusan tu pastikan berfikir dengan rasionalnya dan jika ditimpa masalah dari ujian2 Allah.. bersabarlah dan jangan cepat menggelabah.. keluarga adik ada untuk membantu..
 
Kawan amat penting dalam kehidupan.. ingat pilihlah kawan yang bila senang dan susah bersama dgn kita,, tinggalkan ja kawan yang makan kawan ..tak salah. dan ingat apa2 yang berlaku atas sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan sentisa bersangka baik kepada Allah.
Air dicincang tak akan putus.. maka ingat berbuat baiklah pada keluargamu..
 
Pandai-pandailah membawa diri ditempat orang.. dan sentiasa berdoa yang terbaik buat diri sendiri dan org yg paling kita sayang. ingat jika terjatuh.. bangunlah sendiri dan bila ingin bangun sediakan strategi yang terbaik supaya kita tidak jatuh buat sekian kalinya.. Ingat orang lain boleh buat! mengapa tidak kita.. jaga hubungan dengan Allah..paling penting.. mengadulah hanya pada Nya..
 
Buat adik..sekarang masa untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin sebab adik berada dilombong ilmu.. dan buat masa ini kakak2 dan abang akan membantu adik mengaut ilmu itu.. dan ingat rezeki Allah itu luas jgn sia-siakan apa yang Allah sediakan utk kita.
 
Selalu call mak, sebab kami semua tahu yang mak amat sayangkan adik..itu tak dinafikan lagi.. bukan kata mak.. kami semua pun.. bila adik salah.. insyaAllah kami ada untuk menengur dan jangan terasa jika teguran kami itu pedas sebab kami semua telah melalui saat2 yang akan adik tempuhi nanti. Ingat jika kita membuat mak ingat dekat kita ..berdosalah kita.. itu ingatan utk kak su jgk.. perangai yang tak elok nie pelan2 kak su cuba utk buang.. sms pun tak pa.. kak su tau.. setiap hari kita akan ingat dekat mak dan abah sebab tiap2 kali solat kita akan baca doa utk ibu bapa kan?? so keep it the doa' in ur prayer 5 times a day (wajib) yang sunat pun selalu2lah buat..
 
Rasanya dah kering dah idea nk menulis pesanan..
 
Ketiga nya
Doa agar adik berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan keluarga sentiasa kak su selitkan dlm doa2 kak su..
Semoga, adik akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan hebat, hormat pada gurunya dan mengikut peraturan. dimana bumi dipijak di situ langit di junjung,
Semoga adik menjadi seorang jurutera komputer yang beriman, yang niatnya hanyalah kerana Allah.
Semoga adik kuat untuk menempuh hari2 baru adik di gedung ilmu sana.
Semoga tidak dilupakan sahabat2, ahli keluarga dan guru2 yang telah mewarnai kehidupan adik sehingga hari ini,
Semoga bertemu dgn insan2 baru yang baik budi pekertinya dan banyak jasanya untuk mendidik adik menjadi manusia berguna pada agama, bangsa dan Malaysia.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi adik disetiap langkah adik dimuka buminya ini.
Semoga apa yang kak su sampaikan dapat menjadi panduan dan ingatan utk kita semua..dan moga kebaikan yang sedikit ini akan mendapat rahmat dan rahimnya..
Doakan jugak agar kak su kuat dan menjadi seorg anak, kakak, adik, pensyarah, bakal isteri dan ibu yang solehah juga..
Jika perlukan ingatan.. kak su sentiasa ada di sini "guar nangka yang ku cintai".. dan perlukan semangat.. baca ja balik post nie.. =)
 
Akhirnya,
Mulakan hari-hatimu dengan semangat yang membara dan pasang niat dan matlamat yang perlu dicapai dengan jelas. Hari ini adalah terbaik utk kita merancang utk hari esok supaya hari esok lebih baik dari hari seblmnya.. Hari2 mesti ceria,senyum dan tabah+ sabar. Jadilah muslim yang beriman dalam segala segi..aaminnn.. Moga semua yang dititipkan adalah doa untuk kita semua..
 
Sekian.. wassalam.
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 17, 2012

Noktah Perubahan

Assalamualaikum wbt

Dear my lovely blog!
"Selami Jiwa, Rawat Hati, Perkasa Peribadi.." Tag line Dato Dr Fadhilah Kamsah.
Perkara ini lah yg nasul akan buat mulai dari hari ini... Susah nak ckp.. tapi perbuatan ja yg dpt mengubah diri menjadi lebih baik.. InsyaAllah..

Ku mohon Allah berikan kemudahan, kecekalan hati dan keberanian utk melalui perkara ini. Hari ini 17 Mac 2012 telah membuat beberapa tindakan yg agak realistik agar tidak lagi menjadi addicted terhadap FB.. InsyaAllah berusaha menjadi nasul yang dulu.. yg hidupnya berinternet pun jarang.. Perkara pertama yg telah dibuat adalah terminate no phone ..sebab tak ada penting pun no phone tu.. susah sgt nk separate bil.. last2 terminate ja ..lg pun no phone tu bukan official.. suka2 ja.. bila dh tak suka terminate ja lah kan??
tapi 017-4383800 memang satu no yg cantik... "3838" tak pa lah kan.. no plat keta 3838 jugak.. lg bermakna no plat keta di no phone nie.." Dunia ja!!" =)

Dan Alhamdulillah syukur sgt2 ke padaMu Ya Allah.. sebab buat masa la nie Kau dh permudahkan semua urusan ku utk ke Konvensyen Bidadari Dunia @ PICC Putrajaya.. Hati nie dh tak tau nk bgtau betapa best dan excitednya.. nk ke sana. Nak jumpa dgn tokoh2 bidadari dunia yg amat2 nasul minat! dlm masa yg sama ini adalah cetusan idea dan Allah dh gerakkan hati2 sahabat2 seperjuangan sekolah Agama dulu.. Moga kami sentiasa menjaga hati kami agar lembut dan terus menerus menerima perkara2 yg baik dlm hidup kami..aminn

Berusaha menjadi wanita solehah, pendidik solehah, ahli keluarga yg solehah, anak yg solehah, bakal isteri dan ibu yg solehah dan anggota masyarakat yg solehah. Seblm nk jadi solehah kena lalui proses2 jauhi perkara yg tak baik dan develop benda2 yg baik dulu..seperti: 
pertama: pergaulan : jaga diri, tutur kata, hati mau baik!
kedua: hubungan dgn Allah dan manusia : banyakkan membaca Al-Quran, dan solat sunat, senyum dan layan insan yg bernama manusia dgn baik..
ketiga: kasih dan sayang: beri dan tunjuk kasih syg kepada tempat dan insan yg sepatutnya.. mak dan adik beradik.. dan tak ketinggalan 5 adik2 kesayanganku ( boboi, gebuk, darose, jojo dan tompok)
keempat: jalinkan persahabatan dan kekalkan hubungan silaturrahim: sedara, guru2, sahabat, kawan dan rakan.

Untuk jadi baik kita sendiri kena berusaha utk mengubahnya. Yang paling penting ... Allah yg lebih tau sebab apa nasul buat mcm nie.. Mohon hormati keputusan nasul.. terima kasih semua.. =)

Aku tidak kuat utk hadapi semua ini,
Aku insan lemah yg sering terpedaya dgn hasutan syaitan laknatullah,
Aku harus berusaha utk jauhkan diri dr nafsu dunia semata,
Aku perlukan sokongan utk menjadi seorg wanita yg cantik, sweet, cute dan romatik!

Seorg wanita bersifat, lembut tapi ada tegasnya,
Seorg wanita itu setia namun ada hadnya
Seorg wanita itu pemalu tapi kadang kala perlu berani
Seorang wanita itu tabah tapi kdg kala rebah berputus asa..
Seorg wanita itu sering mengalah dalam sebuah kemenangan..

Hai berpuitis plak mlm2 nie.. yg pasti Moga Allah memberi sesuatu nanti di konvensyen itu nanti.. semoga hati nie dipenuhi dgn barakah! amin..

Putrajaya tunggu saya!!!!! Doakan perjalanan dan semua urusan dipermudahkan =)
Harnila, shahida dan azimah kita jumpa disana!!!!

Bubye blog! I wish to have sweet dream and sweet heart! 

wassalam..

Thursday, February 23, 2012

Rest Jap!

Assalamualaikum wbt

Hi blog!
Mcm biasa lah mesti ada ja crita baru nie nk story kat you! ahaks!
Selepas berhempas pulas bekerja dgn gigih.. reward time pun dtg juga.. =) wink2! yeay!
Alhmdlh... terexcited pulak..hehhe

Dalam bulam march nie rasanya nk penuhkan betul2 waktu2 nie dgn perkara2 yg membahagiakan..=)
Dlm masa terdekat nie.. dpt p berbengkel kat cameron Highland.. tempat yg rasa tau mau p lah.. tapi wat camnerkan..kat mulut ja kata tak mau p.. tapi wah! dlm hati Tuhan ja yg tau betapa sukanya nk p lg cameron.. rahsia kita ja tau!.. dlm masa yg sama takut gak balik2 nanti demam.. telinga I tak brapa ok lg nie.. huhuhu..
Second thing.. ingat nk p konvension bidadari dunia kat PICC putrajaya.. Harap sgt Allah makbulkan doa sy nie.. Harapan nk ke konvension tu lg tinggi dr segala harapan dunia yg lain.. Tolong yaAllah.. ku merayu padaMu.. Senang cita..kalo ada rezeki Allah mesti bg p kan .. =) "mode: berdoa" aminnn...

Yang lain tu, cuma nk bg mak happy ja lah dgn aktiviti weekend kami.. gardening sesama sekrg nie.. =) pokok stevia yg baru ja disemai sebnyk 3 pokok.. akhirnya masih bertahan 2 pokok.. ok lah tu kan?! =)
Sejuk jugak lah tgn I nie..hehehhe.

Apa2 pun alhmdlh.. hari nie selamat perform lecture dgn baik sekali.. kena evalute oleh mentor.. (senior lecturer) so far.. ok jer.. well done nasulhah!!

OK BLOG nak balik dulu.. mode: suka2..Alhamdulillah  syukur.. bahagia sgt2! =))

Sunday, February 19, 2012

Luar Tegas dalam Fragile

19 February 2012

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim..

Hi blog..lama tak dtg melawat dgn kisah2ku kan?..
Setelah lama berehat dr memikirkan Business.. tibalah kembali masa utk active kembali.. kiranya mode dh kena tukar.. activated kembali.. Alhmdlh jugak lah.. sepanjang bercuti, bnyk jugak lah dh buat kerja yg meninggalkan kenangan manis dan menambahkan value added dlm diri nie..

Mode: Tegas, rigid, serius
Lepas nie su akan kembali menjadi su yg agak tegas dan rigid.. sebenarnya tak suka nk jadi mcm nie.. tapi keadaan agak memaksa utk ku transform mode.. huhuhu.. sebenaq.. boleh ja jadi seorg yg agak berkira dan keras, tegar..hahah..mcm takut ja dgrkan??? buakn apa.. tegas kepada adik2 pekerjaku.. sekrg nie..mcm kena monitor semu yg diorg buat.. sebab apa? kemudahan yg telah diberi tak digunakan sebaik mungkin.. amanah dan tanggungjawab yg diberi diabaikan... buat endah tak endah ja.. Kak su bukan apa.. just nak train adik2 kak su nie.. sebab kalo nanti kak su p kursus lama2 .. kak su tak lah risau sgt..mcm mana kak su nk tinggai rumah dgn tenang..kalo mcm ginilah rupanya.. carca merba..

Menjadi seorg bos pun memang tak sesuai utk ku.. tak pandai nk bg arahan dan kalo bg arahan pun tak sampai.. kiranya susah nk bercakap face to face.. I nie serius.. bila buat keja tak mau lawak2 ..main2..bukan nasul lah tu..kalo ckp lembut2 gelak2.. haishh.. susah betui lah.. kawan2 bleh lah main2..gelak2..lawak2.. bila mai kat adik2, pekerja2..susah nk berkomunikasi bila depa buat salah..

Garang!.. hah! memanglah sy nie garang.. tapi fragile..huhuhu.. nampak ja kat luar garang, serius dan tegas.. tapi dlm hah! lembut mcm kapas, fragile mcm kaca..huhuhu. Tu yg jarang lah sy nk marah, kalo marah sat lagi sedih..mulalah rasa down.. =( buat masa nie blm garang2 lg lah.. sabar.. dan berfikir secara berhikmah utk selesaikan masalah nie.. Nasul kan S.A.B.A.R..

Nak dapat berlian yg cantik mesti perlukan tekanan dan suhu yg amat tinggi.. Hidup kalau tak ada ujian dan masalah tak bestlah..Akan berusaha menjadi, bos (Part time job) yg baik dan bertanggungjwb.. Disiplin tu penting! BUT Success in my career as Lecturer.. Job dan Career adalah berbeza... Job= kerja, Career = perkembanagn dan kemajuan dalam pekerjaan seseorg.. ( amik dr status adik angkat, faizi bakal cikgu).

Mulai ari nie.. perlahan2 bertatih dulu.. esok kita berjalan, sikit hari lagi kita berlari, lepas tu pastilah semuanya berjalan lancar.. Sikap manusia itu boleh diubah jika perluang diberi.. jadi harap semua kita boleh berubah ke arah yg positif.. kerana setiap hari kita celik mata dan masih bernafas, Allah telah memberi kita satu lg peluang utk kita menjadi seorg yg cemerlang!

Wah! dh bersemangat kembali! elok lah kan.. blog, nie I suka U nie.. =)
Cuba realisasikan apa yg telah di rancang.. Moga Allah memudahkan usaha ku ini..
InsyaAllah..dan Alhmdlh..Aminn..

Bubye Blog! nite..dh nk tido..esok keje..

Thursday, February 2, 2012

Hari2 yg indah!

Assalamualaikum wbt,

Seblm nk balik dr keja nk conteng2 sikit lah.. boleh kan???.. =)
Alhmdlh ja boleh ckp..
Suka dgn hidup kita =) =) =)

Ada masalah pun yg kecil2 ja.. yg banyaknya bahagia ja..
Sekarang every week asyik mengikut crita bersiri kat TV ja

Adaptasi dr novel yg dah aku baca dulu2 waktu blajar..
Gemersik Kalbu, Bicara Hati.. dan tak ketinggalan cerita baru "Vanila Coklat!" ahaks! =)
Tak sudah2 ikut crita nie kdg2 smp kek pun buat tak jadi..huhuh
Dalam masa yg dok sibuk ikut crita nie.. tempahan kek pun alhmdlh dpt lah jugak! alhmdlh.. kiranya happy gak lah bila bleh present kat org kek yg cantik... kalo tak cantik makan sendiri ja!

Apa2 pun rezeki murah ditahun baru 2012.. Alhmdlh sgt2.. patut lah dok mimpi air.. siap berenang2 lagi hehehhe.. Berdoa utk rezeki yg halal lah..amin.. Investment! target utk yg lain last2 target yg dok  taget tak smp2.. terbuka satu lg peluang yg agak best gak lah! Bermula dgn sedikit lama2 insyaAllah jadi bukit.
 Apa2 pun untung nanti niat nak bayar PTPTN yg tertinggal sikit ja lagi tu.. Hutang tetap hutangkan.. InsyaAllah moga murah rezeki dan dpt langsaikan nya..aminn..

Apa2 pun hubungan dgn manusia alhmdlh.. Hubungan dgn Allah jugak Alhmdlh.. moga Allah sentiasa memerhatikanku.. jgn jauh drku.. dekatkan lah diri ku ini dgnMu.. amin.

Nak balik awal ari nie coz  dtg awal and letih sgt2... lecture 4 jam ari nie..  tapi ada misi malam nie.. satu kek karemal! harap2 sgt jadilah mlm nie.. aminn.. tidak kompunan kawan ku nanti..hhehhehe..

bubye blog tata! =)

Tuesday, January 24, 2012

Bersyukur... Jangan putus asa!

Assalamualaikum wbt,

Hari ini hari pertama bekerja selepas CNY..
Apa ya nk crita kat sini.. keywordnya.. jgn berputus asa, kerana Allah Maha mengetahui segalanya..

Dalam kehidupan kita ..pasti ada liku2 dan jalan yg tidak rata.. kalo rata dan licin takut ada masalah pulak kemudian hari.. Cuma kadang2 kita sebagai insan yg bernama MANUSIA ini selalu tidak puas atas apa yg kita dapat dan telah dimiliki.. dalam erti kata lain "tidak bersyukur"
Astarqfirullah Hal Azim.. takut bile mendengar perkataan "tidak bersyukur"!!!
Ya Allah ampun kan lah segala dosa2 ku yg kecil atau pun besar,, disengajakan kan atau tak disengajakan..
Ya Allah jauhkan lah hati ini dari sikap2 yg mazmumah tapi hadirkan dan hiasilah hati ini dgn sikap2 mahmudah.. aminn

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.. sebab dah bagi rezeki dari arah yg tidak disangka2. Dalam masa 3 hari ja.. sekejap ja kan.. terima pemberian Nya dgn hati yg lapang dan terbuka.. Ada kepuasan bila kita bersyukur atas apa yg telah Allah beri ruang dan peluang utk kita.  Moga lepas ini rezeki2 yg baik dan halal yg lain lagi akan menyusul.. aminn

Semakin hari ada ja yg nk tempah product2 bakeryku.. thanks! Ini petanda dan permulaan baik dlm membina impian yg satu nanti... membuka bakery =)
Semua skill dan resepi2 berasal dr Pencipta Insan bernama Manusia.. Allah SWT.. di salurkan melalui kwn2 dan insan2 terdekat dlm hidup ini.. Berbekalkan kerajinan dan tidak mudah putus asa.. maka lahirlah product2 Puteri Mahsuri =)

Mempromote blog masak2 yg rasanya sikit ja resepi.. tapi bila dh mcm nie terasa bersemangat utk banyakkan resepi dlm blog itu.. "MY SWEET HOME" http://www.chefputerimahsuri.blogspot.com/
Kdg2 rasa malu dan segan ja.. tapi apa salahkan kongsi2 resepi dgn org lain.. Thanks to ida, nani, zura, mama, kak zah dan paling aku sayang MAK! sebab telah memberi sokongan dan kepercayaan ampa semua kat puteri mahsuri... =). Plg special! family ku (mak, kak not adik ed dan adik fauzan) .. walaupun kak su ada masalah tersendiri.. tapi korang dh buat hidup kak su lupa kat masalah tu! Ala masalah dunia ja kan.. Yang penting, jgn hilang kasih syg sudah.. perbanyakkan kasih syg! =)

Masalah tetap ada.. tapi lupakan ja lah.. pasang strategi baru! jom2 balik lunch and zohor kat umah =)

Ari nie kak zah masak sedap!! =)

Wednesday, January 4, 2012

Pengertian yg memberi Makna

Assalamualaikum wbt

Hari ke 4 dlm 2012, ermm... agak biasa2 ja.. disambut dgn selsema dan batuk..hukhukhuk.. ingatkan boleh lega sendiri..last2 kena p pusat kesihatan uitm gak laa... apa2 pun ubat dh dpt banyak cuma makan dan bnyk doa supaya cepat sembuh.. :)

Entry ini adalah khas utk Suhana ( Among My Best freinds)

Tahniah setinggi2 nya bersama doa mengiringimu sentiasa. Moga Allah sentiasa memelihara dan memberi kemudahan kepada bakal ibu, umi, mama, mak dan seangkatan dgnnya.. :)
Allah teleh memilih seorg insan yg kuat, hebat, cekal, berani, penyayang dan amat menyenangkan utk menempatkan seorg lg ahli syurga ke dalam Rahimmu.. Allah amat tepat pilihanNya.. Alhamdulillah. Amat gembira rasanya bila dpt tau berita nie! I'm the happy one! Dlm masa yg sama agak jeles jugak lah..heheh ahaks! Apa2 pun Jaga diri sebaik mungkin dan ingat Allah  adalah pemelihara yg terbaik! Maka berdoalah padanya..aminn..

SUE, pesanan dr seorg sahabat yg jauh dimata tapi sentiasa amat dekat dihati!
Ketika kami sedih, susah..awk lah yg dtg utk menjenguk dan memberi motivasi.. tapi maafkan sy sebab ketika awk dlm keletihan, kelemahan dan kelesuaan sy tak ada utk awk..tapi harap dgn kata2 semangat yg akan dititipkan ini dpt memberi kesejukan, ketenangan, kekuatan dan kedamaian hati kepada awk.

SUE, Ingatlah awk adalah seorg yg hebat dan kuat! sebab Allah dh pilih awk untuk memikul tanggungjawab yg besar ini.. Tak semua org dpt peluang yg terbesar ini iaitu menjadi ibu kepada seorg ahli syurga supaya awk dpt mendidiknya kembali ke syurga!

Percayalah, kehidupan harian awk jgn rasa takut dan gentar sebab bersama awk adalah hadiah Allah dr syurga..maka berbanggalah dan bersyukur kepadaNya.. Sentiasa bercakap benda yg baik2 dan jgn sesekali rasa sedih.. Ingat, bila kita dpt hadiah mesti kita akan rasa suka dan gembira.. titiskan air matamu disebabkan oleh rasa syukurmu padaNya.. dan jgn sesekali titiskan disebabkan rasa dirimu lemah..

Mungkin sy tak pernah merasai apa yg sedang dan akan awk lalui lg..tapi InsyaAllah Sy jugak ingin merasainya.. Kuatkan semangat awk, sentiasa bersangka baik atas semua ujian yg Allah beri pada kita. Tiada apa yg dpt diberi cuma ingatan sesama kita..juga buat diri ini.. kalau awk rasa letih.. cari lah Al-Quran, berckp lah dgn Dia.. Minta lah padanya.. mohon diberi kemudahan yg berpanjangan, kesihatan yg cemerlang, perasaan yg sentiasa syukurpadanya.. Ujian itu tak semuanya pahit.. pandanglah ia dr sudut yg terbaik dan positif!

Doa kami sentiasa mengiringi sahabat2 baik kami..
Apa2 pun bila kita ingat..itu adalah kerana Allah telah menggerakkan  hati kita utk ingat,, dan sy sentiasa mhon agar Allah sentiasa gerakkan hati sy utk mengingati sahabat2 sy walau kat mana korang berada!
Satu lagi, kita merancang, Allah juga merancang dan ingat Perancangan Allah itu adalah yg paling terbaik! :)

Wahai sahabatku yg bernama Suhana Binti Zakaria.. Bergembiralah kamu dan tahniah diucapkan mohon segala rahmat dilimpahkan kepadamu dan keluarga kamu! aminn..

Wassalam..