Wednesday, March 16, 2011

Muhasabah DIRI

Muhasabah DIRI...
"Adakah anda Mempunyai Ciri2 Wanita Syurga?"
Jika tidak perlu cari lagi, jika ada satu atau dua, kekalkan dan berusaha lagi utk terbaik!


"Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.


"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!


Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :


"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)


"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)


"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)


"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :


" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)


Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :


Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)


Ciri-ciri Wanita Syurga


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.


Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :


01.Bertakwa


02.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk


03.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu


04.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.


05.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.


06.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata


07.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


08.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki


09.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.


10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia


11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk


12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)


13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


14.Berbakti kepada kedua orang tua


15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.


" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)



Renung2kan lah dan selamat beramal! :)


Saturday, March 12, 2011

Ikhlas kan DIRI..Berbaloi2!

12 March 2011

Hi Blog!

Apa plak nk share nya u yer, blog?!
Ari nie, ari yg paling full.. tapi sedikit terubat keletihan ari nie..
Mula dgn turun minyak, maap lah pakcik driver, u dtg pukul 3 pg, i dh tido, kul 7 pgi baru i bukak kedai...nasib u lah..dh 6 kali berturut2 minyak dtg pagi2 kalo kul 7 pg tak pa lah..ni dak kul 3-4 pagi!!! geram memang lah..tapi semlm tak geram..mungkin driver yg geram..heheheh..lepas ja habis tgk station..run smooth je..mula lah nk relax2..ingat nk buat lah recepi baru..ermm..malang sekali..dpt phone call dr uitm..utk jd fasilitator Finising School..hai..(jgn mengeluh ye)..pertama yg aku buat adalah..ikhlaskan diri dan hati..buang semua perkara negatif dlm pikiran..ok BERJAYA! Alhmdlh..

mula LDK(latihan dlm kumpulan) dlm kul12-1.20 pm.. ptg ada lg..syukur alhmdlh  coz dpt student yg baik..dan perkara pertama yg aku suruh diorg buat adalah ikhlaskan diri dan hati masing2..InsyaAllah kita akan dpt kebaikan dr niat kita nie.. AMAT2 menghiburkan! pandai diorg berlakon, berlawak, dan petah bercakap..ya lah budak2 degree..umur pun 24-25 dh..ala2 kwn2 gitu! Program habis pukul 5 ptg.. rasa suka, gembira, dan masa terisi dgn perkara yg berfaedah! moga apa yg aku share hari nie..menjadi panduan dan pengalaman utk aku dan diorg jugak..InsyaAllah.. esok masih ada 1 sesi lgi..penyediaan resume dan moc interview..task aku akan habis pada pukul 11 pg jerrr! :)

Petang pulak pergi melawat my best frend yg baru dpt baby ke-2, buat kenduri aqiqah..dan kesyukuran. walaupun aku agak lambat dan memang lambat..majlis pun dh tutup..aku tetap jugak jenguk sahabatku nie.. Dr salwani, ermm..congratulation, dh ada sepsg, putera dan puteri.. umah km dkt ja..cuma tak da masa nk p melawat seblm nie..baru 18 hari.. alhmdlh anak nya sihat,hidung tinggi ikut suami dia lah! i'm very happy for u!

Dan smp umah pun dlm kul 6..rasanya dh abis meter dh..letihhh...dr kul 6 pagi sampai 6 ptg non-stop! lepas ja maghrib menunaikan tanggungjawablah..tido seketika..heheheh.. alhmdlh nikmat tidoq yg amat selesa..
banyak lg kerja nk buat sebenaq nya..tapi beri ruang utk diri utk bersuka ria seketika..menulis di blog nie..
Kesimpulan yg dpt dibuat adalah, ikhlaskan hati insyaAllah apa2 pun kerja kita buat lepas itu akan sentiasa dirahmati.. dan pulangan amat berbaloi2 kata iklan celcom kat TV tu..hehheh.
yg penting ceriakan diri, senyum selalu, bila ada problm jd kan ia sebagai hadiah.. kdg2 kita dpt hadiah yg kita suka..alhmdlh..dan kdg2 kita dpt hadiah yg kurang suka..tp ia still hadiah dr pencipta kita..so, accept it and appreciate it!

okeylah blog time to sleep! esok 8.30 dh kena stat LDK..esok lebih baik dr hari ini..amennn.. :) :) :), (suka!, suka!suka!) Alhmadlh.. 

Thursday, March 10, 2011

What U give U get back! :)

10 March 2011

Hi blog!
Rasanya lama dh tak menulis di sini tentang kehidupan ku..
sebab sekarang mcm agak sibuk..so, hanya post2 recepi ja yg sempat diupload..thanks to my frends yg suka recepi2 nasul! :)

Bila sibuk..so rasa sedikit 10-on..so, suka lah memasak..pastu makan..dan makan..dan makan... :D
Apa nk dikongsi yer kat sini..
ok mlm nie nk ckp pasal rezeki.. so, ari nie..aku dh dpt menjual 2 flask quantum. kiranya dlm bulan nie dh 3 flask dpt dijual.. ini yg dimanakan rezeki.. sebab tetiba ja..ada org interested nk beli! Alhamdulillah.. maksudnya bila kita tak kedekut insyaAllah rezeki Allah sentiasa murah..point pertama jgn KEDEKUT! :)

Kadang2 kita rasa kehilangan.. seblm ni benda nie selalu ada..tetiba ja dia hilang.. tapi ini akan menyebabkan kita akan mencari dan melihat benda baru.. yer! memang betul.. sebenarnya benda yg selalu membuatkan kita happy sebenarnya ada dekat dgn kita..kdg2 tu depan mata jer.. dan menyebabkan kita akan menghargai benda yg dekat dgn kita.. contoh yg terbaik ialah...ikuti cerita dibawah :)

Boboi.. 3 hari aku tinggalkan ko..huhuhu..pada aku.. aku tak lah selalu ingat ko walaupun kita berada jauh sebab aku tau yg ko akan selamat berada dirumah.. aku menjalankan aktivt harianku seperti biasa.. mungkin pada boboi dia terasa kehilangan ku selama 3 hari nie.. mungkin dia rasa kosong, tak da teman untuk teman makan, tido dan main2.. seblm nie..ada org berckp2 dgn dia.. tetapi rutin boboi dh jadi berbeza kerana dia terpaksa berdiam diri..sebab tak da yg berckp dan berkongsi cerita dgnnya..

Apabila aku balik dr outstation.. mcm biasa boboi tunggu aku depan gate..walaupun pukul 1 pagi.. tetapi yg peliknya dia hanya menoleh sekali ja kat aku..huhuhu..rasa tercabar jugak! wah dh tak syg aku lg lah tu..tunjuk protes! boboi pun pandai protes..:) tetiba ja..aku merasa kehilang sesuatu..sebab seblm nie selalu dia kan dtg kat kaki dan bercerita hal hariannya..dgn pelbagai nada..tinggi, rendah..(bahasa dia..aku ja yg faham)..tapi mlm tu dia buat dek je kat aku.. rupanya .. baru aku sedar boboi pun ada perasaan rindu kat aku..dan mulalah merajuk! hah! boboi tunjuk perasaan dia..hehehe.. tapi tak lama..esok pagi mcm biasa dh tercegat depan pintu bilik..hahaha..lama mana lah ko nk merajuk dan tunjuk protes, hehhe..akhirnya..aku sedar..bila kita terasa kehilangan..sebenarnya kita tidak memberi sesuatu itu.. mana mungkin tanpa memberi kita akan menerima???..

kesimpulan yg dpt dibuat disini adalah..apabila kita mempunyai sesuatu..kita perlu beri dan kongsi, insyaAllah pasti kita akan mendapat nya kembali melebihi apa yg kita berikan!
so, point yg kedua BILA ADA, BERI, INSYAALLAH AKAN DAPAT!

okey cukuplah utk mlm nie..
selamat malam blog! bubye! :)

Monday, March 7, 2011

Burnt biscuits

8 March 2011

Story nie dr blog anseri..tapi bila baca rasa senang hati kalo org boleh terima kelemahan, ketidaksempurnaan kita seadanya..
"Allah is the only One who will be able to give you a relationship where a burnt biscuit isn't a deal-breaker!"

hayatilah...

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for
dinner every now and then. And I remember one night in
particular when she had made breakfast after a long, hard day
at work.


On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs,
sausage and extremely burned biscuits in front of my dad.


I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did
was reach for his biscuit, smile at my mom and ask me how my
day was at school. I don't remember what I told him that night,
but I do remember watching him smear butter and jelly on that
biscuit and eat every bite!


When I got up from the table that evening, I remember hearing
my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll
never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."


Later that night, I went to kiss daddy good night and I asked
him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in
his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today
and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit
never hurt anyone!"


You know, life is full of imperfect things and imperfect
people. I'm not the best at hardly anything, and I forget
birthdays and anniversaries just like everyone else.


What I've learned over the years is that learning to accept
each other's faults - and choosing to celebrate each other's
differences - is one of the most important keys to creating a
healthy, growing, and lasting relationship.


And that's my prayer for you today. That you will learn to take
the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them
at the feet of God. Because in the end, He's the only One who
will be able to give you a relationship where a burnt biscuit
isn't a deal-breaker!


We could extend this to any relationship. In fact,
understanding is the base of any relationship, be it a husband-
wife or parent-child or friendship!


"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket -
keep it in your own."

Sunday, March 6, 2011

Pancake & sweet corn source!

Pancake Jagung + sweet corn ceramel Source

Bahan2 pankek
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan susu segar@ ducth lady@ susu sejat
1 sudu besar planta @ buttercup
1 biji telur
3-4 sudu besar sweet corn@ dlm tin
3 sudu gula@ ikut manis lah

Bahan2 sweet corn ceramel source
5 sudu besar sweet corn
1 sudu besar tepung custard
3 sudu besar gula

Cara2 utk pancake
Pukul planta+telur+gula sehingga sebati. Masukkan susu.Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bicarbonate yg telah diayak.pukul hingga sebati.akhir sekali masukkan sweet corn. Pastikan adunan berlipat ketika anda mengangkat adunan..seperti adunan kek..jgn terlalu pekat, dan tidak terlalu cair..jika ikut ukuran adunan nie..okey ja..
Sedia kan pan yg tidak melekat dan rata..tak perlu letak minyak atau planta..kerana dh ada dlm adunan td.. biarkan ia berlubang2 sebelum membalikkan pancake td..
Adunan ini bolehlah utk 3-4 org makan..

Cara2 utk source
Masukkan semua bahan td dlm kuali@periuk pastikan tepung custard dibancuh dulu dgn sedikit air. Masak diatas api yg kecil hingga pekat. Lebih kurang 10 min..pasti jangan hangus..kerana kastard nie cepat nk jadi hangus..sentiasa kacau hingga masak. Rasa lah kalo tak manis tambah gula lg..kalo tak suka manis kurangkan gula..
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, March 5, 2011

Nasi Jagung

Assalamualaikum wbt
Post ini dituju khas buat Jannah! sila2 lah buat yer! pastu nasul p makan kat umah ampa na,... :)

Nasi Jagung

Bahan2
1) 3 Cawan Beras (brasmathi pun lg sedap)
2) 3/4 tin jagung manis (beli ja kat kedai..yg fresh corn lg sedap!)
3) 11/2 cawan susu sejat (creamer @ santan pun ok jugak)
4) 2 1/2 cawan air
5) secubit garam (secukup rasa..bg rasa lemak2 sikit)
6) 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia
7) minyak@ buttercup utk menumis (canola oil lg bagus)
8) Kismis, bawang goreng utk hiasan
9) Daun pandan jika ada..kat hypermarket pun dh ada jual :)


Cara2
Cair dan panaskan buttercup atau minyak, tumis bahan2 no 6.
biar garing dan naik bau wanginya. masukkan beras yg telah dibasuh bersih 3 kali dan ditoskan bersama selawat nabi. ;)
gaulkan biar sebati utk 2 min.masukkan susu sejat dan air. seterusnya masukkan jagung manis dan kacau utk sebatikan semua bahan td.masukkan kan daun pandan utk lebih wangi dan harum. tutup rice cooker ..sekali sekala..kacau @ bolak balikkan nasik untuk jagung tak ada diatas ja..letakkan jugak kismis diatas nasik tadi..tunggu lah hingga rice cooker tu bg sign.."nasik dh masak"..dlm 30min nasik sedia dihidangkan.. memang menyelerakan..yum2!


p/s:
petua..jika 3 cawan beras lebihkan 1 cawan air..contoh, 3 cawan beras,(1 1/2 susu+2 1/2 air=4 cawan cecair) kalo nk 4 cawan beras,(2 cawan susu+3 cawan air).
masak dlm rice cooker lah paling selamat dan sedap!
garam letak biarlah berasa masin..jgn terlalu masin..jika tawar tak berapa sedap..
sedap dimakan dgn ayam goren,daging masak hitam,ayam masak ros..dan apa2 menu yg sedap2..

Selamat Mencuba Nasi Jagung..
Teringat masa kat MRSM bESERI..ari jumaat nasik jagung+ayam goreng+sos+sup kaki ayam! marbeless!!

Puteri Mahsuri
5.3.2011



Tuesday, March 1, 2011

1 March 2011

Bulan baru dgn hari baru bersama hati yg baru! Alhamdulillah..rasa lega, amat tenang dan selesa..feel free..best pulak rasa..Aku adalah aku yg tetap menjadi aku.. akan melalui jalan2 yang sesuai utk ku..yg selesa, luas, bebas..

Minggu lepas yg agak stress dh dineutralkan kembali dgn reunioun MRSM BESERI..kami tak ramai cuma 5 org tapi amat bermakna..meaningful moment! sharing is caring..when we share something, We feel like free..more confident..sebenaq nya ramai lagi yg ada masalah yg lagi teruk dr aku! walaupun dulu kami tak pernah kenal..tapi lepas 11 tahun..memori2 yg sama diceritakan kembali..sebab kami melalui suasana yg sama..minggu aktiviti, kacau bubur assyura, geng stoking, slogan"MRSM B is THE BEST, THE BEST is MRSM B", DS, BA(blok akademik), Jabatan, cikgu2..meditasi cikgu zamri waktu pjk, bukit gondol, timah tasoh, air tak ada, row call, keropok leko, tazkirah di surau, berlakon waktu PJK cikgu zamri, kena jamrah, kena tuang air waktu tido, menu kat DS, dobi, bilik tv, cikgu salim, pasar malam, nasik kerabu, nasik seringgit, dan mcm2 lagi kenangan kami yg agak sama..cuma gbum dan azizul ada crita diorg sendiri..kami sempat jugak melawat blok putera dulu yg menjadi kawasan laranagn..kini juga kaw laranagn tapi dh tak berpenghuni..Tahu jugaklah kisah budak2 lelaki yg nakal2..hikhik..tapi itu dulu..sekrg masing2 dh ada kehidupan sendiri dan pendirian sendiri..

Rupanya banyak kisah2 cinta monyet zaman remaja yg tak kesampaian dikalangan kwn2 maktab..ingat kalo tak kesampaian tu bukanlah jodoh namanya..cari lagi..jgn putus asa! bagi yg dh kawen..mcm2 tip diberi.. katanya kawen tak lah best mana pun..tanggungjawab berat lagi adalah..tapi okeylah..bersyukur apa yg dh dikurniakan Allah..bagi yg single..usaha mencari perlu diteruskan..kata azizul..fikir betul2 sebelum membuat keputusan..timbang baik atau buruk seblm amik keputusan..si azizul nie Dr luve..hahahha..tak larat nk dengaq kata2 romatik dia..jiwang sungguh la! walaupun dia nie kapten tentera udara..askar tapi jiwa bunga2..hikhik..jgn marah yer!

kami sempat makan kat Teratai Putih dekat dgn padang besar..waktu nie baru rancak bersembang..mulanya aku mcm biasa pendiam..tapi bila dh buffering habis..lg banyak cakap..mcm biasa lah..tak kenal memang tak tahu..dh kenal tak larat nk dengaq la pulak..tak lepaskan peluang bila dh smp kat pdg besar..p window shopping dan beli la apa yg berkenan kat ati..2 org nie..ikut jalah..best diorg pun sporting jugak! tak lama abis beli barang2 kami dh letih..amik keputusan balik maktab nk p pasar malam kat depan maktab..

Gbum belanja ice shake...memang sedap duit lecturer MMU nie..lepas pusing satu round kami balik umah kak sue kat utan aji, depa tak mau antaq aku balik coz nanti memang aku dh tak bleh nk keluaq malam dh..so, terpaksa ikutlah..sebab ada lg satu aktiviti yg belum habis..nk tutup reunioun nie kat kuala perlis..
Memang sedap dan bestlah! makan smbil merapu2 crita2 dogeng dulu2..gaya kami mcm lah budak2 sekolah..walaupun sedaq diri nie dh nak 30 an...biasalah crita zaman sekolah..jiwa pun jadi muda balik!..
aku mintak balik awai lah..coz komitmen masih ada dirumah..lg pun sue n, azizul ngan gbum kena balik ke aloq star..dlm kul 10.30 diorg antaq kat umah..sempatlah melawat2 kedai aku yg biasa2 ja tu..dan kenang untk korang cenderahati dari nasul multi purpose box yg ada logo CALTEX..yang mahalnya logo tu!

Thanks to all of u! Make my day so meaningful! lupa masalah dlm kepala..dan memang dh tak jadi masalah lagi...sebab sepanjang berjalan dgn korang asyik gelak2 ja..sedih2 tu bila layan bluess ja..hehehhe..Semangat nasul pun dh naik kembali..ini yg kita panggil sahabat..insyaALLAH walaupun pertemuan singkat ..aia kan menjd sesuatu yg akan diingat..InsyaAllah.. nasul dapat tambah kawan2 lagi..alhmdulillah..

Hari esok merupakan hari yg panjang..kerana perlu ke shah Alam..3 hari pulak tu..ermm...tugas..tetap perlu digalas...moga aku menjadi seorg insan yg penuh semangatnya, hati yg penuh dgn kecekalan, minda yg penuh dgn kebijaksanaan...dari dulu, kini hingga selamanya..aku tetap aku yang berani dan kuat!

GOOD LUCK NASUL!!! :)